Showing posts with label Artworks. Show all posts
Showing posts with label Artworks. Show all posts

04 October 2009

Yang Begitu Begini...


Yang di sini kata begini...
Di situ kata begitu...
Di sana tak kata apa-apa...
Tapi hati kata yang lain...
Sukarnya membuat keputusan sendiri...!


Yang di sini mau begini...
Di situ mau begitu...
Di sana tak mau apa-apa...
Tapi hati mau yang lain...
Sukarnya membuat pilihan sendiri...!


Yang di sini aku sayang...
Di situ aku kasih...
Di sana aku cinta...
Tapi hati juga perlu dijaga...
Sukarnya memuaskan diri sendiri...!


Begitu, begini...
Begitu, begini...


Lebih baik aku sendiri...!
(soalnya, mampukah aku?)

18 February 2009

Another Project on Tshirt Painting

Assalamualaikum, 

Eh eh, aku ada blog rupanya. Lupa sebab terlalu gembira mendarat di Malaysia. Padahal memang takde idea nak tulis apa. Tapi nikmat berada di rumah sendiri memang hebat. Aku jadi malas nak buat apa-apa. Plan yang aku rancangkan untuk cuti ni banyak yang masih aku tak jalankan. Masih dalam proses adaptasi. Jetlag pun masih tinggal sisa-sisa. Dan masih culture shock. Huh, poyo tak?

Aku bukan macam kebanyakan orang yang hidup semasa cutinya perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti sosial di luar. Aku lebih suka menghabiskan ( @ membuang ) masa dalam rumah. Rasa selamat. Selamat sangat. Bukanlah nak kata Malaysia tak selamat. Eh. tapi secara relatifnya, memang tak selamat pun kan?? Huhu...

Macam biasalah, beberapa hari lepas, aku ketagih nak memegang berus lukisan lagi. Jadi, untuk melepaskan gian, aku selongkar beberapa t-shirts yang jarang dipakai untuk aku conteng-conteng. Setelah pencarian berakhir, aku terjumpa satu t-shirt hitam yang aku tak pernah pakai. Heh. Dan seperti tips untuk lukisan kasut yang lepas, aku akan tunjukkan step-by-step (ooh baby~) untuk melukis atas shirt pula. OK Let's begin..!

FunkyMonstahdesign by Najlaa (berangan ada brand sendiri~lol)

Sebenarnya, tidak ada banyak perbezaan dalam melukis kasut dan t-shirt. Jadi, anda boleh refer pada tutorial on shoes painting. Cuma, yang berbeza ialah penggunaan cat warna. Untuk kasut, kita boleh gunakan acrylic paint. Dan untuk shirt, kita boleh gunakan fabric paint. Perbezaan adalah disebabkan material kain yang digunakan untuk kedua-dua bahan. Oh-so-skema...err abaikan.

Actually, aku tak guna fabric paint kali ni. Sebab memang aku tak pernah beli. Haha. Instead, aku just guna acrylic paint. Akibatnya, aku spent banyak masa untuk habiskan the colouring process. Challenging jugak sebab warna dia macam susah nak lekat, unless buat layer beberapa kali. Tapi, satu advantage kalau kita guna acrylic ialah, warna-warna acrylic lebih 'funky' & 'vibrant' berbanding kebiasaan warna-warna dull fabric paint.

Jadi, apa yang anda perlu ialah:



1) T-shirt ( best to use white colour )
2) Fabric markers
3) Brushes
4) Fabric/acrylic paint
5) Satin/ any kinds of Varnish

Steps:

1) Apply background colour. It depends on your design. This is the base colour.



2) Sketch your own design using pencil or fabric markers. Before applying designs on shirt, you might want to consider sketching it on paper first. As for myself, I've created and collected as much monster characters as I could! I used monsters too on the previous shoes design. Yes, my trademark design is Funky Monsters!=)





3) Now, it's time to paint! One tip is to protect the surface you are working on with a sheet of plastic or cardboard, as the paint will come through the fabric.





4) Put on some varnish on the painted surface.

5) You are now ready to ROCK!!





p/s Lakukan aktiviti ini sambil mndengar lagu Shontelle-Tshirt. Pasti anda rasa teruja! =p


p/s Oh. risaunya result exam bila nak keluar yek. RCSI, please don't keep me in this position any longer. I'm restless like hell...you dont even wanna know. Okeh, teruskan berdoa...


31 January 2009

Antara Perubatan, Seni & Sastera...


Assalamualaikum,
Kalau seminggu yang lepas, aku dah jadi seorang pelajar perubatan, dua hari lepas aku dah cuba jadi seorang pelajar art, dan hari ini pula aku cuba nak jadi seorang pelajar sastera...esok esok aku nak jadi apa?

Serba bolehkah ini namanya? Entah. Kadang-kadang serabut kepala aku memikir apa fokus utama dalam kehidupan aku sekarang. Sepatutnya dalam usia aku yang dah lanjut ni, ( alamak, lanjut? ) aku dah tahu bulat-bulat apa yang aku nak kejar.

Aku selalu macam ni. Cepat bosan dengan pengulangan rutin yang sama. Aku sentiasa nak cuba benda baru. Orang kata baru ada "thrill"! Ini pun satu masalah juga. Teringat kisah lama semasa aku di zaman sekolah.

Saat transisi paling kritikal adalah semasa di tingkatan 4. Kerana pada masa ini, kita sepatutnya dah boleh nampak jalan ke masa hadapan. Sebab pada masa ini, kita harus memilih. Tidak boleh tidak. Aliran mana yang paling sesuai, itulah jalan yang masing-masing akan pilih. 

Seingat aku, disebabkan masalah aku yang sering cepat bosan ini, aku dah bertukar aliran sebanyak 3 kali. Mula-mula aku 'play safe'. Aku pilih aliran sains pengajian islam. Sebabnya, aku masih tiada fokus. Ramai orang cakap, kalau ambik Science stream, bila masuk Uni nanti, pilihan courses lebih banyak. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu nak buat keputusan kritikal semasa aku masih 16 tahun tu.

Bila dapat tawaran masuk asrama penuh, aku pilih aliran sains teknikal sebab tiba-tiba aku teringin nak jadi arkitek. Jadi aku belajarlah semua subjek Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan itu dengan semangat sekali.

Setelah masuk tingkatan 5, dan pada ketika semua pelajar diharuskan mendaftar subjek untuk SPM (kira-kira dalam bulan Mac), aku membuat keputusan drastik yang agak tak masuk akal. Aku ingin tukar aliran ke Sains Tulen sebab nak jadi doktor! Ketika saat inilah turning point dalam kehidupan aku bermula. Betapalah aku struggle untuk catch up dengan rakan-rakan untuk belajar subjek Biologi secara rasmi buat pertama kali dalam sejarah hidup aku. Aku memang takde life semasa itu. Hidup aku cuma dengan buku. Oh ye, aku sebenarnya masih didaftarkan sebagai pelajar Teknikal cuma aku ambil subjek biologi sebagai subjek tambahan.



Akhirnya, keputusan SPM melayakkan aku untuk teruskan pengajian dalam bidang perubatan, seperti yang aku lakukan sekarang. Dan subjek LK aku, cuma dapat A2. OK, aku kira ini satu petunjuk bahawa menjadi arkitek mungkin kurang sesuai buat aku.

Cerita ni semuanya nak menunjukkan betapa aku ini tak consistent. I just looove doing different things. Haha. Disebabkan hari ini aku nak jadi pelajar sastera yang tak bertauliah, aku ingin kongsikan sesuatu di sini:


Aku Sudah Penat...
(Bacalah dengan mata hati)

Perlukah aku katakan dengan lantang setiap rasa yang ada di hati?
Atau aku harus belajar memilih yang mana harus aku pendam terus,
dan yang mana harus aku luah keluar?

Ya, aku bakal punya musuh jika aku luahkan semua
Kerana sesetengah apa yang ada di hati, tak semua boleh menerima

Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat menjaga hati orang lain
Sedangkan hatiku sendiri hancur terus! Aku sudah penat..

Kenapa setiap kali bila ada yang cuba mendekati,
aku lebih dulu membina dinding penghalang?
Yang kononnya aku gelarkan sebagai "self defense"
Lantas merasakan itu satu lumrah kehidupan

Ular dengan bisanya,
Harimau dengan taringnya,
Helang dengan kukunya,
Manusia dengan...? Ah, aku sendiri tak pasti...

Selama ini aku tidak pernah berhenti menjaga jarak dengan manusia yang namanya lelaki
Lelaki ada di sana, aku lari ke sini. Lelaki ada di sini, aku lari ke sana
Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat berpindah randah
Sedang hatiku ingin satu tempat yang nyaman untuk aku menyinggah,
buat istirehat, buat senang, buat sedih, buat ketawa, buat kecewa, buat semua!

Kenapa yang namanya cinta itu tidak boleh dipilih?
Ya kalau cinta itu boleh dipilih, tentu dengan mudah aku memilih Gerard Butler atau.. Edward Cullen?
Namun hakikatnya cinta itu yang memilih, tanpa aku sedari

Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat menunggunya datang untuk memilih aku...
Ya, Aku sudah penat...
Sungguh!


narina_joe (24th Dec 08, 19:29)

Footnote: I may not be as fragile as it may seem. This idea of writing just came up after I watched this one particular Indonesian movie, which I wont tell you...=p


p/s- Sekarang aku sedang dalam mode sastera. Melayan karya sastera bertajuk "Laskar Pelangi"" yang telah pun diterjemahkan dalam bentuk movie.


29 January 2009

My First Attempt on Shoes Painting

Because today is my special day (i.e my birthday), so I was 'pampering' myself with some painting activities which I missed doing 'em very very very much!

I've been looonging to customize my own shoes because I thought shoes painting is the "in thing" right now. So, I bought all the needed stuffs the day after the exam had ended. If you are interested in shoes painting, I can give you some tips. I mean, tips for the beginners, as this is my first attempt doing it. =)

First of all, what you need is:

1) A pair of very cheap white shoes. I bought this from Penneys for just 4 euros.



2) Acrylic paint set
3) White and black fabric/paint markers 
4) Pencils
5) Assorted brush pack

Once you are equipped, you can now start painting!

First step is to coat the shoes with white paint. This is the base colour. Let 'em dry first.



Second step is to use your imagination and make a sketch on the shoes using the pencil. Then, make an outline out of the sketching using the black fabric marker pen.





Third step is to paint! Make sure to use your creativity. Remember, creativity has no boundary! =)







Fourth step is to refine the design using the white/black fabric marker and complete the other half of the shoes! =)



Finally, this is what I get!! yeyy, my own birthday present for this year!







Away you go~


Additional infos:

1) For the finishing, usually the wood (yes, wood!) varnish is used just to make sure that the colours won't fade away. I'm going to search for it later...=p

2) I spent a whole day making this!

3) Finally! hehe~

4) I'm thinking of making my second shoe design after this...hurmm...(^.^) or...as a present for someone special, maybe? =p~

31 December 2008

A New Start &...(my 1st cover song?)


Assalamualaikum,

"Lama tak nampak? ( takleh nak tumpu study la kat situ ) "- Sunsilk commercial, 2006.

So yeah, basically the same goes to me. I just couldn't concentrate on my studies if I continue on updating this blog very often. *Ha-ha*. But I guess now it's the time for me to take just a little break out of my busy routine and write at least something.

Yeah, it's now the time for me and for you to realize that 2008 is a closed chapter of life. Yet, for us muslims, we've started fresh and anew a couple of days before, haven't we? *blink-blink*. The new year has taken the possession of time. Wow, how time passes by ~ at a ridiculous rate, huh?

The chances of new hope have arisen. And it is time we go ahead. On the bright side, I think it makes playing another year all the more appealing, dont you think? =) Ah, still cant believe it's been a whole year! Do I have something interesting on how to kick-start the new year? How bout, the new-year resolutions?

Ummm...*thinking cap on*. Nah, I'm not going to talk about the whole boring thing of new year's resolutions and stuffs. In fact, I usually have trouble sticking on my so-called-resolutions. *Hu-hu* Therefore I believe that the only way to make it really happen is by keeping them just to myself. Yupp! just to keep it secret in my deepest heart. It's always easy to say, but it definitely requires the maximum determination to make dreams come true.

Actually, I really really want to make a full, complete version of my year-end wrap up but unfortunately the time doesn't allow me. Uh, again, blame it on the TIME! This is the bad habit that I really wanted to get rid off. I should organize things better than just blaming on the spinning clock ( oops, a resolution unintentionally revealed ). Or....NO!! Not because of the time, but I guess there had been soooo much things happened all through year that I couldn't even summarize! Yeah, I'm being positive here. I should be more positive after this ( *sigh* another new year resolution revealed! )

Err, see? At first I said that I wanted to keep my new-year resolutions secretly, just to myself, but within a second ( a second! ) I already had trouble sticking on it. Now, you now how problematic I am in this.

***********

OK Let's forget about things mentioned above and I would like you to listen on this. This is actually my cover version of the song "Kuintai Cinta Dalam Rahsia by Jeslina Hashim". The lyrics has nothing to do with me *seriously, I'm not trying to hide something here - uhuk uhuk* But just because I like the melody plus I was a bit stressed out that I wanted to sing out loud!

Exclusively for the year end of 2008, I brought you....
 
-or you can listen to a 'clearer' version HERE too =)-

Yeah the sound is obviously with no good quality at all as I just sang along the original song. But I guess you can still make a clear distinction between my voice and the original singer. =p~ Mind you, I was just singing for FUN! So, just bare with my voice if it sounds irritating *lol* Whateverr..

p/s Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009! Wishing you a better life ahead...=)

19 December 2008

Goodbye To You...


Assalamualaikum,

Hey korang. Sepertimana yang diketahui, aku sedang sibuk menyiapkan diri aku untuk menghadapi exam dalam beberapa minggu lagi. This is pretty much the summary of my exam schedule:
13th Jan - TOSCE
15th Jan - Renal/Endocrine/GU/Breast
19th Jan - CNS/Locomotor/Movement
20th Jan - Heamatolymphoid/Trop Med.

So, here aku ingin mengambil keputusan untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada blog ini demi melaksanakan tanggungjawab aku sebagai pelajar yang berdedikasi. Aku harap, doa-doa kalian yang membaca juga mengiringi kejayaan aku dan rakan-rakan seperjuanganku dalam peperiksaan kali ini..

Oh ye, one more thing, aku terasa macam berhutang pulak dengan seorang blogger, iaitu Unrestmind yang telah menge'tag' aku satu ketika dahulu. Dah lama dah sebenarnya, tapi sebab nak exam ni trase macam kena jugak buat...tanak rasa bersalah lagi..ohh...

Tugasan : Kena snap gambar tanpa mengontrol ayu. Aku ubahlah sket. Supaya nampak kekreatifan aku, (haha) aku combinekan gambar aku dengan gamba seorang artis terkemuka tanah air. Dah lama aku edit gambar ni, tapi baru sekarang rasa berani nak upload kat blog...(hehehe) So, here goes (click to enlarge!):

-OK Amcam? ade gaya tak?? huahuahua..~-

p/s Hehehe... Jangan nakal-nakal yer korang, InsyaAllah kita berjumpa lagi di Tahun 2009!!!~~

p/s/s Oh yer, buat sementara ni jika ada masa terluang, aku still akan baca blog korang yang mengupdate cuma aku tak update entry sendiri...okeh? =)

p/s/s/s Buat rakan-rakan RCSI sekalian...berusaha, gambate neee~!!!

18 November 2008

Blog Ini Blog Skema..??

Assalamualaikum,

Minggu ini minggu TROPIKA bagi kami, pelajar-pelajar tahun 3 di Royal College of Surgeons. Sebabnya, minggu ini sangat padat dengan lectures Tropical Medicine yg berderet-deret dalam satu hari. Hamik ko..! Sebenarnya aku takde idea nak tulis ape sangat, tapi tangan ni memang gatal nak berkongsi-kongsi cerita. Sape nak baca silakan, sape tanak tu..lantak korang ar..

Hurm, sejak blog ini menjadi tatapan ramai..( ayat perasan dah keluar ) aku ada terima beberapa feedbacks dari mereka-mereka yang menganggap blog ni blog skema dan hambar lagi membosankan! Huhuhu, takpela..aku terima je dengan hati yang pasrah (ke parah?) dan tangan terbuka. Aku memang skema pon!! OK, a MEDIC student should be that way. Duhh...! What else would u expect from me, dudes or babes or whatever you are..huh?? (OK, tak semua la, tapi most of us ye kot..=p)

Emm, aku rasa aku tau kenapa orang rasa ini blog yang skema dan hambar:

1) Sebab aku kurang meletakkan pictures aku. ( Aku tau aku tak lawa macam bloggers lain, sebab tuh laaa...)

2) Aku kurang merepek ( It's weird to know how people enjoy "merepek-ness" more than enjoying (boring) information. Dont you think? )

3) Kurangnya 'sentuhan' emosi dalam penulisan aku. Cewaahhh ayaattt...! ( Memang betul pon. Aku jarang nak kongsi emosi aku dalam setiap entry. Mungkin pembaca lebih berminat membaca cerita-cerita EMO yang berkaitan dengan hati dan perasaan sebab mereka boleh relate story tu dengan kehidupan mereka sendiri. Mungkin laaa..Terserah anda..)

4) Ayat aku ayat skema? ( Believe me, ade bloggers yang menggunakan ayat-ayat lebih skema dari ayat-ayat yang aku gunakan dalam blog ni..! Lagipun, penggunaan ayat skema nih dah bersatu dalam jiwa aku sebab aku selalu dapat Distinction dalam subjek Bahasa Melayu sejak aku bersekolah rendah lagi. Nak buat mcam mane kann.. ( lagi sekali ayat perasan dah keluar ) 

5) Last sekali, mungkin aku memang seorang yang membosankan..( Oh, anda taktau lagi, tak kenal maka tak cinta okeyhh..=p)

Ape-ape je la. Yang penting aku tak kacau hidup orang lain. I am me. Terimalah diriku seadanya....

Aaaaaa...

Mmmm...

Eeeee...

OK aku blank tetibe.Haha. I'm running out of ideas pulak. Hey, korang ingat nak menulis nih senang ke? Susah tau, bukan sahaja otak ini kena penuh dengan idea dan fantasi, tapi jugak memerlukan kehadiran semangat, fokus dan emosi semasa menulis. Kalau tak, ada idea banyak-banyak pon tak gune beb! Betulll...

Oh ye, nak selitkan jugak la sket tentang satu event yang akan diadakan hujung minggu ini, iaitu Girls' Talent Time anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Aku ditugaskan untuk membuat design banner. Tahun lepas pon aku design banner untuk satu event yang berkaitan dengan Girls jugak. Banner ni buat manually yer, tak main la pegi order Banner/Bunting kat kedai. Baru boleh kekalkan unsur-unsur kehalusan seni di situ. ( Huhu, padahal memang nak save cost and memang tak reti nak design guna komputer -komputer nih )

Nak kata aku berseni tak la jugak. Sket-sket tu bolelaa..huhu, tapi aku sangat appreciate Artworks @ Drawings dan aku agak minat perkara-perkara yang ada kaitan dengan designing and drawing ni. Masalahnya aku dah tak ingat bila last sekali aku pegang berus lukisan dan kertas lukisan. Hehh..

-Theme: Green and Girlish. Malam semalam, idea rawak timbul and terus menterjemahkannya di atas kanvas...haha..kertas A4 murah je tu. Hurmm, dengan takde alat-alat melukisnya, aku bantai je guna marker pens and highlighters. Lantak...ala, sketching je ponn..korang takyah kutuk2, diam2 sudah...-

- Yang ni design banner yang aku buat untuk event tahun lepas. Theme: PINK! Helwa day tu, event yang semacam wajib dibuat every year, untuk meraikan juniors perempuan yang baru datang ke bumi Dublin ini...=)-

Ok sekian saja untuk kali ini..wassalam je la..

P/S: Malam semalam aku bermimpi dan nama penuh seorang lelaki yang tak aku kenali tiba-tiba muncul. Aku dah tak ingat nama tu tapi aku ingat nama tu start dengan "WAN". Oh, apakah ini satu petanda?? jeng jeng jenggg....