09 May 2009

Ada 3 Jenis Semuanya...

Seingat aku, pernah sekali tu, aku menonton satu siaran drama melayu di TV. Ada satu statement yang agak menarik minat aku.


" Dalam hidup ni, kita perlu berkawan baik dengan 3 jenis orang. Satu, PEGAWAI BANK, satu PEGUAM, dan satu DOKTOR...".


Sebabnya, dalam hidup ni kita tak boleh lari dari 3 unsur ni. KEWANGAN, UNDANG-UNDANG/JENAYAH & KESIHATAN. Jadi, kalau kita dah ada close contact dengan orang-orang ni, senanglah nak hidup beb!


Tapi, sampai sekarang aku masih tak rasa relevennya kenyataan ni dalam hidup aku. Mungkin satu hari nanti, ya. Tapi yang pasti, bukan sekarang.

Kalau nak diikutkan kehidupan aku sekarang, masalah kewangan bukanlah masalah utama. MARA bagi duit. Perbelanjaan pun untuk tanggungan sendiri. (Aku masih belum berkahwin ya, harap maklum). Sentiasa juga, mama & papa menjadi sumber aku meminta duit...hehe...

So, tak perlulah aku susah-susah cari seorang pegawai bank pulak kan?


Bercakap soal undang-undang dan jenayah, aku langsung tak ambik peduli. " Tak ambik pot ", kata budak-budak remaja sekarang. Nak cari peguam untuk pertahankan diri? Salah apa sangat yang aku pernah buat? Setahu aku, kesalahan undang-undang yang paling besar setakat ni, ialah.......emmm....apa hek?...haaa! langgar lampu merah!

So, peguam pun tak perlu aku cari...


Doktor? Aku sendiri insyaAllah akan jadi doktor....so, no further explanation needed. Haha~ (Err, jangan lupa doakan aku berjaya jadi doktor...)


Aku boleh terima kenyataan ni, cuma aku rasa perlu ubah sikiiiitt jek...supaya masuk dengan kehidupan dan jiwa aku sekarang, yang sentiasa meliputi unsur-unsur berikut:



-makan lunch at Chilli's; mahal superr!-


- makan lagi dekat area Bayan Lepas -


- Demi kereta tercinta, aku hantar untuk cuci, vacuum, polish and wax= RM80! -



- One day nanti mungkin kereta aku akan masuk bengkel jugak, mau makan ratus-ratus jugak tuh..!-


Jadinya....


" Dalam hidup ni, kita perlu berkawan baik dengan 3 jenis orang. Satu, MEKANIK KERETA, satu PENGUSAHA RESTORAN, dan satu DOKTOR...".


Sebabnya, hidup aku sekarang dikelilingi dengan unsur kereta, makan makan makan dan kesihatan! (wajib ada)...

Logik kan..??












Aaa....tapi, mungkin boleh tambah lagi satu kottt....











....TAUKE KARAOKE RED BOX...!! WOAHAHAHAAhahaha~ =P



Lastly,
HAPPY MOTHER'S DAY, MAMA! AND TO ALL MUMS AROUND THE WORLD~=)

20 comments:

Azah said...

satu lagi tertinggal...kwn ngan pilot..nnt nk fly mane2 dpt diskaun...

kekeke,,...

♥.misz luna.™ said...

haha..


btul tu..
tepat skali..
ehehe..

amal said...

satu lagi akak kena kawan ngan budak premed...

sebab apa?

mana tahu bulan 9 ni nak minta tolong kirim salamkan member2 kat dublin ker senang...haha...

p/s-akak, jangan buat2 lupa...saya tunggu akak di cafe sampai pukul 8 malam, takde pun muncul2...rupanya akak pergi lunch di chilli's dan dinner di bayan lepas...

saya mahu pinjam akak punya 'perempuan simpanan'...tulunglah, saya merayu...saya sanggup belanja akak pau kacang di cafe semata2 tuk melihat kulit depan buku itu sahaja...

Najlaa Raihana said...

azah - wah, logik logik...boleh la jadi yang kelima! haha..


amal - haha ye la tuh. ingatkan kawan ngan budak junior boleh pow duit korang.

serius nak pinjam? boleh je. tapi buat la appointment. bila nak jumpa n dekat mana? klu nk senang, jumpa time lunch hour kt cafe je. ok? lpas tu boleh blanje lunch sekalik, x gituu..??

amal said...

ok2..

saya blanja akak lunch bulan depan k?

before that nak tanya, buku tu best sangat ker kak?

saya jumpa akak kat cafe next month k?

lepas saya exam...

P/s-ey, tak sabarnya nak ber'perempuan simpanan'..

Anonymous said...

mmg kena kawan baik ngn byk jenis org kat seluruh dunia nih.....tp jgn salah pilih suda...kot2 ter"kawan" ngn penyangak ke...kan ssh...haa..lu pikirla sndrik..

p/s(pompuan simpanan??)-
ak masih tertanya2,best kah ber"perempuan simpanan" tuh...hmmm...biar masa yg menentukan..wahaha....

-joe™-

Von said...

aku beli kacip dah. ko nak tak? klu dh order, nevermind. ;)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Owh...ko kawan dgn aku xikhlas rupanya...sedihnya.Dunia~

Soalannya:Apakah jenis aku?

a)Pegawai Bank
b)Peguam
c)Doktor
d)Mekanik keta
e)Pengusaha kedai makan
f)Tauke karaoke

Najlaa Raihana said...

amal - ok, harapnya x bz tyme tu. sebab mid jun kitorg lak nak xm..best of luck for ur xm...=)


joe - mmgla...sape nak kawan ngan penyangakk...


von - aku dah dapat kacip kemarin...hehe...=p~


razi - apakah jenis kau? kesemuanya pon bukan...jadi, ikhlaslah aku kawan ngan ko ni..

Von said...

nasib baik tak beli, suh pp tulis kata2 sket. baru nak buat romantik. tak jadi.haha.

Najlaa Raihana said...

von - tuhla, aku beli PS haritu from Jebon, aku request dia buat personal notes and signature untuk aku. yg kacip ni aku beli dr dealer dia, so x dpt nk request from ppyapong sndrik...heh~ tp takpalaa asal dpt sign ckupp...

ako said...

hahaha....
Ako pn da partime jdi mekanik!
Kwan P'yangak pn kna ada jgk...
sume kejadian da sbbnya...
xsmtinya yg putih 2 bersih...

atok said...

waaaa.
doc pandai karok laaa.
ngehe.

Najlaa Raihana said...

ako - oh yeke...still takleh terima kawn ngan penyangak...heh


atok - mestila, kami manusia biasa juge..

ako said...

itu laa lumrah idup naj...xda sape mntak lahir jdik p'yangak...
tpi d'sebalik topengnya sape tau...renung2kn...

Anonymous said...

cuba kawan dgn jutawan..kahwin la senang,huh,sume dapat..

Najlaa Raihana said...

huhu, anon ni jutawan x? nak kawan boleyyy...??=p

Anonymous said...

ahah..someday,i will =)
but for me,berkawan biar la beribu..aite?life is like an adventure,meet new people,learn new things..tambah2 medic student like u,in real life,i'm pretty sure,u'll meet lot of people..orang kaya pon sakit kan..hahah


-dumaji-

adawiah.zaini said...

nak kawan ngn tauke kedai makan jgk! tp xpnh knl pon. huahaha

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus