15 May 2009

Memang "KACIP"!

Mari, aku perkenalkan lagi satu buku keluaran Sindiket Sol-jah. Kalau dulu, buku yang bertajuk penuh kontroversi "Perempuan Simpanan" dah pun aku perkenalkan, sekarang buku yang bertajuk "Kacip" pulak, hasil tulisan blogger Pipiyapong.


-Dont judge this book by it's cover. haha.-


******************


Petang tadi, aku naik bas dalam perjalanan pulang dari Sg Nibong ke rumah aku di Kajang. Dengan ini, aku secara tak sengaja telah mengisytiharkan pemontengan aku ke kelas untuk hari Jumaat. Sebenarnya, ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Sebab tu aku perlu pulang petang Khamis ni jugak-jugak.

Selalunya, aku memang akan pegang buku kalau travel/bergerak pergi mana-mana. Tak kisahlah buku apa. Janji sedap baca. Jadi, buku KACIP yang aku dah dapat seminggu lepas inilah yang berada di tangan aku sepanjang perjalanan ni.

Melihatkan pada tajuk, mula-mulanya aku langsung tak dapat idea buku ni ditulis berkenaan apa? Aku fikir, mungkin penulis ni naik gian bercerita tentang khasiat Kacip Fatimah. Tapi, tengok kulit buku takde gaya langsung penulis ni nak cerita pasal mende alah tu. Aku pun tak berminat nak tau kot.

Secara ringkasnya, bolehlah aku cakap, hampir keseluruhan cerita dalam buku ini, datangnya dari pengalaman penulis ini sendiri. Tak sangka, rupa-rupanya si penulis ni asalnya dari kampung aku jugak. Benta & K.Lipis, Pahang . Jadi, cerita-cerita dalam ni aku boleh relate jugak sikit-sikit. Dan loghat daerah yang digunakan dalam buku ni pun aku sangat-sangat faham.

Betullah orang cakap, "ijazah terbaik datangnya dari jalanan" yang merujuk kepada pengalaman hidup susah senang dalam kehidupan...

Buku ni beh pepalih! (buku ni best sangat2!)

Memang "Kacip"!





p/s sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa "kacip"?

p/s rasanya masih ada peluang untuk anda order buku ni secara gaya pos...di sini!

p/s bila sindiket soljah mau bagi aku komisen promo buku-buku diorang nihh...~

p/s eyh banyak pulak p/s aku ni..

11 comments:

Anonymous said...

knapa kacip?

kacip=ngam=when things go 2gether nicely(amir muhammad)

see?nmpk kaitan nya?;p


-dumaji-

A m a l said...

betul2...

normally budak2 pahang always relate the term 'kacip' with 'kamcing' or 'chemistry'....

macam member2 satu kepala/bulu...

sekian..

Narina Joe "Najo" said...

dumaji - hahah..my bad la kan tak baca artikel tu dulu...


amal - oh, gituu...=)

ako said...

kekacipan...sape x gan kacip naj??

Narina Joe "Najo" said...

ako - sukar difahamii...

Anonymous said...

hahah.i'm not saying anything ;p

-dumaji-

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Hahaha. Terima kasih.

k.y.R.a® said...

Laa, nak pinjam bleh? :p

Narina Joe "Najo" said...

pp - sama-sama...hee =p


kyra -boleh2 no hal punye..

Matt Razin said...

salam.

hi awak.
dah habis baca ke buku ni?

ada rasa nak jual tak?
saya nak beli. lama dah cari buku ni.

:(

Matt Razin said...

salam..

hi. awak nak jual buku ni tak?
dah lama saya cari buku ni.

pls..pls..

013-6899645