16 September 2008

Jom, Kembali Ke Sekolah!


Assalamualaikum,

Hari ni aku nak membebel jer, sebab aku takde idea la nak tulis ape. Lagipon aku takde mood sebab...sebab...sebab....

Aaa..cuti aku dah nak habis!! @nangisOrang lain sebok nak mula cuti & berebut-rebut nak balik kampung, aku pulak sebaliknyaa. Lectures start 22nd ni. Beginilah nasib aku yang menuntut ilmu di perantauan. Takpelah, ilmu punya pasalll...Oh yer, masuk tahun ni, dah 3 kali la aku tak beraya di Malaysia.


Flight aku ke Ireland dijadualkan berlepas jam 11.40 malam Khamis ni dari KLIA. Perjalanan yang amatlah lama lebih kurang 20 jam termasuk transit flight di Heathrow, London. Ni tak termasuk delay lagi. Selalunya, (berdasarkan pengalaman aku la) dekat Heathrow nih memang takkan terlepas dari problem flight delay.


Lagi satu, bila aku sampai Ireland nanti, aku nak kena pindah rumah pulak. Best-best dapat rumah besar & bilik besar. Tapi, aduhh, risaunya nak mengangkut barang-barang aku yang agak banyak tuh nanti. Heh, baru sekarang aku rasa menyesal beli banyak-banyak pakaian tuh. Dulu shopping memang sah-sah tak hengat dunia punyaa.. @nggaya
Haa, aku baru je habis menulis-nulis kad-kad raya yang bakal aku post kan untuk sapa-sapa yang dah hantar address kat aku. Naik lenguh jugak tangan aku ni. Seboleh-boleh mungkin aku nak 'customize'kan isi kandungan kad raya tuh untuk setiap penerima. Sebab bagi aku, something yang di'customize'kan tuh lebih berharga dan bermakna kalau nak compare dengan something yang kita buat sama je untuk semua orang. Baru ada rasa special sket kan. Sebab tuh aku rasa, kalau ada orang hanta SMS raya kat aku, aku appreciate tapi aku tak rasa message tuh special. Sebabnya, aku tau message yang sama tuh jugak dihantar ke orang lain. Kan kan kan?


Yeay, ni post pertama aku guna Smiley icons. Saje nak test. Nampak macam cute je. Plus, kalau gune icons ni, baru nampak tulisan-tulisan aku ni expressive dan mampu memberi emosi dekat pembaca sket. Lagi satu, korang perasan tak, aku dah tukar jugak favicon kat sebelah web address di atas. Hehe...


Aku tak packing lagi nih. Sangat la takde mood. Haihhs, bakal bermulalah kehidupan aku semula sebagai seorang pelajar yang skema..!

p/s- Weekend baru ni, aku balik kampung kat Kuala Lipis, Pahang. Lalu depan satu sekolah tetibe aku ternampak banner about 'SALSA'. Pergh, aku rasa kagum sebab sekolah luar bandar pon mampu menyediakan klas-klas tarian salsa. Rupa-rupanya setelah aku amati betul-betul, banner tu tulis, "5A!5A!" khas untuk budak2 UPSR. Ceh..tertipu sungguh akuu!!!

30 comments:

Anonymous said...

lawak aa salsa tu..tipah tertipu. :)

ko dh makin cerdik la blogging ni..ajar aku cmna wat favicon tu. wink2x!

Dieyla said...

wawawa~
nak balik ireland dah?
heh~
sadis gile tak dapat raye kat umah.
(saje nak buat kamu lagi sedih.haha~)

niway.
selamat pulang lah ye.
packing leklok.
jangn ade yg tertinggal.
:P

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Fariz - Serious weh, aku sangat2 tertipuu woo...=p Boleh2....nanti aku kasi link tutorial favicon tuh...kacang jerr..hehee...

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Dieyla - Aaaa tidak...!! tu pasall...sadis gile laa...mekasih la wish, w'pun sebenarnya hati ini x rela meninggalkan bumi Msia tercinta...huhuhu...

Mr Am said...

SalSa?? hahaha

ooooooooo said...

cubaan mengekalkan nama dalam top commenters

Adry said...

Uiks... blajar kat ireland rupanya... bestnya... mmm jeles jeles.. awak mesti bijak orangnya kan.. hehehe.. bagus bagus.. course apa ambik?

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

Tirana said...

Selamat meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar.. Kak Tirana faham perasaan Najlaa beraya di perantauan sebab kak tirana pernah merasa ketika belajar di Adelaide dulu. On hari raya itself kena attend lecture..huhuhu.. Tapi macam Najlaa kata..terpaksa berkorban untuk mencari ilmu..

Anonymous said...

uhu. sedihnya.

wah.. bestla dapat bilik besar.. ehe.. sudah terlambat untuk menyesal XD

TUN said...

sy rasa anda patut berasa bangga.sy duk tingkat 2.nk pergi klas pon mls.turun naik turun naik.rutin tiada henti2 dari dlu lg.haha

p/s : jgn la bli brg byk2.kang membazir lak..tp pompuan ske shoppin.aisehh..

Anonymous said...

haha...untungnya skolah tu ajar student salsa...
zapin x nk blajar plak..

hmm...selamat menuntut ilmu di perantauan... :)

Anonymous said...

psst...
baru tau ko nie student kat ireland..
haha..

pasal dieyla tu..
sekeh je kepala lutut dia.
ade ke patot..
hehe..

lol said...

laaaaaaaaaaaa....~
naj.kamoo d m'sia?
huhuu.awt x habaq?leh ajak ronggeng2 keyell~
hihi.ceq busan ujung2 mgu..~
uHuk.
btw,hv a great & safe journey..back to ireland!!
..and,..and..make sure u bring along CD lagu2 raya~(:

lutfi said...

yeah.selamat berantauan.saya juga 3 kali raya di rantauan.

tahan.tahan.malam raya.gua makan roti paratha.

Izyan de' Nerd said...

heathrow okay je skarang. Aku transit situ gak the other day. dah tak se'strict' macam ms kita memula fly dulu.

Anyway, selamat kembali ke sekolah. If it's any consolation, kitorg kt galway ni dah almost a month dah start belajar. Korang plak br je nk start. Cukup2 la cuti tu, Naj!! hehe.

farah, s. said...

oh.. maknanya smpt berpuasa kt malaysia la ek thn ni..
mesti sedih kn dh nk blk semula ke ireland =p

btw..salam perkenalan

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Adry - hehe..yerp...boleh view profile kalau nak tau selanjutnya...ehe...


Naj to Tirana - ehe...sangat la betul, tp bes jugak sebenarnye raya kat sana. At least it's a different experience...x sume org boleh rase...


Naj to Tun - heh..memang sudah terlambat. tp rasenye belum, lepas ni it would be a lesson for me...

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Tun - huhu yerla,,pasni tak buat lagi...


Naj to Menteil - x ramai pon yg tau...hehe..unless sape2 yg rajin jenguk profile aku...heh..tak baik ko nih...main sekeh2 plakk..ishhh...


Naj to Dyeela - huhu, babe i tot u knew that i am in Msia. Tapi xper la..tahun depan i'll be back for good insyaAllah pastuh kita ronggeng same2 ekkk?? =)

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Izyan - huhu..aku bukan pe Izyan, feeling sket sebab about 10 days je lagi mau raya ni...hihihi..


Naj to Farah -a'a sempat ler pose lame sket kt sini ni...heh..salam perkenalan jugaa!!=)

mkaw77 said...

selamat jalan ling..!! huhu..

Anonymous said...

cuti tinggal sket pulak ek~ huhu. selamat bertolak & selamat kembali menuntut ilmu =)

ako said...

sabo laa yek....jgn bercdey.....
bersusah dahulu....senang kemudian.....chayok2...

Mohd Effendi said...

Pasti seronok kiranya saya dapat ke luar negara..

Anyway, selamat menyambut hari raya aidilfitri di perantauan..=)

IamYonna said...

najla..
baru i tahu u ni student kat oversea rupanya hehe..
u tak show off sgt pun :D

xde gambar time u kat sane ke?
tunjuk2 la :)

Anonymous said...

najlaa..
kamu telah di tag..
sila check blog sy..

Anonymous said...

Pindah rumah ek... cian angkut barang... meh sini sy tolong ;p

~ mizzAmy ~ said...

~ dah nak balik Ireland ker? lor, ingatkan beraya kat mesia. tak per la, berkorban demi masa depan, kan? ~

Anonymous said...

wah
sabar yerp
nnti dptlaa beraya d malaysia

Narina Joe "Najo" said...

hehe..thanx for all the wishes...sayang korang!!!=)

Naj to Yonna - hehe..gambar kat blog tak banyak la...kat friendster berlambak laa..yang kat situ baru show offf....haha=p

EP_JB said...

oh study oversea...cool seyh