23 August 2009

Ramadhan Datang Lagi...!

Salam! Selamat Berpuasa!

Alhamdulillah...setakat ni aku tak ponteng puasa lagi. ( Ceh baru 2 hari ko dah nak kecoh ek Najlaa. Diam-diam sudah..). Tadi aku timbang berat badan, wahh dah turun 2 kg! Kalau 2 hari pun dah turun 2 kg, agak-agak kalau sebulan aku jadi macammana ek nanti?? Boleh tak sampai jadi macam ni..?



-aku google search 'puasa' tetibe dapat gambar ni. apa kes?-


Eheh. OK ok. Bulan puasa kan, tak baik menipu pembaca.

OK. Serius. Serius.


Aku rasa macam nak kongsi tips untuk menahan puasa dengan berkesanlah kat sini. Tips-tips ni mungkin nampak remeh tapi keberkesanannya terbukti! Tak caya, korang boleh try lepas ni ok? 

1) Untuk mengharungi seharian berpuasa dengan kesegaran maksimum dan kelembapan kulit serta bibir yg berterusan, pastikan semasa sahur anda minum air kosong banyak-banyak. Biar sampai kembong perut pun takpe. Tapi, janganlah sampai orang ramai pun konfius antara wanita mengandung 9 bulan dengan diri anda sendiri. Itu memang melampau!

2) Pastikan emosi anda stabil sepanjang berpuasa. Emosi dan tekanan boleh menyebabkan anda kehilangan tenaga dengan pantas. So, buat-buat cool je kalau anda rasa tak puas hati dengan seseorang...ini juga boleh menyemai sifat kesabaran dalam diri..

3) Jangan layan bunyi 'keroncong' perut. Lagi anda fikir tentang bunyi perut tu, lagi lah anda akan rasa lapar. Sebaliknya anda boleh gantikan bunyi perut itu kepada muzik-muzik berirama pantas sambil menyumbat earphone ke dalam telinga. Er, tapi, bukankah lebih afdhal mendengar nasyid..? eceh..tetibe je..

4) Buat kerja seperti biasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda bermalas-malasan. In fact, dengan membuat kerja ni sebenarnya boleh melencongkan pemikiran anda daripada asyik memikirkan tentang 'lapar' dan 'makanan apa aku nak beli untuk berbuka nanti ye..'. Yang paling best, bila habis kerja, sedar-sedar je dah masuk isyak.

5) Tidur seharian. Tapi yang tak bestnye sampai ke sudah la anda tak akan tau apa itu erti sebuah "PENGORBANAN" dan "KESUSAHAN"...fikir-fikirkan...=)



SELAMAT BERAMAL!



p/s Rupa2nya penimbang berat tu memang ada error 2kg daa...kecewa ah...

13 comments:

Firus Ruhaizad said...

nasib penimbang tu rosak..klu x,masuk je hari ke 30..konfom2 awk dah macam dlm gambar tu.haha..

Miss Ayda said...

ahaaa ko ni sgt kelakar la
aku xrs ko akan turun berat smpi begitu skali so xyah risau la..
kita kn pny habit mkn yg best tp akhir2 ni aku krg selera mkn la xtau apsal

Narina Joe "Najo" said...

firus - bagus gak jadik camtu...hakhak~


aida - itula...aku pon xde selera nak makan...huhu~ kena g bazar ramadhan kt bangi baru terbukak selera kot..=p

Adry said...

Salam ramadan... slamat berpuasa najlaa...

kalau sehari turun sekilo... 30 hari 30 kg... haaha... dahsyat... nasib penimbang tu rosak... kalau tak huhu... tak comel da... wah!

oh ye.. najlaa.. e-mail saya alamat awak... nak balas kad raya tahun lepas... hantar kat adrysabry@yahoo.com ek... thank you!

Jalaks said...

selamat berpuasa ye najlaa...

fndrocka said...

kalau 2 hari 2 kilo..30 hari terus KO.penimbang tu memg sengaja dirosakkan utk dijadikan penyedap hati.

Firus Ruhaizad said...

nak jadi macam tu ke??heheh.ok je..i tetap setia u!!..eh saya pon nak anta kad raya gak!!!!:p

Miss Ayda said...

bazar ramadhan kt bangi?
hehe yg msk tv tu ke?
rancangan shamsul ghau ghau tuh
bangi seksyen bape ntah
leh je jom2 nti ;)

ada van de kamp said...

besnye kurus cmtu! hahahaa

slm ramadhan kak najlaa! ;))

atok said...

boley gune tip nie ta?
tdo jee.
haha

Azah said...

Selamat puasa Najlaa...

BuDakHutaN said...

aiks .. Agenlina Jolie tu... kesian dia..posa jugak kot.. hahaha
Salam ramadhan :)

Narina Joe "Najo" said...

adry - dah hantar email..=) tq yer!

jalak - selamat pose jugak

fendi - mungkin yer...

firus - hanta je la...hanta by hand pon boleh. dh tau umah kan=p

aida - jom2!

atok - gune la kalau x malu..=p

adawiyah, azah, budakhutan - salam rmdhan!=)