Salam! Weh, korang tak rindu aku ke? Dah agak lama aku tak update blog ni. Dah rasa malas. Tapi, selagi misi aku belum selesai, aku tak boleh berhenti blogging. Misi apa tu, aku pasti satu masa nanti korang pasti akan tahu jugak.
Beberapa hari lepas, aku dan mama pergi pusing satu Bangi ni nak cari tailor yang masih menerima tempahan menjahit baju untuk raya nanti. Secara jujurnya, aku langsung tak kisah pasal ni. Selalunya, kain-kain semua mak aku dah siap beli. Sedar-sedar je aku dah ada baju raya. Begitulah yang kebiasannya berlaku. Aku cuma pilih beberapa baju kurung siap yang dibeli di akhir-akhir minit sebelum menjelang raya.
Taste aku paling simple. Aku prefer baju kurung kosong yang bercorak minimalistik takpun, baju kurung bunga2 simple dengan background putih. Tapi, corak lain pon aku bedal jer...
Untuk jenis baju pulak, aku memang prefer baju kurung potongan tradisional, walaupun aku sedar kebelakangan ni ada banyak jenis potongan/fesyen yang mula diketengahkan. Kebaya, kebarung, baju kurung moden lah, baju kurung Riau lah, baju kurung Pahang lah...dan banyak lagi. Tapi, sekali lagi, kalau dah dibelikan baju2 fesyen yang lain ni, aku memang bedal jer. Aku tak memilih...
Aku sebenarnya termasuk golongan 'RARE' memakai baju kurung. Sampaikan bila aku pakai baju kurung pergi kelas, kawan-kawan aku seolah-olah sangat kagum dengan pemakaian aku pada hari tersebut. Contoh kata-kata mereka yang akan aku dengar:
" Ececeh, Najlaa pakai baju kurung tuu....!"
" Wahhhh..ko pakai baju kurung hari ni...??"
"Eyh Naj, kenapa harini ko pakai baju kurung..??"
Hampeh. Aku tak boleh menyalahkan mereka. Memang hakikat pon. Sebetulnya, aku bukan bersendirian dalam hal ni. Rakan-rakan rumah aku pon 2x5 je. Masing-masing akan "dipuji" atas keberanian kami memakai baju kurung pada hari itu. HAHAHA...
Tapi, yang aku pelik sampai sekarang, koleksi baju kurung aku belambok-lambok! (Lipis accent). Banyak yang aku hanya pakai sekali setahun, iaitu pada musim Raya.
Tak dinafikan, baju kurung ni sendiri banyak kelebihannya, selain menonjolkan ciri-ciri muslimah sejati dan kesopanan seorang gadis melayu. Tak caya? Jom kita tengok sama-sama :
1) Selalunya untuk majlis-majlis rasmi, bukan sahaja tertakluk di dalam negara Malaysia, baju kurung juga boleh dianggap sebagai formal wear di luar negara. Jadi, tak perlu nak spend banyak-banyak duit untuk beli seluar slack/skirt, blouse dan coat..
2) Baju kurung boleh diterima masyarakat jika mahu dipakai bila-bila masa mahupun di mana-mana tempat. Sangat berlainan dengan baju melayu. Cuba bayangkan, sekiranya pada suatu hari Rabu, pukul 4 petang kelihatan seorang mamat memakai baju melayu lengkap beserta songkok dan sampin songket sedang berjalan-jalan di dalam Midvalley...tak pelik ke??
3) Kalau nak pikat hati bakal mak/bapak mertua, aku sarankan, pakailah baju kurung. Automatik kau akan dapat greenlight untuk dijadikan sebagai bakal menantu...
4) Aku rasa baju kurung ni macam ada aura la. Setiap kali aku pakai baju kurung, setiap kali itu juga aku jadi lebih berhati-hati dalam tingkahlaku dan percakapan. So, sesiapa yang rasa ada kenalan mana2 gadis yang ala-ala ganas tu, ajak diorang pakai baju kurung...mane tau lama-lama dia akan berubah jadi lebih ayu dari kau sendiri..
5) Baju kurung boleh menutup kelemahan fizikal kau. Tak perlu ulas lanjut. Aku rasa semua orang boleh faham...hehe...
- Ini adalah gambar paling latest aku pakai baju kurung yang aku boleh dapat. Hari Raya 2008 di Dublin. Kami adalah golongan 'RARE' berbaju kurung. Amacam, ayu tak?? =p-
p/s Teringat pulak, pernah satu ketika dulu, seorang chinese guy pernah beritahu aku, gadis melayu berbaju kurung ni nampak sexy! Aku agak terkejut, tapi kalau dah kita pakai baju kurung saiz sesuai + proper tudung...it shouldn't be sexy anymore...i guess...
p/s Selamat Berbaju Kurung!=)~
22 comments:
mesti la windueeee, windue sangat2.pa pe pun naj pakai ape pun cantik, baju kurung memang cutting dia sama, tp kena dgn org jugak nak nampak cantik kan kan kan.dah ade baju raye tu make sure posa penuh tawun nieee
p/s: dua minggu lepas ada ronda2 kat tmn tenaga
Misi dye carik jodoh ler tue...keh keh...
Aku pernah tgk ada satu couple nie rilek jer dating kat OU pakai baju melayu lengkap siap sampin dan perempuannya pakai baju kebarung sme kaler dgn lelaki...aku rse cool gila mamat dan minah tue...
Aku faham apa kelemahan fizikal yang ko nak tutup...huhuhu
anonymous - eheh terima kasih kerana merindu diri ini...2 minggu lepas? rasenye kat penang tyme tu...hurm...lpas ni letak nama bleh? sebab kadang2 terconfuse sape comment ni...banyak sangat nak jadi anon pn susah gak...rase cam tau sapa...tp just nak confirm kan...=)
razi - salah la..misi aku lebih bersifat short term...tu je yg aku bleh ckap sekarang..
sejuk atyyy tgk pompuan berbaju krung ney.
ayu.
gaha
atok- saya pun sejuk hati tengok lelaki berbaju melayu lengkap dengan sampin..kacak! ehe..lg satu kalau tgk lelaki muda memakai kain pelekat...gile rare!
rindu!
rindu!
muahahaha
aku p refer awek pakai baju kurng pegi kerja
ayu jer
baby, so far i m d only anon, so there is no room to konpius...anyway tak pe, u can call me johan, or.. anon johan???kikikikiki.
cume nak bagitau, sesape yg u pk agak2 u kenal org di sebalik anon ni,breeettttt, salah, no no noooo, i m not the guy u think, i m totally new to u.tak penah sekolah sekali, tak penah jumpa walau sekali dlm dunia ni before,even tho i m penangite, but at d moment i tak dok sane, blk kpg pun kalu tak kadang kadang, musti jakhang jakhang, cume someone yg admire u dr jauhhhhhhh
ooo time i p tmn tenage tu u tak de sane yea,patut suram je tmn tue..kebetulan pg rmh kawan, tp yg interesting nya, kajang ni tiap2 taun i pg, tak penah miss lg since 3 yrs back.kekadang tu setawun 2,3 kali gak ler,and ofkos sate kajang tak penah miss kalu dah sampai slurppppp :)bile nak banje i sate hj samuri???
daa
anon johan, thank you la sebab intro diri. sebelum ni ada jugak la yg mengaku anon. tapi xpe, pasni letak la nama, dah elok2 ada nama cantik camtu kan...
herm..baru td makan sate hj samuri...eheh...
Kerinduan yg x terjangkau!!
waa lgi tertarik laa bla b'kurung yea...
hehehe...
ako pn da start menguatkn kemelayuan stiap jumaat dgn m'gekalkn baju melayu bersampin!!
i love to wear baju kurung. dan sy suke tgk org pakai baju kurung.hiks. ayu gitu! =p
macham ada persamaan je belog kita
fatul - owh u mean the layout? a'a...exactly the same...=)
Hi Najlaa,
Haha sy juga anon, tp bukan anon itu, kalu dia suruh anda belanja dia sate hj samuri, ini tidak sy yang akan belanja anda makan Sate..hehe, happy work & study Doc.. =)
p/s : Rindulah Dublin..:p
anon - whoever u are...do blanje me!
bagusla berbaju kurung....sebenarnya sejahat2 mane lelaki..kami akan memilih perempuan yg berbaju kurung(sopan,tutup aurat)1st impression senang cita nmpak baik dan misti dia ni org sembahyang ni...so teruskan la berbaju kurung....ashraff...
hai kak,
i'll be flying off late august..
a lil' bit sad couldn't borrow ur perempuan simpanan or at least saying hi to u at college...
nyway, nice knowing a seniorita(female senior) like u...
selamat menjadi 4rd year student yg comel...tata....
belambok-lambok! (Lipis accent)... orang lipis?
amal - nice knowing u too =) do keep in touch! selamat study di dublin yer!
aisyahkama - hehe..kampung kat lipis...both parents org phg...tho tak tinggal kt sana...tp everytime raya mmg balik kampung kt lepih laaa....=)
naj,nape tak update blog, i miss u so much.pls write something
anon joe
anon joe - oh..will do...pls be patient..=)
betul2. kalau pakai baju kurung, memang nmpk sexy.. berbanggalah dengan baju tradisi kita..
baju kurung = gamis
:)
Post a Comment