Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

19 March 2010

Cuba Lari Dari Kebiasaan

Aku kadang-kadang ada idea gila. Tapi aku tak pernah nak suarakan sebab aku rasa tak mampu nak jadikan idea tu satu kenyataan. Tapi aku kadang-kadang terfikir alangkah bestnye kalau aku betul-betul boleh buat benda ni in real life. Sebab aku pasti lepas aku aplikasikan idea ni, konfem takkan lupa punye ar lepas tu. Mungkin boleh jadi one of the best memories dalam hidup aku. 

Pernah tak korang terfikir untuk lari dari kebiasaan? Atau korang dah selesa dengan apa yang korang buat? Kadang-kadang aku selalu jugak terfikir untuk cuba jadi lain dari orang lain. Sebab tu kekadang tetiba je idea gila boleh datang. Dan aku rasa idea ni boleh pakai especially untuk sesiapa yang teringin nak outing and buat sumthing tapi tengah pokai dan takde sen.

Idea ni sangatlah sesuai jika dilakukan bersama rakan rakan yang berperangai gila-gila dan otak sengal. Kalau tak cukup sengal, mungkin idea ni takkan boleh diaplikasikan. Selain itu, idea pelik ni mungkin sesuai untuk mana-mana couple yang pergi outing. Aku taknak sebut dating. Sebab kalau sebut dating, automatik kepala otak aku dan kau akan set gambaran couple pergi tengok wayang, makan-makan, main bowling, shopping together-gether dan owh, boleh tambah lagi satu aktiviti latest couple-couple zaman sekarang, ambik gambar bersama guna DSLR...(=.='). 


Aku bayangkan aktiviti gila-gila yang macam ini.....


1) Bila nampak eskelator aku terfikir untuk buat ni - Main lawan-lawan guna eskelator. Sorang berdiri dekat eskelator yang menaik, and sorang berdiri dekat eskelator yang menurun. Kiranya, sapa yang berdiri dekat eskelator menurun tu kena compete dengan yang berdiri atas eskelator menaik. Caranya? Kena lari laju-laju naik atas arrr...tengok siapa sampai atas dulu??

2) Selalunya dekat shopping complex kan ada macam satu bulatan besar kat tengah-tengah mall yang korang boleh tengok peformance apa-apa kat bahagian ground floor dari atas kan? - Kat port ni pon aku terfikir idea gila jugak. Sorang berdiri kat belah North contohnya, and sorang berdiri dekat belah opposite (South). Buat benda ni kat level atas la, bukan ground floor. So, antara korang telah dipisahkan oleh satu bulatan yang besar. Pastu, apa kata kalau salah sorang sebut "WOI, KAU (sambil tambah description) YG PAKAI BAJU MERAH BELANG-BELANG SELUAR PUTIH TU, BUANG ANGIN BAU SAMPAI KE SINI!!!". Make sure kena sebut kuat-kuat sampai lagi sorang boleh dengar. Yang pastinya bukan korang berdua je la yang boleh dengar...kan??

3) Everytime aku nampak lif plak aku terfikir untuk buat macam ni - Masing-masing masuk lif yang berbeza, jangan set nak stop kat tingkat berapa. Tekan level ikut suka hati sndiri. Ini untuk menguji kadar "chemistry" antara korang. Kalau kebetulan korang keluar di tingkat yang sama, maknanya jodoh korang memang kuat. wakakaka. Tapi kena make sure ade 2 lif yang terbuka pada masa yang sama sebelum masuk arr..jadi disarankan untuk membuat aktiviti ini lewat-lewat malam di mana pengunjung dah tak ramai. Sure ada banyak lif kosong...

4) Shopping mall yang ada stage - Ni paling best. Best jugak kalau tetibe naik atas tu pastu buat la apa-apa yang menarik. Tak kisah ar nyanyi ke menari ke shuffle ke berlakon ke, buat lawak ke asalkan korang boleh tarik perhatian orang ramai untuk tengok. Yang pasti kena buat cepat-cepat sebelum korang dihalau turun oleh pihak yang bertanggungjawab. Klau yang takde stage senang je, korang cari port yang betul-betul centre so that orang ramai boleh berdiri kat tepi-tepi tengok korang melakukan aksi perangai pelik dari atas...

-centre ye...centre!-

5) Idea lain korang tambah sndri laaaa...


Ini cuma bayangan gila-gila aku je. Tak mesti aku nak buat pon. Tapi kalau korang nak buat dipersilakan, cuma segala akibat atas perbuatan korang, aku taknak bertanggungjawab ye...Sekian saja aku merepek untuk kali ni.




p/s Ah, toksoh nok pedo'oh la aok nihh...

23 August 2009

Ramadhan Datang Lagi...!

Salam! Selamat Berpuasa!

Alhamdulillah...setakat ni aku tak ponteng puasa lagi. ( Ceh baru 2 hari ko dah nak kecoh ek Najlaa. Diam-diam sudah..). Tadi aku timbang berat badan, wahh dah turun 2 kg! Kalau 2 hari pun dah turun 2 kg, agak-agak kalau sebulan aku jadi macammana ek nanti?? Boleh tak sampai jadi macam ni..?



-aku google search 'puasa' tetibe dapat gambar ni. apa kes?-


Eheh. OK ok. Bulan puasa kan, tak baik menipu pembaca.

OK. Serius. Serius.


Aku rasa macam nak kongsi tips untuk menahan puasa dengan berkesanlah kat sini. Tips-tips ni mungkin nampak remeh tapi keberkesanannya terbukti! Tak caya, korang boleh try lepas ni ok? 

1) Untuk mengharungi seharian berpuasa dengan kesegaran maksimum dan kelembapan kulit serta bibir yg berterusan, pastikan semasa sahur anda minum air kosong banyak-banyak. Biar sampai kembong perut pun takpe. Tapi, janganlah sampai orang ramai pun konfius antara wanita mengandung 9 bulan dengan diri anda sendiri. Itu memang melampau!

2) Pastikan emosi anda stabil sepanjang berpuasa. Emosi dan tekanan boleh menyebabkan anda kehilangan tenaga dengan pantas. So, buat-buat cool je kalau anda rasa tak puas hati dengan seseorang...ini juga boleh menyemai sifat kesabaran dalam diri..

3) Jangan layan bunyi 'keroncong' perut. Lagi anda fikir tentang bunyi perut tu, lagi lah anda akan rasa lapar. Sebaliknya anda boleh gantikan bunyi perut itu kepada muzik-muzik berirama pantas sambil menyumbat earphone ke dalam telinga. Er, tapi, bukankah lebih afdhal mendengar nasyid..? eceh..tetibe je..

4) Buat kerja seperti biasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda bermalas-malasan. In fact, dengan membuat kerja ni sebenarnya boleh melencongkan pemikiran anda daripada asyik memikirkan tentang 'lapar' dan 'makanan apa aku nak beli untuk berbuka nanti ye..'. Yang paling best, bila habis kerja, sedar-sedar je dah masuk isyak.

5) Tidur seharian. Tapi yang tak bestnye sampai ke sudah la anda tak akan tau apa itu erti sebuah "PENGORBANAN" dan "KESUSAHAN"...fikir-fikirkan...=)



SELAMAT BERAMAL!



p/s Rupa2nya penimbang berat tu memang ada error 2kg daa...kecewa ah...

18 February 2009

Another Project on Tshirt Painting

Assalamualaikum, 

Eh eh, aku ada blog rupanya. Lupa sebab terlalu gembira mendarat di Malaysia. Padahal memang takde idea nak tulis apa. Tapi nikmat berada di rumah sendiri memang hebat. Aku jadi malas nak buat apa-apa. Plan yang aku rancangkan untuk cuti ni banyak yang masih aku tak jalankan. Masih dalam proses adaptasi. Jetlag pun masih tinggal sisa-sisa. Dan masih culture shock. Huh, poyo tak?

Aku bukan macam kebanyakan orang yang hidup semasa cutinya perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti sosial di luar. Aku lebih suka menghabiskan ( @ membuang ) masa dalam rumah. Rasa selamat. Selamat sangat. Bukanlah nak kata Malaysia tak selamat. Eh. tapi secara relatifnya, memang tak selamat pun kan?? Huhu...

Macam biasalah, beberapa hari lepas, aku ketagih nak memegang berus lukisan lagi. Jadi, untuk melepaskan gian, aku selongkar beberapa t-shirts yang jarang dipakai untuk aku conteng-conteng. Setelah pencarian berakhir, aku terjumpa satu t-shirt hitam yang aku tak pernah pakai. Heh. Dan seperti tips untuk lukisan kasut yang lepas, aku akan tunjukkan step-by-step (ooh baby~) untuk melukis atas shirt pula. OK Let's begin..!

FunkyMonstahdesign by Najlaa (berangan ada brand sendiri~lol)

Sebenarnya, tidak ada banyak perbezaan dalam melukis kasut dan t-shirt. Jadi, anda boleh refer pada tutorial on shoes painting. Cuma, yang berbeza ialah penggunaan cat warna. Untuk kasut, kita boleh gunakan acrylic paint. Dan untuk shirt, kita boleh gunakan fabric paint. Perbezaan adalah disebabkan material kain yang digunakan untuk kedua-dua bahan. Oh-so-skema...err abaikan.

Actually, aku tak guna fabric paint kali ni. Sebab memang aku tak pernah beli. Haha. Instead, aku just guna acrylic paint. Akibatnya, aku spent banyak masa untuk habiskan the colouring process. Challenging jugak sebab warna dia macam susah nak lekat, unless buat layer beberapa kali. Tapi, satu advantage kalau kita guna acrylic ialah, warna-warna acrylic lebih 'funky' & 'vibrant' berbanding kebiasaan warna-warna dull fabric paint.

Jadi, apa yang anda perlu ialah:



1) T-shirt ( best to use white colour )
2) Fabric markers
3) Brushes
4) Fabric/acrylic paint
5) Satin/ any kinds of Varnish

Steps:

1) Apply background colour. It depends on your design. This is the base colour.



2) Sketch your own design using pencil or fabric markers. Before applying designs on shirt, you might want to consider sketching it on paper first. As for myself, I've created and collected as much monster characters as I could! I used monsters too on the previous shoes design. Yes, my trademark design is Funky Monsters!=)





3) Now, it's time to paint! One tip is to protect the surface you are working on with a sheet of plastic or cardboard, as the paint will come through the fabric.





4) Put on some varnish on the painted surface.

5) You are now ready to ROCK!!





p/s Lakukan aktiviti ini sambil mndengar lagu Shontelle-Tshirt. Pasti anda rasa teruja! =p


p/s Oh. risaunya result exam bila nak keluar yek. RCSI, please don't keep me in this position any longer. I'm restless like hell...you dont even wanna know. Okeh, teruskan berdoa...


29 January 2009

My First Attempt on Shoes Painting

Because today is my special day (i.e my birthday), so I was 'pampering' myself with some painting activities which I missed doing 'em very very very much!

I've been looonging to customize my own shoes because I thought shoes painting is the "in thing" right now. So, I bought all the needed stuffs the day after the exam had ended. If you are interested in shoes painting, I can give you some tips. I mean, tips for the beginners, as this is my first attempt doing it. =)

First of all, what you need is:

1) A pair of very cheap white shoes. I bought this from Penneys for just 4 euros.



2) Acrylic paint set
3) White and black fabric/paint markers 
4) Pencils
5) Assorted brush pack

Once you are equipped, you can now start painting!

First step is to coat the shoes with white paint. This is the base colour. Let 'em dry first.



Second step is to use your imagination and make a sketch on the shoes using the pencil. Then, make an outline out of the sketching using the black fabric marker pen.





Third step is to paint! Make sure to use your creativity. Remember, creativity has no boundary! =)







Fourth step is to refine the design using the white/black fabric marker and complete the other half of the shoes! =)



Finally, this is what I get!! yeyy, my own birthday present for this year!







Away you go~


Additional infos:

1) For the finishing, usually the wood (yes, wood!) varnish is used just to make sure that the colours won't fade away. I'm going to search for it later...=p

2) I spent a whole day making this!

3) Finally! hehe~

4) I'm thinking of making my second shoe design after this...hurmm...(^.^) or...as a present for someone special, maybe? =p~

05 January 2009

Love Tips (for Dumbass) - 1


Untuk ini, aku membuat keputusan untuk mengeluarkan satu entry series tentang "Love Tips : for Dumbass" dari sudut pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Perlu diingatkan, aku tidak akan menanggung sebarang kesusahan yang mungkin bakal kau alami selepas kau praktikkan tips-tips yang aku ingin kongsikan di sini. Tapi, kalau kau berjaya beroleh cinta dengan tips-tips ini, silalah jangan malu-malu beri aku credit dengan mempromote blog ini ya? Deal? Ok! Mari kita mulakan!


Untuk tips yang pertama:


"Hi awak, boleh berkenalan..?"


Alahaaiii... untuk para jejaka di luar sana, diingatkan supaya JANGAN sekali-kali mengeluarkan ayat di atas di hadapan para gadis. Ayat di atas sudah menjadi semacam alergi kepada gadis-gadis (err..terutama aku!). Ini adalah pick-up line yang "just plain LAME" pernah aku dengar setakat ini. Bagi para gadis, jika ayat ini ditujukan kepada mereka, seolah-olah jejaka itu memang tak ikhlas nak berkenalan sebaliknya cuma ingin mengganggu ketenteraman.

Silalah jadi kreatif sedikit wahai para jejaka. Aku cabar kau!

Sebagai tambahan, kau boleh lihat sendiri betapa annoyingnya ayat di atas jika diaplikasikan pada seorang gadis: (lihat minit 1:30)



Kesimpulan: Sila guna pick up line yang lain macam ..err..."I've lost my number, can I have yours?" atau "Can you please show me the direction.....to your heart?" atau..apa sajalah yang LAIN! Selamat mencuba!

p/s: Nantikan love tips (2) pula dari aku selepas ini..

p/s/s : Err..aku bukan mahu jadi Doktor Cinta. Cuma ingin menyampaikan experience hidup melalui cara yang lebih menarik...mungkin? Maklumlah, tahun baru, style pun baru! heh~ *pening-pening*