30 January 2010

Sekitar Hari Jadi

Aku menghabiskan hari jadi aku semalam dengan memandu di atas lebuhraya.

Tengahari semalam aku drive balik Penang dari Kajang. Lebih kurang 5 jam drive aku sampai. Itu sebab aku drive slow and steady. Kalau tak slow and steady, mungkin aku dah sampai dalam 3 jam lebih. Haha. Setakat ni, itu rekod terbaik aku.

Dalam pukul 5 petang aku sampai rumah sewa aku. Balik-balik je, salah sorang housemet aku bukakkan pintu dan terus nyanyi, "Happy Birthday to youu..., happy birthday to youu...happy birthday to Najlaa...happy birthday to youuu...!". "" Em bagus-bagus, pitching tak lari..." aku berkata dalam hati.

Dah letak-letak barang semua, housmet aku bagitau plan untuk malam tu. Nak pergi celebrate and pergi karaoke! Aku setuju je. Aku pun dah lama tak training vokal ni. Dah habis borak-borak, gosip-gosip kejap, aku masuk bilik aku tidur. Penat ah. Dah la malam semalamnye tu aku tak dapat tidur. 2 jam je kot aku tidur.

Dalam kul 8 aku bangun, siap-siap semua, 8.45pm kitorang gerak. Housemet aku lagi sorang dah tunggu kat Gurney Plaza dengan kawan-kawan yang lain. On the way nak pergi Gurney tu sesak nak mampus. Malam Thaipusam. Kira, tempat aku ni lebih kurang macam Batu Caves jgak la. Jalan utama nak pergi Gurney tutup plak. Terpaksa ikut jalan lain. Plan untuk karaoke terpaksa cancel sebab malam tu tak boleh dapat student price, dah tu tak dapat makanan plak.

Takpe, tak kisah. Kitorang pergi cari tempat makan yang agak-agak best sket, tapi banyak yang tutup awal. Last-last kitorang makan kat Kapitan belakang Gurney tu je...emm,takpe, tak kisahlah! Hehe, thank you korang!! Aku letak gambar je lah memandangkan aku dah lama tak sharing-sharing photos...er, dan satu video...


video
Sessi wajib ; Nyanyi lagu birthday lagi. takde lagu lain ke? =p


-action je ni, padahal api tak nyala pun -








Dah habis makan, kitorang pergi layan late night movie la plak. Citer Toothfairy! Ni lagi satu citer lawak. The Rock serius klaka! Pukul 2 pagi baru ingat nak balik rumah...hehe=p. Sekian laporan kali ini.

9 comments:

menteil said...

tak terlambat kot..
selamat ulang tahun cik najlaa oi..

Najlaa Raihana said...

ye masih tak trlambat lagi...trime kasih menteil!!

Kapten Luffy said...

eh. hepi besedy naj

Anonymous said...

happy birthday my dear. lawanya dalam gambar tu.

anon joe

Zulkifli Shawal said...

uih org penang ke.at least celebrate gak, best² :D

fndrocka said...

lagi mau komplen pitching

Najlaa Raihana said...

luffy - thanx

anon joe - thanx

zul - study kt penang, bukan asal sini pon...=)

fndrocka - dah sebati dlam jiwa..xleh nk buat ape

amal said...

rasa dah wish dah..

tapi takpe..nak wish lagi...

Happy besday kak najlaa...

Anonymous said...

Solar eneragy is the future for the planet.
[url=http://www.solarcourses.org/]solar courses[/url]