05 September 2009

Kehidupan Minggu Ini

(AMARAN - Posting ini hanyalah bebelan kosong tentang kehidupan aku minggu ni. Mungkin tiada manfaatnya bagi anda...haha )
Salam. Agak lama tak update. Sedikit busy dengan kehidupan di hospital dan kolej. Boleh kata hari-hari jugak aku keluar rumah around 8am, sampai rumah dalam pukul 6 lebih. Sebab setiap kali habis kelas, mesti akan singgah di bazar Ramadhan belakang hospital. Bazar Ramadhan la sangat kan. Kalau nak banding dengan bazar Ramadhan dekat Bangi tu, memang bagai langit dengan bumi bezanya. 

Setiap hari aku beli juadah yang berlainan untuk berbuka. Dan sekarang, aku dah takde pilihan. Rasanya semua gerai pun aku dah try. Yang tinggal cuma gerai jual kebab, char kuey tiow, pesembur dengan ayam kepak madu. Yang menunya macam tak sesuai untuk dijadikan menu utama buka puasa. Gerai kuih-muih pun macam tu. Setiap hari aku try kuih-muih dari gerai yang berbeza. Tapi last2 memang ada satu je gerai yang jual kuih sedap. Yang lain semua macam tak letak gula. Agaknya sebab gula kena catu kot. Bersangka baik....(kunun)

Banyak betul aku komplen. Padahal nak masak sendiri malas. Kalau nak banding dengan mangsa-mangsa gempa bumi dekat Kepulauan Jawa tu pon, aku memang sangat-sangat beruntung sebab masih ada rezeki yang banyak depan mata. Aku harap, lepas ni aku tak akan banyak komplen lagi. Telan je laa.

********************************************

Dengan berakhirnya EOR (end of rotation) assessment aku semalam, maka tamatlah medicine rotation aku untuk semester ni. Sayangnya nak tinggalkan rotation ni. Sebab ini adalah rotation favourite aku. Lepas ni nak kena masuk Surgery pulak. Aku harap aku tabah mengharungi segala 'dugaan' dan 'cabaran' yang bakal ditempuhi. Huhuhu~

Masa assessment semalam, mula-mula je dah ade problem yang menyebabkan aku agak tak senang hati. Dah sampai hospital baru aku perasan yang aku lupa nak bawak assessment marking form. Ya Allah, baru je pagi tadi aku print out before nak pergi hospital tu, camne boleh lupa pulak nak ambik benda yang paling penting sekali setiap kali ade assessment! Takpe lah, nak buat camne. Nak call groupmates tanya kot-kot diorang ada bawak extra forms pun macam dah tak sempat. Pasrah je la. Aku yakin mesti ada penyelesaiannya. 

Aku diasssigned untuk clerk sorang patient ni. Mula-mula je aku nak confirmkan nama. Takut tersalah patient pulak susah aku nanti. So, aku tanya nama, "Sir, may I know your name?" dia pun jawablah. "^**&^^%%". Yang pasti, aku tak faham apa yang keluar dari mulut patient tu. Patient tu ada hoarseness of voice!!! Arghhh, lagilah tensen aku dapat patient macam ni untuk assessment aku pulak tu! Macammana aku nak faham apa dia cakap, and kalau aku tak faham, macammana aku nak diagnose patient ni!!

Takpelah, aku try je tanya, and sambil dia jawab tu, aku memang kena tengok gerak mulut dia dengan amat cermat dan alert sekali. Dan untuk beberapa soalan lain, aku terpaksa tanya berulang-ulang kali sebab untuk clarifykan something. Nasib baik patient tu baik. Dia pun faham aku ada problem dalam memahami percakapan dia. Last-last, aku tak sempat nak habiskan physical exams sebab doktor dah datang and nak suruh aku present the case. Gelabah gila aku. Dah la form tak bawak. Arghh...

"OK give me your assessment form..." doktor tu cakap. 


"Aaa, that's the thing, doctor. I've printed out the form but I forgot to bring it over...." aku jawab sambil buat muka kesian.


"What? How come? Ahh, nevermind, nevermind...how bout your other friend? Did she bring the form?"


"Yes, yes she did. I'm gonna ask her now.."

Doktor tu pun amik la form kawan aku tu untuk buat reference. Markah semua dia tulis manually je la, dah aku tak bawak formal form kan. Nasib baik. Doktor tu pun tanya tanya dan tanya pasal patient tu, aku pun jawab, jawab dan jawab. To cut short, everything went well laa. Phewwh~ Tak sesia aku stay up all night long. Hehe...dasar suka study last minute! 

-Ni time bedside teaching; aku tengah cuak, ready untuk case Haemato-

p/s Semalam aku tengok Final Destination kat cinema. GORY gileeee~ trauma kejap aku lepas tu...=p

p/s Next week= Seberang Jaya. Next 2 week= Taiping! Ohh~(=.=')

OK tu je. Babai (eh,tetibe) 

12 comments:

Jard The Great said...

ooo.. keje kat hospital ye.. mesti selalu pakai mask neh.. ehehe

Najlaa Raihana said...

a'a la jard. hari2 kena p hospital, tp bukan keje... utk belajar..=)

Azah said...

alaa...
takutnye nk naik clinical year...

Azah said...

alaa...
takutnye nk naik clinical year...

Monkey D Luffy said...

ada student doktor cakap bhgn syrgery lg susah

semoga ko sukses ler

Anonymous said...

haha...bz btol dia nih...
well..gudluck & take care then! (",)

- eL NiNo™ -

atok said...

adoi arytu plan nk tgk fd x jd la pulakk.
bilo la nk g tgk neyh. eheh

TUN said...

kna byk bersabar.haha

TUN said...

smlm baru tgk cte final destination.sy bagi 5 bintang sebab kematiannya ngeri giler

Najlaa Raihana said...

azah - ala..lepak jer...~ huhu

luffy - susah same je susah dgn yg len...cuma surgeons yg mengerikan!

Adry said...

Owh... sabar sabar... moga berjaya..

ako said...

Bebelan ke keluhan naj??
sabar2...
Dtang taiping roger laa,kta p pekena yong tau fuu.. =)