Masa Untuk Berubah...!



Assalamualaikum,

"Aikk..? Masa untuk berubah..? Berubah apa pulak ni..?" Haa, mesti ayat-ayat ni berlegar-legar dalam kepala otak anda kan..?
OK la, untuk menjawab pertanyaan anda, aku sarankan supaya anda semua membaca entry ni sampai habis yeer..heheh...=)

Perlu diingatkan, tajuk ini tiada kaitan langsung dengan tarikh 16th September ( Tarikh untuk pembentukan kerajaan yang baru..:p). Cuma, aku berpendapat topik yang ingin aku kongsikan di sini sedikit sebanyak berkaitan dengan keadaan ekonomi kita sekarang dan juga sempena kedatangan Aidilfitri ini nanti.



Sebelum menulis lanjut, aku sekadar ingin mencetuskan 'self-thought' untuk anda renung-renungkan sendiri dengan mengemukakan satu persoalan iaitu, " Adakah kita sudah cukup bijak sebagai seorang pembeli?". Persoalan inilah yang mula-mula sekali melekat dalam kotak fikiran aku sebelum aku mula menulis entry ini. Oleh itu, aku kira anda sudah mula dapat menangkap apa sebenarnya topik yang ingin aku kongsikan bersama anda. Aku cuma ingin berkongsi pertimbangan kita sebagai seorang pembeli, atas nilai apa kita seringkali membuat pembelian sesuatu barangan dan berkemungkinan ini masanya untuk merubah corak perbelanjaan dan pembelian kita!

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi sekarang sukar diduga. Dalam masa singkat sahaja kadang-kadang harga barangan boleh mendadak naik. Inflasi juga makin meningkat. Ini memungkinkan kita kepada penukaran gaya hidup yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini. Lebih-lebih lagi, Hari Raya bakal mendatang, mungkin dengan perubahan ini kita boleh kurangkan pembaziran.

Apa apa pun, jom kita 'check out' dulu kategori-kategori pembeli yang wujud sekarang. Aku juga akan kongsikan beberapa 'pros' and 'cons' untuk setiap kategori, berdasarkan pengalaman aku sendiri:

Brand-Conscious

Mereka yang tergolong dalam kategori ini merupakan golongan yang amat mementingkan jenama. Takpun, dalam bahasa yang lebih sempoinya ialah "Kipas-susah-mati @ die-hard-fan". Selalunya, mereka akan setia pada satu-satu jenama (brand loyalty) dan tak kisah pasal harga. Malah barang tu pulak yang memotivasikan mereka untuk kumpul duit sehabis baik semata-mata untuk dapatkan barang berjenama yang diidam-idamkan.

Pros - Tak salah bagi aku, kerana mereka yang brand-conscious ni semacam ada satu citarasa yang telah mereka tetapkan dalam menilai sesuatu barangan. Selalunya juga branded items ni dikaitkan dengan kualiti tinggi, tahan lama dan trendy. Memiliki barangan yang tahan lama lebih baik dari terpaksa membeli barangan tidak berkualiti yang jauh lebih murah berulang-ulang kali. Tambahan pula, kepuasan seseorang yang brand-conscious ni tak dapat kita pertikaikan kerana ini hak mereka sendiri. Mungkin mereka tak nak show off tetapi lebih merasa puas!

Cons - Aku rasa golongan ini boleh menyumbang kepada kenaikan harga barangan. Walau macammana sekalipun harga barangan dijual oleh pengeluar, mereka tetap ingin membeli. Pengeluar pun sukalah. Tapi yang aku tak suka sekali apabila mereka yang brand-conscious ni kadangkala lupa diri. Mereka kata, "Biar papa asal bergaya". Alahaii, tolonglah sedar diri sikit. Ukur baju di badan sendiri dulu yer...

Price-Conscious

Mereka yang price conscious ni aku rasa golongan pembeli yang paling ramai di muka bumi ini. Sebelum membeli, mesti tengok harga dulu. Membuat perbandingan harga adalah rutin wajib, semacam hobi pula. Pantang nampak harga murah sikit, nafsu membeli mulalah melonjak-lonjak.

Pros - Golongan ini pentingkan penjimatan. Pembaziran selalunya tak berlaku. Heh, as simple as that.

Cons - Pendapat aku, kadang-kadang mereka ni menolak kualiti barang semata-mata sebab harga. Akibatnya, mereka terpaksa beli dan beli dengan kerap, kadang-kadang boleh sampai tahap membazir juga. Lagi satu, disebabkan weakness point mereka adalah harga murah, maka pantang sahaja ternampak 'sales' terus beli barang-barang walaupun sebenarnya tak diperlukan. Konon-kononnya, takut terlepas peluang, so baik rembat cepat-cepat, beli banyak-banyak. Akhirnya, barang tak terpakai, dicampak ke tong sampah.

Quality-Conscious

Mereka yang berada dalam golongan ini pula mementingkan kualiti barangan. Harga dan jenama mereka tak pandang sangat. Yang penting, boleh tahan lama, maintainance pun kurang...

Pros - Apa yang bagusnya mereka ini, ialah mereka bijak membuat perbandingan dan siap buat 'research' lagi pasal satu-satu barang tuh. Kualiti bagi mereka ialah tahan lama, tak lapuk dek masa. Selalunya mereka ini membuat keputusan berdasarkan pengalaman sendiri, jaminan kualiti ( SIRIM etc ), jenama yang dipercayai atau reviews pengguna lain.

Cons - Susah aku nak cakap tentang keburukan mereka yang pentingkan kualiti. Kerana bagi aku, aspek kualiti seharusnya diangkat sebagai perkara asas dalam sesuatu pembelian. Sama juga dengan yang mementingkan brand, kadang-kadang golongan ini terlalu fanatik sehinggakan sanggup membeli barangan di luar kemampuan, atau mungkin sanggup menolak untuk membeli barangan keperluan lain, semata-mata untuk memuaskan diri.

Popularity - Conscious

Golongan ini merupakan golongan populis. Atau, senang cerita, up-to-date @ gila glamour. Mereka ni pantang melihat sesuatu yang trendy @ fashion terkini, mesti bergegas ke pasaraya untuk merembat barangan tersebut.

Pros - Bagi aku, mungkin hanya mereka yang berada dalam sesetengah industri boleh mendapat manfaatnya. Contoh mudah, industri hiburan. Oleh itu, mereka tidaklah dikatakan ketinggalan zaman. Golongan ini berpengaruh untuk mengubah sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru. Ada ke manusia yang tak sukakan pembaharuan?

Cons - Jelas sekali mereka yang membeli atas dasar perubahan fesyenlah yang paling semangat sekali bila setiap kali fesyen baru/produk baru diperkenalkan. Kalau cycle of product sesuatu barang tu singkat, parah juga kocek mereka ni. Asal timbul barang baru je beli, beli beli. Mereka ni juga tak kisah sangat tentang kualiti atau harga atau mungkin juga jenama kerana yang penting bagi mereka ialah up-to-date!

Sebenarnya, tak kiralah kita ni jenis pembeli yang mana, tapi bagi aku yang penting ialah kesederhanaan. Berjimat juga perlulah bertempat. Jangan terlalu bakhil untuk spend duit dengan menolak kualiti barangan atau menolak keperluan. Jangan pula terlalu bermewah sehinggakan anda dikelilingi hutang. Berhemahlah dalam berbelanja. Tak salah sesekali membeli atas dasar jenama, tetapi pertimbangkan dahulu faktor barang, wang, kualiti dan jangan lupa masukkan juga faktor orang lain. Jangan sampai dek kerana nak memuaskan citarasa sendiri, orang lain pula mendapat susahnya. Sama-samalah kita renungkan.

Anda sendiri bagaimana..??


20comments: