Setiap kali aku keluar, aku perhati keadaan sekeliling. Apa yang berlaku di sekeliling aku. Ini bolehlah dikira sebagai terapi cuci mata sendiri. Dari perkara-perkara sebesar-besar alam, hingga ke perkara sekecil-kecil kuman, semuanya aku ambil kira. Itupun kalau fikiran aku tak kusut la. Kalau otak aku kusut, aku tak boleh mencuci mata. Kerana terlalu fokus pada masalah.
Ini adalah perkara-perkara rawak yang menarik perhatian aku sepanjang minggu ni:
google image
1) Budak-budak kecik jalan-jalan dengan bedak bertompok-tompok di muka. Tak sekata langsung! Ish ikut hati nak je aku pergi dekat budak tu dan ratakan bedak elok-elok dan cakap dekat mak budak, "Akak, lain kali letak bedak dekat muka biar sekata, baru nampak comel budak nih...! " Tapi aku tak se"daring" itu laa. Dah banyak dah aku jumpa kes budak macam ni. Kenapa eh? Ada petua2 yang aku taktau ke??
google image
2) Orang yang guna payung patah padahal masa tu hujan lebat. Payung yang dah macam takde harapan untuk diselamatkan selain harapan untuk dibuang ke tong sampah. Adoii, apsalla payung itu jugak kau nak guna? huhu..
3) Aku sangat suka tengok respon bila ada orang yang berdiri tepi jalan yang penuh dengan lopak-lopak air. Setiap kali ada kereta laju melintas, terus buat-buat gaya macam nak mengelak dari terkena percikan air dengan muka yang pasrah. Padahal takde air terpercik pon. Haha. Macam kelakar duh.
4) Klakar bila tengok orang yang nak "cover" perbuatan sendiri tapi "cover" kau tu obviously tak menjadi. Selalu kalau tengok drama-drama atau baca novel mesti ada part macam ni. Contohnya kau nak stalk orang, lepas tu konon-konon buat-buat macam nak lalu tempat tu dengan muka selambe, lepas tu ade orang tegur," Eh, awak buat apa dekat sini?" Then dengan cuaknya dia terus balas, " Eh, eh takde apepe, saya cuma nak tengok....tengok ni haaa ( ternampak poster dekat dinding ) nak baca-baca poster-poster ni.." Then dia terus blah. Haha ingatkan dalam drama-drama je ada scene yang macam ni...=p
5) Tersalah cakap adalah perkara yang sangat biasa. Tapi jadi luar biasa, bila ayat yang kita tersalah cakap tu jadi bahan lawak pulak. Especially kalau tengah-tengah bincang perkara serius, tetibe tersalah ckap, lpas tu ayat yang kau salah cakap tu sangat kelakar. Huh, disebabkan benda ni aku sendiri yang buat, aku takmau kasi contoh, silap-silap nanti boleh masuk group "PERSATUAN SALAH CAKAP" dalam facebook pulak. Jatuh ar saham akuu...
6) Perkara rawak lain nanti lah aku tambah kemudian kalau ade lagi..
P/S Sometimes it's the little things that make all the difference in the world...=)
5 comments:
ekekeek..yg bedak tu mmg betul sesangat
-sbb watashi dulu pun begituuuu.ahahaha
tershahsul?oh..watashi mahu masuk kelab tu ..sama jek.hhuhuuh
Saham kau dah jatuh pun.Keh...Keh...
SNH - hehe yeke pakai bedak tompok2? agaknya sebab nakal sgt kot kan...tak sempat mak nk ratakan bedak, dah lari pegi tah kemana2..=p
razi - hah bile bile? aku tatau pon..
rawak tu kira lawak jugaklah kan.suka memerhati rupanya kau ni..hopefully kau takdelah being too judgemental hingga perkara sekcil2 tahi hidung.kenapa kucing tak datang bulan?
orang yg suka memerhati ni rasany susah nak bosan dan boleh survive sensorang dia..iyeke?boleh jadi stalker yang baik.
aha betul kot...aku suka memerhati..kadang2 aku tau je ape yg berlaku...tp aku saje buat2 xtahu/xnampak...
lagi satu kalau aku naik kete/bas/any transport di mana aku jadi penumpang, aku akan jadi x banyak ckap sebab aku suka pandang luar tingkap..mmerhati alam..=)
good stalker...?haha shhhh!
Post a Comment