20 March 2010

Mimpi SERAM Tu Lagi

Benda ni jadi lagi. Sekarang pukul 4.40 pagi. Aku baru terjaga dari tidur lepas mimpi seram. Aku taktau apsal lately ni macam banyak kali je aku mimpi macam ni. Dan setting mimpi tu sama je tetiap kali, which is bila aku "on call" dalam hospital dan lebih spesifiknya, Penang General Hospital. Ya, aku on call sorang-sorang.

Lepas time aku nak balik dari on call tu mulalah jadi macam-macam. Lepas tu spesifiknya lagi....benda ni start dari... (shoot! aku rasa bulu roma aku naik skarang...still boleh bayang lagi mimpi tuh!!) dalam lif. 

First, dalam mimpi aku ni bila aku nak naik lif, Dr Prem mesti ada sekali masuk lif. Dia ni selalu act as penyelamat. Sebenarnya, kalau korang pernah pergi PGH ni, korang akan faham yang lif dia sangat uzur dan sukar dikawal dengan pintu yang sangat solid dan berat serta bergerak laju! Jadi bila-bila masa je boleh himpit korang. Dan yup, setiap kali mimpi, bila ada je sorang yang nak masuk lif, pintu lif akan himpit orang tu. Semua ni macam berlaku depan mata aku. Selalunya sekali mimpi, ada sorang yg akan kena himpit. Dan Dr Prem comes into rescue. Dia akan sedaya upaya tahan pintu berat tu supaya orang tu boleh cepat-cepat menyusup untuk lepaskan diri sbelum kena himpit. Tapi selalunya tak berjaya, and last2 kena himpit gak. Pastu cara kedua ialah dengan menendang dinding lif tu kasi pecah. Dan yang peliknya benda ni boleh membuatkan orang kena himpit tu terlepas. Tapi selalunya bila time dinding lif tu pecah, orang yg kena himpit tu dah tak bernafas and tak sedar diri and ada satu kali tu dah MATI (dengan tulang2 semua retak arr)

Second, bila semua orang dah keluar dari lif tu, aku sorang tinggal dalam lif untuk turun. Then sebelum sampai ground floor, ade sorang perempuan melayu masuk pulak, sorong troli. Aku tak paham apsal dia boleh sorong troli macam shopping2 dekat TESCO pulak, padahal bukankah ini sebuah hospital??? Muka dia sangat pelik. Aku boleh bayang lagi skrang. Aku terfikir, dia ni manusia ke hantu? Aku cuba senyum dekat dia, tapi dia jeling aku balik. Tajam! Ok, sekarang aku berdua dengan dia dalam lif. awkward moment. Dan...dan....dan...(bulu roma naik lagi) sambil turun lif tu, perempuan nI gelak-gelak macam ala-ala hantu dalam filem melayu tu. "HHAHAHAHAHAHA" sambil buat muka HORROR dan pandang aku. Boleh bayang tak? boleh bayang tak skrang??? Aku cepat-cepat keluar dari lif, dan perempuan tu tetiba buat muka innocent je keluar..macam takde apepe berlaku

Third, time aku nak balik, driving kete. Ni paling mencabar. Tengah2 driving tu tetibe dekat depan aku nampak hantu-hantu (hantu-hantu OK, bukan satu jeeee) Cina tengah terbang-terbang. Dan selalunya salah satu hantu akan kejar krete aku, ikut kat sebelah. Masa ni lah aku bersungguh baca ayat-ayat lazim Quran. Selalu yang keluar ayat ALFATIHAH, ALIKHLAS & AYAT QURSI. Dan selalunya ayat-ayat yang aku baca ni macam SUSAHHH sangat nak keluarr dari mulut aku. Berat! Dan bila keluar, ayat dia macam tak clear. Jadi bila tak clear, ayat-ayat ni macam tak berkesan untuk halau hantu2 tu pergi. Bila jadi macam ni, hantu2 ni macam datang lagi dekat dan buat close up plak. Cuak la aku weii! Pastu aku makin usaha tenangkan diri dan cuba baca balik ayat-ayat supaya lebih LOUD AND CLEAR! Dan pada masa ni lah selalunya aku akan TERJAGA. TERJAGA DAN AKU SEDAR MULUT AKU TENGAH BUAT SEBUTAN AYAT2 QURAN YANG AKU TENGAH BACA MASA DALAM MIMPI TU, SAMBIL TERCUNGAP2, CUAK DAN PELUH2. LEPAS TU BILA AKU SEDAR JE, BARU AKU FAHAM KENAPA BACAAN AYAT-AYAT QURAN TU TAK CLEAR, SEBAB MASA KITA TIDUR, MULUT KITA TAK BUKAK PUN.

Dan aku rasa, kalau korang la yang tidur sebelah aku masa aku mimpi dan ttbe terdengar ayat-ayat Quran ni dengan bacaan yang tak berapa betul keluar dari mulut aku, korang akan cuak tak?


AND IT KEEPS ON REPEATING

Tolong aku! Hurmm...

10 comments:

Gloria Chola said...

basuh kaki sblom tido. baca ayat qursi 3 kali. insyaAllah tidur malam tak diganggu lagi dek mimpi ngeri. mimpi sekadar mainan tidur. tambahan bila badan letih.

Alynn Notnot said...

cba ambik wuduk seblom lu tido ;)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Najlaa in Horrorland

ceit,kau seram seram pun boleh tulis satu entri...

tapi jgn risau mimpi yang paling seram ialah kalau kau mimpi kena patuk ular atau gigi patah...

fndrocka said...

sebelum tido layan video lawak2 kat youtube dulu

Asrih Arif said...

org cakap jgn cerita mimpi buruk kat org lain... huhuhu

baca bismillah 21 kali.. then tido.. itu yg aku belajar... huhuu

rehat2 sbb mungkin ko penat bah tuh!!

Miss Ayda said...

fuh seram kot
aku jarang gler mimpi bla dah besar ni
time skola dulu je
or maybe aku yg xigt kot mimpi aku hehe
ko b4 tdo ko relax2 la dulu..jgn pk byk sgt..baca doa sume

un said...

uhuh..
amek la air wudu' b4 tdo...
tp slh satu tu ptt msk earlier entry la..yg wat kje gile,lari dr kebiasaan tuh..
masuk lif time org rmi,pastu gelak kuat2...hahahaha
msti best..

penyoo said...

horror..mungkin ko kene jumpe Mr prem lu explain kat dia ape yg ko mimpi..maybe dia mimpi sama gk..btw aku dpt bygkan muke mr prem tengah sepak pintu lif esp tang misai dia..ganaz beb!

Najlaa Raihana said...

emm insyaAllah mane2 nasihat and tips yg berguna tu akan aku buat sblum tdo...trime kasih semua..

dude said...

berat ni.