03 May 2009

Suatu Masa Dahulu...

Masa aku sekolah rendah dulu, aku suka baca komik Doraemon. Dan budaya membaca komik Doraemon ini merebak sehingga ke sekolah. Kadang-kadang, sebab terlepas membeli satu siri dan juga untuk menjimatkan duit belanja, aku akan berkongsi-kongsi dan bertukar komik dengan kawan-kawan sekelas. Seronok betul masa tu.




Tapi, aktiviti membawa komik Doraemon di sekolah ini akhirnya dapat dihidu oleh pihak sekolah. Mulai saat itu, komik Doraemon diHARAMkan untuk dibawa ke sekolah. Kalau pengawas-pengawas/cikgu jumpa komik semasa buat 'spotcheck', mereka akan rampas.



Suatu hari, aku ternampak seorang budak lelaki membaca komik doraemon. Nama budak itu Nazmi. Aku pun cakaplah,

"Eh, awak bawak buku Doraemon kat sekolah. Mana boleh bawak! Nanti kita bagitau cikguu....". Muka Nazmi berubah jadi cuak.

Jadi, disebabkan naluri 'skema' dan 'suci' yang memang dah lama sebati dalam diri, aku berniat untuk membawa perkara ini ke pengetahuan guru kelasku. Aku lupa nama cikgu tu. Tapi, satu yang aku ingat, rupa cikgu tu sebijik macam Sharifah Aini. Betuulll...!

Jadi, masa kelas Bahasa Melayu dengan cikgu Sharifah Aini, aku semangat siapkan latihan sebab nak hantar buku dekat cikgu sambil berniat untuk mereport perkara sebenar. Dalam hati aku nanti mesti cikgu akan puji sebab aku pelajar amanah. Masa cikgu dah habis tanda buku latihan aku, aku pun bagitahu cikgu tu, 

"Cikgu, Nazmi bawak buku Doraemon harini..."

"Nazmiiiii...!! Datang depan sini, bawak buku Doraemon sekali!" cikgu tu berteriak.

Nazmi yang sedang khusyuk membuat latihan terus pandang aku dengan tajam. Aku buat selamba je. Cool beb. Buku Doraemon Nazmi akhirnya cikgu rampas.

Habis sekolah hari itu, aku keluar kelas terus nampak Nazmi duduk menangis dan dipujuk oleh kawannya, Azmi. Tiba-tiba aku rasa bersalah sangat-sangat. Aku pun pergi dekat Nazmi. Aku cuba pujuk dia,

" Awak janganlah nangis, kalau awak nak buku komik Doraemon tu, nanti saya bagi awak. Dekat rumah kita ada..."

Nazmi tak puas hati dengan aku, dia pun cakap,

" Buku tu kakak aku punya laa...!!! Nanti dia marah aku sebab buku dia kena rampas...!!! "

Oh, berDOSAnya aku...!








Tak lama je lepas tu, aku terus pindah sekolah...




p/s Aku pindah sekolah bukan sebab buku doraemon tu. Cuma kebetulan je aku memang kena pindah sekolah, sebab kami pindah rumah. Tapi yang pasti, aku rasa lega dan gembira sangat bertukar sekolah masa tu...heh~

17 comments:

Anonymous said...

hahaha....kaki repot nih...

*panas gler ngn sorg kaki repot dlu,dia kantolkan aku x g assembly pg...xpsl2 "sarapan" penampar fresh pagi2 hari...huhu

-joe-

adawiah.zaini said...

mesti rasa bersalah gile kn. tp, ending tak bes la, nmpk mcm akak lari plk.hahaha

aisyah said...

teringat dulu mase kecik2 xnak g sekolah selagi ayah x belikan buku doraemon. sape yg xsuke doraemon mase kecik mmg pelik..
haha..

Najlaa Raihana said...

joe - aku rase bongok giler la tyme tu...langsung tanak cover kawan sendrik...haha...


adwiyah - eleh...budak kecik...mesti la ingat nk lari dr problem je...hehe~


aisyah - tu la psall...

Von said...

patut lah aku jumpa buku doraemon kat loker kau dalam kelas dulu. <-- fitnah mutawassitah. haha.

Najlaa Raihana said...

von - aku mmg tau, ko suke selongkar loker n laci aku dulu kan? pastuh jumpe ah macam2 yg tak sepatutnye ko tengok....ceh...(ini bukan fitnah kn??) =p

Von said...

ye ke? hehe. aku study kat meja ko, saja seluk tangan dalam laci, slalu jmpa buku LK/bio..ngan coklat wrapper je. aiseh..kantoi. ;D

Monkey D Luffy said...

hai budak skema

kaki report

;p

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Ahaks! Nasib baik kejadian nie berlaku lebih kurang 12-13 tahun lepas.Kalo skrg?...Huish...mau Nazmi tue sbnrnya baru nak berjinak-jinak dengan mat rempit...pastu dye panggil kawan-kawan dye...maka berlakulah aksi paksa-memaksa...dan akhirnya Mastika pun hebohlah dengan kononnya keluar lagi satu 3gp baru keluaran Mat Rempit.

Moral of the story:Pembacaan komik sebenarnya meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar...tapi pastikan la ianya xde unsur lucah.

dude said...

dengar cite buku doraemon dah jadi buku text wajib kat sekolah sekarang.
betui ke?
rugi ko kuar awal ..

Najlaa Raihana said...

von - gatai tangann...haha...

luffy - hehe...skema yer...kaki report tu tak kot...tyme ni je...innocent sgt...

razi - ape yg ko merepek nih? isk2...jauh sgt ko fikir ni...cuba berfikir dr perspektif kanak2 riang berumur 8 tahun je...simple! hehe..

dude - dude! betol ke? skolah mana tu? nk suh aku masuk balik pon xpe..mesti aku lepas test paper subjek doraemon dengan flying coloursss~!!

ReeN said...

kecian kwn kamu tu..smpi nangis2.ngee~

Marzuki Jalil said...

jahat gila, ahaha.

jalak lenteng said...

Aku dulu bawak buku Doreamon g ngaji..pastu kene sebat kat telinga sbb Muqaddam tak bawak..tapi doreamon bawak..choi..

Anonymous said...

haha..kids..all we need that time was just attention..=)

dumaji

Rashid said...

hehe. kenangan indah. Camana ek kalau najlaa jumpa budak tu lagi & siap beri buku doraemon lagi..

Najlaa Raihana said...

reen - hehe..kesian jugak la...

marzuki- x jahat...kejam je kot..=p

jalak- padan muka ko...~

anon- thats true!

rashid- dah jumpa balik, kat friendster! hehe...klakar...bila cita balik, dia pon gelak sama..