19 March 2010

Cuba Lari Dari Kebiasaan

Aku kadang-kadang ada idea gila. Tapi aku tak pernah nak suarakan sebab aku rasa tak mampu nak jadikan idea tu satu kenyataan. Tapi aku kadang-kadang terfikir alangkah bestnye kalau aku betul-betul boleh buat benda ni in real life. Sebab aku pasti lepas aku aplikasikan idea ni, konfem takkan lupa punye ar lepas tu. Mungkin boleh jadi one of the best memories dalam hidup aku. 

Pernah tak korang terfikir untuk lari dari kebiasaan? Atau korang dah selesa dengan apa yang korang buat? Kadang-kadang aku selalu jugak terfikir untuk cuba jadi lain dari orang lain. Sebab tu kekadang tetiba je idea gila boleh datang. Dan aku rasa idea ni boleh pakai especially untuk sesiapa yang teringin nak outing and buat sumthing tapi tengah pokai dan takde sen.

Idea ni sangatlah sesuai jika dilakukan bersama rakan rakan yang berperangai gila-gila dan otak sengal. Kalau tak cukup sengal, mungkin idea ni takkan boleh diaplikasikan. Selain itu, idea pelik ni mungkin sesuai untuk mana-mana couple yang pergi outing. Aku taknak sebut dating. Sebab kalau sebut dating, automatik kepala otak aku dan kau akan set gambaran couple pergi tengok wayang, makan-makan, main bowling, shopping together-gether dan owh, boleh tambah lagi satu aktiviti latest couple-couple zaman sekarang, ambik gambar bersama guna DSLR...(=.='). 


Aku bayangkan aktiviti gila-gila yang macam ini.....


1) Bila nampak eskelator aku terfikir untuk buat ni - Main lawan-lawan guna eskelator. Sorang berdiri dekat eskelator yang menaik, and sorang berdiri dekat eskelator yang menurun. Kiranya, sapa yang berdiri dekat eskelator menurun tu kena compete dengan yang berdiri atas eskelator menaik. Caranya? Kena lari laju-laju naik atas arrr...tengok siapa sampai atas dulu??

2) Selalunya dekat shopping complex kan ada macam satu bulatan besar kat tengah-tengah mall yang korang boleh tengok peformance apa-apa kat bahagian ground floor dari atas kan? - Kat port ni pon aku terfikir idea gila jugak. Sorang berdiri kat belah North contohnya, and sorang berdiri dekat belah opposite (South). Buat benda ni kat level atas la, bukan ground floor. So, antara korang telah dipisahkan oleh satu bulatan yang besar. Pastu, apa kata kalau salah sorang sebut "WOI, KAU (sambil tambah description) YG PAKAI BAJU MERAH BELANG-BELANG SELUAR PUTIH TU, BUANG ANGIN BAU SAMPAI KE SINI!!!". Make sure kena sebut kuat-kuat sampai lagi sorang boleh dengar. Yang pastinya bukan korang berdua je la yang boleh dengar...kan??

3) Everytime aku nampak lif plak aku terfikir untuk buat macam ni - Masing-masing masuk lif yang berbeza, jangan set nak stop kat tingkat berapa. Tekan level ikut suka hati sndiri. Ini untuk menguji kadar "chemistry" antara korang. Kalau kebetulan korang keluar di tingkat yang sama, maknanya jodoh korang memang kuat. wakakaka. Tapi kena make sure ade 2 lif yang terbuka pada masa yang sama sebelum masuk arr..jadi disarankan untuk membuat aktiviti ini lewat-lewat malam di mana pengunjung dah tak ramai. Sure ada banyak lif kosong...

4) Shopping mall yang ada stage - Ni paling best. Best jugak kalau tetibe naik atas tu pastu buat la apa-apa yang menarik. Tak kisah ar nyanyi ke menari ke shuffle ke berlakon ke, buat lawak ke asalkan korang boleh tarik perhatian orang ramai untuk tengok. Yang pasti kena buat cepat-cepat sebelum korang dihalau turun oleh pihak yang bertanggungjawab. Klau yang takde stage senang je, korang cari port yang betul-betul centre so that orang ramai boleh berdiri kat tepi-tepi tengok korang melakukan aksi perangai pelik dari atas...

-centre ye...centre!-

5) Idea lain korang tambah sndri laaaa...


Ini cuma bayangan gila-gila aku je. Tak mesti aku nak buat pon. Tapi kalau korang nak buat dipersilakan, cuma segala akibat atas perbuatan korang, aku taknak bertanggungjawab ye...Sekian saja aku merepek untuk kali ni.




p/s Ah, toksoh nok pedo'oh la aok nihh...

4 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

idea gila gila pun nampak skema.wakakaka.

malam nie aku baru buat idea gila.pegi lepak dekat Kuala Selangor.

pastu naik Bukit Melawati malam-malam...dah la Bukit tue tempatnya keras.memang menguji kesabaran dan keberanian.

p/s:tapi idea gila terbaik pernah buat main racing troli dekat Tesco.

Narina Joe "Najo" said...

yela...aku fikir idea untuk yang ada nilai sentimental value...bukan idea2 gila yang sekdar nak lepaskan tension tu...

aku crite mmg ar nampak skema...kalau buat betul x skema kot...ahaha~

eyh sangat laa...gle ke naik situ malam2..haha

racing troli tu kire idea biase arrr

Anonymous said...

dulu masa belajar memang suka la buat idea2 spontan ni. skrg ni, rasanya mcm tak lah kot!

aku penah msk lif yg ada camera, then aku tau gak pak guard dia ada kat bwh sdg tgk, pastu aku ajak kwn2 lambai2 tgn dan buat aksi kat camera tu. dah la time tu aku tgh nk cr tmpt praktikal.

Narina Joe "Najo" said...

ha - aku rase dulu tyme budak2 aku pnah gak buat style perangai camtuh..haha