24 October 2009

Fake itu PALSU...

-fake brand vs fake people-

...dan kalau FAKE itu dipersonifikasikan, aku yakin individu itu bakal dipanggil HIPOKRIT.


Sedarkah kita yang sebenarnya ramai manusia disekeliling kita adalah palsu belaka. Ya, mereka itu hipokrit. Dan kadang-kadang kita sendiri sedar bahawa diri kita juga hipokrit pada satu-satu masa tertentu. Dan ada juga masa yang kita PERLU jadi hipokrit.


"We live in a world full of hypocrisy" -anonymous:(read; ME)-


Hipokrit itu sebenarnya.....baik atau tidak ya? Jangan hanya cepat nak kaitkan hipokrasi dengan sesuatu yang negatif. Cuba fikir balik. Bagi aku sendiri, hipokrit boleh jadi baik dan boleh jadi tidak baik juga. Ianya bergantung pada niat kita sendiri. 

Contohnya, aku berpura-pura jadi ramah dengan orang yang langsung aku tak kenal atau dengan orang yang kita tak berapa nak suka. Berpura-pura tanya khabar untuk jaga hati, untuk jaga perhubungan antara dua belah pihak. Bukankah ini sesuatu yang mulia? Jadi dalam hal ni, perlu juga sifat hipokrasi, walau macam mana sekalipun kau tak sukakan orang itu. Lebih baik berhipokrasi daripada bermasam muka dan berperang mulut...kan?

Contoh lain: Kita jadi hipokrit apabila berdepan dengan seseorang yang kita hormati atau sesorang yang lebih tua. Tunjuk baik atau sopan di depan mereka walaupun kau sendiri sedar diri kau yang sebenar bukanlah sesopan dan semurni itu. Bagus apa. Jadi baik walaupun sekejap sebab kita hormatkan orang itu. Lebih baik dari mereka yang "kurang ajar" tak kena tempat.

Contoh lain: Kita jadi hipokrit sebab nak sesuaikan diri dengan keadaan dan untuk diterima. Terutamanya jika kita di satu tempat yang baru. Kadang-kadang kita terpaksa ikut 'rentak' mereka supaya kita boleh 'masuk' dengan keadaan itu. 

Ini contoh hipokrit yang "baik". Mungkin ada lagi. Tapi aku agak lemah dalam memberikan contoh terbaik. Hipokrit yang "jahat" pulak bagaimana?. Aku tak rasa aku nak bagi contoh, sebab aku agak semua orang dah boleh tau. Mereka yang hipokrit untuk tarik perhatian...demi untuk menjatuhkan orang lain, hipokrit atas dasar pentingkan diri sendiri, ini semua hipokrit "jahat" yang masing-masing sudah sedia maklum.

Cuma, dalam hal hipokrasi ni, aku agak kurang senang dengan mereka yang menggunakan alasan hipokrasi sebagai tiket bagi mereka untuk melakukan kesalahan. Dah banyak kali aku dengar mereka gunakan alasan, "Alaaa, lebih baik tunjuk perangai sebenar dari jadi orang hipokrit! " Jawapan aku: " Helooo...Kalau ye pon nak tunjuk perangai sebenar, kontrol-kontrol la sikit....!" 

Sebelum aku berhenti menaip, aku nak kongsikan dengan anda, sebuah filem pendek berkaitan perjalanan kehidupan. Aku suka skrip dia yang penuh dengan unsur metafora tapi kita boleh cepat tangkap apa yang dia cuba maksudkan itu. Skrip dia memang tak FAKE langsung. Dan apa yang disampaikan itu adalah sesuatu yang REAL. Ini cuma part 1. Dia ada 2 part. Ending dia terbaik. Tengoklah sampai habis yer...



p/s Kalau aku atau anda tiba-tiba "hipokrit" apabila berdepan dengan seseorang yang kita minat, itu dikira hipokrit "baik" atau "jahat"...? =)

p/s Bila aku dapat tau ramai sebenarnya kawan-kawan aku yang baca blog ni aku rasa blogging ni hipokrit jugak...but...in a good way, i guess~ (this blog is my alter EGO) =p




12 comments:

Faizul said...

ada ke brand FAKE?
cambest je.

Jalaks said...

betul la najlaa..takkan sepanjang masa nak tunjuk perangai sebenar ekkk..kalu perangai sebenar tu baik takpe lagi..kalu jenis yang betanduk..? nice info..

Pocket said...

hipokrit yang baik,
-tak gelakkan seorang yg cripple tersadung kaki kat tangga dan jatuh tergolek

hipokrit yang jahat,
-encourage a friend to go to her presentation wearing a short skirt even though its doesnt match her.
Just to let her make a fool to herself.
'lawa dah tuu, ko pakai skirt pendek ni baru la nampak sikit sexy nyeee... '

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Dah la Emir.Aku tahu ko xpernah hipokrit.Ko sentiasa tunjukkan perangai sebenar ko xkira tempat dan waktu.

p/s:Sori...tp aku xtahan tengok Emir komen budget dye reti cover.

Miss Ayda said...

p/s Kalau aku atau anda tiba-tiba "hipokrit" apabila berdepan dengan seseorang yang kita minat, itu dikira hipokrit "baik" atau "jahat"...? =)--->normal kot..ni bkn dikira hipokrit tp cover line je hahaha

p/s Bila aku dapat tau ramai sebenarnya kawan-kawan aku yang baca blog ni aku rasa blogging ni hipokrit jugak...but...in a good way, i guess~ (this blog is my alter EGO) =p--->bkn ke blog ko nih sgt telus? hipokrit knp pulak?

Narina Joe "Najo" said...

dude - brand fake kalau ade pon...ade ke org nak beli?? hehe..


jalak - tau xpe...aku harap ko berubah lepas ni... haha


pocket - kalau seorang cripple jatuh depan mata...memang tak patut gelakkan...bukan atas dasar hipokrit tp atas dsar perikemanusiaan...=)


razi - biarlah diaa..mungkin dia baru dapat kesedaran kot lepas baca post aku ni....marilah sama2 doa agar dia berubah jd lebih baik..eheh~


aida - memang telus...hehe=) cuma orang yang kenal aku di luar kekadang menaganggap penulisan aku di blog tak mencerminkan diri aku yg sebenar di luar...sbb di luar...aku taklah se"lantang" ini...=)

Hafizatul Akmar Hussin said...

hiks. hipokrit dan menjaga hati tu lain kots.
ntahla.tak suke barang fake.biar tade brand tape tp tak fake.

hehe

Anonymous said...

org bercinta memang selalu hipokrit pun

lepas kawen br ler tau perangai sebenar kan

ako said...

Truth...Cry...Lie...
Fake...Faith...Fool...
Apa pn Ako ske laa Filem Aku 2!!!

amir said...

best2...hypocrite bgus jgk kekadang tuh...cik raihana,aku dh nk masuk hutan balik kamis nih...lagi dua minggu baru kluar balik...hopefully bile aku kluar hutan nnti lagi byk ko update...

bye

fndrocka said...

saya seorang yang tulen

Jalaks said...

hawaw nye razi..nak tekencing aku baca comment die..