31 January 2009

Antara Perubatan, Seni & Sastera...


Assalamualaikum,
Kalau seminggu yang lepas, aku dah jadi seorang pelajar perubatan, dua hari lepas aku dah cuba jadi seorang pelajar art, dan hari ini pula aku cuba nak jadi seorang pelajar sastera...esok esok aku nak jadi apa?

Serba bolehkah ini namanya? Entah. Kadang-kadang serabut kepala aku memikir apa fokus utama dalam kehidupan aku sekarang. Sepatutnya dalam usia aku yang dah lanjut ni, ( alamak, lanjut? ) aku dah tahu bulat-bulat apa yang aku nak kejar.

Aku selalu macam ni. Cepat bosan dengan pengulangan rutin yang sama. Aku sentiasa nak cuba benda baru. Orang kata baru ada "thrill"! Ini pun satu masalah juga. Teringat kisah lama semasa aku di zaman sekolah.

Saat transisi paling kritikal adalah semasa di tingkatan 4. Kerana pada masa ini, kita sepatutnya dah boleh nampak jalan ke masa hadapan. Sebab pada masa ini, kita harus memilih. Tidak boleh tidak. Aliran mana yang paling sesuai, itulah jalan yang masing-masing akan pilih. 

Seingat aku, disebabkan masalah aku yang sering cepat bosan ini, aku dah bertukar aliran sebanyak 3 kali. Mula-mula aku 'play safe'. Aku pilih aliran sains pengajian islam. Sebabnya, aku masih tiada fokus. Ramai orang cakap, kalau ambik Science stream, bila masuk Uni nanti, pilihan courses lebih banyak. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu nak buat keputusan kritikal semasa aku masih 16 tahun tu.

Bila dapat tawaran masuk asrama penuh, aku pilih aliran sains teknikal sebab tiba-tiba aku teringin nak jadi arkitek. Jadi aku belajarlah semua subjek Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan itu dengan semangat sekali.

Setelah masuk tingkatan 5, dan pada ketika semua pelajar diharuskan mendaftar subjek untuk SPM (kira-kira dalam bulan Mac), aku membuat keputusan drastik yang agak tak masuk akal. Aku ingin tukar aliran ke Sains Tulen sebab nak jadi doktor! Ketika saat inilah turning point dalam kehidupan aku bermula. Betapalah aku struggle untuk catch up dengan rakan-rakan untuk belajar subjek Biologi secara rasmi buat pertama kali dalam sejarah hidup aku. Aku memang takde life semasa itu. Hidup aku cuma dengan buku. Oh ye, aku sebenarnya masih didaftarkan sebagai pelajar Teknikal cuma aku ambil subjek biologi sebagai subjek tambahan.



Akhirnya, keputusan SPM melayakkan aku untuk teruskan pengajian dalam bidang perubatan, seperti yang aku lakukan sekarang. Dan subjek LK aku, cuma dapat A2. OK, aku kira ini satu petunjuk bahawa menjadi arkitek mungkin kurang sesuai buat aku.

Cerita ni semuanya nak menunjukkan betapa aku ini tak consistent. I just looove doing different things. Haha. Disebabkan hari ini aku nak jadi pelajar sastera yang tak bertauliah, aku ingin kongsikan sesuatu di sini:


Aku Sudah Penat...
(Bacalah dengan mata hati)

Perlukah aku katakan dengan lantang setiap rasa yang ada di hati?
Atau aku harus belajar memilih yang mana harus aku pendam terus,
dan yang mana harus aku luah keluar?

Ya, aku bakal punya musuh jika aku luahkan semua
Kerana sesetengah apa yang ada di hati, tak semua boleh menerima

Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat menjaga hati orang lain
Sedangkan hatiku sendiri hancur terus! Aku sudah penat..

Kenapa setiap kali bila ada yang cuba mendekati,
aku lebih dulu membina dinding penghalang?
Yang kononnya aku gelarkan sebagai "self defense"
Lantas merasakan itu satu lumrah kehidupan

Ular dengan bisanya,
Harimau dengan taringnya,
Helang dengan kukunya,
Manusia dengan...? Ah, aku sendiri tak pasti...

Selama ini aku tidak pernah berhenti menjaga jarak dengan manusia yang namanya lelaki
Lelaki ada di sana, aku lari ke sini. Lelaki ada di sini, aku lari ke sana
Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat berpindah randah
Sedang hatiku ingin satu tempat yang nyaman untuk aku menyinggah,
buat istirehat, buat senang, buat sedih, buat ketawa, buat kecewa, buat semua!

Kenapa yang namanya cinta itu tidak boleh dipilih?
Ya kalau cinta itu boleh dipilih, tentu dengan mudah aku memilih Gerard Butler atau.. Edward Cullen?
Namun hakikatnya cinta itu yang memilih, tanpa aku sedari

Tapi kini aku sudah penat
Aku sudah penat menunggunya datang untuk memilih aku...
Ya, Aku sudah penat...
Sungguh!


narina_joe (24th Dec 08, 19:29)

Footnote: I may not be as fragile as it may seem. This idea of writing just came up after I watched this one particular Indonesian movie, which I wont tell you...=p


p/s- Sekarang aku sedang dalam mode sastera. Melayan karya sastera bertajuk "Laskar Pelangi"" yang telah pun diterjemahkan dalam bentuk movie.


25 comments:

Azah said...

serba boleh pnya najlaa ek..

tah knape? wlaupun entry najlaa pjg, rs best je baca. kalo tgk org lain pnye, pjg cket trus blah..

huhu...

Kapten Luffy said...

kapten pun cepat bosan... tu pasal takder hobi tetap... hahaha

p/s: selain bussinesswoman blh jadi sasterawati lak.. hahaha

Von said...

nice try. bluek! amcam kris braun?

Anonymous said...

oohh..bukan pure science rupanyer..
~cool..
dlm mode sastera ye..??
apakata baca n0vel..???
~hiiii ^_^

Anonymous said...

hoho. boleh jadi macam2 rupanya kak najlaa ni. hehe.

saya dulu sains tulen tapi skrg kuliyyah of architecture & environmental design. haha. dan xpernah amik pun LK (^_^)

selamat berjaya untuk masa mendatang, kak.. dan mengenai usia lanjut.. saya setuju kot.. hehe

Narina Joe "Najo" said...

azah
mungkin sebab kita mmpunyai something in common...=)
thanx kerana sudi mmbaca. i appreciate it!

luffy
ceh. banyakla kan. makin keliru aku nnt..

srikandibio
yupp i wasnt officially a pure sc student..ha'a tu pasal baca laskar cinta tu...=)

von
haha...=p chris brown concerto memang terbaekkk~!!! DJ dia cooool gilerrr...and the dancers were awesome with their sharp moves n grooves...~

alone
tuhla...oo ni memang boleh jd perancang bandar la ni. heh. stuju dgn usia lanjut? em, mmg itu satu fakta yg tak boleh dinafikan kot...huhu~

Anonymous said...

sapa penulis laskar pelangi..??n any english novel u prefer me to read..??
~heheee..

Narina Joe "Najo" said...

penulis dia Andrea Hirata, Indonesian writer...
maklumat lanjut ttg novel boleh dapat di wiki:

http://id.wikipedia.org/wiki/Laskar_Pelangi


Untuk download novel pdf version:

http://www.4shared.com/file/83363669/839dc82d/Laskar_Pelangi_full_komplet_bab_1-34_only_16_MB.html

Anonymous said...

grasias mucho ^_^

Yaya said...

haha.
doctor+penyanyi+pelukis+penyajak
lolololo ;D

Von said...

tamak minah ni. P. Najlaa.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku ingat ko nie dah kne mandi bunga la...wakaka...eh,apa kne mengena?...Ah...xpela...

Narina Joe "Najo" said...

strobery
owh...im confusedd...~=p

von
bukan tamak la...nk kumpul ilmu n pengalaman...

razi
ntah. ape kaitan? baik aku doa banyak2...ada gak faedahnya..

ako said...

ako pn g2 jgk dlu2 skrg da stabil...cobaaan..
ako tau yg nyanyi lagu 2 jek...
jadi ape yg kte mau jadi naj,jgn sekat...free..

Anonymous said...

keep it up girl!! (",)

Anonymous said...

ni memang betul2 serba boleh, huhu =P

ada van de kamp said...

sy amik pure sc, tp skang buat linguistics le pulak.
huhue~

btw dh nk blk mesia? welcome back!~ :)

Anonymous said...

giler kentang arh ko nih najlaa...smua ko leh wat...pasnih ko nak jadi doktor ke artis?

Anonymous said...

wow..nice ;p

Anonymous said...

Biasalah. Hidup ini penuh dengan pilihan. Kalau boleh buat semuanya kan bagus.
Tapi umur menjadi had. Kalau betul2 minat seni, rajin2 la tengok art gallery. Bukan just tgk. Kaji siapa pelukisnya. Kadang2 ada yg datang dari doktor dan engineer. And believe me, architecture walaupun dikatakan mother of art, tapi once duk dalam office, yang terlibat dengan pemikiran seni hanya bos sahaja. Yang lain cuma draughtsman. So,fikir2 balik, siapa sebenarnya ahli seni? Ahli seni itu adalah kita semua yang memiliki jiwa seni. Tak kira jurusan apa, selagi kita cintai dan amalkannya kita adalah Anak seni. Good luck :')

Narina Joe "Najo" said...

thx for the enlightening comment encik firadauskhazis...;p

Anonymous said...

Kenapa encik? Masih adik

Narina Joe "Najo" said...

ahh yes....ADIK! (=.=')

Raf said...

wow~~ coolnya.. smpai 1 thun blajar biologi???

bio tuu dpt kptusan apa?? a+ ke??

Raf said...

brapa mrkh bio spm??