02 May 2009

Patah!

PATAH. Tak rasa ke perkataan PATAH ni macam ada nilai komersial?

OK. Cuba bayangkan. Satu movie tajuk "PATAH". Lepas tu, untuk poster, letak je gambar sebatang pensel yang terpatah dua. Minimalistik. Macam ada aura Yasmin Ahmad sikit kan? 

Sepet, Gubra, Mualaf, Muhsin, Talentime....Patah! Oleh itu Yasmin Ahmad, silalah consider cadangan I ni untuk next movie you. Bagi I dapat 5% komisen pun jadilah. I serius nii.


Eh, kenapa tiba-tiba bercakap pasal patah ni?


Bukan sebab aku patah hati.


Bukan sebab aku patah semangat.


Bukan sebab aku berada di Gelang Patah, Johor (mesti ada yang taktau wujudnya tempat ni)


Bukan sebab patah tumbuh hilang berganti (apakah?)


Dan, bukan juga sebab aku berpatah balik.


Tapi, sebab aku patah tangan!!









Err...korang percaya ke? Jangan. Kerana ini sebenarnya agenda "May FOOL" aku. Jadi, kamu tidak perlu risau. Tangan aku sehingga saat ini masih normal.


p/s Cerita ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis melatih diri bersama rakan-rakan di Klinik Orthopaedic. Kami saling meng"apply" POP (plaster of paris) sesama sendiri..Practice makes Perfect..heh...

7 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Plaster of Paris bleh gak guna buat tampal keta yang calar.Hehehe...

Narina Joe "Najo" said...

wah, laju kau komen ek. Aku rasa aku tak seinnocent itu kot untuk follow cdgn kau yg kurang bernas tuu..huhu....

ada van de kamp said...

plaster of paris ke nama dia? haha baru tau =P

Faizul said...

aku nak komersil kan jadi plaster of gelang patah..
baru rasa ke-malaysia-an nyer.

Narina Joe "Najo" said...

adalicious - yepp..pop! =)


dude - hehe..sila sila...xde sape yg mnghalang....

Jalaks said...

wah..blakon tangan patah..smart..

Kapten Luffy said...

ko tak terfikir nak jadi penulis skrip then jadi pengarah ker?

tak pun marketing... good idea tu ttg poster tu

ataupun ko nak main patah2 tulang jer... meh aku patahkan gigi ko dulu ;p