Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

09 September 2011

22 November 2010

Beristikharah Dalam Ketidaktentuan

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dan puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."





...Ya Allah ku mohon petunjuk dari Mu...

08 November 2010

Dikala Kita Susah...

Membaca Al-Quran memanglah mudah. Tapi tak semudah menghayati maksudnya. Lagi-lagi kita yang tak reti berbahasa arab ni. Dan tak aku nafikan, benda ni selalu jadi pada aku juga. Nak memahami ayat tu macam kena paksa-paksa. Bacalah ayat tafsir tu banyak mana pun tapi kadang2 tak masuk ke hati. Mungkin sebab aku rasa membaca Al Quran tu lebih pada rutin tapi bukan pada niat untuk penghayatan. Samalah jugak dengan solat. Disebabkan kita dah terbiasa solat, kita lebih cenderung untuk jadikan solat tu sebagai rutin harian tanpa perasaan khusyuk. Kita hafal ayat-ayat dan bacaan-bacaan dalam solat tapi tak pernah faham apa sebenarnya yang kita tuturkan hari-hari dalam solat ni? Bacaan kita mungkin lancar dan laju macam air tapi ...hurmm...kosong. 

Tapi, sekali bila kita betul-betul hayati, fahami dan selami maksud di sebalik ayat tu...rasa macam kena tusuk. Maksud yang mendalam, terkesan dalam hati. Dan bila dah terkesan tu, kita akan kaitkan dengan kehidupan kita. Dan masa ni baru kita sedar betapa besarnya kuasa kalam Allah ni dalam menyampaikan sesuatu. 

Pernah tak kita terfikir, kenapa kehidupan kita tak sesusah orang lain? Atau, kenapa kita tak ditimpa musibah macam orang lain? Atau, kenapa kehidupan kita tak semudah orang lain? Kenapa kita ditimpa musibah sedangkan orang lain, tidak?


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" : (Al-Baqarah :286) 


"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...." (Al Baqarah: 185) 


"...dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan...." (Al Hajj: 78) 


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah..." (An Nisa': 28) 


Dengan ayat-ayat ini Allah swt. mengatakan bahawa seseorang dibebani hanyalah sesuai dengan kesanggupannya. Agama Islam adalah agama yang tidak memberati manusia dengan beban yang berat dan sukar. Betapalah Allah itu Maha Adil kan? 

Tipulah kalau kita cakap, kita tak pernah rasa susah, tak pernah tak senang duduk, tak pernah stressed, tak pernah rasa terbeban dan tak pernah bermasalah. Tapi, tapi tapi, Allah dah bagitau kita takkan dibebani kalau kita tak mampu. So, meaning that, kita sebenarnya mampu nak hadapi kesusahan ni cuma kadang-kadang kita tak sedar potensi dan kekuatan diri. Buat sesiapa yang merasa susah, ketahuilah bahawasanya kamu sangat tabah sehingga Allah menguji sebegitu sekali...

Berhujah memang mudah. Sebab orang akan argue benda tu tak jadi dekat kita. So, senang lah cakap. Easy said than done. Betullah tu. Siapa kata buat lagi senang daripada bercakap? I did not say that. Sebab aku juga manusia lemah. Macam ayat di atas...."manusia dijadikan bersifat lemah...". Sebab tu perlunya kepada ayat-ayat Al-Quran ni. Supaya boleh dijadikan pedoman dan kekuatan diri. InsyaAllah kalau kita yakin pada ketentuan Allah...everything will fall in to places...

Dan bagi sesiapa yang tak ditimpa kesusahan, diberi pulak kelebihan rezeki dan kemudahan...bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah!


Aku juga perlukan kekuatan di masa susah. Semoga aku tabah menghadapi ujian mendatang...


Dan semoga aku tak lupa untuk terus berdoa... 


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"." (Al Baqarah : 286)

05 September 2008

Kenapa Saya Suka Tarannum..?

Assalamualaikum,

Bulan-bulan puasa sekarang ni, elok jugak ye kalau kita dekat-dekatkan lagi diri kita dengan Al-Quran. Tak kiralah apa bentuk ibadah sekalipun yang berkaitan dengan Al-Quran, sama ada mendengar bacaan ayat-ayat suci, membaca ayat-ayat Quran, bertadarus, menghafaz, mempelajari tajwid bacaan atau berTARANNUM.

TARANNUM; biasa tak anda dengan perkataan ini? Tarannum maksudnya seni bacaan berlagu Al Quran. Video yang aku nak kongsikan ni merupakan satu contoh bacaan berlagu Al Quran oleh Yasir Syarqawi ( Qari Mesir ). Yasir ni merupakan salah satu Qari yang aku minat sangat. Bacaan dia...MasyaAllah...anda dengar sendiri yer. Selain Yasir, aku juga suka dengar bacaan dari Sheikh Mustafa Ismail & Dr.Nuaina.


Boleh juga klik sini untuk lihat video.

Sebenarnya dulu aku ada belajar jugak Tarannum ni dengan bergurukan seorang Ustaz. Tapi belajar tak habis. Aku start belajar masa umur aku 10tahun. Aku pun tak pasti apa yang menyebabkan aku mula berjinak-jinak dengan Tarannum masa tuh. Mungkin dah minat sejak kecil + kebetulan dah ada peluang. Setelah bakat diasah, aku start menyertai musabaqah tilawah Al Quran peringkat sekolah masa umur 12 tahun. Kemuncaknya ialah aku berjaya melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan untuk kategori Sekolah Rendah (1998).

Setelah masuk Sek Men, aku dah tak join lagi kelas-kelas tarannum dekat surau. Keadaan pada masa tu sebenarnya yang tak mengizinkan aku untuk teruskan pengajian. Tapi bila ada peluang untuk join pertandingan, aku tetap jadi wakil sekolah. Ada juga cuba nasib masa Tingkatan 2 dan tingkatan 4. Namun, percubaan aku tak berpihak pada aku. Paling tinggi pun sampai peringkat Daerah jee...



Banyak sebenarnya cerita aku dengan dunia Tarannum ni, especially time kecik-kecik dulu laa. Sekarang ni aku just dengar dari kaset-kaset dan kadang-kadang ulang tausyeh-tausyeh yang ustaz aku ajar dulu. Sayangnya ilmu ni kalau aku lupa semuanya. Sebenarnya kalau nak ikut, Tarannum ni ada banyak tausyeh ( jenis lagu ). Aku dulu sempat belajar tausyeh Bayyati, Soba, Hijaz, Sikah, Nahawand dengan Rast je. Kalu tak silap ada 2 lagi common tausyeh yang aku tak sempat belajar, iaitu Ajam dan Jiharkah. ( refer pada video )

Kalau anda tengok video Yasir ni, dia ada baca untuk setiap tausyeh ( atau orang Arab panggil maqam ). Dan anda juga akan dapati untuk setiap tausyeh tu ada bacaan peringkat 'Jawab'. Disebabkan aku belajar tak habis, aku tak pastilah betul ke tak, tapi aku rasa kalau ada 'Jawab' maksudnya bacaan itu merupakan bacaan yang paling high-note untuk setiap tausyeh ( selalunya untuk dijadikan penutup setiap tausyeh sebelum tukar tausyeh lain). Kalau aku la kan, aku paling suka tausyeh Bayyati, Hijaz & Rast.

Kenapa aku suka dengar Al Quran dengan tarannum? Kerana.... aku adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Dalam hati juga letaknya Iman. Manusia mana yang taknak berusaha nak memperbaik tahap iman masing-masing, ye tak? Aku ni pun, bukan baik sangat. Dengan mendengar bacaan Tarannum inilah salah satu cara yang membuat aku berusaha mendekatkan hati-jiwa kepadaNya.

Aku dengar & hayati lagu tegas...penuh keyakinan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu sedih penuh rayuan ...memohon keampunan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu berentak kegembiraan ...memuji-muji kesyukuran akan kebesaran Tuhan
Dan berbagai2 lagu al Quran lagi....
Seni Tarannum itu penuh dengan keindahan!

Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku bila mendengar al Quran dengan berlagu! Especially bila dengar time tengah-tengah malam, pasang kuat-kuat dengar guna earphone...=) Dan... Aku lebih suka menjiwai yang tersirat dari yang tersurat...

Hurmm...Pernah tak anda rasa macam apa yang aku rasa....?

28 August 2008

Marhaban ya Ramadhan...



*Disarankan supaya anda terlebih dahulu mendownload lagu Ramadhan Tiba-Opick.mp3 (click on song title) untuk mendapat mood membaca entry ini...=)*


Assalamualaikum,

Tak lama je lagi kan, bulan puasa bakal menjelma. Seronoknyaa...Sebut je Ramadhan, terus terlintas Tarawih, Bazar Ramadhan, Buka Puasa, Sahur. Tapi yang utamanya, tentulah ibadah PUASA tu sendiri. Dalam bulan yang mulia ni jugalah kita seharusnya belajar mengawal diri, bukan mengawal perut sahaja. Kita perlu menjaga segala anggota kita daripada perbuatan yang boleh mensia-siakan ibadah puasa, baik dari segi percakapan, perlakuan, pandangan mata dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Sesuai dengan sebuah hadis,

Abu Hurairah (r) berkata bahawa Rasulullah (s) bersabda: "Puasa bukanlah sekadar untuk meninggalkan makan dan minum, tetapi juga untuk menahan diri daripada berkata yang sia-sia dan perbuatan yang kotor. Maka apabila seseorang mengeji kamu atau menghina kamu, maka katakanlah: Aku berpuasa, aku berpuasa." [Al-Bukhari]

Semoga kita tidak tergolong drpd mereka yg hanya memperoleh lapar dan dahaga semata-mata di bulan mulia ini, sbgmana Rasulullah (s) bersabda:
  "Hanya apa yang didapati oleh sesetengah orang daripada puasa mereka adalah lapar dan dahaga semata-mata." [Ibnu Majah, Al-Darimi]


Menjelang Ramadhan, ramai yang ingin memohon maaf. Mungkin dah menjadi tradisi menjelang bulan puasa ni berdasarkan satu hadis mengenai doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan. Sebenarnya banyak yang membahaskan tentang hal ini kerana TIDAK diketahui riwayatnya dengan JELAS. Saya quotekan di sini,

"Doa Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali."

Hadis diatas (setakat yang saya tau) tidak ada hubungan dengan keharusan bermaafan sebelum puasa Ramadhan. Meminta maaf dan memaafkan seseorang dapat dilakukan BILA-BILA saja, dan tidak ada tuntunan syari'at harus dikumpulkan dulu dan menunggu sampai menjelang bulan Ramadhan. Wallahua'alam...(Jika salah tolong betulkan...)

Namun begitu, saya fikir ada baiknya kita nilai kekhilafan diri sendiri terhadap orang lain agar matlamat kita sempena bulan Ramadhan ini tercapai. Iaitu matlamat KEAMPUNAN & KETAQWAAN, insyaAllah...

Justeru itu, saya ingin sekali mengajak rakan-rakan, sama ada yang selama ini saya kenal rapat, baru kenal, yang belum bertemu muka mahupun pembaca senyap di blog saya ini, bukakan hati untuk memaafkan orang lain agar kita sama-sama beroleh rahmat dan barakah di bulan Ramadhan...InsyaAllah....Sama-sama kita doakan....=)

Selamat Beribadah buat kalian, Marhaban Ya Ramadhan...!


Nota kaki : Khususnya buat pelajar di Ireland,"A Documentary Ramadan experienced by the Malaysians in Ireland" di bawah arahan Hj Azmil Mustafa bakal dilangsungkan...( sekadar promosi & hebahan informasi=))

25 July 2008

Nilai Tudung & Islamophobia di Barat

Salam..Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk ni nampak berat kan?....
Hurmm...let's take a deep breath first...........(sudah..??)

Sebenarnya apa yang mencetuskan idea untuk menulis tentang tajuk ni berbalik pada satu program ringkas yg telah saya ikuti beberapa minggu yg lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Wanita Tmn Tenaga, Kajang dengan tujuan untuk mndedahkan khususnya kepada penduduk2 wanita yg sudah berumahtangga, kaedah2 untuk menggayakan tudung! Saya juga turut sama memeriahkan majlis yg diadakan di surau taman dengan niat di hati sekadar untuk menghabiskan waktu terluang & ada juga terselit perasaan ingin tahu juga style2 tudung yg bagaimana pula yg dipakai oleh wanita2/gadis2 malaysia sekarang ni? Ditambah pulak dengan ajakan Mama saya untuk menemaninya pergi and gurauan Papa yg mengatakan, " Pergi la, tengok mcammane derang ajar style tudung. Ni asyik2 pakai tudung style same jee...;p"





Saya tak ingin bercerita lanjut tentang kesudahan program & ilmu fesyen apa yg saya peroleh setelah mengikuti program tu. Cukuplah sekadar, saya yg 'Before & After' the program is still the same me...tetap memakai tudung yg 'style' ituu jugak. Malas nk layan ah...=p



Sekarang, apa pulak kaitan tudung dengan istilah Islamophobia di atas? Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya ingin menyatakan bahawa pemakaian tudung bagi saya membawa kepada simbol ketauhidan secara tidak langsung, selain tujuan2 asas syariat Islam menyeru agar muslimah menutup aurat & atas value of modesty. Saya kira, bagi pihak Barat pula, mereka merasakan bahawa wanita muslimah ditindas & tidak diberi 'freedom in acts'. Dan atas dasar anti-Islam/antikeganasan, mereka merasakan, dengan memberi peluang muslimah memakai hijab/tudung dalam komuniti mereka yg bermajoritikan kristian, ini boleh mengundang bahaya! Bahaya yg bagaimana ye? Berkemungkinan mereka merasakan bahawa pengaruh Islam mampu meresap ke dalam jiwa anak2 kecil yg sentiasa mmpunyai sifat curiosity yg tinggi. Atau...hanya bersifat pesimis/diskriminasi terhadap muslim atas dasar kebencian yg tinggi terhadap agama islam itu sendiri (mungkin kesan dari Perang Salib). Atau....mereka takut dengan Islam yg seringkali dilabelkan oleh media massa sebagai agama yg menyokong tindakan keganasan dan sentiasa mencari perdamaian dengan cara mengangkat senjata.

Inilah yg dikatakan Islamophobia. Perasaan benci akan Islam & seterusnya membawa kepada sifat takut dan diskriminasi terhadap islam. Kalaulah saya yg menulis Wiki/kamus, saya akan tambah ..."tanpa sebab2 yg sahih & berasas" di belakang definisinya. Dan kenapa pula saya mengaitkan hal ini dengan isu tudung? Kerana isu inilah yg banyak timbul di mana2 negara Barat/Eropah sekalipun. Baik di US,Canada,UK, Belanda,Turkey, France, German & banyak lagi. Atas dasar Islamophobia ni jugalah yg menyebabkan muslimah2 di Barat sentiasa berada dalam ketakutan kerana bila2 masa sahaja hak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam secara lahiriahnya, iaitu menutup aurat, boleh dihalang. Saya juga pelik, kononnya mereka ini negara liberal yg mengamalkan kebebasan individu untuk hidup dengan cara sendiri, tetapi pada masa yg sama aktif mendiskriminasi pihak lain.

Suka saya kongsi dengan pembaca tentang pengalaman saya ditahan oleh seorg wanita Irish pada akhir bulan Mei lalu, yg mmperkenalkan dirinya sebagai seorg journalist sebuah majalah yg diterbitkan di Ireland. Mulanya agak terkejut kenapa tiba2 ade org menyapa dr belakang sejurus turun dari bas after balik dari city. Rupa2nya dia memang mencari muslim di Ireland untuk ditemubual tentang isu larangan hijab dipakai di sekolah khususnya di negara2 Eropah untuk dimuatkan dalam kolumn majalah. Mulanya, saya berfikir betapa 'concern'nya masyarakat luar untuk membahaskan isu ini & pada masa yg sama, kagum dengan pihak majalah untuk mencari kebenaran di sebalik sesuatu isu.

Saya ingin mengajak readers untuk menyelami sedikit sebanyak sejarah bagaimana tercetusnya konsep Islamophobia ini. Sejak perang salib yg mmbawa kepada permusuhan kristian terhadap islam, model baru anti-islam ini muncul pada awal dekad-80an. Saya kira ini adalah reaksi kepada gerakan kebangkitan Islam, khususnya revolusi islam Iran. Setelah itu muncul pula politik anti-islam dengan kemunculan sebuah buku bertajuk 'The Satanic Verses' yg ditulis oleh Salman Rusydie dengan tujuan menistakan agama islam. Buku ini deterbitkan sekitar tahun 1989 dan mendapat tentangan hebat dari penduduk muslim secara global tetapi pihak barat pula sebaliknya menyokong publikasi buku ini malah menambah cetakan, melindungi & mangagung2kan penulisnya.



Seterusnya, selepas tamatnya peristiwa 9/11 di New York, gelombang anti-islam ini makin menjadi2. Atas dasar anti-keganasan, muslim dilayan seperti kambing hitam & siapa2 yg disyaki terlibat, ditangkap & ditahan tanpa bukti yg nyata. Pada tahun 2006, sebuah dokumentari yg bertajuk "Road to Guantanamo" sedikit sebnyak mmperlihatkan bagaimana tahanan2 ini dilayan secara tidak berperikemanusiaan. Di sudut yg lain pula, kita dapat lihat beberapa gambaran tentang Rasulullah SAW yg disebar2kan & yg terbaru, ialah produksi film Fitna yg semuanya bertujuan mewujudkan propaganda untuk memusuhi Islam.

Pada masa ini, media massa banyak memainkan peranan dalam menyiarkan dakyah2 buruk & palsu tentang ajaran Islam yg sebenar dan menyebarkan virus2 islamophobia terhadap masyarakat barat yg menjadikan masyarakat islam sebagai musuh utamanya. Baik menerusi berita, permainan komputer, laporan dan apa2 jenis wawancara yg semuanya terarah kepada agenda utama, iaitu; Islam bukanlah agama yg manganjurkan kedamaian sebaliknya Islam itu ganas! Tiadanya sumber2 @ info yg benar tentang Islam merupakan peluang untuk pihak barat menganjurkan propagandanya merosakkan citra Islam di mata masyarakat dunia, @ masy Barat secara khususnya. Sebaliknya, jika mereka mengetahui bahawa Islam sangat menggalakkan negotiation & perundingan untuk jalan kedamaian, tentunya mereka memahami bahawa Islam merupakan agama yg sangat menganjurkan keadilan, kasih sayang and kesejahteraan! Ironiknya, ini tidak berlaku, malah mereka mmbuat generalization atas tindakan sekelompok kecil muslim yg bersifat radikal ini & mmbuat kesimpulan atas umat Islam secara keseluruhannya. Baru2 ini saya telah menyaksikan wawancara dengan topik "What You Need To Know About Islam" bersama Brigitte Gabriel.




Brigitte Gabriel secara ringkasnya, saya ceritakan di sini telah menulis sebuah buku yg bertajuk 'Because They Hate". Dalam wawancara tersebut Brigitte yg diberi title " Terrorist analyst" telah menceritakan pengalamnnya as a 'terrorist survivor' di Selatan Lebanon yg pada masa itu sedang mnghadapi peperangan antara masyrkat Islam & Kristian. Brigitte yg beragama kristian menceritakan keperitan hdupnya semasa perang & kesyukurannya atas kedatangan pihak Jewish dr Israel yg telah mmbantu penduduk Kristian pd masa itu. Selain itu dinyatakan pula tentang Islam yg konon2nya mnyokong keganasan,hak wanita diabaikan and mmberi warning pada Americans untuk bersiap sedia mnghadapi islam. Lagi best klu korang tengok and dengar sendri...tgk mcmne berianya derang nk buat propaganda anti-islam ni...click here

Sebelum berundur, ingin saya kongsi bahawa sesetengah penganalisis berpendapat bahawa tujuan AS( khususnya ) mnyebarkan propaganda anti-islam ini adalah disebabkan kemunculan islam sebagai 'pengganti' pihak Soviet Union. Dahulunye komunisme yg menghalang perkembangan Imperialism barat tetapi kini hanya Islam sahaja merupakan ideologi religius yg paling giat menghalang pengaruh imperialism & hegemoni barat. Suka saya ingtkan, anehnya semakin beria mereka mmbuat propaganda2 gelap, semakin meningkat semngat ingin tahu masyarakat tentang hakikat sebenar ttg agama Islam..

Walaupun kita sebagai penduduk islam di Malaysia kurang mendapat 'tentangan' yg seperti ini, janganlah kita pula cuba untuk bersikap endah & tak ambil tahu ttg perkembangan islam secara global. Berusahalah sedaya upaya untuk memahami situasi luar dan keluar dr 'safety zone' kita. Kita pon apa kurangnya, dengan campurtangan beberapa pihak yg tak 'dijemput' seperti Sisters In Islam & IFC, nilai islam sebenar telah pun hilang. Saya juga sejujurnya sebagai penuntut di Ireland terasa sedikit tempiasnya walaupun tidak pernah lagi mengalami personal experience yg buruk sebagai seorg yg mengamalkan islam di sana. W'bagaimanapun, ingatan ini juga ditujukan pada diri sy sendri yg selalu lalai dalam2 hal2 sebegini...dan juga untuk masyarakat islam yg lainnya, berdoalah agar kita sentiasa dikurniakan keselamatan & dicurahkan rahmat oleh-Nya...:)