Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

12 July 2010

MYVI Limited Edition ( atau... Lady Edition?? )


7 Julai baru-baru ni, Perodua telah melancarkan satu lagi model kereta MYVI yang terbaru iaitu MYVI LE. Kalau ikut dari segi spesifikasi dan harga, MYVI SE yang aku pakai sekarang ada kelebihan sikit la berbanding yang limited edition ni. LE ni lebih kurang macam spesifikasi yang digunakan untuk MYVI EZ cuma kali ni features LE lebih kepada unique dan funky design terutama bagi menarik minat para gadis dan wanita di luar sana.

Apepun, ramai jugak orang komplen dengan Perodua sebab mereka dah banyak keluarkan MYVI "issue terhad" sebelum ni. SPECIAL EDITION lah, LIMITED EDITION lah, dan ade jugak yang berpendapat ianya hanya lah satu "marketing gimmick". Mungkin ramai yang telah dan akan bosan dengan kaedah "face lift" version yang Perodua buat sekarang ni. Mungkin selepas ini Perodua patut keluarkan MYVI yang spesifikasinya totally berbeza dari model-model MYVI yang sedia ada. ( 2nd generation, maybe?).

OKlah taknak cakap panjang lagi. Jom kenali sedikit sebanyak tentang MYVI LE.

It features:
- Vanity mirrors for driver and passenger
- Decorative cubic printing on centre cluster and door armrests
- Bold colour acents & stylish seat designs
- Radio CD player with MP3/WMA, USB & Bluetooth
- Slide door moulding
- Smoke clear rear combination lamps

Available in Dazzling Red (metallic), Ebony Black (metallic) and Ivory White (solid).
Harga : RM48,000++

-dazzling red: the new colour. Kaler ni yang aku takleh tahan nii..-

-decorative pattern dekat console-

-seat depan + dashboard + LE carpet mat-

-decorative printing dekat door armrest-

-inilah feature utama kereta ni, vanity mirror dekat tempat driver (khas untuk pemandu wanita yang mengutamakan kecantikan)=p-

-backseats-

-the front-




So, gadis-gadis terutamnya, ada sesiapa yang berminat? Bolehla kunjungi pusat jualan Perodua di mana-mana cawangan yang berdekatan selepas ini ye. Aku tetap sayang MYVI SE ku...Ohh, MYVI SE~

-hurmm..atau mungkin aku boleh tukar kaler tangerine ni kepada dazzling red...? eheh..-


*MORE INFO ON PERODUA WEBSITE
*All images : Google pictures

13 September 2009

Ipod Nano 5G Now Comes With Camera & FM Radio!





Sudah berada di pasaran sejak 9 September (09/09/09) yang lalu. Sekarang ipod yang baru dah letak video camera dan radio streaming application. Bencinya, kenapa baru sekarang? Ni yang menyebabkan aku nak balik Dublin semula ni! Argh...agak-agak trade in dengan ipod 4G aku boleh tak..? (or ada sesapa yang sudi nak hadiahkan aku ipod ni....?~ =p)

More information / to purchase online, click here (for those in Malaysia)

16 June 2009

Friends & GADOH!

Huh. Penat aku weekend baru ni. Tapi seronok gila dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama. Ada yang dah tak jumpa langsung lepas habis SPM 2003. Dah enam tahun! Dah ada yang bertunang, kahwin pun ada. Tapi ramai lagi kawan-kawan aku yang masih single (Fuh, nasib baik. At least aku masih tak keseorangan di sini. hahaha)

Marilah aku kongsi gambar je. Malas nak taip lebih-lebih. Bertempat di Batu Ferringhi, kami buat BBQ!










Oh ye, lagi satu, aku teringin gila-gilalah pulak nak tengok short film yang penuh dengan mesej kemasyarakatan ni. Aku nak tengok apa reaksi korang lepas tengok trailer dan sedutan film yang aku letak di sini. Kalau korang rasa film ni memang patut ditonton, secara tak rasminya korang memang se'geng', sekepala dan sebulu dengan aku. Cayalah!! Tapi, kalau korang rasa film ni tak menarik langsung, dipersilakan blah dari blog aku sekarang jugak...! HAHAHA~








Lebih info tentang film ini, boleh rujuk di sini. 


p/s Eyh aku nak exam ni!! Doakan kejayaan aku dan rakan2 aku yer....=)


UPDATE! - Layan GADOH kat youtube jom! klik sini!

15 May 2009

Memang "KACIP"!

Mari, aku perkenalkan lagi satu buku keluaran Sindiket Sol-jah. Kalau dulu, buku yang bertajuk penuh kontroversi "Perempuan Simpanan" dah pun aku perkenalkan, sekarang buku yang bertajuk "Kacip" pulak, hasil tulisan blogger Pipiyapong.


-Dont judge this book by it's cover. haha.-


******************


Petang tadi, aku naik bas dalam perjalanan pulang dari Sg Nibong ke rumah aku di Kajang. Dengan ini, aku secara tak sengaja telah mengisytiharkan pemontengan aku ke kelas untuk hari Jumaat. Sebenarnya, ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Sebab tu aku perlu pulang petang Khamis ni jugak-jugak.

Selalunya, aku memang akan pegang buku kalau travel/bergerak pergi mana-mana. Tak kisahlah buku apa. Janji sedap baca. Jadi, buku KACIP yang aku dah dapat seminggu lepas inilah yang berada di tangan aku sepanjang perjalanan ni.

Melihatkan pada tajuk, mula-mulanya aku langsung tak dapat idea buku ni ditulis berkenaan apa? Aku fikir, mungkin penulis ni naik gian bercerita tentang khasiat Kacip Fatimah. Tapi, tengok kulit buku takde gaya langsung penulis ni nak cerita pasal mende alah tu. Aku pun tak berminat nak tau kot.

Secara ringkasnya, bolehlah aku cakap, hampir keseluruhan cerita dalam buku ini, datangnya dari pengalaman penulis ini sendiri. Tak sangka, rupa-rupanya si penulis ni asalnya dari kampung aku jugak. Benta & K.Lipis, Pahang . Jadi, cerita-cerita dalam ni aku boleh relate jugak sikit-sikit. Dan loghat daerah yang digunakan dalam buku ni pun aku sangat-sangat faham.

Betullah orang cakap, "ijazah terbaik datangnya dari jalanan" yang merujuk kepada pengalaman hidup susah senang dalam kehidupan...

Buku ni beh pepalih! (buku ni best sangat2!)

Memang "Kacip"!





p/s sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa "kacip"?

p/s rasanya masih ada peluang untuk anda order buku ni secara gaya pos...di sini!

p/s bila sindiket soljah mau bagi aku komisen promo buku-buku diorang nihh...~

p/s eyh banyak pulak p/s aku ni..

01 May 2009

Aku Dah Dapat Perempuan Simpanan!

Dah dua minggu lepas aku order PEREMPUAN SIMPANAN (PS). Baru hari ni aku dapat. Aku seriusly rasa nak pengsan masa tengok PS ada depan mata. Berdebar-debar jantung bila aku tengok PS. Memang CUUUNN gila! Nasib baik PS ni slim je. Sekejap je aku dah hentam kasi habis sama diaaa...
 
Mujurlah bapak ayam aka JEBON (dengan dialah aku order PS ni) dah langsaikan janji-janjinya untuk hantar aku satu PS minggu ni. Kalau tidakk, dengan Jebon sekali aku bikin jadi PEREMPUAN SIMPANAN !! hahahaha *gelak kurang sopan*.


***********************
******************
*************
**********
******
***
*




Ya, inilah dia buku PEREMPUAN SIMPANAN. Cuun kan?? Karya agung blogger-blogger wanita Malaysia yang unggul. Bak kata heading depan buku ni,

" buku ini mengandungi teks-teks manis menggula oleh penulis-penulis perempuan terpilih "

Aku rasa dah SOLD OUT pun buku ni. Aku beli dengan gaya pos. Next buku coming :KACIP!

p/s Selamat Hari Pekerja! untuk seluruh pekerja-pekerja di Malaysia, termasuk perempuan-perempuan simpanan yang bekerja untuk sugar daddy mereka...=p Damn..! 


update! - sedikit info tentang buku ini. Dah keluar paper tauu...klik sini!

01 March 2009

Anda Dah Cukup MALAYSIA??



Jumaat lepas (27th Feb) aku buat pertama kalinya berpeluang menyaksikan Konsert Alam M.Nasir di Panggung Sari Istana Budaya. Dan ini jugalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke IB setelah 23 tahun bergelar warganegara Malaysia. Bagi aku, TAK CUKUP MALAYSIAlah beb kalau tak pernah sekali ke sana! Jadi apakata anda, sahutlah cabaran aku untuk sekurang-kurangnya memberi sekali peluang untuk diri anda menghayati seni pementasan budaya kita di sana.

Nak kata aku peminat fanatik M.Nasir? Err..jauh sekali (..kott). Cuma aku 'senang' mendengar lagu-lagu Sifu ni. Aku kan memang universal listener. So, boleh kata aku terima kebanyakan genre-genre lagu yang aku rasa aku suka dengar. Dah orang belikan aku tiket, aku sapu jelaa~ lalala. OK, aku memang pantang diajak. 

Walaupun, banyak juga lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Sifu malam tu memang aku tak pernah dengar pun. Bajet aku dengar lagu-lagu M.Nasir kat Ireland dulu ke?? Haha~ Tak updated langsung! But the concert was awesome!! Taula M.Nasir macammana kan? He got his own style and that very style makes him so special. And the crowd was awesome tooo~

-Istana Budaya-

-muke tak happy, tp actually aku happy-

-blurry vision-

-blurry vision 2-

Sebenarnya dah lama juga aku bercita-cita nak ke sana. Dan syukurlah sekarang baru mendapat kelapangan masa dan peluang itu. Bercerita tentang "CUKUP MALAYSIA" ni, aku sekadar nak kongsi list PERIBADI yang aku rasakan setiap jiwa-jiwa penduduk Malaysia takkan jadi CUKUP MALAYSIA kalau tak pernah sekali ke tempat-tempat berikut:

1) Istana Budaya
2) Pasar Seni
3) Balai Seni Lukis Negara
4) Studio Bangsar
5) Dewan Philharmonic & Skybridge, KLCC
6) Menara KL
7) Petaling Street
8) Jalan TAR
9) Sepang International Circuit
10) KLIA

Ada lagi lokasi-lokasi yang seterusnya, tapi aku sekadar menulis yang 'besar-besar' sahaja. Aku sendiri nampak gayanya belum cukup MALAYSIA kalau aku ikut list ni. Yang pasti, aku akan cari peluang untuk pergi menjelajah setiap tempat yang aku senaraikan ni. 

Bagaimana dengan anda? Dah rasa cukup Malaysia? Taknak kongsi "list" anda pulak ke..?=)


p/s tetibe je rasa nak download lagu-lagu M.Nasir pulak nihh...

06 November 2008

Ini Budak Kelantan Punya Stories...

Assalamualaikum,

Just a quick review here. Tadi, mase tengah rileks-rileks after memeningkan kepala dengan nama-nama Antimicrobials yang urghh..(killing my time!), aku terjumpa something about this one latest movie in Malaysia. Tajuk dia BUDAK KELANTAN. Aku rasa bagi sesiapa yang memang berada di bumi bertuah Malaysia sekarang ni sure tau movie ni sebab ianya dah pon ditayangkan di pawagam 30 Oktober yg lalu. Dan untuk yang masih tak tau tentang kewujudan movie ni, sekarang ni aku nak bagitau.



Aku taktau sangat nak review macamne sebab aku sendiri tak tengok lagi movie ni. Just tengok trailer & baca sedikit review dari orang ramai mengenai movie ni. So, maaflah kalau ade details yang aku terlepas pandang atau tersalah sebut. Pengarah dia, Wan Azli Wan Jusoh, juga orang Kelantan dan movie ni merupakan arahan pertama beliau. Movie ni independent movie tak silap aku, sebab takde kaitan pon dengan FINAS, GB atau mana-mana organisasi produksi perfileman yang gah-gah tu.

Barisan pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang lama dan orang baru. Danny X factor wajib ada, pastu ade Bienda then ade muka baru iaitu Azrulfaizal. Ape-ape pon jom layan trailer dia dulu..

Sinopsis ringkasnya, menceritakan kehidupan dua orang pemuda Kelantan yang berasal dari kampung yang sama, berpisah setelah sekian lama, dan akhirnya bertemu semula di Kuala Lumpur. Watak baik nama Buchek ( Danny ), watak jahat nama Jaha ( Azrul ) dan gf Buchek, Che Nor ( Bienda ). Buchek cuba nak bawak kawannya Jaha ni kembali ke pangkal jalan. Cerita dia basically revolves around that la..

Selama ni kan, kita seringkali dimomokkan dengan tanggapan 'Budak Kelantan' yang hidup berpuak-puak tak kira di mana mereka berada. Bila jumpa kawan sekampung mulalaa kecoh tak ingat dunia! Menyebabkan orang lain rasa awkward nak 'berurusan' dengan mereka ni. Plus, ade jugak dengar-dengar kata remaja-remaja Kelantan ni selalu sangat mencemarkan nama negeri mereka dengan perangai-perangai yang kurang sopan. Ni bukan aku yang cakap yer, korang la yang cakap. Sebab korang semua menyumbang kepada generalization of ideas. Tu pasal aku tulis kat sini ni. =p. Semoga dengan kehadiran movie ni sedikit sebanyak dapat ubah persepsi orang ramai terhadap masyarakat Kelantan, especially yang remaja tuh.

Apepun, aku tertarik sangat tengok trailer die. Movie ni macam sesuatu yang baru dan dekat dengan kehidupan @ realiti sebenar masyarakat. Aku tengok trailer ni, aku takde la paham sebijik-sebijik butir bicara yang keluar dari mulut diorang tuh. Tapi aku still boleh grab the whole idea of what's goin on. Paling aku suka part dia cakap: "Aah..tak Amerika dah laa saing ngan budak masjid!" HAHAHA...=p

ps: Before guna title Budak Kelantan, diorang propose tajuk lain, "Koya Best". Tapi agaknya sebab nak dikomersialkan diorang tukar tajuk last-last minit. "Koya" tu sbnarnye ape ek?? sape-sape boleh bagitau..?

pss : Harap-harap takde sape terasa hati dengan entry ni yer..cuma menyampaikan persepsi segolongan masyarakat. Hakikatnya kita tak boleh pandang kesalahan pada golongan tertentu sahaja. Golongan lain pon mungkin mengalami kesalahan dan kebejatan akhlak yg sama..=)

psss: OK sejujurnya dr dulu lg aku nak belajar n try kecek loghat Kelate nih..somehow mcm menarikk jugak..haha =p 

pssss : Yg paling ironiknya, bukankah kat Kelantan takde panggung wayang?? hurmm..hehe...


18 October 2008

Movie Review : SEPI & TAKEN


OK. So, here goes my first movie review for the blog. I know I'm nor a movie neither a cinema freak but..Hey, everyone in this world deserves to have their own leisury-bubbly time to be spent! So, whenever I heard about movies with good reviews here and there, I would try giving myself a lil break and just go for it! 

Oh yea...and everytime I'm reviewing a movie, I will give some credits to the 'promoter' who FIRST suggested me watching the movies. So guys & girls...if u, by any chance desperately need any sorts of credits from this blog, you should have gotten yourself a list of GREAT-GREAT movies to be shared with me. Heee...=p

SEPI



Release Date: 26th June 2008
Language: Malay (English Subtitled)
Running Time: 115 mins
Rating: U
Genre: Romance / Drama
Starring: Vanidah Imran, Riezman Khuzaimi, Nasha Aziz, Tony Eusoff, Afdlin Shauki,
Directed by: Khabir Bhatia
Local Distributor: Grand Brilliance
First promoter : Razi. Thanx weii...this movie worths every nanosecond I spent on my laptop screen..=)
My rate: 4/5


A not-so-new movie. I've been longing to watch this movie ever since I was back in Malaysia during the recent summer holidays. But I have     (maybe used to have =p) this principle of mine to not waste moneys watching any malay movies in cinemas. So, Razi anyhow had challenged me to try not to retain this personal principle by watching SEPI. But I havent got the chance to watch it before...until now. hehe...


Synopsis : " Three individuals in the city learn the meaning of love, loss and loneliness in this romantic drama. Adam, a successful young chef, creates confectionery masterpieces for weddings, yet has still to find his own bride. Then there is Sufi, who each day runs for miles in an attempt to outrun the memories of his dead wife. Finally, there is Imaan, a young playwright who discovers that theatre is a stage of where her past is finally resolved and her future is unveiled. All three strangers are inevitably linked to a single dramatic moment that transforms their lives forever."


My review : I love how the camera angles and every screenshot made probably under the direction of the talented Khabir Bhatia himself. You will feel as if u were in the movie! Coool. The scripts are fantastic. No dragging at all and I bet you wouldnt feel exhausted sitting on your couch ( or bed..lol) listening to the simple and meaningful lines that can linger in your head for quite a long time. 

The blend of great scripts, great background songs and great cinematography really got you into it! The casts were no doubt having done their best job ever throughout the movie production. Yes, I mean everyone in the movie! I'm sure by the time you've done watching the movie , you'll definitely feel it's a worth-watching, that you will want to go and meet Khabir Bhatia himself and give him a round of applause straight on his face! Clap, Clap Clap!!


p/s : I did burst into tears at the very end part of the story...=( huhuhu...If u consider urself a heartless person, then try this movie!!

p/ss : Interested on watching the full movie? Just tell me personally..=) I'll send you a copy...



____________________________________________

TAKEN



Directed By: Pierre Morel
MPAA Rating: PG-13
Starring: Liam Neeson, Maggie Grace, Famke Janssen, Katie Cassidy
Genre: Action/Thriller
Release: 2008 July
Length: 1H 33 min.
My rate: 4.5/5
First promoter : Ima. haha..bes giler! Heart-racing from the beginning till end..=) Thanx promo...


I love thriller movies and this very movie just suits my taste really well.


Synopsis : "A former spy (Neeson) relies on his old skills to save his estranged daughter (Grace), who has been forced into the slave trade. Neeson is a retired CIA operative trying to piece together his broken family. After his intense career, his wife Lenore (Famke Janssen) has left him and remarried and he’s all but a stranger to his 17 year-old daughter Kim (Maggie Grace). 

He finds the only way to reconnect with her and make peace with his ex-wife is to go against his better judgment and allow for Kim to travel to France with her girlfriends. He should have stood his ground though, because shortly after landing in the City of Lights, Kim and her friend are kidnapped by Albanians and sold as sexual playthings to the fabulously rich and the insanely powerful."


My review : Like I said, heart-pounding and adrenaline rushed from the beginning till the end of the movie. Liam neeson is perfectly cast in this role and wastes no time in blazing a trail of blood, bodies and bullets across paris in order to locate his daughter by any means necessary (even a little torture).

The action scenes are well staged and highly entertaining. The plot was a real smart and I love how Neeson acted cool but cunning in this movie, though I have to agree the other cast were not even near to Neeson's standard. =p But no doubt, a brilliant and tight thriller. A must-see!

p/s To watch full movie online, try  here. Enjoy!

27 September 2008

Rumah Baru - Sneek Peek!

Assalamualaikum,

Busynyee...! Busynyee...! Aku rasa sekarang aku just boleh update blog ni during weekends. Weekdays aku memang agak sibuk dengan lectures,tutorials and provision for studies/revision. Nak buat blog-hopping pun susah. Sebab tuh ada bloggers yang akan perasan bahawasanya komen-komen di page mereka sejak dua menjak ni seolah-olah tak lengkap @ semakin berkurangan sebab aku tak tinggalkan komen. ( Aku kan rajin amat tinggal komen-komen kat blog orang lain..haha =p)

OK, before ni kan, aku ada bagitau, aku baru je pindah rumah baru kat sini. Aku suka rumah ni! Aku suka sangat! Puas hati laa..Bigger & better than the previous house. Eheh. Phewwh...! Akhirnya, sekarang ni aku betul-betul dah settle down sume, after penat memunggah barang-barang dari rumah lama ke rumah baru ni. Sekarang rumah ni total ada 6 orang semuanya. 1 sharing room, yang lain semua single room. Location rumah ni dekat sangat dengan hospital tempat aku study. Only about 20 minutes walking distance. No more gelabah-gelabah bangun pagi-pagi and rebut-rebut naik bas. Weee...!!=)

So, this entry is exclusively about this new house!! Jom sneek-peek rumah baru aku...
First-first bukak pintu je akan lalu entrance yang membawa anda ke living room & stairways ke tingkat atas:


-Entrance-



-Living Room-

Living room ni pulak connected dengan entrance untuk ke dapur. Aku suka entrance ni sebab atap dia see-through & can receive direct sunlight. Sesuai untuk dibuat tempat jemur baju..hehee..



-Kitchen Entrance-

I was very impressed on the very first time I saw the kitchen. It's spacious and looong..! =)


-Kitchen-

From the kitchen, boleh nampak backyard;


-Backyard-

OK, Done with the ground floor. Jom naik tingkat atas pulak...


-Stairways connected to the toilet and 3 bedrooms including mine-



-Toilet ( haha..nak masukkan jugak sini. Lantak arh..dah toilet lawa kann =p)

Ni pulak bilik aku...simple jer..=);


-My Room 1-



-My Room 2-

Hehe...that's all for now la. Oh yea, sapa-sapa mau datang, janganla malu-malu. Sempena kedatangan Hari Raya ni jugak insyaAllah kami, satu rumah nak buat mini open house (heh ade ke camni..?) merangkap house warming untuk rakan-rakan seangkatan di Dublin...=)

"Rumahku Syurgaku"

p/s: Macamana lawa pon, still rumah yang dirindui and bilik yang disayangi ialah sebuah rumah di Taman Tenaga! huhu..

18 September 2008

Last Outing in Malaysia 2008!

Assalamualaikum,

Malam before aku fly haritu sempat jugak aku keluar lepak-lepaking and berbuka puasa bersama 2 geng dormmate sekolah lama aku dulu, Che Nad & Ixema. Akhirnya, setelah sampai malam terakhir aku kat Malaysia ni, ada rezeki jugak aku nak jumpa engkorang weii.. !!! Hahaha..

-Ixema, Me & Che Nad-

- Che Nad & Me - Unity Fountain; A tribute to all Malaysian women -

Kali terakhir aku jumpa diorang ni mase SPM la. Dah 5 tahun tuh! Selama ni kontek-kontek pon through Friendster jer. Maklumla after sekolah, masing-masing membawa haluan sendiri. Rumah pun bukan dekat-dekat. Kebetulan diorang sekarang dekat area Selangor ni, kitorang pun plan berbuka sama-sama.

Awalnya, plan nak berbuka kat luar. Tapi last-last minute Che Nad ajak pegi berbuka kat umah sewa dia dekat Sungai Besi. After pick up Ixema & aku kat rumah, kitorang pon menuju ke rumah Che Nad. Mak dia masak nasi daging. Heh, first time rasenye aku jumpa menu nih..

Seriously, malam tuh sepanjang masa kitorang takde keje lain melainkan borak-borak & gelak-gelak jer. Keluar segala crite gosip lama dari zaman sekolah dulu sampai yang latest punyaa. Dah lama tak jumpa kan. Wajib kecoh giler...!!

After berbuka & solat kitorang pergi lepak jap kat Mines nak bergambo & berposing-posing. Oh yerr..kredit to Si Kacak Epit (merangkap cik 'abang' kepada Che Nad kite nih) yang sangat sabar melayan karenah kitorang..haha =p. Dia laa yang ditugaskan sebagai driver and jurugambar tak bertauliah kitorang malam tuh..hehee..=p Dia nih sangatla supporting okehh...i lykee..!! (Aku puji ikhlas ni Che Nad, takde niat lain okehhh...=p)

-Che Nad, Epit & Me-

After dah penat bergambar sampai dah tadek idea nak posing camne lagi, on the way nak hantar aku balik rumah, kitorang pegi minum-minum jap dekat Village View. Village View nih dekat sangat dengan rumah aku. Favourite spot famili aku jugak la. Makanan & harga boleh tahan. Lawa pon lawa tempatnya. Meh aku suggest dekat korang semua, kalau nak pergi makan-makan area Kajang/Bangi ni, boleh try makan kat sini. Sape dah penah try makan sini? Mehla kongsi-kongsi review ngan aku..



- Ni antara pemandangan di Village View Bangi. Actually ada 2 cawangan. Bangi & Kajang. Ni pon aku cilok gambar dari forum Bangi Online -

Tapi, time kitorang lepak-lepak kat Village View ni, kitorang bukan ber-empat jer. Sebabnya, Epit telah mengajak rakan-rakan seperjuangan beliau untuk turut sama join kitorang. Sememangnya, rakan-rakan beliau terdiri daripada pelbagai bangsa. Aku secara tiba-tiba boleh rasa semangat muhibbah,majmuk & perpaduan timbul pulak malam tuh..=p Ni 2 org kenalan beliau:

- Rajoo & Lim ( nama samaran yg aku reka sendiri. Hehe, actually diorang ni bukanlah Indian maupun Chinese. But they each look like one la kan? Maybe ada mix kot, aku pon x kenal sangat diorang ni) Heh, jangan mara haa...=p-

Overall, aku tak puas nak spend time meronggeng ngan korang lagik! Tahun depan kita buat camni lagik ekkk..??:) Thanx korang, u've all made my last night there in Malaysia very worthwhile! Yehuu..=)