07 September 2008

Coret-Coretan...

There's actually some interesting stuffs I would like to share here. That's why I used a very non-specific title for this post.

BLOG AWARD



Quote from ra!Nazra;

" Maka, tanpa merepek yang seterus-terusnya, saya ingin memberikan pula award ini kepada

TSS
Extremist Thinker
Sis Shafa
Najlaa
Ratu Salju

Cukup lah kot lima dahulu. Ada masa, saya tambah lagi tempat2 yang saya selalu lepak2-ing di kala saya dilanda kebosanan yang melampau."



Tentu anda dah nampak di sebelah kanan anda ni aku telah paste kan award tersebut. Terima kasih aku ucapkan kepada ra!Nazra kerana telah memasukkan blog ini dalam senarai favourite blog anda. Sememangnya blog ini masih dalam proses menuju kestabilan dan pencarian identiti. Haha =p. Setelah berblogging selama hanya 2 bulan secara intensif dan konsisten, ini merupakan award aku yang pertama. Sememangnya award ni bakal memotivasi dan mendorong aku untuk terus berblogging dengan jayanya...! InsyaAllah...


Supposedly, aku perlu bagi award ni pada bloggers yang lain jugak. Tapi, aku rasa tak layak pulak, memandangkan aku ni masih mentah dalam blogosphere. Kalau boleh, semua blog pun aku nak bagi award ni. Betuulll..... sebab aku selalu lepak-lepak kat blog anda semua tauu...Jujurnya, aku masih dalam proses mengenali dan membuat penilaian terhadap blog-blog mana yang lebih menarik perhatian aku. Buat masa ini, aku masih dalam observation process lagi...hehe...
"Why so serious..?"

[Updated; 8/9/08- Dengan seikhlas hati aku bagi jugak award ini khas untuk TSS  & Mr Am, cause you are Special! =) ]


OK tutup topik pasal award, sekarang beralih pada sub-topic seterusnya, iaitu.....



GOOGLE CHROME

"Google Chrome is a browser that combines a minimal design with sophisticated technology to make the web faster, safer, and easier."


Sekarang ni orang tengah sebok mempromosikan browser baru ni sebagai menggantikan internet browser lama yang kita selalu pakai, sama ada Firefox, Internet Explorer, Safari etc. Ianya masih dalam testing version ( BETA ) sebab mengikut apa yang aku baca, tujuan Google buat browser baru ni ialah untuk perkongsian idea supaya browser-browser lain boleh adopt idea mantap google ni.

Menurut testimoni orang ramai, penggunaan Google Chrome telah menyebabkan mereka jatuh cinta pandang pertama pada browser ini. Google Chrome mampu memberi kepuasan kepada pengguna internet dari segi Interface yang sangat clean dan efficient serta kelebihan dari segi Task Manager. Dengan itu, masalah browser crash @ 'hang' boleh dielakkan.

Aku pun bila dah dengar macam ni, terus la search untuk download browser ni. Memandangkan aku sebenarnya tak berpuas hati dengan performance Firefox & Safari yang aku guna sekarang sebab agak slow dan selalu crash.

Malangnye..malangnyee..malangnyee....

Google Chrome for Mac isn't available yet for download! Grrr...Huhuhu...(my fellow RCSI-ans, kita agak tak bernasib baik dalam hal ini). Hmm, takpe la. Dan untuk pengguna Windows XP/Vista, anda boleh download Google Chrome di sini yerr....(huhuhu)

OK, sub-topik seterusnya...


'PAKCIK NIZAM' | JUTAWAN AUTOMATIK

Sejak dari minggu lepas lagi kalau tak silap aku, inbox aku dipenuhi oleh message-message berupa "rahsia menjadi jutawan" dari 'PAKCIK' NIZAM ni. (Bila masa dia kawin dengan mak sedara aku pun aku tak tau). Anda pernah dapat tak? Dah la sekali hantar banyak-banyak pulak tuh. Buat semak inbox aku lagi ada. Paling tak bestnye, suka-suka hati dia je panggil aku Raihana.

Aku bukan apa, tak pernah sedetik pun wujud keinginan untuk aku join program-program internet business ni. Pada aku, semua takleh dipercayai! Titik!

Last sub-topic...


ASTROLOGI DAN PERWATAKAN

"Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya. "


Berdasarkan hadis di atas, RAMALAN horoskop / zodiak ternyata bersalahan dengan tuntutan syariat. Kita sebagai muslim tak boleh percaya pada ramalan nasib, jodoh etc. Tapi macammana pula dengan PERWATAKAN? Benarkah wujud perkaitan antara tarikh kelahiran kita dengan personaliti peribadi kita? Sebelum ni pun, kita biasa dengar Pakar Motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah menilai peribadi melalui tarikh lahir. Selalunya, kajian adalah berdasarkan statistik dan pemerhatian.

So, aku nak kongsi satu link yang menerangkan personaliti kita based on date of birth :

http://people.howstuffworks.com/january-29-birthday-astrology.htm 
[ Anda boleh gantikan january-29 tersebut kepada tarikh lahir anda sendiri ]

Anda lihat sendiri, buat perbandingan dan penilaian. Lepas tu, bolehlah kongsikan pendapat anda...OK? =)

Mana yang baik kita ambil untuk jadikan teladan, mana yang buruk kita tinggal untuk jadikan sempadan....Wallahualam

** credit to Kamal sebab dia yang share kan link ni dengan aku.TQ =)**

15 comments:

Anonymous said...

malangnya google chrome ada sdikit bugs dengan javascript. i rather stick with firefox. mungkin nanti..

mkaw77 said...

yes..yes!! ada lagik awek yg sudi kasik award ni..! tengkiu..2x!!

p/s: bila la org nak kasik award 'I Love U' plak..

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Fariz - Oh yaka Fariz...not sure bout that...

Naj to Kamal - hahaha...incik Kamal...incik Kamal....=p

Mr Am said...

Tq Dr. Najla. Bila nak bg award "i love u" lak?? hehehe..

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Mr Am - Sem sem Mr Am. Ces..ces...patutnya bersyukur dapat award ni...mau lebeh-lebeh plak yerk...hahaha =p

mkaw77 said...

hihi... malu nyer!! jgn criter kt org..

Narina Joe "Najo" said...

Naj to Kamal - hihi..klakar la..next tyme baca bg betul dulu...takper2...orang tak tau...rahsia antara kita yekk...=p

Anonymous said...

1st topic- hrap2 sy dpt dpt tu dr anda..hehe...
2nd topic-google chrome..hmm..not sure best or x..kna explore lg la...
3rd topic- psal pakcik nizam ni..sy pun dpt gak...haha...yg pling lawak dia bg email budak tadika skrg pun bleh jd jutawan..haha...tipu!!!
4th topic-tajul muluk tu psal ape plak???mcm cr jodoh gak kn?

Narina Joe "Najo" said...

Naj to fackaladingdong -

1st -hehe..insyaAllah satu masa nanti anda akn dpt award juge...

2nd -Silela explore and try google chrome itu sendri...tgk cmne.

3rd -Tuh pasall...tipu kann...

4th - a'a klu x silap macam tilik tarikh lahir untuk matchmaking...xleh dipercayai lgsung..

~ mizzAmy ~ said...

~ keep it up gal. pada akak, blog awak dah okeyh la. ;) ~

Anonymous said...

walahuuuu... takde award utk saya ke? ahahahahah... tak malu betul diri ku ini

selamat berpuasa sis...

TUN said...

award ni sape yg smpaikan??
sy nk jumpa.
n blnje dia mkn.
(nni dia bg sy award)

Narina Joe "Najo" said...

Naj to MizzAmy - hehe..trimass kak Amy...=)

Naj to Aeropama - Agak x malu laa...haha=p. Saya bukan apa, saya malas je nak bagi, sebab dah tau awak mesti dapatnye award ni dr blogger-blogger lain..kan kan kan? ehee..=p. But honestly, I do Love ur Blog!

Naj to Tun - Awards ni disampaikan oleh mane2 bloggers yang dapat award ni dulu. Huhuhu... itu dah rasuah namenye tuh...

Adry said...

wah.. best dapat award... hehehe

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

IamYonna said...

skang ni musim org kasi i love ur blog ni :)