31 May 2009

The CALL...

Pagi Ahad yang tenang.


Tengah sedap-sedap aku online surfing, ada call masuk. Tertera nama "S" di screen.

"Eh, ada hal apa pulak S call aku pagi-pagi ni..?", hati aku berbisik.


"Heloo..S..?"


Dari hujung talian aku dengar sayup-sayup suara S yang sepertinya tak keruan.


"Hello, Naj...! Eh, tadi kan L tiba-tiba call aku, dia kata dia tengah sakit and sekarang ni dia tinggal sorang-sorang kat rumah. Dia mintak tolong aku datang rumah dia untuk tengok tengokkan dia. Tapi aku dah lupa jalan nak pergi rumah dia la. Boleh tak kalau kau temankan aku pergi sekali..??"


Mane la aku tak gelabah pagi-pagi dapat call macam ni kan.


Tapi, pelik betul. Setahu aku, L memang takde kat Penang weekend ni. Aku ingat dia balik rumah dia kat Sarawak.


"Eh tapi kan S, bukan ke L balik Sarawak minggu ni??"


"Aku tak sure la, tapi dia call tadi dia suruh aku datang rumah dia. Aku pun risau giler tadi, cara dia cakap pun macam yang tengah sakit sangat tuh...!"


"Em, ok la ok la. Macam ni. Aku drive kereta aku. Kau tunggu dekat depan blok kau tu, nanti aku ambik kau kat sana. Then kita pergi sama-sama rumah dia."


"OK, OK!"



Aku sebenarnya pelik sangat, tapi risau jugak la.


To be honest, aku tak mandi lagi pon sebenarnya masa ni. Aku kalau weekend aku memang "take my time" betul. Lepak-lepak, mandi pukul 12 tghari camtu. Baru sedapp!

Nak buat macam mana. Kawan sendiri dah mintak tolong. Aku main sarung je seluar mana yang ada. Tukar baju. Sarung tudung. Cepat-cepat aku turun menuju ke kereta.

Aku drive selaju mungkin untuk ambik S depan rumah dia.

Dah sampai depan rumah S, S masuk kereta aku. Muka S memang nampak risau, terbukti apabila aku nampak dia menyarung kain tudung yang tidak bergosok.


"Naj, tadi pun L call lagi, dia kata aku sekarang kat mana...dia tanya kenapa lambat sangat..?"


"Eh. kau dah bagitau dia ke kita sekarang on the way pergi rumah dia ni..??"


"Dah, dah aku dah bagitau..."


Kereta MYVi oren aku meluncur laju. Aku main tukar masuk lane je. Nasib baik pagi Ahad tak banyak sangat kereta.


(10 minit selepas itu....)


Kami sampai depan rumah L.


S cuba call L untuk bagitau yang kami dah sampai depan rumah. Tapi L tak angkat phone.


"ASSALAMUALAIKUM..!!" kami cuba bagi salam. Masih takde tanda-tanda orang nak buka pintu.


Risau aku semakin bertambah.


Kami tekan loceng beberapa kali.



Pintu perlahan-lahan dibuka.



Dan aku sangat terkejut dan bingung bila aku nampak.....



(to be continued)


continued here!

16 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Padan la ada bau itu hari...hehehe...xmandi rupanya...sje pancing tnya pki minyak wangi apa...wakakaka...xde 2x...gurau jer...

Najlaa Raihana said...

mak ai..cepatnye ko komen.

eleh lantak ar...

nak tanya tu...nk bagi dekat ehem ehem kan..takyah cover! huhu

srikandibi0L0gi said...

aikk..
alaa.~
bila sambungnyer??
lagi 2 jam ke?
hii~...

mazlanmnrai said...

alamak..sambung la pulak..potong btul la..aku tgh layan cerita ang ni..wei..jom p makan kat sg nibong..ang belanja..heheh

Monkey D Luffy said...

bersambung tu yg potong stim

muahaha

amal said...

satu entry yang aku malas nak baca

bila dia tulis...

'to be continued...'

memang agak suprise dan boleh meluruhkan jantung...

ni rasa nak 'terjah' je akak ni, tanya crita sebenar...

lol...

btw...we are waiting...

Lexapro said...

akhirnya saya terjatuh dari katil... laaaa mimpi rupanya..

begitulah ceritanya saya di hari ahad. kate weekend. bangun lambat la kan. haih...

jalak lenteng said...

ngkau ni pnyer kejutan dah mcm AF7 dah nih..adui..

Najlaa Raihana said...

srikandibio - bunyi macam kecewa je. heh, tgk la bila rasa free...tunggukan saja sambungannyaa...


mazlan - heh...sori for that...tetibe tulis semalam pastu rasa mals nak habiskan ending. biar pembaca dapat feel dulu...apsal sg nibong? jauh laa...aku lak kena blanja...haihss


luffy - sabar je lah ek


amal - haha...jgn buat terjah2 ni...bahayaa....sabar ye...sabar....


lexapro - hi! eyh...antiklimaks betol statement ni. ini bukan mimpi, ini kenyataannn..!


jalak - biasalah aku suka kejutan2 ni

Azah said...

alaaa...br je tgh syok..
to be continued plak...

ako said...

huhuhu...b'smbung pulak...xpa ako kn tggu...
naj mai lpak sg dua laa pekena char kuew tiaw telur basuh...bru caare!!

adawiah.zaini said...

bila nk sambung ni kak? lama da tunggu. hehe

Najlaa Raihana said...

untuk yg bertanya sambungan.....sila bank in kan RM10 kedalam akaun CIMB saya yer...hakhak..




*sambungan bakal menyusul...jgn risauu...

atok said...

nie cite lwak ke cite sdey?
huhu

Najlaa Raihana said...

atok - ni cita serammm...

FdausAmad said...

Gua nk ajak lu ngan kwn2 lu dtg kenduri kt blog gua..dapat FOLLOW baca doa skali lagi bagus kasik berkat..doa omputih pun xpa..