Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

11 November 2011

11.11.11

Nothing. Really. Just so I can document a nice date to appear on my blog so i decided to post this up.

Been super busy lately. Couldnt catch up with friends anymore.

I really miss my social life =(. Hardly!





during raya haji at my kampung

11 September 2011

Keguguran

Ah..aku sekarang menghidapi masalah keguguran...





































...rambut!

12 August 2011

That AWKWARD moment...

1) When I am about to enter the lift and there is another person inside. Just the TWO of us. In the lift. Silence. This awkward moment. Uhh..


2) When I have to pay for my lingeries and there is a MALE on the counter. uhh awkward...awkward...


3) When my friend told me the same story yet he/she was in a very passionate mood as if this is the first time and I didnt have the heart to tell her/him that "YOU'VE ALREADY TOLD ME THIS" at the end. yahh.. that awkward feeling..


4) When I'm on the train and trying so hard to avoid making eye-contacts with the person seating exactly opposite where the only place that I can stare is just the floor (and the shoes)...awkwarddd..


5) When I send someone an IM, and they sign off...blurghhh..


6) When I post something on facebook but there's no likes and comments at all...huu awkward..

19 July 2011

Induksi? HUHU..NO NO..

Wow...sooo much happening around here. Kadang2 rasa macam nak lari je jauh2 and start everything allllllll over again. Tapi sungguhla impossible benda tu. Ni tengah tunggu debaran surat induction yang akan tiba esok mungkin. Ironically Allah dah takdirkan aku untuk menangguhkan dulu panggilan kerja sebab panggilan Dia untuk aku jejak tanah Haram datang dulu. 

Ya Allah, mohon semua urusan di permudahkan...


"Allahumma yassir wala tuassir...."


p/s Aku yakin yang pembaca2 blog ni semuanya bijak menilai ape yang baik and buruk and ape yang patut and tak patut dibuat. Aku harap blog ni tak dijadikan tapak untuk membuka aib sesiapa pon. Mohon maaf sangat2. Bukan nak menyebelahi mana2 pihak tapi personally aku sendiri rasa kurang senang....terima kasih... and thanks soo much for your concern:) 


Tak sabar nak masuk bulan Ramadhan...!;)

09 July 2011

Tentang aku..mungkin juga tentang kau..

 Menangis. Aku cukup tak suka bila aku cuba untuk tak menangis. Dan tiba tiba bila air mata dah mula bertakung, aku buat2 pandang atas, mengelak untuk kelipkan mata berusaha supaya air mata yang bertakung tak mengalir tapi gagal juga akhirnya. Dan saat ini, bila dah mula menangis, langsung tak boleh kawal emosi. I just lose it and all my emotions that I was holding in comes out...selaju dan sederas air mata yang mengalir..


Aku benci bilamana aku suddenly rasa sedih...tapi tak tahu kenapa? Aku sedih sebab.....sedihlah. Tapi memang takde sebab yang jelas kenapa. Dan masa tu fikiran aku menerawang memikirkan benda2 sedih yang pernah terjadi dalam hidup dan apply idea2 sedih ni dalam emosi, menjadikan ianya lebih sedih. Dan bilamana orang pun mula bertanya, "Kenapa ni?" Tapi aku tak tahu nak jawab apa. And I end up sitting there, quiet, while it seems as if everyone is happy but me..


Aku rindu zaman2 kanak2 riang dulu. Takde benda lain kena fikir selain buat homework, tengok TV, main dan makan. Dulu sangat gilakan rancangan TV macam Thats So Raven, KFC hour, HUGO, Kluang Man, Dash! Yonkuro. Permainan plak tak boleh miss main kereta tamiya beli yang Dancing Doll punya tu walaupon tak sehebat Shooting Star dan Burning Sun adik2 aku. Dan ada satu time tu mainan YOYO mula naik dan of course tak ketinggalan main Tamagochi.


Aku suka baca online random quotes especially dalam tumblr. Boleh kata setiap malam before tidur. Aku pon dah tak ingat sejak bila..maybe early this year. Sebab kebanyakanannya aku boleh relate dengan diri aku sendiri. Rasa seronok sebab kita ingat kita sorang je macam tu, tapi tak sebenarnya. Sort of macam terapi jugak..sama macam bila aku relate sesuatu keadaan dengan lirik lagu yang macam seolah2 mengexplain exactly ape yang tengah jadi kat aku pada masa tu...


Everynite I stay up past 1,2...macam sekarang pukul 2.35am, 6 July. Tak boleh tidur sebab fikiran aku selalu fikirkan macam-macam. Terlebih fikir, terlebih analisa benda2 yang tak sepatutnya aku fikir pun. So, aku fikir aku patut sengaja bangun dan penatkan otak aku dengan membaca macam2 sebelum tidur. Mangsa pembacaan aku ialah tumblr untuk random quotes, facebook (ceh baca FB? dah macam study plak bunyiknya), blog2 orang, isu2 semasa bla bla bla...so bila aku finally baring, aku boleh tidur terus dan otak aku dah shut off dr memikirkan yang macam2..




ermm....ok otak dah penat...nak tidur sekarang...

30 June 2011

(ter)Mencarut

Aku ni memang semulajadi payah nak mencarut. Bukan nak bangga sangat lah kan. Dah dididik macam tu. Terima kasih lah kepada papa dan mama aku yang telah mengaplikasikan kaedah piat telinga dan tampar mulut setiap kali anak-anak mereka mengeluarkan kata-kata seperti "bodoh", "kepala hotak kau", "babi" dan lain lain kata nista yang sewaktu dengannya. 

Tapi didik tak didik tak kira dah kalau kau duk dengar perkataan itu diulang2 setiap hari macam sedaaap je anak telinga tu boleh terima. Sampai tak sedar benda tu benda "taboo". Lama lama tak sedar pulak kau terrrguna perkataan tu. Wah macam cool pulak bunyiknye. 
Pulak tu sekarang ni ade yang mencarut soft version. Contohnye "shit" jadi "shoot", "babi" jadi "baber", "damn" jadi "dang". Macam macam lagik ah.

Tapi aku terguna kalau tengah heightened emotion je. Macam kes aku terlampau marah, terlampau terkejut, terlampau sedih dan macam-macam terlampau lagi tapi bukan terlampau yang ehem ehem tu ye. Tak paham? Tak paham takpe, itu makna kau otak suci la tu. 

Aku ni berani sebenarnya, cuma dengan lipas ni aku agak alergik sikit lah. Bukan apa, aku kecik2 dulu ada bad experience dengan lipas ni. Jadi sejak hari itu aku declare lipas adalah musuh utama nombor satu aku. Dadah tu tetap musuh utama negara. Yang paling tak tahan bab kaki dia yang berbulu dan menggerutu kasar2 kesat2 tu bila merayap kat kaki kau....urghhhhh! Boleh sampai tahap nak mencarut tahu tak?

Dan, nak dijadikan cerita..suatu hari...terjodoh lah aku dengan seekor lipas dengan kaki2 yang berbulu menggerutu kasar2 kesat2 itu merayap atas kaki aku. Jadi apa lagi....aku pun start lahh... 



"uuiiishh..babi...babi!...babii!..."








Hurm...Aku tak sedar langsung aku ada dalam surau masa tu. Serius.

28 February 2011

The Perfek Makwe...

Ni ni aku jumpe ni masa aku baca satu magazine.



Cis. Lu orang nampak tak ape yang tertera di atas? Meh aku highlite sket.

The perfect girlfriend...

-Has high sex drive 
-Enjoys footballs
-Loves to eat
-Can get ready under 10 minutes!

Dan based on magazine ni.. ini adalah poll yang dibuat ke atas 3000 orang lelaki bujang di UK. Meh aku cuba intrepret satu persatu. 

1) Has high sex drive - Pemanduan sex? Apakah ini sebenarnye? serius aku tak faham...lalala

2) Enjoys footballs - Wow...tak ramai awek2 yang minat tengok bola dengan serius. Macam yang pernah aku beritau dalam post sebelum ni la..setakat layan tengok orang masukkan bola dalam gol tu boleh laaa...

3) Loves to eat - Gila lantak atau buruk makan la ni maksudnye. Adakah lelaki lebih suka perempuan yang kurang control2 ayu semasa makan? Aku taktau pulak. Atau lelaki akan rasa segan bilamana dia sorang je buruk lantak, padahal awek relax relax je makan nasi sekadar blangan 3 sudu kecil.

4) Can get ready under 10 minutes! - Huish...ini lagi la tak logik. Ready bagi perempuan bermaksud tuka baju pakai lawa2, pakai tudung elok2, mekap2 sket, sembur perfume sket...dan ini semua paling koman pon amik 15-20 minit. Eyh ke tak?

Amacam? Lu orang setuju tak? haha

24 February 2011

Agak Agak Lu La Kan..

-Hi! Comel tak I?? pfttttt....-


....kalau wa bubuh gambaa sendri dalam SETIAP entry dalam blog wa ni...A.K.A macam blog gadis-gadis lain...makin ramai tak agaknye yang baca blog ni ek??

18 February 2011

If You Miss Me...



“If you miss me. you can’t text, you can’t email, you can’t post it on my Facebook wall. If you really miss me, you come and see me.”

— No Strings Attached

12 February 2011

This Is Me...

I am awkward and negative
I dont like opening up to people
Most 5 year old children can express feelings better than me
I hide behind my fake smiles
I am terrified of being hurt
I tend to act older than I am
I am probably one of the most difficult people you will ever meet

But

I can be sweet
I am a great listener
I will guard your secrets with my life
I will never judge you based on your mistakes
I can be, If you let me
One of the best things in your life...

08 February 2011

07 February 2011

U Still Mad?




Dengan seikhlas hati dan sebOOlat mata, this is for youuuuuu~

Uhh...plis dont be MAD~

23 January 2011

Mums on FB

Mums on FB are kinda cute. Arent they?

Scene 1

Your status : My mum's on FB!!! WTF!
mum's comment : what does WTF mean?
you : emmm....oh...WELCOME TO FACEBOOK =)

Scene 2

Mum's post on your wall: Your uncle just died. LOL
you : hurm. LOL??
mum : yes. LOTS OF LOVE.



HAHA. Not my mum though ;)

20 January 2011

Simple Lesson

Lost your pen, no pen

No pen, no notes

No notes, no study

no study, fail

fail, no degree

no degree, no work

no work, no money

no money, no food

no food, you get skinny

skinny, then you get ugly

ugly, no lover

no lover, no marriage

no marriage, no children

no children, alone

alone, depression

depression, sickness

sickness, death



lesson:

Don’t lose your pen.

19 January 2011

Test Your Mind



THEPENISINHERMOUTH




Did you just read
THE PEN IS IN HER MOUTH?

NO?


Well that just means you have a dirty mind!

Booyeah~!

17 January 2011

Aku Nak Ajar Sket Ni

Hey!

Aku nak bagitau sket ni.

Pada sapa sapa yang google nama aku tu.

Tolongggglah!

Pleaseeeelah!



Tolong ah

Tolong ah

Tolongggg....







Tolong eja nama aku baik-baik sket.

Meh aku ajar mengeja ye.

Macam ni ye.


N.A.J.L.A.A. R.A.I.H.A.N.A.


OK? Dapat? Faham?


Bagus!


Pasni kalau aku nampak salah eja lagiii.....





Memang ahhh!!!

14 January 2011

Edisi Sapu Habuk

Fuuuuh...!

TIUP TIUP, LAP LAP sket HABUK HABUK dalam blog ni.

Korang duduk JAUH JAUH sket.

JANGAN datang DEKAT DEKAT.

tak nampak HABUK banyak sangat ni?? tak nampak??


.....

Final year. Setiap hari pon stressed. Balik2 from hospital mesti rasa macam bodoh gila. Dapat lak doktor yang demotivating. "EH, JUST QUIT MEDICAL SCHOOL LAAA...DO TAILORING...LAGI BAGUS KAN" "YOU HAVE SCARS IN YOUR BRAIN, SORRY TO YOUR FATHER LAA..". 

Ahh...next week end of rota exam dekat Taiping Hospital. sigh.

09 November 2010

Edisi Terjah Handbag

Nak kenal sama ada seseorang perempuan tu seorang yang simple atau tak? Mudah je. Kita tengok barang-barang apa yang dia selalu bawak dalam handbag dia hari hari. Tapi korang yang lelaki ni janganlah sengal sangat. Aku cakap ni sebagai metafora je. Takdelah bermaksud, cara untuk mengenali seorang gadis itu ialah dengan menyelongkar handbag dia. Gile ke ape. Bayangkan eh kalau ade seorang pakwe yang nak kenal seorang makwe datang approach makwe tu dan terus cakap, " Hi, saya nak berkenalan dengan awak, boleh saya selongkar beg awak..?" Gila kan? Hurm..eh, tapi tetiba aku rasa macam comel la pulak. huhu.

Anyway, aku nak kongsi jugak lah dekat sini barang apa yang aku selalu bawak, so mungkin korang boleh judge aku based on barang2 ni. Aku akan kata aku simple. Tapi, simple itu subjektif kan? Tapi aku memang simple pun. hehe. Mungkin korang pun boleh share ape yang korang selalu usung ke sana ke mari everytime korang keluar jugak...

Ok. First off, aku ni sempoi je sebab aku akan guna the same bag untuk ke kolej dan untuk ke shopping. Untuk ke shopping? Ok, untuk shopping laa.. or jalan-jalan. So, aku akan beli bag yang jenis sesuai untuk dua-dua occasion. Saiz kena besar sket. Dan bag itu mesti plain colour, earthy based ( kaler macam.. ala...brown ke, black ke, white ke). Yang boleh masuk dengan segala jenis baju. Tapi mostly aku amik brown je la. Dan kadang-kadang je aku akan guna handbag yang bersaiz kecik dan bergaya. Bila aku rase nak bergaya lebih sket. Ceh bergaya lebih la sangat. Dan,dan, aku akan keep on using the same bag sampai lah beg tu macam dah nak hancur. Kadang-kadang aku ni pon sengal jugak sebab bag tu sebenarnya bukanlah sesuai untuk bawak barang berat2. Tapi sebab aku tak peduli, aku masukkan jugak buku-buku tebal dan kadang-kadang laptop dalam tu. Mane lah bag tak hancur kan?

Ok jom je lah terjah...

Currently aku tengah setia menggunakan bag ni. Bag ni aku beli 2 bulan lepas kot. Masa sale kat Bonita. Less 70% tu pasal aku tanpa berfikir dua kali terus grab je. Saiz dia agak sederhana, material dia lembut, kaler pon aku suka.



Ok yang ni plak barang-barang WAJIB yang perlu ada dalam bag aku. Kalau tak lengkap barang-barang ni aku rela tak keluar rumah. Seriuss....





1) Student ID-Penting untuk dapatkan student price. Especially untuk tiket wayang.
2) Wallet - Obviously kena bawak wei. No money no life!
3) Kunci rumah, kunci kereta - Takyah ekspelain la kan
4) Tisu - Ni lagi satu barang aku takleh tinggal. Kenaaa jugak adaaa. Penting. Pelbagai kegunaan tisu nih. Lagi2 skarang ni ada orang tu rajin sangat mintak tisu dari aku =p
5) Payung - Aku dah belajar bawak payung since Dublin sebab sana selalu hujan. Sediakan payung sebelum hujan ok.
6) Pen - Ni pun perlu jugak
7) Kalkulator - Yang ni aku baru je start bawak. Aku pon tak paham kenapa tapi selalu je ade dalam bag aku ni. 
8) Handphone - Perlu. Walaupun sebenarnya aku tak de lah bergantung sangat dengan hp, tapi untuk menghubungi orang2 tersayang itu satu keperluan =) Dan of course untuk emergency cases.

Seterusnya. Barang-barang yang aku bawak occasionally. Bergantung pada tempat dan masa. 



Ipod. Yang ni aku akan bawak bila time yang ada banyak masa lapang atau time yang aku perlu tunggu seseorang dan ketika bersendirian. Contohnya dalam train atau dalam kelas bila lecturer takde. Dan kadang-kadang aku sengaja pasang ipod kat telinga sebab nak elak daripada orang ajak bersembang. Haha. Eh, tak boleh ke? 



Secara jujurnya aku jarang bawak alat2 mekap dalam bag. Paling koman pon kalau perlu bawak, aku akan bawak compact powder dengan lipbalm. Dan benda ni aku akan bawak especially bila aku perlu solat. Sebab lepas solat boleh pakai benda alah ni. 






Yang ni ada lagi barang2 penjagaan diri yang aku akan bawak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Oil blotter ni sebab nak hilangkan kesan muka berminyak setelah seharian muka aku berpeluh2 dan melekit2. UV lotion aku akan pakai bila masa aku perlu berjemur di tengah panas terik mentari. Dan eye drop untuk contact lenses ni aku bawak bila aku terpaksa spend more time memakai contact lenses dalam sehari untuk elakkan mata terlalu kering. 





Gadget2 lain yang aku akan bawak termasuklah pendrive dan digital camera. Pendrive ni aku akan bawak mostly merata2 pun just in case, sebab... alaa benda ni halus je. Tak luak pun ruang dalam bag yang besar ni. Digital camera dah tentunya aku akan bawak everytime pergi travel atau ada event yang menarik!





Lastly. Novels! Tak kisah la apepe bahan bacaan menarik pun. Yang ni aku akan bawak lebih kurang macam alasan aku bawak ipod. Bila mana aku bersendirian, banyak masa terluang. Dan kadang-kadang baca buku pon nak jadikan alasan tanak orang ajak bersembang. Selalunya aku akan bawak novel bila terpaksa spend time yang lama atas kereta. Contohnya... time balik kampung. 



OK, rasenye tu je lah aku nak kongsi setakat ni. Hehe what do you think? I'm simple, right? =p


p/s Okeyy... Tali gitar aku baru putus semalam. Sebab tu aku rajin menulis sekarang..~~

24 July 2010

Pengakuan

Aku rasa kebanyakan gadis-gadis Kedah ni sweet sweet dan ayu ayu belaka...

Setuju tak? Tak setuju takpe...

Dan

Dan

Dan

Aku rasa kebanyakan gadis-gadis Kelantan comel comel dan putih putih belaka...

Setuju tak? Tak setuju takpe...

Tapi

Tapi

Tapi

Tak semua gadis-gadis comel, sweet, ayu dan putih datang dari Kedah atau Kelantan saje..

Setuju tak? Tak setuju takpe...

Contohye...

Contohnye...

Contohnye...





....AKU??!

Setuju tak? Setuju tak?



HEHEHE





Oh, OK FINE!


Aku tertinggal something...


....tak setuju pon takpee...huhu


p.s : Mode jeles dengan gadis-gadis yang pandai berfesyen dan bergaya...aku tak reti dowh!