06 March 2009

Susahnya Membahasakan Diri !


-kenapa tak SAYA (HEART) AWAK?-

Ada ketikanya masalah nak membahasakan diri ni akan timbul terutama dalam situasi yang baru atau kita tak biasa berbual dengan seseorang. Di mana kita tak mengenali sangat orang yang kita jumpa ni. Selalunya, kalau situasi ni wujud, aku rasa kebanyakan daripada kita akan ambil 2 solusi ni:

1) Untuk situasi baru, kita tunggu respon pihak kedua untuk membahasakan diri dulu. Kemudian kita pun ikut rentak dia. Kalau dia bahasakan diri dia "saya", so secara automatiknya perbualan itu dalam bahasa "saya-awak". Kalau dia start guna "aku", kita pun berbual secara "aku-kau".

2) Seboleh mungkin kita akan mengelak dari gunakan ayat yang memerlukan penggunaan membahasakan diri. Kita ubah ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh: "Eyh, kau ni kenapa? Aku tengok lately ni kau asyik bad mood je. Kau ada problem ke??". Sebaliknya, sambil pegang bahu dia, kita pun cakap, " Kenapa ni? Asyik badmood je? Ada problem ek..?". Contoh laa. Yang pastinya, ayat pasif ni memerlukan body language yang strong jugak. Kalau tak nanti, ayat tak menjadi. Anda tentu faham.

Kadang-kadang, masalah nak membahasakan diri ni timbul di kalangan rakan-rakan jugak. Maksud aku, rakan-rakan lama yang dah lama gila tak kontek, tiba-tiba terjumpa dekat mana-mana ke, reunion ke or whatsoeva la. 

Sebab selalunya, masa kat sekolah dulu, kita guna "awak-kita". Comel kan?kan? Untuk perempuan je la. Kalau guys guna "awak-kita"....err...lu pikir la sendiri! Dah tu , sekarang ni zaman dah berubah di mana kebanyakan kita guna "aku-kau" @ "I-You" dengan orang sekeliling. So, bila nak berborak tu, mesti rasa kekok jugak.

Yang lelaki pulak, diorang memang standard "aku-kau", so takde masalah sangat. Cuma aku perasan, mostly, kalau diorang ni baru berjumpa, diorang takkan guna "aku-kau" terus. Diorang guna "Bro!"

Contoh : Kalau ayat aktif-"Motor KAU smart dowwh~Brapa harga?". Instead, diorang akan tunjuk motor sambil cakap, "Smart ah motor ni, bro!. Brapa harga?" Lagi sekali, body language memainkan peranan. 

Sebaliknya, masalah membahasakan diri ni tak berapa nak timbul dalam beberapa situasi:

Situasi pertama.
Dimana language yang kita gunakan adalah complete english language. Inilah satu-satunya sebab yang aku suka tentang English language. Tak mendiskriminasi. Semua standard "I-You".

Situasi kedua.
Urusan profesional. Contoh urusan di bank, pejabat dan sebagainya. Standard kita akan guna "saya-awak" atau "nama kita , ie Cik Najlaa". Betul tak? Tapi, baru 2 hari lepas, aku sign up untuk satu program takaful mudharabah ni. Seorang agent lelaki telah mendekati aku semasa aku pulang dari MidValley. Kami berdiskusi tentang program takaful ni, dan dia lebih selesa membahasakan diri dia "Abang". Dan dia akan bahasakan diri aku dengan memanggil nama aku. Tapi, 'abang' ni memang sempoii. So, tak kisah sangat.

Ada sesetengah perempuan yang kurang selesa bila membahasakan seorang lelaki sebagai "abang". Macam ada unsur gatal di situ. Aku pun tak terkecuali. Tapi, aku masih boleh consider kalau niat lelaki itu memang ikhlas dan murni. So, takde fitnah akan berlaku. 

Situasi Ketiga.
Bila becakap dalam dialek daerah. Biasanya diorang ni pakai loghat standard jugakla. Contoh:

Kelantan: "Mu-Aku"
Pahang: "Aok-Kaweh/Keh"
Utagha: "Hang-Kami/aku"
Sarawak: "Kamek-Kitak"

Ada lagi alternatif lain / jalan tengah yang kurang digunapakai, iaitu "orang" dan "kamu( untuk seorang )". Akhir kata, terpulanglah pada anda sendiri untuk menentukan, asalkan selesa dan sesuai dengan keadaan. Apa-apa pun, aku paling selesa menggunakan "AKU-KAU", tapi masih fleksibel...=)

P/S Dalam Al-Quran pula, istilah "KAMI" merujuk kepada ALLAH cuma kerana kita aplikasikan "dhamir" Bahasa Arab yang kadangkala gunakan "KAMI" untuk menggambarkan kekuasaan / kebesaran, istilah "KAMI" digunakan tapi bukan bermaksud 'jamak'. Wallahualam

P/S err..selingan...sape nak undi Raja Lawak tu, go on la...tapi tolong undi SEPAH, bole tak?


23 comments:

Kapten Luffy said...

walaupun ada macam2 jenis panggilan sekarang aku lebih suka guna 'AKU-KAU' masa tak formal.

Bila formal aku guna perkataan 'SAYA' dan apa2 yang sesuai untuk orang yang aku tgh sembang ler... aku tak akan guna 'AWAK'...

'AWAK'... terlalu lembut buat aku... hahaha

Kapten Luffy said...

geli kadang2 nak gune perkataan 'AWAK'... tgk ler kalau desperate sangat nak guna

Izyan de' Nerd said...

"ade unsur gatal di situ"

Sungguh kelakar ayat itu, okay!
HAHAHAHA.

Anonymous said...

hehe.. aku ikut orang gak yang mula..
tapi lebih senang 'aku'

ada wat pasal post nie.. jap nak carik.. heh..
http://www.menteil.net/saya-aku-i.html

Anonymous said...

kalu dgn lelaki lg prefer aku-ko la....
saya-awak tu agk menggelikan sket huhu
kcuali kalu dia yg start dlu..
or plg slamat bahasakan nama je.. kalu dah kompius sgt =D

Narina Joe "Najo" said...

luffy
awak ni, isk gune je la. tak salah kan... haha.

izyan
ehee...yeke?

menteil
tu ah..aku pun suka 'aku-kau' je...

dah baca post kau, thx for sharing..=)

ika
same here...klu boleh mmg ngan laki guna 'aku-kau' je...
bahasakan nama tuh, payah sket for me..heh..macam kelakar je kalau guna, " em, Najlaa nak pergi kedai jap yer.." uhh...xmungkin berlakuu..
tp x dinafikan la, ade sesetengah tuh kalau guna nama OK jerr....!

Huda Luna said...

huhu...
org gune org-kmu...


xreti la nk gn saya-awak..
mcm geli ckit..
klu aku-kau mcm takut sesetengah org xske lak..
adoi...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Nape xguna ana-anta?

Wexeeda said...

salam,
wex plak, klu dah berblogging nie, wex ske pkai 'wex' je... 1 suku kata... dlu waktu berforum dlu, cam kekok plak nak sbut 'ak-ko', klu 'sye' terase skema yg amat...
klu perbualan ngn org baru kenal, wex trus je cakap 'sye-awak', bila dah lama dah start laaa 'ak-ko'... igt lagi waktu wex baru knal coursemate wex, "awak nak ke payung unggu nie, bleh tukar ngn saya, saya suka payung biru"... skang ktorang gelak je bila igt dialog tue... hahahaha...
bila ngn senior, wex xkekok bila panggil 'abang', tapi dgn nada skema... hahaha..

Narina Joe "Najo" said...

Razi
Jom kita guna ana-anta/i lak pasni!!

Tapi aku ada semacam stigma dengan penggunaan ana-anti ni. Bak kata ustaz2 yang pernah aku baca buku mereka, tentang "Cinta Ana-anti." Ada unsur hipokrit sket...em kalau x faham buat2 faham sudahh...

Wex
haha...fahamm...fahammm sgt...=)

nabilah said...

hehe..
btul sgt, bile jmpe kwn2 yg dah lama x contact, xtau nk guna kata ganti diri yg mne seswei
haha...kita awk ker
aku kau ker
hihihi

Anonymous said...

alaa kak..
yg bukan org utagha pun, kalo dah dduk kat utagha (like me) mmg tukar slang lah..
menyesuaikan diri..

Jalaks said...

Aku kalu budak pempuan yang aku tak kenal aku panggil die "akak" atau "kak long"..

Aku dan Kau paling best skali...

Anonymous said...

tak 3x ...AKU je plg best!!

Anonymous said...

hehe. sebab itu bahasa diciptakan. agar kita mengerti.

jangan pelik bila masuk kat pintu gerbang uia, jika ada pak guard yang menyapa anda - "nak ke mana, brader?" haha =D

uia guna "brother-sister" ..officialnye lah.

~ mizzAmy ~ said...

~ cam akak pulak, still using awak-kita dengan kawan2 terdekat. i dont know why la. susah nak hilangkan bahasa yg camtuh. tak tahu la nanti2 dah kawin n dah ada anak nak bahasakan diri camtuh lagi ke tak. but the truth is even dah 25 tahun pun duk ber'awak-kita lagi. hehehehe.... ~

ako said...

akO tau gna aku,kta,hang,depa jaa...
cam depa laa naj...
apa pn caranya still mengekalkn tahap adat kesopanan ketimuran yea...

Kipas said...

nic post.... gua xde erk... lalala~

xuen adyla said...

oklah tu kalau xuen mesti bahasakan diri orang... dan pihak lain sebagai awak

tapi most of the time apart from i-u guna nama je..

contoh:

nana buat apa?
xuen tengah baca buku..

aneh kan orang ni

haney said...

kalau org yg baru knal atau berkeadaan formal, aku akan guna 'saya-awak/title org tu cam puan atau encik atau makcik atau bla..bla..'..

kalau kawan2 rapat 'aku/nama-ko/mung(sbbaku org pantai timur)..


kalau ngan parents,kaum kerabat yg lebih tua, aku guna 'orang'..

urm..mcm2..

lol said...

e-he-he.shaye nk gune "kite-awak". (^_^)
mwahaha.
neway,naj,bl balek U.K?
huhu..tetibe ri tu de daks H3P3 nk wt "small" gath next month..maybeee..ke genting, "kota keriangan".

sounds nice aite? :D

Anonymous said...

yeayh btol
entry yg menarik~

Adlan said...

lama da tak singgah. jarang update ek..
btw ada sesetengah pompuan memang akan kekok kalo panggil seseorang itu abang. tapi ada juga yg selesa panggil abang utk menunjukkan hormat kpd seseorang yg lagi tua

sy ske kalo ada pompuan panggil sy abang. tapi cukup la gunakan awak, kamu atau bro sebagai tanda hormat.