11 October 2009

A Transgender, Prisoner and Heroin Chaser

Yes. This patient I met last Wednesday has all of the above. 3 in 1.

Sepanjang minggu ni, macam-macam jenis orang dah aku jumpa di ward. Tapi, highlight of the week ialah, seorang patient transgender yang juga merupakan seorang prisoner. Dia berumur dalam lingkungan 50s. Patient ni dah pun menjalani pembedahan Breast implant, face lift dan eyebag removal di Thailand dan Singapore. Dahsyat. Dan kalau bercakap tentang personaliti transgender ni, masing-masing sudah sedia maklum tentang sifat "keramahan" mereka. Betul kan? Mereka ni jenis yang rajin bercerita dan disebabkan gaya mereka yang 'menghiburkan', kita pun dengan tak semena-mena jadi rajin nak melayan. 

Actually, case dia bukan best sangat pon. Perforated Peptic Ulcer je. Tapi sebab dia 'lain dari yg lain' aku dengan kawan aku saja pergi clerk patient ni, tanya pasal penyakit dia. Hehe. Kami memang curious. Dan disebabkan dia merupakan seorang prisoner, sambil kami clerk patient tu, kami diawasi oleh seorang pegawai penjara yang bermuka garang dan bermisai. (Bajet je garang tapi last2 pegawai ni join kitorang bergosip pasal patient ni after habis clerking. Haha~)

" I buat breast ni yang mahal punya tau, bukan silicon tuu. Tengok, sampai sekarang cekang* lagi!" sambil membuat gaya tangan yang err...anda paham2 sendri laa. (cekang just simply means tegang)

"Macamamna you boleh jadi macam ni...?"

"Dari kecik lagi...."

"Parents and family you tak marah..?"

"Eyy...tak marah punyaa...I tinggai dengan family....takde apepe pun..."

"Dah berapa kali you masuk penjara yek?" aku cuba bertanya.

"Yang ni masuk 5 kali. I baru kena tangkap 2 hari lepas"

"Oo, boleh tau tak you masuk penjara sebab apa?"

"Sebab I ada Heroin laa. Memiliki dadah..."

Pegawai penjara tu siap explain lagi prosedur2 masuk penjara. Dia pun bagitau la, patient ni masih dalam tahanan reman. Kiranya, patient ni masih tak dijatuhkan hukuman la. Dia bagitau, selalunya dalam penjara, prisoner2 transgender ni ada tempat diorang sendiri. Tak campur la dengan prisoner2 lelaki yang lain. Agak-agak kalau campur, apa yang berlaku? Lu pkirlah sndrii~

Dia pun ada bagitau, memang majoritinya orang melayu lah. (memang expected pun). Yang perempuan budak-budak muda pun ramai. 

"Budak-budak perempuan melayu pun ramai. Ada muka tu tengok lawa-lawa, comel je. Kira, hati jantan ni kalau tengok memang terpikatlah...tapi tengok perangai memang tak senonoh..!" 

Rajin benar pakcik pegawai ni bercerita dengan kitorang. Sampai masuklah semua cerita kaedah2 sebatan sampai cerita tali gantung sehinggalah pakcik ni bertanya kitorang, "Korang ni bila nak habis belajar?" Kitorang pun jawab je la. 

"Sejuukk perut mak2 engkorang mengandungkan korang yek. Dahla muka lawa, belajar tinggi2 jadi doktor pulak tu!"

Eheh. Kami nak cakap apa lagi? Sengih je la macam kerang busuk kat situ...

Tetibe..



"Eh. korang tanya la dia, ada tukar yang dekat "bawah" sekali tak??"

Err. Pakcik pegawai ni pulak yang terlebih curious yek...

"Emm, takde lah kot. Dah tanya pasal previous operation tadi. Kalau ada, mesti dia dah bagitau awal-awal dahh..." kami menjawab.




Dah habis clerking patient. Lantas aku terfikirkan sesuatu....patutkah kita bersikap judgemental kepada golongan ini...? Macammana nak approach atau betulkan mereka? Dari sudut agama? Psikologi? Hurmmm~


p/s Ujian telinga hari ini. Cuba teka lagu yang aku cuba mainkan ini. Ni cuma intro lagu je. Intro lagu yang FAIL yer. Jadi kalau korang jawab betul, korang memang superb lah!

video

13 comments:

Fatt Chin Choy said...

halooooo

kalau memiliki dadah kan hukuman gantung hukumannya?

pasal lagu tu... aku belum dengar tp memang aku x tau pasal lagu..

dengar jap

Fatt Chin Choy said...

oh ya

biasanya transgender ni tak buang yg bawah sebab takut menyesal

ada yg dah buang memang menyesal gila ah

err... ini aku terbaca kat mana ntah ttg pengakuan beberapa org transgender ni

Pocket said...

mana dapat tab!?
tingin sangat pocket nak ber'guitar' balik, tp tergendala ngan kelemahan kat mencari sndiri chord lagu melayu, so kalau ada sumber Tab yg besh besh, maybe ada la semangat sikit nak main balik.

pocket pun ada sorang transgender yg pocket kenal, dia takkan ubah yg bawah kalau tak berfungsi sebagai pembikin zuriat, so another 50 years of medical research lah kot.
Ubah mereka?
nasihat offended them, tried a few time, memang tak jalan, kna cari jalan lain kot.

Here without u - 3DoorsDown

Knicher Sc. said...

trasngender/transvestite..

as far as i know, kalau buang bawah, orang tu boleh jadi gila. sebab yang dibuang adalah testis, testis ni menghasilkan testosteron. benda2 hormon ni ada sangkut paut kat sistem otak...kebarangkalian untuk jadi gila tinggi, kalau tak gila pun, pelupa...suka buat benda pelik2. tak waras kot. aku rs kau doktor, lagi tahu banyak hubung kait dia.

memiliki dadah rasanya tak kena hukum gantung. yang gantung tu, pengedar dadah.

semua org,rakyat Malaysia, tak perlu discriminate dorang. nanti buat dorang rs isolated...lepas tu mula cari duit guna jalan singkat. selagi mereka bernama manusia(tak kisah background mereka, gay ke TS ke)..layan saja macam manusia.

chill!

Ftn Fth said...

macam best jadi doctor.
;)

fndrocka said...

kau buatlagu sendiri ke najlaa,,bagus...bagus..

jadi doktor mesti kau akan tengok macam2 hal kan kan kan

oklah aku teka..lagu maha karya cinta..huuuu

Najlaa Raihana said...

FCC- kalau memiliki dadah tak semstinya hukuman gantung. Selalunya diorang ni kena tangkap sebab serbuan polis pegi club2 tu..Pegawai tu pon ada bagitau, kalau macam kes ni selalunya penjara dalam 6 bulan cmtuh...

Pocket - cuba try site ni untuk dpt tab lagu melayu: http://gitar-chords-zek.blogspot.com/

Takpun, cari dekat 'ultimate-guitar.com' tapi lagu melayu tak banyak la. Personally saya selalu belajar kat youtube. Kena tgk sndri camne diorang petik guitar. Tapi, yg tak bestnya, lagu melayu memang susah nak carik..

Hehe untuk jawapan lagu tu...saya akan bagtau nantiii~

Najlaa Raihana said...

Knicher - memang testosterpn ada kaitan ngan brain function lelaki pon. Ada studies cakap low level, boleh mnyebabkan alzheimer. Tapi, aku sndri tak sure how significant it was to the function of brain.

Tuh la...tak smestinya hukum gantung...but aku rasa depends jugak on how much the drugs weigh? Kalau banyak...ada kemungkinan kena hukum gntung kot..ntahler..


Ftn - memang menarik..=)


Fnd - bukan lagu sndri ar...adeh...
jawapan aku bg nnt...

jalak lenteng said...

lagu 3 doors down ..

kat Utara bnyk golongan nih..slalu kejar aku..buat2 bunyik burung la dpn aku..

rimas I taw~~

ako said...

Dunia...dunia...
Coobaann...
Transgender 2 org mana naj??

Ezad said...

Haha biasalah transgender nih, kat Malaysia jek cam xbiasa..ekeke, sy pun teka cam diorang Here Without U.. :p

p/s : Mula2 ingat cam lagu Creed - Six Feet From The Edge

Najlaa Raihana said...

ako - transgender tu org malaysia la...but he's a chinese guy ( err....or should i say lady..??=p)


jawapan perah telinga : Here without you-3 Doors Down. Sape yg teka betol tu mmg gempaq la...=)

jalak lenteng said...

aku teka betul tau...