09 August 2009

Seperti Apa Hidup Ini...?

Dalam hidup ini kita perlu sentiasa pandai cari peluang...
sama seperti cara kita memandu kereta, menyusup perlahan-lahan di celah-celah kereta yang ramai, dan menjadi sebati dalam satu laluan...


Dalam hidup ini perlu ada keinginan...
sama seperti bila kita berada di atas bas, lalu terlihat seseorang memegang buku, hati kita jadi betul-betul ingin tahu buku apa yang dibaca orang itu..? lalu kita pura-pura menjeling berharap agar sifat curious itu tidak terlalu obvious... 


Dalam hidup ini kita perlu pandai membuat keputusan sendiri...
sama seperti kita bersendirian di meja pangkah undi, berkira-kira parti/individu mana yang harus kita pilih...?


Dalam hidup ini perlu ada sabar...
sama seperti setiap kali menaiki tren komuter di waktu puncak 5-6.30pm...berharap agar setiap kali tren berhenti, lebih ramai yang akan turun dari yang akan naik...


Dalam hidup ini perlu ada pegangan...
sama seperti bila kita tercampak jauh dari semua orang yang kita kenal, adakah kita akan lakukan yang sama atau berubah menjadi orang lain sama sekali?


Dalam hidup ini perlu ada keyakinan...
sama seperti bila kita memandu ke satu tujuan yang tidak pasti...kita tetap yakin kita pasti akan sampai ke destinasi (atas bantuan signboard)...


Dalam hidup ini perlu ada keberanian...
sama seperti setiap kali kita memulakan sesuatu yang baru, di hadapan orang ramai...


Dalam hidup ini perlu ada cinta...
sama seperti...
kita tidak pasti atas sebab apa, tapi kita sentiasa ingin dia berada di depan mata...



- hidup ini memang SEDAP!, InsyaAllah esok masih ada...-

12 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

dalam hidup ini juga kita perlukan sokongan...xsemestinya sokongan itu berbentuk dorongan.boleh juga berbentuk kutukan asalkan tidak berlebihan.jadinya aku akan sentiasa memberikan ko sokongan berbentuk kutukan dengan harapan ko akan jadi manusia yang lebih baik.keh keh

Knicher Sc. said...

yg last tu je signifikan post ni. haha.

Najlaa Raihana said...

razi - terima kasih je la kt ko...tp niat tak menghalalkan cara...hehe..betol ke perumpamaan aku ni...


knicher - huhu. mestilah...ending kena berkesan, barulah org nak baca pon sedap. tp, ni sapa..?

Hafizatul Akmar Hussin said...

najla, kt still kt hospital taiping ke? berapa lama kt sana. erkk. rendunyer nk balik kg halaman. hehe

Najlaa Raihana said...

hafizatul - laa kampung kt teypeng ka...? heh...xdela..skang dah balik penang...tp duk taiping tu memang best lah...hehe..hilang stress sket...

Monkey D Luffy said...

aha! ada lagi

hidup ini kena ada mcm2... kalau tak ada tak apalah... nak buat camana kan?

ijad said...

dalam hidup ini perlukan komen kan...

dianaRahmanO said...

ayat last terbaik. sampai pun point entry ini. ekekekeh.

da bomb la kamu wahai adek najlaaaaaa... :D

ako said...

life love...love life!!

Najlaa Raihana said...

luffy- hehe..apakah..?


ijad - perlu jugak...bagi yang mmpunyai blog...


kak D - ohh kakak D ni suka macam ni tau...~ malula i...wakaka =p

fndrocka said...

Dalam hidup ini perlu ada makan-maka..barulah boleh teruskan survival..lapar dah ni..selamat berbuka

amran said...

hidup ini satu perjalanan.... langkah harus kehadapan dan pastikan ianya di lorong yg betul