10 July 2010

Kes Saman La Pulak

Beberapa hari lepas, surat saman sampai rumah. Rumah aku yang dekat Kajang tu. So, parents aku lah yang tau dulu. Then mama SMS kata aku kena saman. Kesalahan? Langgar lampu merah. Bayaran? RM200 la baii... takleh diskaun-diskaun. Kalau korang nak tau, tak silap aku ada beberapa jenis kesalahan yang saman mandatori takleh nak negotiate. Antaranya langgar lampu merah, double line, bawak kereta dalam keadaan merbahaya and tah apetah lagi. Kalau korang dapat saman ekor sebab speeding, lain pulak crite..maybe boleh diskaun. Bergantung pada keadaan. 

Masa aku pergi nak bayar saman tu, aku tengok..humaaak aiiii...panjangnya barisan orang nak bayar saman. Tak sangka pulak aku. Aku ingat bolehla bayar terus lepas tu blah. Lagi pulak aku pergi ni time lunch hour pukul 1. Pukul 2 aku ada kelas pulak. 

-orang beratur sampai ke hujung tu haa..-

Alamak..sempat ke ni? Hurm..kalau tak sempat terpaksa ah aku dengan kawan aku ponteng satu lecture. Sebenarnya aku risau sikit sebab surat saman takde kat aku. Ye ar..aku kat Penang..kereta daftar under alamat Kajang. Aku rasa takde masalahnya, paling koman dia nak tau Number Plat dengan IC je. Tapi sebab risau punye pasal aku pergi tanya sorang polis trafik tu. Dia kata takpe je. Tunjuk IC, bagi nombor plat. 

Ok aku beratur je la. Serius ambik masa. Aku dengan kawan aku ni dah membebel-bebel dah. Tetiba pulak akak chinese depan aku ni mengadu perasaan jugak. "Haiya, sudah tau orang ramai, dia bukak satu kaunter saja maa..ini hari-hari pun ramai. I sudah datang sini 2/3 kali tau mau try bayar. Dia ingat kita kerja bayar saman saja ka..I nak kena masuk office pulak lepas ni..." Itulah pasal..aku pun semacam bersetuju dengan akak tu.

Tetiba tengah kalut-kalut orang duk bayar buat macam-macam hal, aku dengar akak kaunter tu jerit.."Sapa sapa yang takdak surat saman, tak boleh bayaq skarang! Kena tunggu kaunter sebelah bukak duluu!!" Ahh ni aku bengkek ni. Kaunter sebelah tu which is kaunter untuk check status saman tengah tutup. Kena tunggu pukul 2 baru bukak. Pukul 2?? Gile ke? sekarang baru kul 1.20. Pukul 2 aku dah patut masuk klas. 

Bengang tapi aku beratur je. Turn aku dah nak sampai. Time aku nak bayar, aku cakap je la aku takde surat saman. Pastu obviously akak tu balas balik kata aku takleh bayar sampai pukul 2 baru boleh. Aku tanya la, takleh ke check online terus je?? Actually aku taktau la...system dia memang macam ni ke? Dah tau orang tak putus-putus nak bayar...apsal la plak kaunter checking tu boleh tutup plak time2 peak macam ni? Aku buat je la muka kesian nak nangis sambil hulur IC aku. Ala takkan takleh check terus langsung kot? Lepas tu akak tu pun perlahan je cakap, "Hurm,,tinggai dulu IC kat situ nanti kami panggil.."

Aku blur dia sebenarnya nk check terus ke..or dia akan check pukul 2 nnt? Takkan aku nak tercongok je depan kaunter tu sampai kul 2? Haish..lepas membebel-bebel dengan kawan aku, nama aku dia panggil. Hah! nasib baik...last-last settle jugak la semua. Yang aku pelik tu...ada jugak orang lepas aku tak bawak surat saman. Siap prepare tulis number plat dengan nama dengan IC atas kertas lagi. Tapi akak tu reject dia kata tunggu pukul 2 baru boleh bayaq!

Aishh tak paham...tp takpe ar....yang penting saman settle! Malas aku nak pikir dah...


p/s Tempat yang aku kena saman tu actually macam hotspot jugak la. Aku ada crite dekat kawan aku yang sememangnya lemah lembut dan ayu jika dilihat dari segi personaliti tapi dalam diam siapa tau..sebenarnya dia lebih brutal dari aku. Lepas habis aku crite aku kena saman dia cakap.." Eeee..Tempat tu memang laa...! Nak tau tak , before ni orang dah kena 2 kali dah dekat situ. Detector tu macam over sensitif sangat. Dahla kena bayar 200 takleh diskaun lak tu. Jom-jom kita musnahkan lampu isyarat dekat situ...!" Oh, sungguh tak sangka aku...

7 comments:

fndrocka said...

aku tak terkejut pun kau kena saman...ini membuktikan jenayah membawa laju dapat dikruangkan

Najlaa Raihana said...

eyh tolong sket...saman kat lampu isyarat dengan speeding adalah 2 entiti berbeza ye en fndrocka...

fndrocka said...

hukum karma lah tu.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Siapa suruh pakai kaler oren.Kan dah senang kantoi...keh keh.

p/s:Myvi laju ke?

Najlaa Raihana said...

razi - kaler oren takde kena mengena dlm kejadian ni. Myvi la laju. bukan kau ke yg pernah bagtau sndri?

Super Nia Hana said...

ekekekek..laju tetap laju..tapi perlu hehati ye dik

Najlaa Raihana said...

huhu baik lah..dh insaf dah ni....(harap2 la...)