18 November 2009

Dunia Semakin Berteknologi...

...kerja-kerja pun semua dah jadi mudah. Kita tak perlu keluarkan tenaga yang banyak untuk buat sesuatu. Kita tak perlu habiskan banyak masa untuk membuat sesuatu.

Nak berbual dengan famili yang jauh, boleh guna handphone. Tak perlu drive balik ke rumah semata-mata ingin mendengar suara ayah dan emak. 

Nak berborak dengan rakan, boleh hantar SMS. Tak pun, kalau kedekut sangat, hantar je message guna YM/Facebook. (atau Friendster (?) wujud lagi ke mende alah friendster ni?). Tak perlu habiskan tenaga dan masa keluar lepak di gerai-gerai mapley. 

Nak basuh baju, guna je washing machine. Tak perlu berhabis tenaga memberus dan membilas.

Nak tukar chanel di TV, ambik je remote control. Tak perlu susah-susah bangun dan tukar manually. 



Tapi....teknologi juga banyak kesan buruknya. Salah satu kesan buruk telah berlaku pada aku sendiri. 


Begini.


Setiap kali keluar rumah, biasanya aku dah standby kunci kereta dalam genggaman. Jadi, pagi tadi aku peganglah kunci kereta seperti biasa selepas keluar rumah. Untuk ke kereta, kami perlu menggunakan lift. Perkara pelik di luar kawalan serebrum otakku yang telah berlaku ialah...


Beberapa langkah sebelum sampai di pintu lift, aku telah menekan butang hijau remote kereta. 












Ya, dengan harapan supaya pintu lift akan terbuka! 
(ler..padanla aku tekan, bunyi tak keluar pun...)









Adoihh. Malu sendiri. Jangan bagitau orang ek? Ni rahsia....!



5 comments:

Mayein said...

katanyer!

Narina Joe "Najo" said...

Mayein - apakah...?

Anonymous said...

HAHAHA
dah semakin berusia kamu

Pocket said...

tu bukan teknologi,
tu nyanyuk or simply your mind are flying elsewhere :D

tp lawak.. tekan button kat remote keter sambil duk maki hamun...
'alaaa apek!! lift kita rosak lagi laaa!!'

n the apek just went on and push the button 'V' (Button yg tunjuk arah bawah tu)

hehehehehe


technology membuatkan pocket tak leh hapal no talipon mak sndiri.

Narina Joe "Najo" said...

FCC - hehe bukankah itu normal?=p


Pocket - not nyanyuk...i'll take the second one =p hehe..lawaklah imaginasi yg mcam tu...apek sempoiii yg tak memerlukan teknologi~