07 June 2009

The CALL 2...

Untuk entry penuh The CALL 1, sila ke sini.


Sedutan bahagian 1 :


"ASSALAMUALAIKUM..!!" kami cuba bagi salam. Masih takde tanda-tanda orang nak buka pintu.


Risau aku semakin bertambah.


Kami tekan loceng beberapa kali.



Pintu perlahan-lahan dibuka.



Dan aku sangat terkejut dan bingung bila aku nampak.....



*******************



...J, housemate L ada depan mata aku!


Eh?? Bukan ke tadi L beritahu S yang dia..


"Hello, Naj...! Eh, tadi kan L tiba-tiba call aku, dia kata dia tengah sakit and sekarang ni dia tinggal sorang-sorang kat rumah. Dia mintak tolong aku datang rumah dia...."


...dia tinggal sorang-sorang dekat rumah ??


Dan tambah membingungkan aku, bila aku nampak J sedang pakai face mask. Ya, face mask yang hanya dipakai sesetengah orang untuk menghalang infeksi air-borne seperti TB dan H1N1!!


OH MY....apa yang dah berlaku dekat L sampai J kena pakai face mask dalam rumah ni? L dah kritikal sangat ke..??


Aku dan S saling memandang. Muka masing masing clueless.


"Ok , rilex Najlaa, kita rungkaikan persoalan-persoalan ni satu demi satu..." hati aku berbisik.



"J, apsal ko pakai mask dalam rumah ni...??" S cemas bertanya.


J sambil membuka face mask dengan tenang menjawab,


"Oh, tadi aku kemas-kemas rumah, eh korang masuklah...."


Haaa...?? Wei, si L tu tengah sakit, boleh pulak si J ni sibuk-sibuk kemas rumah??


"Eh, L ada kat dalam tak?? Tadi dia call aku, dia bagitau dia tengah sakit sorang-sorang kat rumah, pastu dia suruh kitorang datang tengok dia. Tu yang kitorang datang nii..." S cuba merungkaikan persoalan yang seterusnya.


"Eyh, korang ni biar betul..?? Dia balik jumpa famili dia kat KL la!" J membalas laju.


Aku dapat rasa bulu roma aku menegak.


Habis, tadi siapa yang call??


Tak boleh jadi ni! Tak mungkin berlaku!


"S, tu la aku dah cakap tadi, dia takde kat Penang weekend ni...! Cuba ko call balik L tu tanya dia betul-betul..." aku cakap. 


S pun try nak call. Tapi belum sempat dia dial, ada call masuk. Dari L!


"Helo...S ? Eyh takpe la S. Tak payah datang rumah la. Sekarang ni A dah ada kat rumah.."


"Eyh, kejap..ni sape sebenarnya..?" S tanya balik.


"Eh? Ni, F lah."


"F...?? Laaa.....yeke?? " Sori F, tadi ingatkan L yang call. Sekarang ni pun kitorang dah pergi rumah L...!"

...bla bla bla...


Dah selesai sesi S berbual dengan F.


S pun terus beritahu semuanya dekat aku.


Sekarang, barulah semuanya make sense.


Perasaan aku? Rasa macam nak tumbuk bantal laju-laju.


Aku pun tanyalah S,


"Aku peliklah, macammana ko boleh silap? Masa mula-mula ko dapat call tu, dia keluar number yang ko tak save ke atau keluar nama L??"


"Keluar number yang aku tak save. Tapi sebab suara dia macam perlahan sangat, so aku dengar dia sebut nama dia. Aku dengar part hujung-hujung je. Terus aku assume L sakit. Mane nak tau, nama F dengan L tu nak dekat sama....!! HUHU "

Laa...

Kesian pulak dengan F. Terpaksa tunggu lama. Patutlah tak habis-habis dia tanya bila S nak sampai? Apsal lambat sangat S nak sampai?

Padahal, rumah F sebenarnya sebelah blok je dengan blok S. Yang kalau jalan laju-laju, aku ingat 2 minit pun dah boleh sampai.



"Naj, sorryyyy weiii, aku rasa bersalah sangat sebab dah membazirkan masa kau hari niii..." S buat muka sedih.


"OK, ok maaf diterima, tapi....."



"Tapi apa...?"



Aku terus sambung,








"Ko kena belanja aku DOMINOES lepas ni!! hahaha..."





*Nama sebenar watak dan jalan cerita diolah serba sedikit supaya menjadi lebih dramatik!*

12 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku lagi pengkomen pertama.Cis!Owh...dah pandai pau orang ek.

Narina Joe "Najo" said...

maybe itu menunjukkan yg ko mmg xde keje...

aku mmg suke pow org dr dulu..ko je taktau

Kapten Luffy said...

sempat koma member

lalala

Narina Joe "Najo" said...

luffy - hahaha...main kasar yerr..=p

ako said...

ako pening2 xdpat pham cite naj...
mkin tekanan darah tinggi arine...
ape pn jgn lupe ajak ako skali bla dpat pow mber 2??

Narina Joe "Najo" said...

ako xpham? try la baca banyak2 kali lagi...mungkin bleh paham..hehe..

Si Penanya (?) said...

study penang atau asai sana?

Narina Joe "Najo" said...

penanya - study penang...

Ilyana Fauzy said...

hahahaha. bikin cuak je si pemakai mask tu :P

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

pegi ambk award

Anonymous said...

i think i like u soooo much

Narina Joe "Najo" said...

exquisite - thx for reading. sangat mencuakkan!


razi - thx anyway=)


anonymous - jika anda seorg yg beriman, kacak, kaya, funny and bertanggungjawab...sila dtg meminang saya tros..(=p~)