05 September 2008

Kenapa Saya Suka Tarannum..?

Assalamualaikum,

Bulan-bulan puasa sekarang ni, elok jugak ye kalau kita dekat-dekatkan lagi diri kita dengan Al-Quran. Tak kiralah apa bentuk ibadah sekalipun yang berkaitan dengan Al-Quran, sama ada mendengar bacaan ayat-ayat suci, membaca ayat-ayat Quran, bertadarus, menghafaz, mempelajari tajwid bacaan atau berTARANNUM.

TARANNUM; biasa tak anda dengan perkataan ini? Tarannum maksudnya seni bacaan berlagu Al Quran. Video yang aku nak kongsikan ni merupakan satu contoh bacaan berlagu Al Quran oleh Yasir Syarqawi ( Qari Mesir ). Yasir ni merupakan salah satu Qari yang aku minat sangat. Bacaan dia...MasyaAllah...anda dengar sendiri yer. Selain Yasir, aku juga suka dengar bacaan dari Sheikh Mustafa Ismail & Dr.Nuaina.


Boleh juga klik sini untuk lihat video.

Sebenarnya dulu aku ada belajar jugak Tarannum ni dengan bergurukan seorang Ustaz. Tapi belajar tak habis. Aku start belajar masa umur aku 10tahun. Aku pun tak pasti apa yang menyebabkan aku mula berjinak-jinak dengan Tarannum masa tuh. Mungkin dah minat sejak kecil + kebetulan dah ada peluang. Setelah bakat diasah, aku start menyertai musabaqah tilawah Al Quran peringkat sekolah masa umur 12 tahun. Kemuncaknya ialah aku berjaya melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan untuk kategori Sekolah Rendah (1998).

Setelah masuk Sek Men, aku dah tak join lagi kelas-kelas tarannum dekat surau. Keadaan pada masa tu sebenarnya yang tak mengizinkan aku untuk teruskan pengajian. Tapi bila ada peluang untuk join pertandingan, aku tetap jadi wakil sekolah. Ada juga cuba nasib masa Tingkatan 2 dan tingkatan 4. Namun, percubaan aku tak berpihak pada aku. Paling tinggi pun sampai peringkat Daerah jee...



Banyak sebenarnya cerita aku dengan dunia Tarannum ni, especially time kecik-kecik dulu laa. Sekarang ni aku just dengar dari kaset-kaset dan kadang-kadang ulang tausyeh-tausyeh yang ustaz aku ajar dulu. Sayangnya ilmu ni kalau aku lupa semuanya. Sebenarnya kalau nak ikut, Tarannum ni ada banyak tausyeh ( jenis lagu ). Aku dulu sempat belajar tausyeh Bayyati, Soba, Hijaz, Sikah, Nahawand dengan Rast je. Kalu tak silap ada 2 lagi common tausyeh yang aku tak sempat belajar, iaitu Ajam dan Jiharkah. ( refer pada video )

Kalau anda tengok video Yasir ni, dia ada baca untuk setiap tausyeh ( atau orang Arab panggil maqam ). Dan anda juga akan dapati untuk setiap tausyeh tu ada bacaan peringkat 'Jawab'. Disebabkan aku belajar tak habis, aku tak pastilah betul ke tak, tapi aku rasa kalau ada 'Jawab' maksudnya bacaan itu merupakan bacaan yang paling high-note untuk setiap tausyeh ( selalunya untuk dijadikan penutup setiap tausyeh sebelum tukar tausyeh lain). Kalau aku la kan, aku paling suka tausyeh Bayyati, Hijaz & Rast.

Kenapa aku suka dengar Al Quran dengan tarannum? Kerana.... aku adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Dalam hati juga letaknya Iman. Manusia mana yang taknak berusaha nak memperbaik tahap iman masing-masing, ye tak? Aku ni pun, bukan baik sangat. Dengan mendengar bacaan Tarannum inilah salah satu cara yang membuat aku berusaha mendekatkan hati-jiwa kepadaNya.

Aku dengar & hayati lagu tegas...penuh keyakinan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu sedih penuh rayuan ...memohon keampunan kepada Tuhan
Aku dengar & hayati lagu berentak kegembiraan ...memuji-muji kesyukuran akan kebesaran Tuhan
Dan berbagai2 lagu al Quran lagi....
Seni Tarannum itu penuh dengan keindahan!

Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku bila mendengar al Quran dengan berlagu! Especially bila dengar time tengah-tengah malam, pasang kuat-kuat dengar guna earphone...=) Dan... Aku lebih suka menjiwai yang tersirat dari yang tersurat...

Hurmm...Pernah tak anda rasa macam apa yang aku rasa....?

29 comments:

Anonymous said...

nak bertarannum ni perlu faham arab ke? ye lah..contohnya kalau baca surah sekian2..ceritanya sedih..lagu kita pun lain skit..surah ni berita gembira..nada kita high skit. Perlu ke memahami isi kandungan?

Anonymous said...

wah! tak sangka awak pandai bertaranum. itu sgt bagus. nabi sendiri menggalakkan umatnya membaca quran dgn tajwid yg betul dan bertaranum kalau mampu...

Anonymous said...

camna proses nak belajar taranum???dengar n ikut...tu je ke???cam payah jgak la nk ikut 'lagu' yg ditaranumkan oleh org lain...

Anonymous said...

ok la tu..
sekurang2 nye tau juga ilmu taranum..

kadang2 aku tengok jugak malam sabtu rasanya.. ada ustaz ravi yang ajar..
bacaan dia pon aku suka..

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Fariz - Entah, susah nak cakap. Mengikut pengalaman and konteks aplikasi taranum sekarang, x semstinya kita alunkan lagu tuh mengikut makna ayat. Tapi, tak tau pulak tujuan sebenar tarannum ni diajar.

Pernah terbaca, Rasulullah dulu pun bertarannum, namun tak dpt dipastikan lagu-lagu apa yang Rasulullah guna masa itu. Lagu sekarang ni plak wujud atas kesepakatan Qari-qari mesir@ Iran etc.

Ada baca jugak, hukum tarannum ni boleh jatuh macam-macam, Salah satunya Sunat Muakad ( sgt dituntut) kalau ianya merupakan satu-satu cara untuk mndekati orang ramai kepada Quran. ( rasanya sekarang ni mcam boleh je nak jatuh hukum ni melihat pada konteks muslim kt negara ni)

Kesimpulannya, aku rasa takdelah wajib untuk samakan lagu dengan maksud tapi macam biasalah, adalah lebih baik kita tau makna ayat dan yang penting tajwidnya.Wallahualam

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Aeropama - Eyh tadekla pandai mana pun, belajar pun suku jalan jer...=)

Naj to Azah - tak jugak, nak belajar betul2, kena ada guru. Kalau belajar main ikut jer..memang susah. Kena tau basic teori pastu aplikasi. Nak aplikasi pun satu keja jugak. Kena banyakkan latihan n pendengaran n bacaan...(adehs rindu pulak ngan ustaz yg mengajar dulu...ehee)

Naj to Menteil - oh yeke..program mari belajar tarannum tv9 tuh pun aku tak tengok2 lagi...

Dieyla said...

waaa..

kebetulan pulak entry kite pasal tarannum ni.

i lagi terok.

tak tau pun istilah tarannum tu.

haha sengal.

bagus gak ade blog ni ek.

hehehehe~

테하 ♕ said...

hoho..
org yg boleh bertarannum mesti bersuare sedap..
mcm org, rsenyer pitching dah lari..kui3..
untunglah sape yg pandai bertarannum..XD
ade feel...

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Dieyla - hehe..betul2...tru blogging nih la kita bole dapat ilmu...macam macaam ada...

Naj to Fatehah - hehe x dapat disangkal lagi...salah satu prerequisite factor untuk bertaranum, iaitu...BAKAT!=)

Anonymous said...

aku denga tarannum sorang imam mesir kat icci nih, feeling die lain ah dari denga orang msia tarannum...seolah2 orang msia tarannum nk tunjuk sore sedap, padahal sepatah haram tak paham bendape yang dialun, tp imam mesir ni tarannum seolah2 nk sampaikan mesej kat kite ngan ayat-ayat tuh...buleh kata semacam bagi tazkirah berlagu...aku pn taktau nape feeling die berbeza...sebab niat qari kah?

Anonymous said...

wah.. hebat betul.. sampai masuk peringkat kebangsaan (kagum)

anyway, kalau ada kelapangan, asah lagi bakat tersebut. ilmu dapat, pahala pun dapat ;-)

peace ;-)

mkaw77 said...

huiyoo.. tahniah!! bulan pose ni dok asah balik bacaan al-quran..

Anonymous said...

waaaaa

hebat nye dier
leh bertarannum

bgs laa
lagi2 bulan ramadhan nie

TUN said...

bagus di bulan puasa ini.selamat berpuasa.

Narina Joe "Najo" said...

eh..korang-korang...jangan puji lebih2...sesungguhnye aku cuma lah nk kongsi pengalaman n nak kongsi keindahan seni tarannum itu sendri...pujilah keindahan itu, kerana nikmat ni Allah yg bagi. Lgpon siapalah aku untuk terima pujian itu sume...dengan ilmu yg tak penah2 cukup ni...=)

lutfi said...

tu dia...uztazah najlaa menghuraikan topik tarannum..

hehehhe..

saya suka baca
saya suka dengar
saya suka termenung

mohad said...

salam... apa khabar...

Along Arman said...

wah.. bagus..
tapi yang paling pEnting skali kEnE tau hukum tajwid jugak..
barulah bEtul bacaan kitEr tuh.. bEtul tak?

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Lutfi - ehe..ustazahh...?? xdela, sekadar berkongsi...

Naj to Ijad - Sihat alhamdulillah, thanx menyinggah sini...=)

Naj to Along - Betul betul betul!=)

Anonymous said...

taranum ni bagus klu paham bahasa arab. sbb kite blh menghayati setiap ayat tu dgn lebih mendalam. ad riwayat rast, susi, dll. yg common lagu bayati je. hehe. apa pun selamat bertaranum~

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Ubey - Salam ubey, thanx menyinggah. Memang btul, lg best kalau paham arab. Owh..tausyeh yang lain2 penah dengar & dah pun saya sebutkan dalam entry ni, tp Susi tuh 1st tyme dengar...saya pon x ckup ilmu...:)

Anonymous said...

salam naj~ bese la blogwalking pagi2 bute ni. hehe. susi setau sy tausyeh plg susah kot. ntah le. sile tye mereka yg pakar. ^^

farah said...

cayalah naj, teringat aku time borak2 dgn kau, akhirnya terbukak juga rahsia kau pandai mengaji.
p/s:naj kalau kat dunia realiti dia ni nmpk mcm senyap jer.tapi, dlm blogging, masyaallah.sallute!

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Ubey - Owh yaka...insyaAllah same2 kite seek ilmu..pasni bole tanye sape yang pandai bab2 ni..=)


Naj to Farah - Hehe Dielaa..akhirnya ko memberi komen jugak eh..mekasih2..=) Hehe saje tanak cite lebih2 la kt korang sume. Heh, Dielaa...jangan bukak rahsiaa!!=p

Adry said...

wah.. bagus bagus... susah skrg cari remaja yang pandai bertarannum...

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Ubey -oooh saya dah tau! td tgk TV1 terjumpa plak org baca riwayat Susi. Sebnanye Riwayat / Tausyeh adalah mnde yang berbeza.

Riwayat- cara bacaan

Tausyeh @ tarannum -cara melagukan bacaan

Contoh bacaan Riwayat Susi - Kalau biasanya dalam surah Al-Fiil ayat 5 kita baca ; Faja'alahum ka'asfimma'kul...

tp Riwayat Susi lak baca - ...Ka'asfimmaakul...

Banyak lg riwayat lain yg saya taktau...Wallahua'alam

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
lijo said...

ak sgt suke jugek dgr org bertaranum..

'mari bertaranum..yaa...raab'6.30ptg tv9..;)

rindusyahid said...

hakikat trn nye quran itu adlh utk dihayati, di fahami dan diamal....

bila berkembang nya tamadun islam..maka wujudlah pelbagai cbg ilmu mengenai alquran...sbg contoh aliran2 tajwid, qiraat dan taranum tu sndr....

jd nye galakkan dr ana sndr...sme2 kita fahami ayt dan makna nye....hayati dan amalkn....tu lbh pntg dr bertaranum tnpe penghayatan...

ilmu taranum satu ilmu yg unik...byk kebaikn dia....tp hakikatnye terletak bagaimana sesorg tu memanfaat kn ajaran Allah dlm kalam NYA.....bkn sekadr bce dgn bacaan yg sedap....


wallahu a'lam.....




-rindusyahid-