Showing posts with label Puasa/Raya. Show all posts
Showing posts with label Puasa/Raya. Show all posts

27 September 2009

Agak Lambat..Tapi...

...aku tetap nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. At least aku tau, apa yang aku tulis dalam blog ni tetap mendapat perhatian daripada orang-orang yang prihatin seperti anda!! hehehe~ Terima kasih juga kerana sudi melayan cerita-cerita kehidupan aku walaupun aku tau aku bukanlah orang popular mahupun glamor yang kehidupannya perlu divideokan setiap hari.

Sempena bulan Syawal ini, aku ingin memohon maaf andai ada penulisan-penulisan dalam blog ini yang telah mencalar hati nurani anda, andai ada tulisan yang membuatkan anda rasa nak ketuk-ketuk kepala aku laju-laju, andai ada tulisan-tulisan yang anda memang tak boleh terima...( tapi aku rasa mesti takde punye lah kan?? ) aku mintak maaf banyak-banyak. Niat aku cuma menulis dengan ikhlas tanpa mau menyakitkan hati sesiapa jua. 

Nak ajak datang ke rumah pun, aku takde kat rumah. Jadi tak payah la datang ek. Rumah sewa aku kat Penang bukan ade apa. Nanti aku serve biskut kering ada pulak yang tarik muka nanti. 

Okeh mood raya tak habis lagi. Nak pegi beraya lagi niiii...~ daaa~ 

- SELAMAT HARI RAYA!-

12 September 2009

Entri Pendek


...pendek GILER tau!


Daripada aku habiskan masa untuk update blog, baik aku guna masa lapang ni untuk aku qada' tidur aku yang sangat minima sepanjang minggu ini...heh~


p/s Lagu Raya favourite korang yang mana satu..? Aku cop lagu Suasana Hari Raya dulu! Jangan tiru!

23 August 2009

Ramadhan Datang Lagi...!

Salam! Selamat Berpuasa!

Alhamdulillah...setakat ni aku tak ponteng puasa lagi. ( Ceh baru 2 hari ko dah nak kecoh ek Najlaa. Diam-diam sudah..). Tadi aku timbang berat badan, wahh dah turun 2 kg! Kalau 2 hari pun dah turun 2 kg, agak-agak kalau sebulan aku jadi macammana ek nanti?? Boleh tak sampai jadi macam ni..?



-aku google search 'puasa' tetibe dapat gambar ni. apa kes?-


Eheh. OK ok. Bulan puasa kan, tak baik menipu pembaca.

OK. Serius. Serius.


Aku rasa macam nak kongsi tips untuk menahan puasa dengan berkesanlah kat sini. Tips-tips ni mungkin nampak remeh tapi keberkesanannya terbukti! Tak caya, korang boleh try lepas ni ok? 

1) Untuk mengharungi seharian berpuasa dengan kesegaran maksimum dan kelembapan kulit serta bibir yg berterusan, pastikan semasa sahur anda minum air kosong banyak-banyak. Biar sampai kembong perut pun takpe. Tapi, janganlah sampai orang ramai pun konfius antara wanita mengandung 9 bulan dengan diri anda sendiri. Itu memang melampau!

2) Pastikan emosi anda stabil sepanjang berpuasa. Emosi dan tekanan boleh menyebabkan anda kehilangan tenaga dengan pantas. So, buat-buat cool je kalau anda rasa tak puas hati dengan seseorang...ini juga boleh menyemai sifat kesabaran dalam diri..

3) Jangan layan bunyi 'keroncong' perut. Lagi anda fikir tentang bunyi perut tu, lagi lah anda akan rasa lapar. Sebaliknya anda boleh gantikan bunyi perut itu kepada muzik-muzik berirama pantas sambil menyumbat earphone ke dalam telinga. Er, tapi, bukankah lebih afdhal mendengar nasyid..? eceh..tetibe je..

4) Buat kerja seperti biasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda bermalas-malasan. In fact, dengan membuat kerja ni sebenarnya boleh melencongkan pemikiran anda daripada asyik memikirkan tentang 'lapar' dan 'makanan apa aku nak beli untuk berbuka nanti ye..'. Yang paling best, bila habis kerja, sedar-sedar je dah masuk isyak.

5) Tidur seharian. Tapi yang tak bestnye sampai ke sudah la anda tak akan tau apa itu erti sebuah "PENGORBANAN" dan "KESUSAHAN"...fikir-fikirkan...=)



SELAMAT BERAMAL!



p/s Rupa2nya penimbang berat tu memang ada error 2kg daa...kecewa ah...

06 October 2008

Eid Party - Malaysia Hall, Pembroke & RCSI...

Assalamualaikum...

Just sharing some pictures here. On 4th Syawal we were having Eid parties & open house.

MALAYSIA HALL,Dublin
Menu : Ketupat, kuah kacang, rendang ayam, nasi bukhari (kott?), etc

-Spirit of Celebration-


-Makan-makan-


- The Cooleen Ave. clan!-


-Happy faces on Raya-



-Happiness...Togetherness-


62, Pembroke
Menu : Laksa, Ketupat, Kuah kacang etc

-Wolseley Street clan we used-to-be =p-


Exam Hall, RCSI College
Menu : Mi Goreng, Ikan Goreng, Kek pisang, Kari ayam, Talam berlauk, Keropok udang etc

-Cheers!=p-


-We celebrate together!-


- Happy Raya 1-


-Happy Raya 2-


Feuhh..what an exhausting full-of-events day it was! Yet I felt happy happy yippy!!=):snow14:

04 October 2008

1st,2nd,3rd Syawal, & There's more to come..!!

Assalamualaikum..

Sharing experiences is definitely a great thing to do. I am fully aware that Raya celebration here in Dublin would never be the same as in Malaysia. Well, who knows? This might be my last time experiencing Eidulfitri here. Despite the fact that I am thousands miles away from my beloved family and relatives back home, Hari Raya here isn't that bad after all!! Surrounded by friends and acquaintances who are in the same situation as me, we all know that we need each other. One thing for sure, joys and happiness are to be shared together..!

RAYA CARDS

Up until now, I've already received 3 Raya greetings cards and I know there are 3 more cards for me but they were addressed to Malaysia. Unfortunately I couldn't read them up just yet. But thanks a million for those sending me the cards yeaah..!! Much appreciated..=)

- This is from my bestest friend, AZNI sending it all the way from Melbourne...exclusively cute card, cute design. Thanx Azni, Miss u !-


- This one is from one of my favourite blogger, Syam @ Aeropama.com. Hehe..thanx Syam, What a pleasant surprise. I didn't expect this card to arrive Dublin but I do apppreciate your willingness to send it here...=)-


- Undeniably this is by far the most beautiful and longest card that I've received this year. It came from a unique friend of mine, Mr Razi who has always been 'cold' and 'annoying' but he's irresistable! (aku tatau nk puji camne lagi Razi oii) haha =p-

More cards coming..? I guess so...because I believe there's more to come!=p


1st SYAWAL

Not much to share because I went to hospital for lectures. After classes, we went straight to Haji Fauzi's open house..

- ( Ima, Hana, Anne, Me ) Celebrating Raya in Hospital-


- Me & Ima on bus heading to Hj Fauzi's house -


- Wada, Helma, Anne, Me & Hana waiting for the bus to come -


- Hana, Me & Anne on the way back. Us against the world! lalalaa...-




2nd SYAWAL

2nd Syawal is just another Thursday for me =( In fact... I've got Ward Tutorial which I've been asked to prepare for a history taking session with a simulated patient on the Renal system + lectures lectures & lectures + Microbiology tutorial.


3rd SYAWAL

Yeay, It's Friday already!! We've been invited to an open house at Jamiey, Alisa, Syam & Fai's place..

- Us...hehe ( too many to list down the names)-


- Another Picture of Us-


- Well, again...US!! haha =p



- Ima, Hana & Me in front of their house posing joyfully!=p-


- Another pose..maybe??=p-

p/s There's more pictures to come for sure because I guess OUR official Hari Raya will start tomorrow coz we are going to rock MALAYSIA HALL!!!!=)



28 September 2008

Happy Eid Mubarak!! Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum,

To all MUSLIMS around the world, I would like to take this very opportunity to wish all of you Happy Eid Mubarak! May you have a good one this year...=)

Also, I would like to extend my gratitude to all family members,friends,bloggers,readers & visitors of this blog for being so supportive & helpful all this while! Sorry for all the wrong-doings, bad words & bad attitude if there's any. I'm really just a normal person (and so do you) and could never run away from making such mistakes.

For those giving me these raya wishes e-cards and sending me raya cards, ( kad raya korang tak sampai-sampai lagii..mane niiihh...) I would like to say,TERIMA KASIH! THANK YOU VERY MUCHH! MUCHAS GRACIAS! DUNKE! MERCY! XIE XIE NI! Pleasee send them again next year ok?...haha..=)


-From Ubey-Atie-



-From Kak Yanie-



-From Azah-





-From Sis Tirana-


These are actually just few of them. Unfortunately I couldn't put them all up here...but Thanks yaa!

Lastly...

سلامت هاريراي عيد الفطرى معاف ظاهير دان باطين

p/s -Still having high-hope for those raya cards to arrive the front door!!! =p

12 September 2008

Kembalikan Tradisi Menghantar Kad Raya!



Assalamualaikum semua,

Demi menyahut seruan....aa....seruan sape ek? Hentam je la. Seruan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mengembalikan semula kegemilangan tradisi menghantar KAD RAYA, aku dengan rasa berbesar hati ingin memberikan beberapa keping kad raya kepada anda secara percuma!! ( aik? memangla percuma, dah aku yg nak bagi. No no, I mean, aku tak mengharapkan sebarang balasan kad raya laa. Tapi kalau anda mau balas, aku lagi sukaa! hee =p) Selain itu, tujuan aku nak bagi kad raya ni pun, untuk merapatkan silaturrahim sesama kenalan-kenalan bloggers dan pembaca-pembaca blog aku yang sangat aku sayangi! =)


First of all, untuk menghargai mereka-mereka yang rajin menaip komentar dalam blog ini, aku akan bagi anda kad raya tersebut. So, kalau anda ternampak nama anda tersenarai dalam list 'Top Commenters', jangan malu-malu hantarkan nama penuh dan alamat rumah anda ke email address aku - narina_joe@yahoo.com  atau jika anda rasa selamat untuk me'reveal' kan maklumat tersebut di comment box, silalah berbuat demikian. Aku tak galakkan yer..=) But it's up to you.


Secondly, entry ini merupakan entry khas kerana melaluinya, anda mungkin layak menerima kad raya dari aku ! Apa yang anda perlu buat ialah, beri komen pada entry ni, kemudian hantarkan maklumat peribadi anda. Caranya ialah seperti yang aku telah nyatakan di atas. Ingat, hanya mereka yang tersenarai dalam 10-15 yang terawal (selain yg tersenarai as top commenters) memberi komen sahaja yang layak dapat kad raya ni. So, apa tunggu lagi, cepat-cepat la rebut peluang ni! Bukan senang nak dapat kad raya dah tau sekarang nii. Dan untuk 'silent readers', inilah peluang anda semua untuk memunculkan diri...hehe...=p


Kad Raya ni special edition, khas dari aku tau.. hihi...=p Malangnya, hanya terhad kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja. Mungkin tahun depan pulak la yek aku hantar over the world...hehe. So, cepat-cepat, siapa cepat dia dapat!

P/s: harapnye dengan cara ni boleh tunjukkan betapa aku menghargai readers blog nih! Baik kan aku?....eheh..=p

05 September 2008

Kenapa Saya Suka Tarannum..?

Assalamualaikum,

Bulan-bulan puasa sekarang ni, elok jugak ye kalau kita dekat-dekatkan lagi diri kita dengan Al-Quran. Tak kiralah apa bentuk ibadah sekalipun yang berkaitan dengan Al-Quran, sama ada mendengar bacaan ayat-ayat suci, membaca ayat-ayat Quran, bertadarus, menghafaz, mempelajari tajwid bacaan atau berTARANNUM.

TARANNUM; biasa tak anda dengan perkataan ini? Tarannum maksudnya seni bacaan berlagu Al Quran. Video yang aku nak kongsikan ni merupakan satu contoh bacaan berlagu Al Quran oleh Yasir Syarqawi ( Qari Mesir ). Yasir ni merupakan salah satu Qari yang aku minat sangat. Bacaan dia...MasyaAllah...anda dengar sendiri yer. Selain Yasir, aku juga suka dengar bacaan dari Sheikh Mustafa Ismail & Dr.Nuaina.


Boleh juga klik sini untuk lihat video.

Sebenarnya dulu aku ada belajar jugak Tarannum ni dengan bergurukan seorang Ustaz. Tapi belajar tak habis. Aku start belajar masa umur aku 10tahun. Aku pun tak pasti apa yang menyebabkan aku mula berjinak-jinak dengan Tarannum masa tuh. Mungkin dah minat sejak kecil + kebetulan dah ada peluang. Setelah bakat diasah, aku start menyertai musabaqah tilawah Al Quran peringkat sekolah masa umur 12 tahun. Kemuncaknya ialah aku berjaya melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan untuk kategori Sekolah Rendah (1998).

Setelah masuk Sek Men, aku dah tak join lagi kelas-kelas tarannum dekat surau. Keadaan pada masa tu sebenarnya yang tak mengizinkan aku untuk teruskan pengajian. Tapi bila ada peluang untuk join pertandingan, aku tetap jadi wakil sekolah. Ada juga cuba nasib masa Tingkatan 2 dan tingkatan 4. Namun, percubaan aku tak berpihak pada aku. Paling tinggi pun sampai peringkat Daerah jee...



Banyak sebenarnya cerita aku dengan dunia Tarannum ni, especially time kecik-kecik dulu laa. Sekarang ni aku just dengar dari kaset-kaset dan kadang-kadang ulang tausyeh-tausyeh yang ustaz aku ajar dulu. Sayangnya ilmu ni kalau aku lupa semuanya. Sebenarnya kalau nak ikut, Tarannum ni ada banyak tausyeh ( jenis lagu ). Aku dulu sempat belajar tausyeh Bayyati, Soba, Hijaz, Sikah, Nahawand dengan Rast je. Kalu tak silap ada 2 lagi common tausyeh yang aku tak sempat belajar, iaitu Ajam dan Jiharkah. ( refer pada video )

Kalau anda tengok video Yasir ni, dia ada baca untuk setiap tausyeh ( atau orang Arab panggil maqam ). Dan anda juga akan dapati untuk setiap tausyeh tu ada bacaan peringkat 'Jawab'. Disebabkan aku belajar tak habis, aku tak pastilah betul ke tak, tapi aku rasa kalau ada 'Jawab' maksudnya bacaan itu merupakan bacaan yang paling high-note untuk setiap tausyeh ( selalunya untuk dijadikan penutup setiap tausyeh sebelum tukar tausyeh lain). Kalau aku la kan, aku paling suka tausyeh Bayyati, Hijaz & Rast.

Kenapa aku suka dengar Al Quran dengan tarannum? Kerana.... aku adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Dalam hati juga letaknya Iman. Manusia mana yang taknak berusaha nak memperbaik tahap iman masing-masing, ye tak? Aku ni pun, bukan baik sangat. Dengan mendengar bacaan Tarannum inilah salah satu cara yang membuat aku berusaha mendekatkan hati-jiwa kepadaNya.

Aku dengar & hayati lagu tegas...penuh keyakinan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu sedih penuh rayuan ...memohon keampunan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu berentak kegembiraan ...memuji-muji kesyukuran akan kebesaran Tuhan
Dan berbagai2 lagu al Quran lagi....
Seni Tarannum itu penuh dengan keindahan!

Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku bila mendengar al Quran dengan berlagu! Especially bila dengar time tengah-tengah malam, pasang kuat-kuat dengar guna earphone...=) Dan... Aku lebih suka menjiwai yang tersirat dari yang tersurat...

Hurmm...Pernah tak anda rasa macam apa yang aku rasa....?

02 September 2008

Masa Untuk Berubah...!



Assalamualaikum,

"Aikk..? Masa untuk berubah..? Berubah apa pulak ni..?" Haa, mesti ayat-ayat ni berlegar-legar dalam kepala otak anda kan..?
OK la, untuk menjawab pertanyaan anda, aku sarankan supaya anda semua membaca entry ni sampai habis yeer..heheh...=)

Perlu diingatkan, tajuk ini tiada kaitan langsung dengan tarikh 16th September ( Tarikh untuk pembentukan kerajaan yang baru..:p). Cuma, aku berpendapat topik yang ingin aku kongsikan di sini sedikit sebanyak berkaitan dengan keadaan ekonomi kita sekarang dan juga sempena kedatangan Aidilfitri ini nanti.



Sebelum menulis lanjut, aku sekadar ingin mencetuskan 'self-thought' untuk anda renung-renungkan sendiri dengan mengemukakan satu persoalan iaitu, " Adakah kita sudah cukup bijak sebagai seorang pembeli?". Persoalan inilah yang mula-mula sekali melekat dalam kotak fikiran aku sebelum aku mula menulis entry ini. Oleh itu, aku kira anda sudah mula dapat menangkap apa sebenarnya topik yang ingin aku kongsikan bersama anda. Aku cuma ingin berkongsi pertimbangan kita sebagai seorang pembeli, atas nilai apa kita seringkali membuat pembelian sesuatu barangan dan berkemungkinan ini masanya untuk merubah corak perbelanjaan dan pembelian kita!

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi sekarang sukar diduga. Dalam masa singkat sahaja kadang-kadang harga barangan boleh mendadak naik. Inflasi juga makin meningkat. Ini memungkinkan kita kepada penukaran gaya hidup yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini. Lebih-lebih lagi, Hari Raya bakal mendatang, mungkin dengan perubahan ini kita boleh kurangkan pembaziran.

Apa apa pun, jom kita 'check out' dulu kategori-kategori pembeli yang wujud sekarang. Aku juga akan kongsikan beberapa 'pros' and 'cons' untuk setiap kategori, berdasarkan pengalaman aku sendiri:

Brand-Conscious

Mereka yang tergolong dalam kategori ini merupakan golongan yang amat mementingkan jenama. Takpun, dalam bahasa yang lebih sempoinya ialah "Kipas-susah-mati @ die-hard-fan". Selalunya, mereka akan setia pada satu-satu jenama (brand loyalty) dan tak kisah pasal harga. Malah barang tu pulak yang memotivasikan mereka untuk kumpul duit sehabis baik semata-mata untuk dapatkan barang berjenama yang diidam-idamkan.

Pros - Tak salah bagi aku, kerana mereka yang brand-conscious ni semacam ada satu citarasa yang telah mereka tetapkan dalam menilai sesuatu barangan. Selalunya juga branded items ni dikaitkan dengan kualiti tinggi, tahan lama dan trendy. Memiliki barangan yang tahan lama lebih baik dari terpaksa membeli barangan tidak berkualiti yang jauh lebih murah berulang-ulang kali. Tambahan pula, kepuasan seseorang yang brand-conscious ni tak dapat kita pertikaikan kerana ini hak mereka sendiri. Mungkin mereka tak nak show off tetapi lebih merasa puas!

Cons - Aku rasa golongan ini boleh menyumbang kepada kenaikan harga barangan. Walau macammana sekalipun harga barangan dijual oleh pengeluar, mereka tetap ingin membeli. Pengeluar pun sukalah. Tapi yang aku tak suka sekali apabila mereka yang brand-conscious ni kadangkala lupa diri. Mereka kata, "Biar papa asal bergaya". Alahaii, tolonglah sedar diri sikit. Ukur baju di badan sendiri dulu yer...

Price-Conscious

Mereka yang price conscious ni aku rasa golongan pembeli yang paling ramai di muka bumi ini. Sebelum membeli, mesti tengok harga dulu. Membuat perbandingan harga adalah rutin wajib, semacam hobi pula. Pantang nampak harga murah sikit, nafsu membeli mulalah melonjak-lonjak.

Pros - Golongan ini pentingkan penjimatan. Pembaziran selalunya tak berlaku. Heh, as simple as that.

Cons - Pendapat aku, kadang-kadang mereka ni menolak kualiti barang semata-mata sebab harga. Akibatnya, mereka terpaksa beli dan beli dengan kerap, kadang-kadang boleh sampai tahap membazir juga. Lagi satu, disebabkan weakness point mereka adalah harga murah, maka pantang sahaja ternampak 'sales' terus beli barang-barang walaupun sebenarnya tak diperlukan. Konon-kononnya, takut terlepas peluang, so baik rembat cepat-cepat, beli banyak-banyak. Akhirnya, barang tak terpakai, dicampak ke tong sampah.

Quality-Conscious

Mereka yang berada dalam golongan ini pula mementingkan kualiti barangan. Harga dan jenama mereka tak pandang sangat. Yang penting, boleh tahan lama, maintainance pun kurang...

Pros - Apa yang bagusnya mereka ini, ialah mereka bijak membuat perbandingan dan siap buat 'research' lagi pasal satu-satu barang tuh. Kualiti bagi mereka ialah tahan lama, tak lapuk dek masa. Selalunya mereka ini membuat keputusan berdasarkan pengalaman sendiri, jaminan kualiti ( SIRIM etc ), jenama yang dipercayai atau reviews pengguna lain.

Cons - Susah aku nak cakap tentang keburukan mereka yang pentingkan kualiti. Kerana bagi aku, aspek kualiti seharusnya diangkat sebagai perkara asas dalam sesuatu pembelian. Sama juga dengan yang mementingkan brand, kadang-kadang golongan ini terlalu fanatik sehinggakan sanggup membeli barangan di luar kemampuan, atau mungkin sanggup menolak untuk membeli barangan keperluan lain, semata-mata untuk memuaskan diri.

Popularity - Conscious

Golongan ini merupakan golongan populis. Atau, senang cerita, up-to-date @ gila glamour. Mereka ni pantang melihat sesuatu yang trendy @ fashion terkini, mesti bergegas ke pasaraya untuk merembat barangan tersebut.

Pros - Bagi aku, mungkin hanya mereka yang berada dalam sesetengah industri boleh mendapat manfaatnya. Contoh mudah, industri hiburan. Oleh itu, mereka tidaklah dikatakan ketinggalan zaman. Golongan ini berpengaruh untuk mengubah sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru. Ada ke manusia yang tak sukakan pembaharuan?

Cons - Jelas sekali mereka yang membeli atas dasar perubahan fesyenlah yang paling semangat sekali bila setiap kali fesyen baru/produk baru diperkenalkan. Kalau cycle of product sesuatu barang tu singkat, parah juga kocek mereka ni. Asal timbul barang baru je beli, beli beli. Mereka ni juga tak kisah sangat tentang kualiti atau harga atau mungkin juga jenama kerana yang penting bagi mereka ialah up-to-date!

Sebenarnya, tak kiralah kita ni jenis pembeli yang mana, tapi bagi aku yang penting ialah kesederhanaan. Berjimat juga perlulah bertempat. Jangan terlalu bakhil untuk spend duit dengan menolak kualiti barangan atau menolak keperluan. Jangan pula terlalu bermewah sehinggakan anda dikelilingi hutang. Berhemahlah dalam berbelanja. Tak salah sesekali membeli atas dasar jenama, tetapi pertimbangkan dahulu faktor barang, wang, kualiti dan jangan lupa masukkan juga faktor orang lain. Jangan sampai dek kerana nak memuaskan citarasa sendiri, orang lain pula mendapat susahnya. Sama-samalah kita renungkan.

Anda sendiri bagaimana..??


28 August 2008

Marhaban ya Ramadhan...



*Disarankan supaya anda terlebih dahulu mendownload lagu Ramadhan Tiba-Opick.mp3 (click on song title) untuk mendapat mood membaca entry ini...=)*


Assalamualaikum,

Tak lama je lagi kan, bulan puasa bakal menjelma. Seronoknyaa...Sebut je Ramadhan, terus terlintas Tarawih, Bazar Ramadhan, Buka Puasa, Sahur. Tapi yang utamanya, tentulah ibadah PUASA tu sendiri. Dalam bulan yang mulia ni jugalah kita seharusnya belajar mengawal diri, bukan mengawal perut sahaja. Kita perlu menjaga segala anggota kita daripada perbuatan yang boleh mensia-siakan ibadah puasa, baik dari segi percakapan, perlakuan, pandangan mata dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Sesuai dengan sebuah hadis,

Abu Hurairah (r) berkata bahawa Rasulullah (s) bersabda: "Puasa bukanlah sekadar untuk meninggalkan makan dan minum, tetapi juga untuk menahan diri daripada berkata yang sia-sia dan perbuatan yang kotor. Maka apabila seseorang mengeji kamu atau menghina kamu, maka katakanlah: Aku berpuasa, aku berpuasa." [Al-Bukhari]

Semoga kita tidak tergolong drpd mereka yg hanya memperoleh lapar dan dahaga semata-mata di bulan mulia ini, sbgmana Rasulullah (s) bersabda:
  "Hanya apa yang didapati oleh sesetengah orang daripada puasa mereka adalah lapar dan dahaga semata-mata." [Ibnu Majah, Al-Darimi]


Menjelang Ramadhan, ramai yang ingin memohon maaf. Mungkin dah menjadi tradisi menjelang bulan puasa ni berdasarkan satu hadis mengenai doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan. Sebenarnya banyak yang membahaskan tentang hal ini kerana TIDAK diketahui riwayatnya dengan JELAS. Saya quotekan di sini,

"Doa Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali."

Hadis diatas (setakat yang saya tau) tidak ada hubungan dengan keharusan bermaafan sebelum puasa Ramadhan. Meminta maaf dan memaafkan seseorang dapat dilakukan BILA-BILA saja, dan tidak ada tuntunan syari'at harus dikumpulkan dulu dan menunggu sampai menjelang bulan Ramadhan. Wallahua'alam...(Jika salah tolong betulkan...)

Namun begitu, saya fikir ada baiknya kita nilai kekhilafan diri sendiri terhadap orang lain agar matlamat kita sempena bulan Ramadhan ini tercapai. Iaitu matlamat KEAMPUNAN & KETAQWAAN, insyaAllah...

Justeru itu, saya ingin sekali mengajak rakan-rakan, sama ada yang selama ini saya kenal rapat, baru kenal, yang belum bertemu muka mahupun pembaca senyap di blog saya ini, bukakan hati untuk memaafkan orang lain agar kita sama-sama beroleh rahmat dan barakah di bulan Ramadhan...InsyaAllah....Sama-sama kita doakan....=)

Selamat Beribadah buat kalian, Marhaban Ya Ramadhan...!


Nota kaki : Khususnya buat pelajar di Ireland,"A Documentary Ramadan experienced by the Malaysians in Ireland" di bawah arahan Hj Azmil Mustafa bakal dilangsungkan...( sekadar promosi & hebahan informasi=))