03 June 2009

Aku ROCK (?)

[ROCK- sejenis aliran muzik, bukan seketul BATU]

Kau orang percaya tak kalau aku cakap, setiap daripada kita punya jiwa "ROCK" masing-masing? Cuma, kadang-kadang tu tak nampak sangat, sama ada sebab kau rasa segan dengan orang lain atau kau memang nak control 'saham' kau sendiri.

Sebab itu kadang-kadang aku rasa bila jiwa "ROCK" tu datang, mau satu hari tu aku nak melayan lagu-lagu "ROCK". Dan satu hari itu juga aku tak nampak diri aku sebagai seorang Gadis Melayu ( terakhir...? kalau kau nak tambah ). 

Pakai baju tu nak yang paling sempoi paling bagus. (Sempoi bagi aku: Jeans and tshirt. Kau fikir apa...?? haaa...??) 

Cakap pun main sedap mulut je. Tiba-tiba keluar perkataan "wa" "lu" "cilaka" "pejadah" mak nenek semua. Tapi, ni semua aku guna untuk bermonolog atau merungut sendirian je lah.


"Kau gila ke Najlaa nak guna perkataan-perkataan ni depan orang..? Takde orang nak masuk meminang kau ni nanti woi...!"


Dan, ya, untuk kesekian kalinya jiwa "ROCK" aku muncul lagi pada malam ni. 


Dan malam ni aku dah layan semua lagu-lagu "rockapak" dan Rock bands dalam itunes aku. Aku ingat nak repeat playlist pulak lepas ni. Boleh?

Malam ni juga aku dah terlepas cakap (tulis kot, sebab aku YM) "wa" sebagai kata ganti nama diri "aku" dengan seseorang. Aku tepuk dahi je lepas tu. Nasib baik dia tak perasan sangat.

Dan aku dah set esok aku nak pakai shirt sempoi and jeans pergi tutorial & kelas.




Dan...kau jangan terkejut kalau esok-lusa aku bertukar imej menjadi gadis melayu sejati, dengar lagu-lagu nasyid takpun lagu-lagu Siti Nurhaliza melangkah longlai, menyusun bicara dengan penuh anggun dan sopan! cewahh....(pejadah apa aku merepek ni??)



*Aku bukanlah gadis ayu yang kau cari-cari selama ini....*


p/s Cuba lu bilang berapa banyak perkataan "ROCK" dalam entry ni. Itupun, kalau lu orang memang takdak keja la...

19 comments:

aween lia-na said...

najlaa rock? haha that shud be fun to know ^^

amal said...

before that nak tanya something,

akak ni dulu kmb ke intec?

p/s-soalan ni sebenarnya bersangkut-paut dengan perkataan 'rock'..

Azah said...

xde keje pon..
tp malas nk bilang...
haha...
rock dude!!

Najlaa Raihana said...

aween - hehe...ttbe segan ai tauu~=p


amal - oh, im a proud kmb-an. and how's that related to the word "rock"...? hurm...


azah - haha...rock n roll- batu n golek bebeh!

ako said...

Kta start dri kord E yea naj...
Eeeeee....

amal said...

how's it related??

hurm...let me think a sec..

so, u must be knowing the famous Puan 'Rock'-iah ryte??

the Cas advisor..

we hate her so much...

as much as we hate the word 'rock' itself..

lol..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

2-3 kali aku nak komen tapi aku batalkan hasrat...tapi kali nie aku nekad...aku msti komen juga.

Komen:Ko xrock!Serius!

Najlaa Raihana said...

ako - apsal kord e? kord lain takleh..?heh


amal - owh..tak terfikir sampai kesitu pulak. maklumla, akak ni jarang nak ckap2 blkang pasal cikgu-cikgu ni...nak berkat ilmu...hehe=p (terasa tak...terasa tak??)


razi - aku mmg tak rock..cuma kekdang je aura rock tu nak dtg...mase lain2 aku ayu je...hakhak

Monkey D Luffy said...

rock ler best

mcm aku

ecececece

Najlaa Raihana said...

heh..incik luffy rock jugak ke..?tatau plakk

lutfi said...

woiiiiiii najlaa.

lu rock ke? gwa tak sangke plak. tapi gwa ade sense sket laa.pasal lu selalu pakai kasut2 style rocksta! wakakka..

anywayy, growl sister!!!!


GRUAHHHHHHHH. peace out!

ako said...

Bleh ikut sesedap rse naj...klu nak start nada tinggi kna gne kord E...ne cikgu ako yg pesan!!

atok said...

headbanging xda?
haha

amal said...

ya betul tu...

berkat ilmu 'CAS' kita...

haha...

Najlaa Raihana said...

lutfi - oih, ya la...takkan bru tauu. (bila masa plak aku pakai kasut roskstar?) haha...whateverlah


atok - eyh mestila ade...klu takde, x rock la..

Von said...

made a song dan bila aku play balik..yg peliknya lagu tu remind me of u. padahal memang langsung takdak kaitan. pelik. oh, lagu itu lagu rock.

Najlaa Raihana said...

von- oh plz send me that song...haha...maybe ko ade sense yg aku ni punya jiwa yg rock..? heh

Anonymous said...

ni mane satu yg btol nih...rock ker??ayu2 gitu ker??cehh...

p/s: aku jiwa rock tp hati "tisu"...haa,lu pikir la sndri...wakakak

-joe™-

penyoo said...

ade satu lg rock..rock the wrestler..skrang dh the actor.
cheers.