Salam 1 Malaysia! cehwah...(sejak bila kau patriotik ni??)
OK ok..harini aku free sangattt (tangan ke dada, mata ke atas), so aku teringin la nak menulis dan berkongsi cerita dekat sini. Harapnya adalah yang sudi membaca ye. Almaklum, blog ni blog hidup segan mati tak mau.
...................
Macam ni. Minggu lepas, aku holiday sekejap di Penang. Sempena nak pergi majlis kahwin member kepada member aku. So aku teman la dia. Plus aku pun bosan duduk rumah tak buat ape.
Masa on the way tu...macam biasalah, bayar tol kan. Aku pengguna setia Touch n Go. Aku drive and semakin menghampiri lorong TnG. Position cantik punya, sambil tunggu dengan sabar 2 kereta depan melaksanakan pembayaran tol. Tungggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tungguuuu....kereta aku masih di kedudukan yang sama. Takde kemajuan. Ai..ini yang aku bengang ni. Mulalah angin PMS aku muncul.
Aku pon mulalah membebel sorang2..(cuba imagine aku yang pendiam ni membebel, comel kan? ihikk..).
Aku memang pantang lah kalau orang depan aku ada problem. Sebab bakal mneyusahkan semua orang.
arhh...
Aku pun menjenguk2 kedepan.."apekehal nye mamat depan ni boleh snagkut pulak...dah tau ade problem, tekanlah button tu, panggil officer...." hati aku membentak. Cewah membentak...ayat novel tu woi!
Pada masa yang sama..pemandu kereta sangkut tadi keluar, dan memberi isyarat lambai tangan pada kereta di belakangnya. Aku terus memerhati kejadian dia depan mata aku. Dia mengatakan sesuatu kepada pemandu di belakang, dan obviously lah aku tak dapat dengar sebab kereta tingkap semua tertutup kan. Tak semena2..dia berjalan ke arah kereta di belakang dan mengambil kad TnG yang dihulur pemandu belakang tersebut.
Err...what? permainan apakah yang berlaku di depan mata aku sekarang ni?
Pemandu sangkut yang "meminjam" kad TnG tadi meluru semula ke arah keretanya dan scan kad TnG tadi.
"tett..."
Akhirnya dia lepas. Dia terus meluncur perlahan ke depan melepasi besi yang menghalang kaunter tol tadi.
Pemandu kereta belakang mbunyikan hon. Bimbang kad TnG nya dibawa lari oleh pemandu sangkut tadi.
Pemandu sangkut berhenti dan keluar dari keretanya lantas menghulurkan kad TnG dan sekeping not RM5 kepada pemandu belakang. Dan aku memerhatikan gerakan bibirnya mengucapkan, "terima kasih..."
Aku terus memrhati dalam bingung.
Aku rasa apa yang bakal terjadi selepas ni korang pun boleh agak kan?
Pemandu belakang yang sangat jujur, baik hati dan mungkin lebih layak aku panggil "naif" terus meng"scan" kad TnG nye untuk melepasi tol. Aduhh...bijaknya kauu. Dah konfem la kau tak lepas..sebab kau dah bagi kad kau dekat pemandu sangkut tadiii...bijakkk!
Dia tak berputus asa. Cuba scan berulang kali.
Kalau ikut hati aku nak je aku terus keluar dan pergi dekat pemandu tu dan menyatakan betapa "BIJAK" nya tindakan dia tadi.
Seorang pegawai tol menghampiri. Berdiskusi tentang masalah yang terjadi. Beria jugak aku tengok muka pegawai tol tu mengexplain dekat pemandu naif tadi.
Akhirnya pegawai tol bagi lepas jugak.
Aku mengomel sorang2..kawan aku pun dengar dan turut sama mengomel...
"Dia tak faham konsep Touch N Go ke...??"
Dan sepanjang 15minit perjalanan tu aku terus membebel...
....dua dua pon bijak!
Showing posts with label Diari Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Diari Peribadi. Show all posts
21 October 2012
24 July 2011
Psycho-ed...
Di suatu tengahari.
Lepas aku menyelesaikan urusan2 di pejabat pos aku drive balik. On the way nak balik tu aku singgah jap kat satu gerai. Teringin nak beli goreng pisang dengan keropok lekor. Masa aku nak ke gerai tu ade 2 orang mamat Indon tengah membeli. (Ececeh, dari kejauhan pon aku dah boleh bajet diorang orang Indon). So aku sampai2 gerai, aku terpacak la kejap kat situ bagi memberi laluan untuk akak tu layan belian2 mamat Indon tu dulu.
Sekali mamat Indon tu perasan aku dah berdiri situ lalu menegur,
"Assalamualaikum...." sambil tersengih2...
"Waalaikumsalam....." aku jawab. Dalam hati je la tapinye, sambil membuat muka ketat aku.
"Ni mau air apa?" akak tu tanya dia. Eceh akak ni pon sound dia macam Indon la. Orang Indon jugak la kot.
"Tak kisahla kak air apapa punn asalkan...halaaaalll...." mamat tu jawab sambil sengih2 kat aku.
Mamat tu cuba nak borak2...tapi aku yang tak beremosi ni buat bodo je la. Nak buat ape lagi kan. Then turn aku plak beli.
"Nak yang ni seringgit, yang ni seringgit.." sambil tunjuk kat goreng pisang dan keropok lekor.
"Haa..bagi dia kak..." mamat tu mencelah. Ekeleh, dah habis beli tu blah la. Sebok lagi.
Tetiba mamat tu bawak kuar handphone dia. Pastu cakap, "Boleh mintak nombornya tak...?" sengih2 lagi...
"Boleh laaa...berapa? 0...1...? 2? 9?..."
Aku diam lagi.
"Bagi la...kasihani la saya ni sudah lamaaa single....janganla biarkan saya macam ni...bla bla blaa..."
sambil sengih2 lagi...
Aku diam lagi. Tengah tunggu akak tu bungkus2.
"Sudah kahwin?..belum kan...sebab jari takda cincin tuh..."
"Sudaaaaaahhhhh..." aku jawab je. Geram duh. Mengharapkan dia blah.
"Kamu muslim?"
"Yeee.laaahh.."
"OK. sebab kamu muslim jadi saya percaya kamu sudah kahwin.." sambil sengih2 lagi...
Poyo betul dia ni. Pandai kau reverse psycho aku kan. Huh. Memang masa tu aku terpsycho pon. Yelah, mesti la terase kan. Nama je muslim tapi menipu. Tapi dalam kes ni....ahhh...
Dah habis beli aku terus blah.
Psycho!
p/s Random note, Tahniah untuk S. Kunalan, Amirul Hadi and Safee Sali sebab aku rasa diorang main sangat best semalam...though kalah tapi try je la the best Khamis ni pulak..
16 April 2011
Hi SEMUA..

gambar lepas interview
Hi semua. Rindu tak kat saya?
phewh...life has been busy so far.
final exam dah makin hampir. sebulan lebih je lagi.
dup dap dup dap makin terasa.
cuak bila fikir banyak gile lagi benda tak study.
tapi org kata kena study smart bukan study hard.
ceh. kalau tak study hard macamane nak jadi smart?
so study la sebanyak mana yang mampu sementara masih ada masa ni.
Baru beberapa hari lepas kitorg dah kena panggil interview dari SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam).
Yelaa kitorg kan bounded by government under MARA ni so kena la undergo interview ni untuk penjawatan awam masa jadi HO.
Nak kata interview ni interview rasmi bagi aku tak la sangat sebab personally aku rasa interview ni sekadar cukup syarat dan ikut protokol. They are going to hire us soon anyway. SO macamane2 pon..mesti akan lulus nye la interview tu. Ceh, konfiden. Memang konfiden. Sebab after habis interview tu pegawai tu dah siap-siap cakap surat perlantikan akan dihantar tak lama lepas graduation. So, sekarang bergantung pada results je la.
Hurm..banyak benda la bermain dalam fikiran. Satu lagi hal penempatan hospital. Aku letak Hosp Serdang, Putrajaya and HUKM. Tapi diorang cakap semua hospital area lembah klang dah overloaded. So kemungkinan tercampak ke mana-mana tu agak tinggi la. Tapi takpe...aku tak kisah sangat pon sebenarnya. Asalkan masa HO nnti dapat banyak belajar and timba pengalaman banyak2.
Persoalannya sekarang..aku dah ready ke nak jadi DOKTOR yang berkhidmat untuk masyarakat MALAYSIA ni?
Doakan yang terbaik untuk aku..
09 November 2010
Edisi Terjah Handbag
Nak kenal sama ada seseorang perempuan tu seorang yang simple atau tak? Mudah je. Kita tengok barang-barang apa yang dia selalu bawak dalam handbag dia hari hari. Tapi korang yang lelaki ni janganlah sengal sangat. Aku cakap ni sebagai metafora je. Takdelah bermaksud, cara untuk mengenali seorang gadis itu ialah dengan menyelongkar handbag dia. Gile ke ape. Bayangkan eh kalau ade seorang pakwe yang nak kenal seorang makwe datang approach makwe tu dan terus cakap, " Hi, saya nak berkenalan dengan awak, boleh saya selongkar beg awak..?" Gila kan? Hurm..eh, tapi tetiba aku rasa macam comel la pulak. huhu.
Anyway, aku nak kongsi jugak lah dekat sini barang apa yang aku selalu bawak, so mungkin korang boleh judge aku based on barang2 ni. Aku akan kata aku simple. Tapi, simple itu subjektif kan? Tapi aku memang simple pun. hehe. Mungkin korang pun boleh share ape yang korang selalu usung ke sana ke mari everytime korang keluar jugak...
Ok. First off, aku ni sempoi je sebab aku akan guna the same bag untuk ke kolej dan untuk ke shopping. Untuk ke shopping? Ok, untuk shopping laa.. or jalan-jalan. So, aku akan beli bag yang jenis sesuai untuk dua-dua occasion. Saiz kena besar sket. Dan bag itu mesti plain colour, earthy based ( kaler macam.. ala...brown ke, black ke, white ke). Yang boleh masuk dengan segala jenis baju. Tapi mostly aku amik brown je la. Dan kadang-kadang je aku akan guna handbag yang bersaiz kecik dan bergaya. Bila aku rase nak bergaya lebih sket. Ceh bergaya lebih la sangat. Dan,dan, aku akan keep on using the same bag sampai lah beg tu macam dah nak hancur. Kadang-kadang aku ni pon sengal jugak sebab bag tu sebenarnya bukanlah sesuai untuk bawak barang berat2. Tapi sebab aku tak peduli, aku masukkan jugak buku-buku tebal dan kadang-kadang laptop dalam tu. Mane lah bag tak hancur kan?
Ok jom je lah terjah...
Currently aku tengah setia menggunakan bag ni. Bag ni aku beli 2 bulan lepas kot. Masa sale kat Bonita. Less 70% tu pasal aku tanpa berfikir dua kali terus grab je. Saiz dia agak sederhana, material dia lembut, kaler pon aku suka.

Ok yang ni plak barang-barang WAJIB yang perlu ada dalam bag aku. Kalau tak lengkap barang-barang ni aku rela tak keluar rumah. Seriuss....

1) Student ID-Penting untuk dapatkan student price. Especially untuk tiket wayang.
2) Wallet - Obviously kena bawak wei. No money no life!
3) Kunci rumah, kunci kereta - Takyah ekspelain la kan
4) Tisu - Ni lagi satu barang aku takleh tinggal. Kenaaa jugak adaaa. Penting. Pelbagai kegunaan tisu nih. Lagi2 skarang ni ada orang tu rajin sangat mintak tisu dari aku =p
5) Payung - Aku dah belajar bawak payung since Dublin sebab sana selalu hujan. Sediakan payung sebelum hujan ok.
6) Pen - Ni pun perlu jugak
7) Kalkulator - Yang ni aku baru je start bawak. Aku pon tak paham kenapa tapi selalu je ade dalam bag aku ni.
8) Handphone - Perlu. Walaupun sebenarnya aku tak de lah bergantung sangat dengan hp, tapi untuk menghubungi orang2 tersayang itu satu keperluan =) Dan of course untuk emergency cases.
Seterusnya. Barang-barang yang aku bawak occasionally. Bergantung pada tempat dan masa.

Ipod. Yang ni aku akan bawak bila time yang ada banyak masa lapang atau time yang aku perlu tunggu seseorang dan ketika bersendirian. Contohnya dalam train atau dalam kelas bila lecturer takde. Dan kadang-kadang aku sengaja pasang ipod kat telinga sebab nak elak daripada orang ajak bersembang. Haha. Eh, tak boleh ke?

Secara jujurnya aku jarang bawak alat2 mekap dalam bag. Paling koman pon kalau perlu bawak, aku akan bawak compact powder dengan lipbalm. Dan benda ni aku akan bawak especially bila aku perlu solat. Sebab lepas solat boleh pakai benda alah ni.


Yang ni ada lagi barang2 penjagaan diri yang aku akan bawak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Oil blotter ni sebab nak hilangkan kesan muka berminyak setelah seharian muka aku berpeluh2 dan melekit2. UV lotion aku akan pakai bila masa aku perlu berjemur di tengah panas terik mentari. Dan eye drop untuk contact lenses ni aku bawak bila aku terpaksa spend more time memakai contact lenses dalam sehari untuk elakkan mata terlalu kering.


Gadget2 lain yang aku akan bawak termasuklah pendrive dan digital camera. Pendrive ni aku akan bawak mostly merata2 pun just in case, sebab... alaa benda ni halus je. Tak luak pun ruang dalam bag yang besar ni. Digital camera dah tentunya aku akan bawak everytime pergi travel atau ada event yang menarik!

Lastly. Novels! Tak kisah la apepe bahan bacaan menarik pun. Yang ni aku akan bawak lebih kurang macam alasan aku bawak ipod. Bila mana aku bersendirian, banyak masa terluang. Dan kadang-kadang baca buku pon nak jadikan alasan tanak orang ajak bersembang. Selalunya aku akan bawak novel bila terpaksa spend time yang lama atas kereta. Contohnya... time balik kampung.
OK, rasenye tu je lah aku nak kongsi setakat ni. Hehe what do you think? I'm simple, right? =p
p/s Okeyy... Tali gitar aku baru putus semalam. Sebab tu aku rajin menulis sekarang..~~
10 July 2010
Kes Saman La Pulak
Beberapa hari lepas, surat saman sampai rumah. Rumah aku yang dekat Kajang tu. So, parents aku lah yang tau dulu. Then mama SMS kata aku kena saman. Kesalahan? Langgar lampu merah. Bayaran? RM200 la baii... takleh diskaun-diskaun. Kalau korang nak tau, tak silap aku ada beberapa jenis kesalahan yang saman mandatori takleh nak negotiate. Antaranya langgar lampu merah, double line, bawak kereta dalam keadaan merbahaya and tah apetah lagi. Kalau korang dapat saman ekor sebab speeding, lain pulak crite..maybe boleh diskaun. Bergantung pada keadaan.
Masa aku pergi nak bayar saman tu, aku tengok..humaaak aiiii...panjangnya barisan orang nak bayar saman. Tak sangka pulak aku. Aku ingat bolehla bayar terus lepas tu blah. Lagi pulak aku pergi ni time lunch hour pukul 1. Pukul 2 aku ada kelas pulak.

-orang beratur sampai ke hujung tu haa..-
Alamak..sempat ke ni? Hurm..kalau tak sempat terpaksa ah aku dengan kawan aku ponteng satu lecture. Sebenarnya aku risau sikit sebab surat saman takde kat aku. Ye ar..aku kat Penang..kereta daftar under alamat Kajang. Aku rasa takde masalahnya, paling koman dia nak tau Number Plat dengan IC je. Tapi sebab risau punye pasal aku pergi tanya sorang polis trafik tu. Dia kata takpe je. Tunjuk IC, bagi nombor plat.
Ok aku beratur je la. Serius ambik masa. Aku dengan kawan aku ni dah membebel-bebel dah. Tetiba pulak akak chinese depan aku ni mengadu perasaan jugak. "Haiya, sudah tau orang ramai, dia bukak satu kaunter saja maa..ini hari-hari pun ramai. I sudah datang sini 2/3 kali tau mau try bayar. Dia ingat kita kerja bayar saman saja ka..I nak kena masuk office pulak lepas ni..." Itulah pasal..aku pun semacam bersetuju dengan akak tu.
Tetiba tengah kalut-kalut orang duk bayar buat macam-macam hal, aku dengar akak kaunter tu jerit.."Sapa sapa yang takdak surat saman, tak boleh bayaq skarang! Kena tunggu kaunter sebelah bukak duluu!!" Ahh ni aku bengkek ni. Kaunter sebelah tu which is kaunter untuk check status saman tengah tutup. Kena tunggu pukul 2 baru bukak. Pukul 2?? Gile ke? sekarang baru kul 1.20. Pukul 2 aku dah patut masuk klas.
Bengang tapi aku beratur je. Turn aku dah nak sampai. Time aku nak bayar, aku cakap je la aku takde surat saman. Pastu obviously akak tu balas balik kata aku takleh bayar sampai pukul 2 baru boleh. Aku tanya la, takleh ke check online terus je?? Actually aku taktau la...system dia memang macam ni ke? Dah tau orang tak putus-putus nak bayar...apsal la plak kaunter checking tu boleh tutup plak time2 peak macam ni? Aku buat je la muka kesian nak nangis sambil hulur IC aku. Ala takkan takleh check terus langsung kot? Lepas tu akak tu pun perlahan je cakap, "Hurm,,tinggai dulu IC kat situ nanti kami panggil.."
Aku blur dia sebenarnya nk check terus ke..or dia akan check pukul 2 nnt? Takkan aku nak tercongok je depan kaunter tu sampai kul 2? Haish..lepas membebel-bebel dengan kawan aku, nama aku dia panggil. Hah! nasib baik...last-last settle jugak la semua. Yang aku pelik tu...ada jugak orang lepas aku tak bawak surat saman. Siap prepare tulis number plat dengan nama dengan IC atas kertas lagi. Tapi akak tu reject dia kata tunggu pukul 2 baru boleh bayaq!
Aishh tak paham...tp takpe ar....yang penting saman settle! Malas aku nak pikir dah...
p/s Tempat yang aku kena saman tu actually macam hotspot jugak la. Aku ada crite dekat kawan aku yang sememangnya lemah lembut dan ayu jika dilihat dari segi personaliti tapi dalam diam siapa tau..sebenarnya dia lebih brutal dari aku. Lepas habis aku crite aku kena saman dia cakap.." Eeee..Tempat tu memang laa...! Nak tau tak , before ni orang dah kena 2 kali dah dekat situ. Detector tu macam over sensitif sangat. Dahla kena bayar 200 takleh diskaun lak tu. Jom-jom kita musnahkan lampu isyarat dekat situ...!" Oh, sungguh tak sangka aku...
22 May 2010
Another 'Sabtu'day...
Isk, exam semalam macam susah la. Tak konfiden langsung. Tapi aku dah malas pikir dah. Buat sakit otak je. Aku tawakkal je la. Sekarang ni aku kena habiskan CASE WRITEUP lagi. Rabu ni kena hantar. Pastu Khamis nanti ada written exam pulak...fuh, kehidupan...kehidupan...penuh cabaran dan onak duri betul la..
Menyesal tak amik medic ni? Selalu jugak rasa camtu. Especially time exam macam sekarang ni haaa. Sebab busy ni jugak la aku dah jarang main gitar aku. Lagi-lagi lepas tali gitar putus haritu. Langsung semangat nak main terus hilang. Sampai sekarang masih takde semangat. Aku dah tak try lagu-lagu baru. Pulak tu tuner aku dah takde bateri. Bateri dia jenis bulat tu. Besar sket dari saiz bateri jam tangan. Susah ar nk cari. Mana nak dapat ntah.
Beberapa minggu yang lalu aku dapat gitar baru lagi. Gitar ni kecik. Aku dah lama nak dah gitar saiz kecik ni. Senang nak main and senang nak bawak merata-rata. Tapi aku tak penah sentuh pun gitar ni since aku dapat. So, total gitar aku sekarang 3 bijik.

- gitar lama vs gitar baru -
Tapi tadi aku ada jugak try main lagu satu. Guna gitar yang tiada di dalam gambar. Disebabkan dah lama tak main, dan pagi tadi aku main agak lama la jugak, jari aku sampai dah keras kematu dah.

- peh, hodoh gila jari, aku harap masih ada yang sudi menerima diri aku lepas ni.. -
Next week lepas habis paper, aku start cuti selama seminggu. Tak sabarnya nak balik cuti!!!! Dah ada plan nak pergi tengok Indie Band Festival kat KL. Tiket dah ada, cuma aku kurang pasti aku boleh pergi ke tak. HUHU, I hope i can make it! Tak sabarrrrlah weiii!!

p/s Case writeup...case writeup....case writeup....(=.=')
20 March 2010
Mimpi SERAM Tu Lagi
Benda ni jadi lagi. Sekarang pukul 4.40 pagi. Aku baru terjaga dari tidur lepas mimpi seram. Aku taktau apsal lately ni macam banyak kali je aku mimpi macam ni. Dan setting mimpi tu sama je tetiap kali, which is bila aku "on call" dalam hospital dan lebih spesifiknya, Penang General Hospital. Ya, aku on call sorang-sorang.
Lepas time aku nak balik dari on call tu mulalah jadi macam-macam. Lepas tu spesifiknya lagi....benda ni start dari... (shoot! aku rasa bulu roma aku naik skarang...still boleh bayang lagi mimpi tuh!!) dalam lif.
First, dalam mimpi aku ni bila aku nak naik lif, Dr Prem mesti ada sekali masuk lif. Dia ni selalu act as penyelamat. Sebenarnya, kalau korang pernah pergi PGH ni, korang akan faham yang lif dia sangat uzur dan sukar dikawal dengan pintu yang sangat solid dan berat serta bergerak laju! Jadi bila-bila masa je boleh himpit korang. Dan yup, setiap kali mimpi, bila ada je sorang yang nak masuk lif, pintu lif akan himpit orang tu. Semua ni macam berlaku depan mata aku. Selalunya sekali mimpi, ada sorang yg akan kena himpit. Dan Dr Prem comes into rescue. Dia akan sedaya upaya tahan pintu berat tu supaya orang tu boleh cepat-cepat menyusup untuk lepaskan diri sbelum kena himpit. Tapi selalunya tak berjaya, and last2 kena himpit gak. Pastu cara kedua ialah dengan menendang dinding lif tu kasi pecah. Dan yang peliknya benda ni boleh membuatkan orang kena himpit tu terlepas. Tapi selalunya bila time dinding lif tu pecah, orang yg kena himpit tu dah tak bernafas and tak sedar diri and ada satu kali tu dah MATI (dengan tulang2 semua retak arr)
Second, bila semua orang dah keluar dari lif tu, aku sorang tinggal dalam lif untuk turun. Then sebelum sampai ground floor, ade sorang perempuan melayu masuk pulak, sorong troli. Aku tak paham apsal dia boleh sorong troli macam shopping2 dekat TESCO pulak, padahal bukankah ini sebuah hospital??? Muka dia sangat pelik. Aku boleh bayang lagi skrang. Aku terfikir, dia ni manusia ke hantu? Aku cuba senyum dekat dia, tapi dia jeling aku balik. Tajam! Ok, sekarang aku berdua dengan dia dalam lif. awkward moment. Dan...dan....dan...(bulu roma naik lagi) sambil turun lif tu, perempuan nI gelak-gelak macam ala-ala hantu dalam filem melayu tu. "HHAHAHAHAHAHA" sambil buat muka HORROR dan pandang aku. Boleh bayang tak? boleh bayang tak skrang??? Aku cepat-cepat keluar dari lif, dan perempuan tu tetiba buat muka innocent je keluar..macam takde apepe berlaku
Third, time aku nak balik, driving kete. Ni paling mencabar. Tengah2 driving tu tetibe dekat depan aku nampak hantu-hantu (hantu-hantu OK, bukan satu jeeee) Cina tengah terbang-terbang. Dan selalunya salah satu hantu akan kejar krete aku, ikut kat sebelah. Masa ni lah aku bersungguh baca ayat-ayat lazim Quran. Selalu yang keluar ayat ALFATIHAH, ALIKHLAS & AYAT QURSI. Dan selalunya ayat-ayat yang aku baca ni macam SUSAHHH sangat nak keluarr dari mulut aku. Berat! Dan bila keluar, ayat dia macam tak clear. Jadi bila tak clear, ayat-ayat ni macam tak berkesan untuk halau hantu2 tu pergi. Bila jadi macam ni, hantu2 ni macam datang lagi dekat dan buat close up plak. Cuak la aku weii! Pastu aku makin usaha tenangkan diri dan cuba baca balik ayat-ayat supaya lebih LOUD AND CLEAR! Dan pada masa ni lah selalunya aku akan TERJAGA. TERJAGA DAN AKU SEDAR MULUT AKU TENGAH BUAT SEBUTAN AYAT2 QURAN YANG AKU TENGAH BACA MASA DALAM MIMPI TU, SAMBIL TERCUNGAP2, CUAK DAN PELUH2. LEPAS TU BILA AKU SEDAR JE, BARU AKU FAHAM KENAPA BACAAN AYAT-AYAT QURAN TU TAK CLEAR, SEBAB MASA KITA TIDUR, MULUT KITA TAK BUKAK PUN.
Dan aku rasa, kalau korang la yang tidur sebelah aku masa aku mimpi dan ttbe terdengar ayat-ayat Quran ni dengan bacaan yang tak berapa betul keluar dari mulut aku, korang akan cuak tak?
AND IT KEEPS ON REPEATING
Tolong aku! Hurmm...
14 March 2010
Entahlah...
Aduh, ramai pulak yg follow blog ni. Ceh padahal 66 je. Yerla, bagi blog terpencil macam aku ni, 66 tu kira gempak gile dah tu. Aku bukan apa, nanti ramai-ramai follow, padahal aku jarang gila kot update. Update pun pasal gitar je. So, rasa macam tak adil pulak. Rasa macam diorang berharap, tapi aku tak bagi apa-apa.
Eh, tapi aku tak paksa pun orang follow. Nak follow, sukati la, tanak follow pun, aku tak kisah. Aku pun tak banyak follow blog orang lain. Melainkan blog yang aku rasa macam best untuk di"STALK"! hahaha.
Minggu ni macam OK siket. Busy masih busy. Stress masih di tahap yang sama. Tapi, mood aku OK la. Jumaat haritu aku ada Case Presentation lagi. Tapi kali ni sangat kontra dengan yang previous presentation. Instead of kena maki, aku kena puji. Gile lah. Flip 180 degrees tuh! "EXCELLENT PRESENTATION. EVERY STUDENT SHOULD PREPARE A PRESENTATION LIKE THIS!" Masih terngiang-ngiang bait-bait kata Doktor yang jadi tutor petang tu. Ahhh, aku rasa macam terbangg sekejap~
Minggu ni aku dekat Obstetric ward. So mostly pun semua cases ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah dalam perkembangan bayi mereka. Tapi cases dekat Maternity Hospital Penang ni tak sehebat cases dekat Seberang Jaya Hosp. Cases biasa-biasa je ( ie: Reduced Fetal Movement, Early Labour, Gestational Diabetes, Pregnancy Induced Hypertension, Anemia etc). Tapi satu yang obvious aku perasan ialah, ramai patients dekat sini umur muda-muda lagi. Like 22 and below. Lagi muda dari aku. Btol cakap sorang doktor tu, "Teenage pregnancy is rising in number.."
Hurm, baru-baru ni jugak aku masuk OT, tengok Ceaserean Section. Gila lah, even patient tu dah dimasukkan Epidural anaesthetic pun patient tu boleh rasa sakit dia. Terseksa jugak aku tengok patient tu. Baby keluar kepala je aku dah boleh agak dah apa masalahnya. Baby besar sangat! Tapi baby gemok-gemok comel kan?
Haihs...esok aku ada case presentation lagi. This is the final one. Hope everything goes well. Aku ni kalau present kat depan mula ar gelabah tak tentu pasal. Kalau aku kena jadi lecturer/tutor one day, memang aku reject awal-awal!
Oh, and one more thing, I'm currently working on a project which I wont tell you now. Nanti MUNGKIN bila tiba masanya, korang akan tau jugak...anyway, wish me LUCK!
p.s Nak ucapkan salam Takziah untuk sahabat baik aku, Aida Ruzanna atas kehilangan adik lelakinya beberapa hari lepas...semua yang berlaku tu pasti ada hikmahnya, kuatkan semangat ye...! Al-Fatihah...
28 February 2010
Berangan Je Lebih!
Serius la minggu ni mood aku down habis! Semua gara-gara presentation dengan tutor yang garang nak mampus. Tutor lain OK je. Nasib aku memang tak baik terkena lak dengan dia. Nak kata PMS, dia lelaki. Aku yang PMS kot masa tu! Habis presentation tu tak habis-habis membebel aku buat salah tu, aku buat salah ni. Sarkastik lak tu. Geram dowwh! Aku dah letak effort kot nak pahamkan topic tu. Agak-agak ar kalau nak maki pun, benda tu bukannya aku belajar lagi. Kot ye pon aku salah, apela salahnya ko bagitau, perbetulkan and ajar kitorg baik-baik.
Uhh, balik klas aritu aku dah trase cam kabur2 je mata. Aku nangis jap. Kejap je. Tak sampai 1 minit. Dah keluar airmata sket, rasa lega jugak. Pastu trus tido tak pikir ape-ape lagi dah.
Dah la. Tetiap kali aku dengar nama doktor tu aku dah rasa lain ar. Aku rasa bukan aku sorang kot. Sape present Selasa ni, good luck la weh!
Nasib baik weekend minggu ni agak panjang. Boleh aku rilex2 sket, tenangkan fikiran. Semalam keluar pegi Queensbay ade member ajak masuk Music Shop and join dinner dengan family dia sekali. Aku pun follow ar. After makan-makan kat Kenny Roger's aku ngan member aku ni pegi kedai musik tu. Masuk music shop tu memang terapi minda betol arr wa cakap luu. Tengok gitar bersusun je kann. Aku memang bajet nak angkut satu gitar baru pon.
Usha punya usha, testing punya testing, aku buat mini konsert jap kat kedai tu nak 'test drive' gitar. Aku start main je, aku tengok orang ramai dah gather around sambil tepuk-tepuk tangan, lambai-lambai pegang lilin macam konsert Search Di Awan Biru tuhh. Ok tipu tipu, yang ni aku berangan je.
Ok lah, dah puas main aku cakap kat tauke tu, aku nak angkut Fender satu! Eyh tak tak yang ni pun aku berangan jugak. Aku cakap aku nak angkut satu gitar akustik yang boleh plugged in amplifier. Last-last aku beli ar satu gitar, satu amp. RM600 gak aku habis semalam. Tapi puas hati ar dengan sound dia. Feeling dia memang cam buat performance atas stage tu bhaiii...

Aku tatau apsal aku beria nak beli benda ni. Impulsive decision + stress factor + keinginan untuk buat live performance at least sekali. Muahaha~
After bayar habis sumer, tauke tu siap cakap lagi, "Telima Kasih aa, YUNA!" Oh, aku pun ape lagi, naik syiok aku layan je tauke tu, " Ahh, welkam2, you nk suruh I signature mana2 ke?? " Yang sebetulnya aku agak risau ni, orang duk panggil aku Yuna, Yuna...isk aku takut masyarakat di luar sana akan mudah ter confuse...
Ni lagi satu baru-baru ni Aidit Alfian ni dia duk main mesej-mesej lak ngan aku kat facebook. Dia suruh aku masuk AF, tapi aku mane nak. Kalu OIAM ke, Malaysian Idol ke, OK gak kan. Ok tipu lagi, yang ni pun obviously aku perasaan je. Tapi bab bagi mesej aku tak tipu arr..
Tapi Encik Aidit Alfian ni baik, sangatlah wise, bersopan, rendah diri dan menghargai bakat. Orang macam ni aku suka.
+-+(no+subject)_1267330104775.jpeg)
+-+(no+subject)_1267330289860.jpeg)
Jadi lah fan beliau di facebook yer...aku dah, korang bila lagi? =p
30 January 2010
Sekitar Hari Jadi
Aku menghabiskan hari jadi aku semalam dengan memandu di atas lebuhraya.
Tengahari semalam aku drive balik Penang dari Kajang. Lebih kurang 5 jam drive aku sampai. Itu sebab aku drive slow and steady. Kalau tak slow and steady, mungkin aku dah sampai dalam 3 jam lebih. Haha. Setakat ni, itu rekod terbaik aku.
Dalam pukul 5 petang aku sampai rumah sewa aku. Balik-balik je, salah sorang housemet aku bukakkan pintu dan terus nyanyi, "Happy Birthday to youu..., happy birthday to youu...happy birthday to Najlaa...happy birthday to youuu...!". "" Em bagus-bagus, pitching tak lari..." aku berkata dalam hati.
Dah letak-letak barang semua, housmet aku bagitau plan untuk malam tu. Nak pergi celebrate and pergi karaoke! Aku setuju je. Aku pun dah lama tak training vokal ni. Dah habis borak-borak, gosip-gosip kejap, aku masuk bilik aku tidur. Penat ah. Dah la malam semalamnye tu aku tak dapat tidur. 2 jam je kot aku tidur.
Dalam kul 8 aku bangun, siap-siap semua, 8.45pm kitorang gerak. Housemet aku lagi sorang dah tunggu kat Gurney Plaza dengan kawan-kawan yang lain. On the way nak pergi Gurney tu sesak nak mampus. Malam Thaipusam. Kira, tempat aku ni lebih kurang macam Batu Caves jgak la. Jalan utama nak pergi Gurney tutup plak. Terpaksa ikut jalan lain. Plan untuk karaoke terpaksa cancel sebab malam tu tak boleh dapat student price, dah tu tak dapat makanan plak.
Takpe, tak kisah. Kitorang pergi cari tempat makan yang agak-agak best sket, tapi banyak yang tutup awal. Last-last kitorang makan kat Kapitan belakang Gurney tu je...emm,takpe, tak kisahlah! Hehe, thank you korang!! Aku letak gambar je lah memandangkan aku dah lama tak sharing-sharing photos...er, dan satu video...
Sessi wajib ; Nyanyi lagu birthday lagi. takde lagu lain ke? =p
-action je ni, padahal api tak nyala pun -
Dah habis makan, kitorang pergi layan late night movie la plak. Citer Toothfairy! Ni lagi satu citer lawak. The Rock serius klaka! Pukul 2 pagi baru ingat nak balik rumah...hehe=p. Sekian laporan kali ini.
18 December 2009
Salam MAAL HIJRAH
Salam MAAL HIJRAH aku ucapkan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumya. Exam results dah keluar pagi tadi. ALHAMDULILLAH, rezeki sempena tahun baru agaknye =) Tiada kata lain yang mampu aku ucapkan selain SYUKUR, SYUKUR dan SYUKUR.
Betapalah aku risau tentang exam kali ni sebab semua pun rasa macam tak konfiden langsung. Especially Ophthalmology yang boleh kata, (memetik kata-kata daripada senior) macam KILLER subject jugak untuk RESIDENCY 2 ni. Memang KILLER pon, sebab rasa macam nak bunuh diri pun ada lepas Clinical Exam Ophthal harituh....hukhuk...
ALHAMDULILLAH...
Bolehlah rasanya bercuti dengan tenang kali ni. Cuma, kena study jugak sepanjang cuti 2 minggu ni sebab lepas holiday, ada exam lagi bakal menunggu. Aiihh..yang tu belakang kira. Holiday is holiday!! Aku nak enjoyyyyyy!!
p/s Congrats and Happy Holiday untuk rakan-rakan PMC yang lain! =)
18 November 2009
Dunia Semakin Berteknologi...
...kerja-kerja pun semua dah jadi mudah. Kita tak perlu keluarkan tenaga yang banyak untuk buat sesuatu. Kita tak perlu habiskan banyak masa untuk membuat sesuatu.
Nak berbual dengan famili yang jauh, boleh guna handphone. Tak perlu drive balik ke rumah semata-mata ingin mendengar suara ayah dan emak.
Nak berborak dengan rakan, boleh hantar SMS. Tak pun, kalau kedekut sangat, hantar je message guna YM/Facebook. (atau Friendster (?) wujud lagi ke mende alah friendster ni?). Tak perlu habiskan tenaga dan masa keluar lepak di gerai-gerai mapley.
Nak basuh baju, guna je washing machine. Tak perlu berhabis tenaga memberus dan membilas.
Nak tukar chanel di TV, ambik je remote control. Tak perlu susah-susah bangun dan tukar manually.
Tapi....teknologi juga banyak kesan buruknya. Salah satu kesan buruk telah berlaku pada aku sendiri.
Begini.
Setiap kali keluar rumah, biasanya aku dah standby kunci kereta dalam genggaman. Jadi, pagi tadi aku peganglah kunci kereta seperti biasa selepas keluar rumah. Untuk ke kereta, kami perlu menggunakan lift. Perkara pelik di luar kawalan serebrum otakku yang telah berlaku ialah...
Beberapa langkah sebelum sampai di pintu lift, aku telah menekan butang hijau remote kereta.
Ya, dengan harapan supaya pintu lift akan terbuka!
(ler..padanla aku tekan, bunyi tak keluar pun...)
Adoihh. Malu sendiri. Jangan bagitau orang ek? Ni rahsia....!
11 October 2009
A Transgender, Prisoner and Heroin Chaser
Yes. This patient I met last Wednesday has all of the above. 3 in 1.
Sepanjang minggu ni, macam-macam jenis orang dah aku jumpa di ward. Tapi, highlight of the week ialah, seorang patient transgender yang juga merupakan seorang prisoner. Dia berumur dalam lingkungan 50s. Patient ni dah pun menjalani pembedahan Breast implant, face lift dan eyebag removal di Thailand dan Singapore. Dahsyat. Dan kalau bercakap tentang personaliti transgender ni, masing-masing sudah sedia maklum tentang sifat "keramahan" mereka. Betul kan? Mereka ni jenis yang rajin bercerita dan disebabkan gaya mereka yang 'menghiburkan', kita pun dengan tak semena-mena jadi rajin nak melayan.
Actually, case dia bukan best sangat pon. Perforated Peptic Ulcer je. Tapi sebab dia 'lain dari yg lain' aku dengan kawan aku saja pergi clerk patient ni, tanya pasal penyakit dia. Hehe. Kami memang curious. Dan disebabkan dia merupakan seorang prisoner, sambil kami clerk patient tu, kami diawasi oleh seorang pegawai penjara yang bermuka garang dan bermisai. (Bajet je garang tapi last2 pegawai ni join kitorang bergosip pasal patient ni after habis clerking. Haha~)
" I buat breast ni yang mahal punya tau, bukan silicon tuu. Tengok, sampai sekarang cekang* lagi!" sambil membuat gaya tangan yang err...anda paham2 sendri laa. (cekang just simply means tegang)
"Macamamna you boleh jadi macam ni...?"
"Dari kecik lagi...."
"Parents and family you tak marah..?"
"Eyy...tak marah punyaa...I tinggai dengan family....takde apepe pun..."
"Dah berapa kali you masuk penjara yek?" aku cuba bertanya.
"Yang ni masuk 5 kali. I baru kena tangkap 2 hari lepas"
"Oo, boleh tau tak you masuk penjara sebab apa?"
"Sebab I ada Heroin laa. Memiliki dadah..."
Pegawai penjara tu siap explain lagi prosedur2 masuk penjara. Dia pun bagitau la, patient ni masih dalam tahanan reman. Kiranya, patient ni masih tak dijatuhkan hukuman la. Dia bagitau, selalunya dalam penjara, prisoner2 transgender ni ada tempat diorang sendiri. Tak campur la dengan prisoner2 lelaki yang lain. Agak-agak kalau campur, apa yang berlaku? Lu pkirlah sndrii~
Dia pun ada bagitau, memang majoritinya orang melayu lah. (memang expected pun). Yang perempuan budak-budak muda pun ramai.
"Budak-budak perempuan melayu pun ramai. Ada muka tu tengok lawa-lawa, comel je. Kira, hati jantan ni kalau tengok memang terpikatlah...tapi tengok perangai memang tak senonoh..!"
Rajin benar pakcik pegawai ni bercerita dengan kitorang. Sampai masuklah semua cerita kaedah2 sebatan sampai cerita tali gantung sehinggalah pakcik ni bertanya kitorang, "Korang ni bila nak habis belajar?" Kitorang pun jawab je la.
"Sejuukk perut mak2 engkorang mengandungkan korang yek. Dahla muka lawa, belajar tinggi2 jadi doktor pulak tu!"
Eheh. Kami nak cakap apa lagi? Sengih je la macam kerang busuk kat situ...
Tetibe..
"Eh. korang tanya la dia, ada tukar yang dekat "bawah" sekali tak??"
Err. Pakcik pegawai ni pulak yang terlebih curious yek...
"Emm, takde lah kot. Dah tanya pasal previous operation tadi. Kalau ada, mesti dia dah bagitau awal-awal dahh..." kami menjawab.
Dah habis clerking patient. Lantas aku terfikirkan sesuatu....patutkah kita bersikap judgemental kepada golongan ini...? Macammana nak approach atau betulkan mereka? Dari sudut agama? Psikologi? Hurmmm~
p/s Ujian telinga hari ini. Cuba teka lagu yang aku cuba mainkan ini. Ni cuma intro lagu je. Intro lagu yang FAIL yer. Jadi kalau korang jawab betul, korang memang superb lah!
12 September 2009
Entri Pendek
Daripada aku habiskan masa untuk update blog, baik aku guna masa lapang ni untuk aku qada' tidur aku yang sangat minima sepanjang minggu ini...heh~
p/s Lagu Raya favourite korang yang mana satu..? Aku cop lagu Suasana Hari Raya dulu! Jangan tiru!
05 September 2009
Kehidupan Minggu Ini
(AMARAN - Posting ini hanyalah bebelan kosong tentang kehidupan aku minggu ni. Mungkin tiada manfaatnya bagi anda...haha )

Salam. Agak lama tak update. Sedikit busy dengan kehidupan di hospital dan kolej. Boleh kata hari-hari jugak aku keluar rumah around 8am, sampai rumah dalam pukul 6 lebih. Sebab setiap kali habis kelas, mesti akan singgah di bazar Ramadhan belakang hospital. Bazar Ramadhan la sangat kan. Kalau nak banding dengan bazar Ramadhan dekat Bangi tu, memang bagai langit dengan bumi bezanya.
Setiap hari aku beli juadah yang berlainan untuk berbuka. Dan sekarang, aku dah takde pilihan. Rasanya semua gerai pun aku dah try. Yang tinggal cuma gerai jual kebab, char kuey tiow, pesembur dengan ayam kepak madu. Yang menunya macam tak sesuai untuk dijadikan menu utama buka puasa. Gerai kuih-muih pun macam tu. Setiap hari aku try kuih-muih dari gerai yang berbeza. Tapi last2 memang ada satu je gerai yang jual kuih sedap. Yang lain semua macam tak letak gula. Agaknya sebab gula kena catu kot. Bersangka baik....(kunun)
Banyak betul aku komplen. Padahal nak masak sendiri malas. Kalau nak banding dengan mangsa-mangsa gempa bumi dekat Kepulauan Jawa tu pon, aku memang sangat-sangat beruntung sebab masih ada rezeki yang banyak depan mata. Aku harap, lepas ni aku tak akan banyak komplen lagi. Telan je laa.
********************************************
Dengan berakhirnya EOR (end of rotation) assessment aku semalam, maka tamatlah medicine rotation aku untuk semester ni. Sayangnya nak tinggalkan rotation ni. Sebab ini adalah rotation favourite aku. Lepas ni nak kena masuk Surgery pulak. Aku harap aku tabah mengharungi segala 'dugaan' dan 'cabaran' yang bakal ditempuhi. Huhuhu~
Masa assessment semalam, mula-mula je dah ade problem yang menyebabkan aku agak tak senang hati. Dah sampai hospital baru aku perasan yang aku lupa nak bawak assessment marking form. Ya Allah, baru je pagi tadi aku print out before nak pergi hospital tu, camne boleh lupa pulak nak ambik benda yang paling penting sekali setiap kali ade assessment! Takpe lah, nak buat camne. Nak call groupmates tanya kot-kot diorang ada bawak extra forms pun macam dah tak sempat. Pasrah je la. Aku yakin mesti ada penyelesaiannya.
Aku diasssigned untuk clerk sorang patient ni. Mula-mula je aku nak confirmkan nama. Takut tersalah patient pulak susah aku nanti. So, aku tanya nama, "Sir, may I know your name?" dia pun jawablah. "^**&^^%%". Yang pasti, aku tak faham apa yang keluar dari mulut patient tu. Patient tu ada hoarseness of voice!!! Arghhh, lagilah tensen aku dapat patient macam ni untuk assessment aku pulak tu! Macammana aku nak faham apa dia cakap, and kalau aku tak faham, macammana aku nak diagnose patient ni!!
Takpelah, aku try je tanya, and sambil dia jawab tu, aku memang kena tengok gerak mulut dia dengan amat cermat dan alert sekali. Dan untuk beberapa soalan lain, aku terpaksa tanya berulang-ulang kali sebab untuk clarifykan something. Nasib baik patient tu baik. Dia pun faham aku ada problem dalam memahami percakapan dia. Last-last, aku tak sempat nak habiskan physical exams sebab doktor dah datang and nak suruh aku present the case. Gelabah gila aku. Dah la form tak bawak. Arghh...
"OK give me your assessment form..." doktor tu cakap.
"Aaa, that's the thing, doctor. I've printed out the form but I forgot to bring it over...." aku jawab sambil buat muka kesian.
"What? How come? Ahh, nevermind, nevermind...how bout your other friend? Did she bring the form?"
"Yes, yes she did. I'm gonna ask her now.."
Doktor tu pun amik la form kawan aku tu untuk buat reference. Markah semua dia tulis manually je la, dah aku tak bawak formal form kan. Nasib baik. Doktor tu pun tanya tanya dan tanya pasal patient tu, aku pun jawab, jawab dan jawab. To cut short, everything went well laa. Phewwh~ Tak sesia aku stay up all night long. Hehe...dasar suka study last minute!
-Ni time bedside teaching; aku tengah cuak, ready untuk case Haemato-
p/s Semalam aku tengok Final Destination kat cinema. GORY gileeee~ trauma kejap aku lepas tu...=p
p/s Next week= Seberang Jaya. Next 2 week= Taiping! Ohh~(=.=')
OK tu je. Babai (eh,tetibe)
16 August 2009
Ekspresikan Dirimu!
Kadang-kadang aku rasa aku ni sangat la "kurang hajar". Sebab aku langsung tak reti nak hargai sesuatu. Bukan aku tak hargai sebenarnya, tapi aku tak reti nak mengekspresikan penghargaan tu. Bukan je penghargaan, perasaan pun aku tak reti nak ekspresikan.
"Romantis tetapi tak reti nak tunjukkan"
Lebih kurang macam ni lah personaliti aku. Romantis di sini bukanlah hanya bermaksud jiwang2 karat, tapi lebih kepada sifat puitis & kesenian. Entahlah. Aku rasa ini disebabkan faktor keluarga dan orang sekeliling yang sama-sama membesar dengan aku. Aku tak rasa famili aku terdiri daripada golongan ekspresif.
Benda ni kalau nak ikut, bukanlah defective @ 'hazardous' sangat pun. Cuma, kekadang tu aku sendiri rasa macam aku meronta-ronta nak lepaskan sesuatu, tapi benda tu tersekat. Seolah-olah macam aku jerit tapi tak keluar suara. Rasa tak puas. Masih bersisa di dalam.
Aku ingat lagi ayat yang Sophie cakap kat Ali dalam movie KAMI. Terkesan jugak ayat ni dekat aku. Terasa beb!. Lebih kurang camni la kot..
" Sometimes you need to let others know about what you feel...! "
Walaupun begitu, aku yakin semua ni boleh disemai dan dibentuk. Tapi, mungkin mengambil masa yang agak lama. I'm learning tho..Good Luck to me!
***************************
(selingan)
- Eyh 1st tyme la aku jumpa roti KAHWIN ni. Apsal baru sekarang? Dah sampai seru ke hah..? =p Tapi roti ni sedap gak...Dapatkannya di Tesco berhampiran anda sekarang!! Mana tau jodoh anda bakal tiba tak lama lagi...hakhak~-
09 August 2009
Seperti Apa Hidup Ini...?
Dalam hidup ini kita perlu sentiasa pandai cari peluang...
sama seperti cara kita memandu kereta, menyusup perlahan-lahan di celah-celah kereta yang ramai, dan menjadi sebati dalam satu laluan...
Dalam hidup ini perlu ada keinginan...
sama seperti bila kita berada di atas bas, lalu terlihat seseorang memegang buku, hati kita jadi betul-betul ingin tahu buku apa yang dibaca orang itu..? lalu kita pura-pura menjeling berharap agar sifat curious itu tidak terlalu obvious...
Dalam hidup ini kita perlu pandai membuat keputusan sendiri...
sama seperti kita bersendirian di meja pangkah undi, berkira-kira parti/individu mana yang harus kita pilih...?
Dalam hidup ini perlu ada sabar...
sama seperti setiap kali menaiki tren komuter di waktu puncak 5-6.30pm...berharap agar setiap kali tren berhenti, lebih ramai yang akan turun dari yang akan naik...
Dalam hidup ini perlu ada pegangan...
sama seperti bila kita tercampak jauh dari semua orang yang kita kenal, adakah kita akan lakukan yang sama atau berubah menjadi orang lain sama sekali?
Dalam hidup ini perlu ada keyakinan...
sama seperti bila kita memandu ke satu tujuan yang tidak pasti...kita tetap yakin kita pasti akan sampai ke destinasi (atas bantuan signboard)...

sama seperti cara kita memandu kereta, menyusup perlahan-lahan di celah-celah kereta yang ramai, dan menjadi sebati dalam satu laluan...
Dalam hidup ini perlu ada keinginan...
sama seperti bila kita berada di atas bas, lalu terlihat seseorang memegang buku, hati kita jadi betul-betul ingin tahu buku apa yang dibaca orang itu..? lalu kita pura-pura menjeling berharap agar sifat curious itu tidak terlalu obvious...
Dalam hidup ini kita perlu pandai membuat keputusan sendiri...
sama seperti kita bersendirian di meja pangkah undi, berkira-kira parti/individu mana yang harus kita pilih...?
Dalam hidup ini perlu ada sabar...
sama seperti setiap kali menaiki tren komuter di waktu puncak 5-6.30pm...berharap agar setiap kali tren berhenti, lebih ramai yang akan turun dari yang akan naik...
Dalam hidup ini perlu ada pegangan...
sama seperti bila kita tercampak jauh dari semua orang yang kita kenal, adakah kita akan lakukan yang sama atau berubah menjadi orang lain sama sekali?
Dalam hidup ini perlu ada keyakinan...
sama seperti bila kita memandu ke satu tujuan yang tidak pasti...kita tetap yakin kita pasti akan sampai ke destinasi (atas bantuan signboard)...
Dalam hidup ini perlu ada keberanian...
sama seperti setiap kali kita memulakan sesuatu yang baru, di hadapan orang ramai...
Dalam hidup ini perlu ada cinta...
sama seperti...
kita tidak pasti atas sebab apa, tapi kita sentiasa ingin dia berada di depan mata...
Dalam hidup ini perlu ada cinta...
sama seperti...
kita tidak pasti atas sebab apa, tapi kita sentiasa ingin dia berada di depan mata...
- hidup ini memang SEDAP!, InsyaAllah esok masih ada...-
26 July 2009
Jatuh...Jatuh...Jatuh
Aku sekarang di Penang. Kelas dah nak mula esok. Bermulalah kehidupan aku semula sebagai seorang pelajar perubatan.
Aku taktau la nak tulis apa dalam post ni.
Aku taktau la nak tulis apa dalam post ni.
Erm, I'm actually up to something but I really cant tell you anything...just not yet. Because I am still not ready to reveal it. Some might have known about it already, though. Nantilah, aku bagitau...
Tapi, yang pasti sekarang, aku rasa aku dah jatuh (.............):
a) Miskin
b) Saham
c) Katil
d) Cinta
e) Sakit
f) Pointer
Tapi, yang pasti sekarang, aku rasa aku dah jatuh (.............):
a) Miskin
b) Saham
c) Katil
d) Cinta
e) Sakit
f) Pointer
g) Berat badan
h) Ditimpa tangga
i) Ke bawah
j) Talak...? =p
Sila pilih jawapan yang anda nak. Aku takkan beri jawapan yg direct untuk keadaan aku sekarang..fuhh..
p/s Untuk seseorang yang telah request posting "Life as a medical student", I will try to do it later...insyaAllah =)
p/s Al-Fatihah atas pemergian Yasmin Ahmad, it was quite a shocking news indeed...
h) Ditimpa tangga
i) Ke bawah
j) Talak...? =p
Sila pilih jawapan yang anda nak. Aku takkan beri jawapan yg direct untuk keadaan aku sekarang..fuhh..
p/s Untuk seseorang yang telah request posting "Life as a medical student", I will try to do it later...insyaAllah =)
p/s Al-Fatihah atas pemergian Yasmin Ahmad, it was quite a shocking news indeed...
20 June 2009
Sweet Temptation
Buku-buku limited edition ini hasil tulisan blogger-blogger terhebat!
*I have touched
the books
that were on
the top shelves
and which
I were probably
saving
for AFTER THE EXAMS
Forgive me
they were delicious
so tempting
and so alluring...
*altered from This is Just to Say-William Carlos Williams'
p/s exams....please end sooner! sigh~
16 June 2009
Friends & GADOH!
Huh. Penat aku weekend baru ni. Tapi seronok gila dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama. Ada yang dah tak jumpa langsung lepas habis SPM 2003. Dah enam tahun! Dah ada yang bertunang, kahwin pun ada. Tapi ramai lagi kawan-kawan aku yang masih single (Fuh, nasib baik. At least aku masih tak keseorangan di sini. hahaha)
Marilah aku kongsi gambar je. Malas nak taip lebih-lebih. Bertempat di Batu Ferringhi, kami buat BBQ!
Oh ye, lagi satu, aku teringin gila-gilalah pulak nak tengok short film yang penuh dengan mesej kemasyarakatan ni. Aku nak tengok apa reaksi korang lepas tengok trailer dan sedutan film yang aku letak di sini. Kalau korang rasa film ni memang patut ditonton, secara tak rasminya korang memang se'geng', sekepala dan sebulu dengan aku. Cayalah!! Tapi, kalau korang rasa film ni tak menarik langsung, dipersilakan blah dari blog aku sekarang jugak...! HAHAHA~
Lebih info tentang film ini, boleh rujuk di sini.
p/s Eyh aku nak exam ni!! Doakan kejayaan aku dan rakan2 aku yer....=)
UPDATE! - Layan GADOH kat youtube jom! klik sini!
Subscribe to:
Posts (Atom)