14 March 2010

Entahlah...

Aduh, ramai pulak yg follow blog ni. Ceh padahal 66 je. Yerla, bagi blog terpencil macam aku ni, 66 tu kira gempak gile dah tu. Aku bukan apa, nanti ramai-ramai follow, padahal aku jarang gila kot update. Update pun pasal gitar je. So, rasa macam tak adil pulak. Rasa macam diorang berharap, tapi aku tak bagi apa-apa. 

Eh, tapi aku tak paksa pun orang follow. Nak follow, sukati la, tanak follow pun, aku tak kisah. Aku pun tak banyak follow blog orang lain. Melainkan blog yang aku rasa macam best untuk di"STALK"! hahaha. 

Minggu ni macam OK siket. Busy masih busy. Stress masih di tahap yang sama. Tapi, mood aku OK la. Jumaat haritu aku ada Case Presentation lagi. Tapi kali ni sangat kontra dengan yang previous presentation. Instead of kena maki, aku kena puji. Gile lah. Flip 180 degrees tuh! "EXCELLENT PRESENTATION. EVERY STUDENT SHOULD PREPARE A PRESENTATION LIKE THIS!" Masih terngiang-ngiang bait-bait kata Doktor yang jadi tutor petang tu. Ahhh, aku rasa macam terbangg sekejap~

Minggu ni aku dekat Obstetric ward. So mostly pun semua cases ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah dalam perkembangan bayi mereka. Tapi cases dekat Maternity Hospital Penang ni tak sehebat cases dekat Seberang Jaya Hosp. Cases biasa-biasa je ( ie: Reduced Fetal Movement, Early Labour, Gestational Diabetes, Pregnancy Induced Hypertension, Anemia etc). Tapi satu yang obvious aku perasan ialah, ramai patients dekat sini umur muda-muda lagi. Like 22 and below. Lagi muda dari aku. Btol cakap sorang doktor tu, "Teenage pregnancy is rising in number.."

Hurm, baru-baru ni jugak aku masuk OT, tengok Ceaserean Section. Gila lah, even patient tu dah dimasukkan Epidural anaesthetic pun patient tu boleh rasa sakit dia. Terseksa jugak aku tengok patient tu. Baby keluar kepala je aku dah boleh agak dah apa masalahnya. Baby besar sangat! Tapi baby gemok-gemok comel kan? 

Haihs...esok aku ada case presentation lagi. This is the final one. Hope everything goes well. Aku ni kalau present kat depan mula ar gelabah tak tentu pasal. Kalau aku kena jadi lecturer/tutor one day, memang aku reject awal-awal! 

Oh, and one more thing, I'm currently working on a project which I wont tell you now. Nanti MUNGKIN bila tiba masanya, korang akan tau jugak...anyway, wish me LUCK!

p.s Nak ucapkan salam Takziah untuk sahabat baik aku, Aida Ruzanna atas kehilangan adik lelakinya beberapa hari lepas...semua yang berlaku tu pasti ada hikmahnya, kuatkan semangat ye...! Al-Fatihah...

9 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

1st?

hahaha.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

tak sangka aku,kau seorang yang pervert...suka stalk...

lama seyh kau tak menulis.asyik tgk main gitar jer...dah la tenet aku lembab...kadang malas gle nak bukak...

cuba pasni kau try record kasi masuk mp3.pastu upload dan bagi link download.macam En.Mimpi.

hanya cadangan~

Ha said...

nak cakap pakai aku ke saya eh? aku lah.. lebih mesra! walaupun ko tak kenal aku.. HEHE.

Aku baru je jadi stalker ko. Anyway, baru first time buat keje nih. Tatau pasal apa follow blog ko.. mungkin sbb aku selalu berangan ada gitar, dan nak belajar petik gitar, dan pandai main gitar, dan bleh petik satu dua lagu utk kawan2.. tp tu semua hanyalah angan2..

Jadi bila tengok ko, rasa mcm separuh harapan aku kembali.. walaupun harapan kalau tak disertakan usaha.. mmg sia2!

Uh uh uh.. panjangnya intro aku. Nak ckp satu lagi, dah lama gak follow blog ko, baru ni je nk jadi follower. Bailah, Salam Perkenalan!

AyanaAsham said...

bestla pandai men gitar. :D

AtieAbid said...

xtau mana saya dapat link awk nie..

sesungguhnya saya nak sangat belajar main gitar..sebab tu saya admire kat pompuan yg leh main gitar..educated plak tuh..^__^..best best..

Narina Joe "Najo" said...

Razi - ala stalk2 biase je...aku yakin ko lagi dasyat..hehe aku paham, aku pun memang dah takde mood nk menulis sgt lately ni. Hurmm cadangan ko akan dipertimbangkan, tp macam x best sket la sebb dengar audio je..

encik mimpi tu sape? kasi link plz..


Halimah - nama yg komersial. hehe salam perkenalan jugak. Oh, berangan nk petik gitar ke? Serius lpas ni ko kena try, try jugak2...mane tau ko jadi lagi hebat dari yuna, takpon lagi hebat dari aku ni haa...=p


Ayana - hehe thx yer


Atie - haha semoga impian utk bermain gitar tercapai...yeah!

Anonymous said...

HAHA. Aku memang memang komersial pun. Terutama lepas Eddie Hamid hasilkan lagu popular tu. Cis! :D

Oh nak hebat macam yuna n ko tu memang jauhlah. Gitar pun baru terhegeh-hegeh nak cari. Tu belum lagi aku pk macam mana bergegarnya rumah aku kalo diorg tau aku beli gitar. HAHA. Imiginasi aku je. Tah2, haram diorg tak kisah!

Naz said...

pokcik follow blog ni pesal ada bunyik2 gitar.. :D
nice blog dan kamu memang berbakat... teruskan berunplugged yer.. :)

Narina Joe "Najo" said...

halimah - boleh tahan gak humor ko ni. haha. ala, aku dulu pun beli gitar punya la effort taknak bagi org lain tau...segan la konon...tapi, diorang OK je...siap kasi support lagi..hehe


Naz- hehe tau2...da bleh agak dah sebab apa..we share things in common.thats why...