05 November 2009

Ke-Seratus!

-*oink-oink*sambutan jubli emas 100-


Yaa. Anda kini sedang membaca post yang ke-100 di blog ini! Tahniah!! Mari kita imbas sedikit sebanyak sejarah tentang penubuhan blog ini. 

Secara rasminya blog ini dibuka pada Julai 2007 selepas blog Friendster yang tahap cikai itu ditutup. Konon-kononnya berniat untuk menjadi blogger tegar, tetapi atas dasar pemalas dan kurang semangat yang menyelubungi diri ini, blog ini dibiarkan terbengkalai sehinggalah pada tahun berikutnya, iaitu Julai 2008,di mana aku kembali bergiat aktif dalam bidang penulisan blog. 

Pada mulanya, aku kurang mengerti kenapa aku begitu bersemangat nak menulis padahal takde sesiapa yang teringin nak membaca posting-posting aku pada waktu itu walaupun dijamin menarik. Aku betul-betul tak faham. Lama-lama, aku mula membuat rancangan sulit disertakan strategi-strategi unggul bagi menarik minat pembaca-pembaca lain untuk membaca posting-posting aku. Aku selitkan sedikit demi sedikit unsur humor, unsur agama, unsur pengetahuan dan isu-isu semasa dan aku mula faham bagaimana dunia blogging ini berfungsi. 

Namun, rating pembaca masih kurang memuaskan sehingga aku terfikir "Patutkah aku buat satu entry lucah untuk tambah rating pembaca ni...??". Oh tidak...sempat aku beristighfar kerana aku tak mahu menyebarkan dosa walaupun aku tahu strategi itu dijamin berkesan. Yer dijamin berkesan sebab aku dah pernah try. Tak percaya, korang boleh refer balik entry HOT ini. Itu baru tajuk. Aku saja nak buat psycho sebenarnya. Tengok komen pun dah tau big hits. Dasarr....! 

Blog ini juga dah menemukan aku dengan berbagai-bagai jenis orang. Ada yang menarik minat aku untuk menyelami kehidupan mereka, ada yang menyebabkan aku naik menyampah, ada yang membuatkan aku mengubah perspektif kehidupan aku sendiri, dan...macam-macamlah! 

Dan untuk anda yang membaca blog ini, mungkin anda boleh lebih faham Najlaa ini bagaimana orangnya ye? Diluar nampak diam, ayu, comel, bersopan (?) dan lain-lain sifat mahmudah. Tapi dalam blog sangat berbeza personalitinya. Ah, apa-apa je lah yang korang nak fikir. Yang penting aku tak kacau hidup orang lain. 

Jadi, rasanya cukuplah setakat ini saja perjuangan aku dalam bidang blogging ni. Dah banyak aku kongsi dengan korang, tapi korang tak kongsi apa-apa pun dengan aku. Mana aci macam nih! Takde "Give and Take" langsung!

Jadi , sempena dengan entry ke seratus blog ini, aku dengan perasaan yakin dan konfiden ingin mengisytiharkan.......












PENUTUPAN BLOG SETELAH MENCAPAI ENTRI KESERATUS...DAN...














PEMBUKAAN LEMBARAN BLOG BARU SETELAH ENTRI KESERATUS!!!! =p


Ya. Marilah kita lupakan kisah lama, kita buka kisah baru yang lebih menarik lagi selepas ini..! Bak kata orang putih walaupun aku agak-agak putih jugak, "This is not the end, it's just the beginning...."

Jadi aku fikir, untuk permulaan lembaran baru ini, ada baiknya kita buat perbualan dua hala. Bukankah perbualan dua hala itu lebih berkesan? Dengan ini, aku membuka kaunter pertanyaan, khas untuk pembaca-pembaca sekalian termasuk yang membaca blog ini secara diam-diam untuk memahami diri aku dengan lebih rapat. Korang boleh tanya je apa-apa soalan sama ada berkaitan blog ini, tentang aku, tentang perubatan, tentang hal ehwal semasa, tentang dilema, tentang apa-apalah. Eheh, tapi soalan tu biar la yang agak-agak aku boleh jawab ye. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjawab setiap soalan. Itupun kalau adalah. Kalau takde......er.....ape susah, aku tutup lah balik kaunter pertanyaan ni...~


p/s Masih tak bersedia untuk lepaskan blog ni.....aku sayang kau, blog!~

9 comments:

Anonymous said...

tahniah! kau memang memberi komitmen yang cukup bagus dalam usaha memartabatkan wilayah blog. :)

i am agree with you. this whole thing about blog taught us about a new perspective, new knowledge/experience, and how we look a person from different angle. yea wider.

p/s: blog perempuan cakap topik separa lucah lebih menarik tumpuan dari blog lelaki yang bercakap benda sama. tambah pula orangnya comel. memang HITS beb.

hisham said...

100 dh ek...caya lah...keep up blogging k...

Jalaks said...

teruskan..tahniah post yang ke 100th..aku sentiasa folo up blog ngko..

Anonymous said...

congratz..well done ;D

-dumaji-

srikandibiologi said...

wahh,dah 100..bagus2..

cuma teringat 1st time jumpa blog nih n the same time kenal laa ada individu bernama najlaa raihana yg rupa2nyer kazen ex-rumate mtrix dlu..hihi

n best part was..hehe ade ke pat0t kte kata akak ni hlovate..hahaha malu seyhhh..wawawa
lawak putus fius budak srikandibiologi nih kann..hoho

nway,tulah..nk tau laa 1st impressi0n akak pd seseorang bgelar srikandibiologi ni..??(^_^)

Narina Joe "Najo" said...

fariz- haha ....ye la tu....aku menulis ikut kepala aku je. tak fikir yg lain lagi dah...

p/s aku rase permpuan bercakap ttg topik separa lucah ni sgt jarang ditemui. lain la lelaki. dah jadi kebiasaan kott...



Hisham - tq


Jalak - heh...tq encik emir...


Dumaji - thanx!


Srikandibio - hehe..dunia ni sbnarnya kecik je kan? yg pasal hlovate tu mmg agak terkejut jugak...tp rase cam bangga gak sket sebab disamakan dengan seorg penulis novel yg agak popular di kalangan pembaca-pembaca remaja...hahaha =p

1st impression akak kt awak ialah....awak ni org yg mudah mesra n mudah didekati...friendly lah senang kata...hehe=) tq sbb rajin baca blog ni!

Pocket said...

dalam seratus tu,
pocket rase pocket baru ikut the previous 20 ke 30 jer,
n pocket taruk blog ni sebagai my daily blog.
yes, i'm the one who came and view your blog from penang,

dalam 20 30 post ni,
pocket rasa pocket suka.
sebab ada gitar!!
something different dat i'm enjoying in
this blogging activity.
so untuk lembaran baru ni,
sila lah main lagi lagu ngan guitar anda not to forget the sluar tidor kambin biri biri anda :)

Anonymous said...

yeah...tahniah²...teruskan usaha murni anda...ak yakin ramai og folo blog ko nih..
(walaupn xde cite separa lucah cam kat blog Razi tu)hahaha..


p/s: pembuka kata "oink²" tu mengelirukan ak sket...igtkan terbukak blog jalak td...hakhakhak...
(",)

- eL NiNo™ -

Narina Joe "Najo" said...

pocket - hehe...i know...i know...u are new to me and u love guitar! i love reading ur blog too....every post macam kena read between the line! challenging! heh...


gjoe - tuhla...razi x senonoh...oink2 tu xde kaitan ngan jalak kot...