16 June 2009

Friends & GADOH!

Huh. Penat aku weekend baru ni. Tapi seronok gila dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama. Ada yang dah tak jumpa langsung lepas habis SPM 2003. Dah enam tahun! Dah ada yang bertunang, kahwin pun ada. Tapi ramai lagi kawan-kawan aku yang masih single (Fuh, nasib baik. At least aku masih tak keseorangan di sini. hahaha)

Marilah aku kongsi gambar je. Malas nak taip lebih-lebih. Bertempat di Batu Ferringhi, kami buat BBQ!










Oh ye, lagi satu, aku teringin gila-gilalah pulak nak tengok short film yang penuh dengan mesej kemasyarakatan ni. Aku nak tengok apa reaksi korang lepas tengok trailer dan sedutan film yang aku letak di sini. Kalau korang rasa film ni memang patut ditonton, secara tak rasminya korang memang se'geng', sekepala dan sebulu dengan aku. Cayalah!! Tapi, kalau korang rasa film ni tak menarik langsung, dipersilakan blah dari blog aku sekarang jugak...! HAHAHA~








Lebih info tentang film ini, boleh rujuk di sini. 


p/s Eyh aku nak exam ni!! Doakan kejayaan aku dan rakan2 aku yer....=)


UPDATE! - Layan GADOH kat youtube jom! klik sini!

12 comments:

Anonymous said...

pic no 6 from top, the girl yg depan tuh, ala yg kanan tuh, sungguh cun!!!

Najlaa Raihana said...

anonymous, aku konpius la ko ni bercakap pasal siapa, kang aku cakap aku kang terperasan lak...hahaha!

ekceli aku konpius sebab semua org dalam tu cun2..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Pahal xletak gmbr ko yang muncung-muncung mcm tikus mondok tue?hahaha

Style cite mcm Yasmin Ahmad jer...tapi apa kne mengena teater dgn gaduh?...nak gaduh pegi la bertumbuk...berlakon teater wtpe...

Najlaa Raihana said...

takleh la razi...gambar tu nnt klu aku letak takut sumer org takleh tdo nyenyak lak...bahaya woo..=p

ntah, aku pon taktau sgt sinopsis citer ni..tp tgk clips ni aku rasa, cerita dia lebih kepada isu perkauman dalam satu sekolah. satu-satunya cara nk rapatkan hubungan antara lain kaum ni ialah memaksa students masuk theatre club. dari situ konflik2 dan plot cerita lain brkembang kot..wah eksplanation aku!

Von said...

awat buh pic pompuan ja? ini tidak 'adil!

Najlaa Raihana said...

von - sapa suh hang tak mai sndrik! haha...sorila camera aku ni mmg banyak gambar girls ja...nak gambaq guys lain p mintak kat budak laki la...

Monkey D Luffy said...

cepat2 ler kawen

lalala

ako said...

Batu feringgi...ehh ako pn da p jgk x nmpk pn naj??

srikandibi0L0gi said...

whoaa..
pink kesemuanya..
tema ea?

Najlaa Raihana said...

luffy - calon xde..


ako - timing lain kot...


srikandibio - tak jugak...cuma kebetulan jer...

athira said...

cik laa, kat syok.org ade kot cte GADOH tu...if im not mistaken~

Najlaa Raihana said...

athira- a'ah btol la. dah cek dah. tp malangnya internet lembab sangat...nk download pon susahh..! ah tensen! nk tunggu balik penang la download..laju sket...heh...thanx yer bgtau...jasamu dikenang....muahx2 =p~