12 December 2009

Kelebihan Lelaki...

(...eleh, lebih sket jerr..)


Isk. Kalau aku cakap ni, aku takut golongan perempuan terasa pulak. 
Banyak kali dah aku pikir-pikir nak bagitahu ke tak menda ni kat blog. 
Tapi aku rasa apa salahnya kalau aku nak kongsi isi hati aku.
Orang kata, kalau lelaki boleh buat sesuatu menda tu, perempuan pun mampu buat jugak. Sebagaimana kata-kata pujangga, "Tangan yg menghayun buaian itu, mampu menggoncangkan dunia.."
Eh, tapi ada kaitan ke perumpaan ni dengan topik ni? Entah...merepek aku dah start keluar dahhh... 

Tapi sampai sekarang aku rasa ade satu benda yang tak pernah aku jumpa perempuan boleh buat dengan jayanya, sebagaimana lelaki buat. (korang paham kan ayat ni? kalau tak paham, sila hempuk kepala ke dinding 8 kali, tak lebih tak kurang)
Kalau perempuan cuba nak buat pon, benda tu takkan menjadi sangat. 
Aku sendiri pun rasa benda ni agak susah nak dibuat. 
Dan, kalau nak buat benda ni pun, perlu otak yang gila-gila, kreatif dan....spontan! Bukan perlu buat-buat, tapi perlu datang dari hati yang ikhlasss...

Sebab, yang menjadikan benda ni sebagai profession pon, boleh kata semuanya golongan lelaki..
Sampaikan, ada yang kalau letakkan ciri-ciri bakal suami pun, mesti mereka akan kata, "I, kalau boleh nak husband yang pandai buat *tuuuuut*". Ini telah membuktikan betapa benda ni terlalu dominan dalam sifat kaum lelaki. Aku tak pernah jumpa lagi lelaki yang cakap benda yang sama kalau letakkan ciri-ciri bakal isteri. Aku pon tak berapa nak faham kenapa ini terjadi. Sepertinya, benda ini cuma dapat diturunkan ke dalam baka dan gen-gen lelaki yang berkromosom Y sahaja...



Er, korang nak tau tak ape bendanya tu??




























..hurmmm buat LAWAK! (bukan lawak bodo)


- Ratu lawak tadek ke??-


p/s Kau rasa aku lawak tak?? Mestilah tak kan?? Cett...

12 comments:

blackz said...

aku rasa ade je ppuan yg klakar lbih dari laki

hisham said...

uwek....cis..kena aku...hehe..nice2..

Anonymous said...

hurmm...bagus jugak buah fikiran kau kali ni..kritis!huhu.apa yg aku sedar pun lebih kurg sama..perempuan yg dikatakan kelakar selalunya akan kelakar di kalangan rakan2 perempuan mereka sahaja..lebih dari tu sebenarnya tak.

pensyarah yg kelakar pun obviously adalah lelaki.org kata adibah nor kelakar...bg aku tak kelakar.

tapi aku ada gak sorg kwn perempuan yg kelakar..memmg kelakar yg jujur.cantik pun cantik jugak..eh tu cerita lain.

Narina Joe "Najo" said...

blackz - mmg ade...tp....macam xde....eheh


hisham - hah! pikir lain la nih...isk2...


fndrocksssta- mmg aku suka berfikir yg kritis pon. baru tau ke? tuh la...aku cakap kelakar ni dalam konteks orang2 yg bersifat slumber dan humor yg jujur...susah nk jumpa pompuan yg mcm ni....

Pocket said...

actually kat malaysia jer tak der pelawak yang buleh maju tersangat sangat,

kat negeri lain maybe ada..
kat jpung pun ada...
cuma satu perkara jer yg tak da...


pompuan yg lawa bagai tp lawak jgak.
sebab lawak selalu dikaitkan ngan ke'mampu'an utk buat muka lawak yg bangang:D

mulut jongang,
mulut herot,
kepit pengapit kat idung,
dan sebagainya :D

blackz said...

lawak mimik muka tu lawak slapstik...lawak yg terbaik lawak spontan...aku rasa aku ade tjumpe ppuan yg comel dan klaka...tapi x ingat la katne

Lovely Emy said...

hahahaha, suspen je.. igt kan nak cerita pasal apa la td.. :P

Anonymous said...

Aku rse ko lawak.Xcaya cuba tgk kalo ko gelabah...keh keh.

fynn jamal said...

bismillahirrahmanirrahim.

adapan saya fynnjamal dari puisitepijalan.blogspot.com ingin secara terbuka meminta kalian:

teman2 http://irinenadia.blogspot.com/ untuk meminta manusia tersebut untuk menutup blog beliau kerana terlalu banyak tulisan saya yang sekadar ditampal di situ.

saya terhiris dan terpijar.

bayangkan. air jiwa kamu dikreditkan atas orang lain. yang JAUH tidak tahu apa yang dikatakan.

kalau saya berbohong, datang dan maki saya.

012 2607359

Narina Joe "Najo" said...

pocket - hehe..sebab tu prmpuan susah nk jumpa yg spontan..sebab kalau spontan tu maksudnya hampir dgn menjatuhkan air muka sendiri....lain la kalau org tu mmg tak reti malu....


emy - thanx for commenting=) hehe...x berniat untuk buat org terpk yg lain pon sbnanye...cuma kebetulan..=p


anon - oit. apsal anon? eee aku sepak jugak nnt ko ni..keh keh=p


fynn - waa mmg tak sangka rupanya blog budak tu hasil ciplak jugak...padanla ayat nak gempak2 je...pdahal baru umur 17...baru nak follow blog dia sebab budak tu memang x dinafikan sgt2 comel...=) tp x sangka lak bleh jd cmni...hurm...

Ezad Kata said...

Sib baik sy kelakar..ekekek

A m a l said...

"tangan yg menghayun buaian juga mampu memetik gitar" = kak najla..