03 June 2010

Guitar Cover - Yuna, Dan Sebenarnya

Dah lama kot aku tak post video cover. Tapi sebelum tu aku nak tampal sket beberapa gambar masa aku pergi KL Indie Band Festival Sabtu lepas. Aku pegi dengan member aku. Gambar pun tak banyak aku ambik. Dan tujuan aku ke sana semata-mata nak tengok band COUPLE perform. Nasib baik diorang perform awal-awal. Kalau tak maunye aku duk kat situ sampai pukul 11 malam. Gila kau. Panas buntut aku. Jadi, gambar pon aku amik masa Couple perform je. Gila biased kan aku. muahaha~

- venue: One Cafe, Jalan TAR, KL-







Aku cuti tapi aku demam. Hingus tak habis meleleh leleh. Pastu nak tidor mesti kena golek sini golek sana dulu sebab apa korang tau? hidung tersumbat la. Last-last dari nak tidur awal campur masa yang diperuntukkan untuk golek golek jadinya aku tidur pukul 3 jugak.

Em, tapi walaupon selsema, aku sangap jugak nak main gitar. Pulak tu aku tak pernah lagi post video guna gitar baru ni. Nak try jugak la jadi camna kan. Sebenarnya aku tak pernah lagi main lagu Yuna dan aku seboleh mungkin tamau main lagu Yuna. Korang mesti boleh agak kenapa kan? Persepsi orang sekarang ialah asal jumpa budak perempuan bertudung (spesifknya pakai tudung lilit2) main gitar je, mesti nak label Y.U.N.A kat dahi diorang. Booooo! Aku tak sokong! Lantaklah korang nak kata apapun. Haha~

Tapi aku yakin la, lepas je korang tengok video ni korang taklehnya nak samakan aku dengan Yuna, sebab aku main dalam bilik tidur, pakai pijama corak bunga-bunga di bawah cahaya lampu bilik tidur dengan suara sengau ala-ala hidung tersumbat dengan pemendakan hingus yang berleluasa. Harap layann~

10 comments:

Anonymous said...

feewwitt~~
mmg xsama ngn Yuna pn...euww.. i minat la Yuna tu, x kacak...

p/s: ak tau sbb pe ko xtunjuk muke...cover la tu..hingus tgh duk meleleh 'sipi²' je t'kene bibir..ahaha.

(",)

Najlaa Raihana said...

yelah..aku tanak tunjuk muka ar...sbb aku sumbat hidung guna tisu...hingus x benti meleleh...

Miss Ayda said...

suara ko nyanyi time selsema ni cm bdk2 la weh hehe

Najlaa Raihana said...

aida - hehe comel kan??=p

fndrocka said...

YUNAAAAAA....!!

Super Nia Hana said...

adohh..nape watashi takleh view video nih??
kuciwaa...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Bosan!!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Bila nak update??

Najlaa Raihana said...

fndrocka - hah mane?

hana - ler awat takleh plak....youtube je tu..

razi - haih..ko ni bosan2 je cari aku...time ko gmbira langsung tak ingat kt aku kan? (eh ttbe aku emo)

Super Nia Hana said...

ohh..youtube..mmg sah2 watashi kena block..huhuuhh