28 February 2010

Berangan Je Lebih!

Serius la minggu ni mood aku down habis! Semua gara-gara presentation dengan tutor yang garang nak mampus. Tutor lain OK je. Nasib aku memang tak baik terkena lak dengan dia. Nak kata PMS, dia lelaki. Aku yang PMS kot masa tu! Habis presentation tu tak habis-habis membebel aku buat salah tu, aku buat salah ni. Sarkastik lak tu. Geram dowwh! Aku dah letak effort kot nak pahamkan topic tu. Agak-agak ar kalau nak maki pun, benda tu bukannya aku belajar lagi. Kot ye pon aku salah, apela salahnya ko bagitau, perbetulkan and ajar kitorg baik-baik. 

Uhh, balik klas aritu aku dah trase cam kabur2 je mata. Aku nangis jap. Kejap je. Tak sampai 1 minit. Dah keluar airmata sket, rasa lega jugak. Pastu trus tido tak pikir ape-ape lagi dah. 

Dah la. Tetiap kali aku dengar nama doktor tu aku dah rasa lain ar. Aku rasa bukan aku sorang kot. Sape present Selasa ni, good luck la weh! 

Nasib baik weekend minggu ni agak panjang. Boleh aku rilex2 sket, tenangkan fikiran. Semalam keluar pegi Queensbay ade member ajak masuk Music Shop and join dinner dengan family dia sekali. Aku pun follow ar. After makan-makan kat Kenny Roger's aku ngan member aku ni pegi kedai musik tu. Masuk music shop tu memang terapi minda betol arr wa cakap luu. Tengok gitar bersusun je kann. Aku memang bajet nak angkut satu gitar baru pon. 

Usha punya usha, testing punya testing, aku buat mini konsert jap kat kedai tu nak 'test drive' gitar. Aku start main je, aku tengok orang ramai dah gather around sambil tepuk-tepuk tangan, lambai-lambai pegang lilin macam konsert Search Di Awan Biru tuhh. Ok tipu tipu, yang ni aku berangan je.

Ok lah, dah puas main aku cakap kat tauke tu, aku nak angkut Fender satu! Eyh tak tak yang ni pun aku berangan jugak. Aku cakap aku nak angkut satu gitar akustik yang boleh plugged in amplifier. Last-last aku beli ar satu gitar, satu amp. RM600 gak aku habis semalam. Tapi puas hati ar dengan sound dia. Feeling dia memang cam buat performance atas stage tu bhaiii...



Aku tatau apsal aku beria nak beli benda ni. Impulsive decision + stress factor + keinginan untuk buat live performance at least sekali. Muahaha~ 

After bayar habis sumer, tauke tu siap cakap lagi, "Telima Kasih aa, YUNA!" Oh, aku pun ape lagi, naik syiok aku layan je tauke tu, " Ahh, welkam2, you nk suruh I signature mana2 ke?? " Yang sebetulnya aku agak risau ni, orang duk panggil aku Yuna, Yuna...isk aku takut masyarakat di luar sana akan mudah ter confuse...

Ni lagi satu baru-baru ni Aidit Alfian ni dia duk main mesej-mesej lak ngan aku kat facebook. Dia suruh aku masuk AF, tapi aku mane nak. Kalu OIAM ke, Malaysian Idol ke, OK gak kan. Ok tipu lagi, yang ni pun obviously aku perasaan je. Tapi bab bagi mesej aku tak tipu arr..

Tapi Encik Aidit Alfian ni baik, sangatlah wise, bersopan, rendah diri dan menghargai bakat. Orang macam ni aku suka.

Jadi lah fan beliau di facebook yer...aku dah, korang bila lagi? =p

21 comments:

Anonymous said...

aidit alfian who?

ana raffali sebelum di'blend' dengan si aidit ni, sedap jugak. bila dah aidit masuk campur dlm hal songwriting, dah tak macam ana. jadi lain. tapi oraitla, boleh jadi mentor dan membantu pemain-pemain akustik amatur pergi lebih jauh.

ko tangkap laney nampak. makin maju bhaii..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Narina Joe "Najo" said...

Knicher - yeke? aku jrg dengar lagu2 ana ni selain lagu HBKL tu. dulu aku prnah terjumpa blog si ana ni, dia cerita, aidit pun approach dia tru facebook gak motivate dia untuk pergi lagi jauh..agak2 mcm sama x ngan crite aku kt sini? haha

ye la laney jerrr baii...

Anonymous said...

agak2 bile ko nk jadi artis nih?aku rasa ko mmg bole pgi jauh ar...dlm dua2 bidang

fndrocka said...

tolak gitar lama kat aku lah bai

Narina Joe "Najo" said...

anon - nnt la dlu...aku nk jadi doktor dlu...pastu dh berjaya nnt, malam2 aku perform kt planet hollywood


fndrocka - tanak ah..aku nk simpan gitar tu..first ever wei, banyak sentimental value, kang aku dh popular bleh aku jual balik, aku nk sign atas tu...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

aidit spe?hahaha.memang buta muzik aku

Narina Joe "Najo" said...

razi - ala takkan x knal, music composer. pnah jd juri AF gak dulu. low profile je orgnye...kihkih

Anonymous said...

cett...

Unknown said...

pergh da beli gitar akustik! makin maju suda.
eh,
bodek cket aidit alfian tuh najlaa, bole kte wat band kang :P

ZeD said...

this is officially too cool to be true. congratz

Anonymous said...

oh YUNA
ko dah femes nanti nak signature ok

Anonymous said...

aku tak tau apa yang sengal, tapi tak dapek la nak dengar cover hang dekat sini.
boleh bagi lain2link tak?
kalau dekat youtube apa nama?
dekat facebook fan page ker?
aku suka dengar benda baru.
lagipun kalau dah aidit alfian approach hang, mesti hang ni ala-ala best gak gitu kan. so all the best.
jadi jer doktor
benda music nih minat; teruskan jugak:)
gambate ya

Narina Joe "Najo" said...

zulkifli - (eh, org baru ke?) bodek? haha...xde kejeee!

zed - no lah, this is nothing to be proud of...=p

ah fatt - skang pon boley=p nak??

AJ- la..tak dapat ke? try lagi la..b4 ni xde org plak kata takleh view. youtube tu PnC, xmau org tau kt sini...eyh, x hebat pon, takyah la high expectation sgt..hahaha...oh, jadi doktor itu satu kemestian, dah takleh turn back lagi dah=) thanx...one more thing, u have quite an impressive blog...

Anonymous said...

argh, memang gagal
anyway, mungkin ada some contradiction dengan firewall office kot. tak apalah, i will try to view it from some other pc at CC.
anyway, have a fun life sis. hidup ni pendek sangat nak asyik ditimpa masalah kan. so let rocking them!

all the best

nice blog? erkk alhamdulillah. thanks for that compliment. itu cuma sekadar nota-nota pinggiran yang kadang2aku sendiri masih berfikir2akan kewujudannya :)

Narina Joe "Najo" said...

AJ - heh, ok dah bleh view nnt kasi tau ek...if cannot gak, i'll think of another method..

Anonymous said...

Alhamdulillah dapat dah dengar
hmm i prefer 'kiss me' than 'your call' (baru denagr dua nih).
anyway, great effort gurl. tak sabar nak dengar yang gitar akustik punya version. siap ada amp lagi tuh! hua ha ha
good luck to you :)
and all the best for your course too!

menteil said...

artis baru terbaik - najlaa!!! hehe...

nanti dah pemes sila promote blog saye.. haha..

Narina Joe "Najo" said...

AJ - oo baguslah cmtu..heh insyaAllah kalau ade main guna gitar baru akan diupload ke blog..

menteil - ceh..banyak cantik=p

Unknown said...

ko mmg bleh pegi jauh la.,gud luck ye.,nice work.,

Narina Joe "Najo" said...

sugarnfree - thanx=)