27 March 2010

Guitar Cover - Sesi Latihan (Falling Slowly)

OK. Entri sebelum ni aku tunjuk gambar dengan satu video masa aku perform malam event (Party in the Park) tu. Sebenarnya aku tak cerita kat orang ramai pun pasal aku nak buat performance ni. Aku lagi suka nak keep it secret. Sebab dari awal lagi aku kurang keyakinan diri nak perform. 

Aku tau la, budak-budak kelas aku ni kalau tau aku nak perform mesti diorang nak datang untuk tengok punye. (Bajet betul aku ni. hahaha.) Jadi, aku senyap-senyap buat bodo je la. Biar tak ramai budak kelas aku datang, so aku takde ar segan sangat. huhuhu. Tapi words of mouth sudah tersebar beberapa hari sebelum event lagi. So, tak dapat elak lah. Ala, student PMC ni bukannya ramai sangat. Nak berahsia sket pon tak boleh. Aku ingat kalau aku ada skandal, mesti bahaya nih!

Tapi, sebenarnya aku sendiri nak cabar diri aku untuk jadi confident and berani sket. Tapi aku terpaksa jujur la yang malam tu aku memang takut sangat. Pegang gitar mula-mula pun tangan terketar-ketar seperti Parkinsonian Syndrome lagaknya. 

And aku tak bagitau sapa-sapa pun dalam family members aku yang aku perform malam tu. Tapi tetiba malam tu aku dapat SMS dari mama, tanya aku perform ke malam tu? Amazing gila aku rasa. Macamana tah dia boleh tau. Pastu bila aku tanya, camna dia dapat tau, mama aku cakap dia baca from facebook aku. Yang ni lagi amazing. Aku pon tak ingat bila masa plak aku ade bagitau aku perform untuk event tu. Pastu esoknya tu, papa aku send mesej kat facebook tanya camana aku perform malam tu and dia dah tengok pun performance aku tru youtube. Hehehe...

Anyway, aku saje nak letak sini video masa kitorang buat latihan. Gitar aku memang ade kantoi jugak la time ni, nama pun sesi latihan kan, tapi sebab audio dia sangat-sangat-sangat-sangat clear kalau nak banding dengan video performance yang aku letak sebelum ni, jadi aku just nak share. Time ni dalam MUSIC ROOM. Layankan aje...=) OK? 


4 comments:

ZeD said...

parents. u cant fool them.. haha.. they know more than we expected

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

kem salam ah kat penyanyi...keh keh...

ako said...

huuu....lma btol rsanya x mengomen kat naj...hehehe...
1 persembahan yg baik!!
keep it up...

Najlaa Raihana said...

zed - sooo true!!

razi - ok meh aku jwbkan...wsalam!


ako - trimasss~