Well.....Finally..!!
Hehe..berakhir sudah aktiviti melancong aku di Jakarta & Bandung semalam. Seperti yang telah dijanjikan, aku akan kongsikan sedikit sebanyak cerita tentang perjalanan aku ke sana, dari awal aku bertolak, sampai aku pulang ke rumah lewat malam semalam. Apa-apa pun, bagi aku, Indonesia is surely a great escape for those who love naturality, for the ambience remains
still.....=)
Aku pergi ke sana dari 20th Aug-23rd Aug bersama dengan mama, kak long and adik aku. Kami pergi dalam satu group trip sebenarnya. Dalam group ni ade 10 orang. Selain kami berempat, ada 3 orang lagi kawan mama aku turut serta dengan ahli famili masing-masing. Segala aktiviti kami di sini diketuai oleh seorang tour guide yang kami panggil Pak Azmi. Baik dan berbudi bahasa juga orangnya. Well, nak jadi tour guide, mestila kena ada ciri-ciri sbegitu kan.
20th Agustus 2008
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabngsa Soekarno Hatta pada pukul 3pm, kami dijemput oleh Pak Azmi untuk naik bas dan terus menuju ke Bandung. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tapi sebelum kami check in hotel di Bandung, kami singgah di beberapa tempat dahulu. Dan sepanjang perjalanan ke Bandung tu, aku dapat lihat jugak macam-macam suasana di sepanjang lebuhraya yg kami lalu tu. Kalau anda pergi kesana, anda akan dapat lihat di sepanjang tepi-tepi highway tu tak sunyi dari segala bentuk constructions. Pekerja-pekerja dia sebok menukang & bancuh simen. Berselang-selang dengan construction site, ada macam kawasan paya siap boleh nampak lagi akar pokok tu yang timbul dan manjalar keluar. Lepas tu boleh nampak jugak aktiviti penduduk tepi-tepi highway ni, ada banyak kolam ikan dan kebun2. Satu yang aku perasan, semua kenderaan kat sini guna tilted windows so aku nak usya mamat2 indon dalam kereta pun susah sket laa....haih....
Ok2, on the way tuh kami singgah dekat sebuah masjid untuk solat zuhur & asar. Tak silap, nama masjid tuh Masjid Taubah. Satu benda yang aku perasan best dekat masjid ni ialah, pasal telekung dia. Time aku nak solat tu, aku nak amik telekung yang bergantung elok, tersusuunn je dalam almari. Lepas tu aku nampak ade seorang pembantu yang mengendalikan hal2 telekung ni. Dia siap asing2 kan lagi mane telekung yang dah siap dibasuh dan mana telekung yang belum dibasuh. Tk tau la kan, tapi maybe sebab aku tak pernah nampak mnde ni dekat Malysia, aku rasa sedikit kagum pulak dengan hal ni. Lepas dah abis solat sume, kami semua menuju ke Dunkin Donuts untuk mengalas perut. Best jugak, Donuts dia lain dari yang malaysia punya. So, bolehla try perisa lain pulak kan. Bile nak bayar tuh pekerja tuh cakap la harga dia, Rp 24,000...sebab aku tak biasa dengar jumlah yang banyak semata-mata untuk bayar harga donat, aku rasa kelakar, so aku gelak dekat situ jugak. "Ironik gile, nak bayar donat pun berpuluh2 ribu, rasa cam nak beli rumah jek.." aku berkata pada kakak n adikku yg turut senyum2...
Habis tu, kami sambung perjalanan ke Bandung. Bas tu mndaki highway yang tinggi dengan amat perlahan sekali. Bila dah nak sampai tu, mulalah terasa kesejukannya. Pak Azmi pun ada bagitau, suhu malam di Bandung boleh cecah 7 degrees. Huhu, Dublin pun kalah...( I mean, time Summer laaa...;p) Aku dah la tak bawak sweater pun. Before check in, kami singgah makan malam nasi padang and shopping di beberapa buah kedai Factory outlets di Dago. Bandung ni memang kaya ngan kedai-kedai camni. Sapa-sapa kaki shopping tuh memang tak menang tangan la. Survey punya survey, aku grab la sehelai jacket Abercrombie. Malmnya tuh after check in di Sukajadi Hotel, kami tidur puas2....
-Me & K.Long dekat pool hotel..the hotel was fabulous!-
21st Agustus 2008
Ok, hari ni, 21st, kami bertolak ke Tangkuban Parahu. Tempat ni sebenarnya merupakan sebuah kawah gunung berapi. Satu-satunya gunung berapi yang boleh kita bawa kenderaan untuk naik ke gunung ni!. Scenery dia....masyaAllah, asiikkk bangatt..! Alhamdulillah cuaca pun sangat OK and suhu pun takdelah sejuk sangat. Masa dalam bas semalam, Pak Azmi ada cerita jugak, kenapa nama die Tangkuban Parahu. Cerita die agak panjang la cume aku bagitau je dekat sini, Tangkuban Parahu tu dalam bahasa melayu nye ialah 'Perahu yg tertelangkup'. Maksudnya, gunung tuh kalau dilhat dr jauh, seolah2 sebuah perahu yang terbalik. Dan dekat situ jugak, hot spot die ialah 'Kawah Ratu'. Ni pun ada jugak sejarah di sebalik nama die yang tersendiri....tp aku dah lupa..haha...
-Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu, Bandung-
-Kami bergambar di depan gunung-
Oh ye, Pak Azmi cakap, the last explosion was in 2006. Baru je lagi kan? Tempat tu memang busuk gile, bau Sulfur, lebih kurang cam bau 'fart' kita jugaklaa..hehe..cume lebih tajam & sengit lagi. Pastu kalau kita jenguk ke bawah tu boleh nampak asap dia berkepul keluar. Untuk naik ke atas tu kitorang naik mini van yang open air.
-Van angkut yang kitorg naik untuk ke puncak-
Dan sepanjang jalan tepi gunung tuh ade gerai penjual2 souvenirs dan tak ketinggalan juga penjual2 jalanan yang asyik kejar kita dari awal kita sampai, sehinggalah waktu nak balik pun still merayu, bargains & pujuk2 lagi supaya kita beli barang tuh. Hee...kalau time moody tuh aku rase tensen jugak kalau tetiap kali ade jer orang nak mengekor belakang kita kan pastuh tak abis2 duk promote barang2. Kekadang tgk kesian jugak, berusaha betul diorang ni nak dapat duit. Tapi takpelah, nak buat camna, derang nak cari rezeki...
-This is it! Jln-jln cari souvenirs-
Habis melawat gunung, kami bertolak ke Kolam air panas untuk rendam kaki. Air panas ni datang dari gunung Tangkuban tu dan mengalir ke bawah, lalu ditakung untuk dijadikan pusat pelancongan. Kecik je kolam ni, orang datang pun rendam kaki maximum 45 mins. Kalau lebih2..derang cakap, nanti kaki 'matang', Maksudnya, sampai boleh masak kaki tuh kalau rendam lama2. Diorang kata, elok untuk perjalanan darah, kaki2 sengal semua boleh hilang...pastuh kalau sapu air ni kat muka boleh hilang semua jerawat2...wallahua'lam....:)
-Sesi merendam kaki...-
Dah habis rendam kaki, kitorang turun ke kaki bukit untuk makan lunch. Sepanjang perjlnan turun tu di sekitar jalan boleh nampak ladang teh dan strawberry, ala-ala Cameron's jugak. Kami pun stop kejap ntuk snap gamba sket2. Sebenarnya sepanjang trip ni kitorg disajikan dengan makann Padang & makanan Sunda. Boleh tahan jugak lauk2 diorang. Tapi aku personally prefer menu Sunda sebab makann dia sangat fresh and sedap!! Makanan Padang pun ok, cuma menu die banyak masakan berlemak macam kari & gulai...
-Salah satu restoran Sunda yg kitorang kunjungi-
After lunch, kami kembali ke aktiviti biasa kami, iaitu shopping!Kali ni di Pasar Baru. Yo lah...dah pegi trip sekali ngan golongan 'ibu-ibu' nih ape lagik aktiviti lain kan..? adeh...ikut je laa...though tak tau sangat nak cari apa sebenarnya dekat sini. Asal nampak baju lawa / murah je, grab teruss...Memang banyak pun choice kain2 baju & telekung dekat sini. Pastu kalau pandai bargain, memang dapat harga yang sangat2 murah kalau compare ngan harga di Malaysia. Lewat petangnya tuh kami pun balik untuk dinner and tidur di hotel....
22nd Agustus 2008
Plan kami hari ni ialah bertolak ke Jakarta. Pukul 8 pagi kami dah siap-siap check out sebab nak elak traffic jam. After about 3 hours journey, kami sampai dan stop di Taman Mini Indonesia. Taman Mini ni macam muzium Indonesia yang menempatkan miniatures suku bangsa yang terdapat di Indonesia ni. Kat sini boleh la nmpak bangunan2 yang berbagai jenis dan ukiran berdasarkan satu2 jenis kaum. Kiranya, kalau tak sempat nak spend masa yg panjang untuk melawat seluruh kawasan di Indonesia, tengok Tman Mini ni pon kira dah boleh khatam seluruh Indonesia dahhh...hehe...
-Ini salah satu jenis rumah penduduk di West Sumatera-
Habis melawat taman mini tu, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah tempat bersejarah, iaitu Lubang Buaya. Di sini, ada sebuah pondok yang digunakan oleh pihak PKI (Parti Komunis Indonesia) pada tahun 1964 untuk seksa dan bunuh penduduk Indonesia yang anti-komunis. Kemudian, mayat-mayat mereka yang dibunuh, dicampak ke dalam sebuah lubang yang ada buaya. Begitulah kisahnya. So dekat sini kita boleh nampak la, ada satu pondok yg dalmnya tuh diletakkan patung2 komunis tengah beraksi menyeksa mereka yang anti-komunis dan juga sebuah lubang yang dipercayai dijadikan tempat pembuangan mayat tadi. Selain dr itu, ada juga tugu sebagai memperingati penduduk indonesia yang berjasa mempertahankan negara dari penguasaan komunis dan muzium sejarah PKI. Ohh ye..sebelum sampai tempat ni kan..traffic jam teruk gile...kena pulak dengan timing orang pergi solat jumaat. Peraturan jalanraya dekat Indonesia nih susah sket sebab driver die main redah jek, pastu jalan sume kecik2 dengan tepi2 tuh penuh kedai2. Sesak sangat!
-Kesesakan yg sempat aku rakam dari atas bas-
Then, kami pergi lunch and solat zuhur di Masjid Istiqlal. Masjid terbesar di rantau Asia Tenggara. Lepas tuh kami stop dekat mercu tanda Jakarta, iaitu Monumen Nasional (Monas). Mnde ni paling tinggi dekat Jakarta. Kitorang just amik gamba dari jauh jek. Asal ade dah la kann..huhu. After dah amik gamba, kami pergi shopping lagi..huhu kali ni di Tanah Abang. Nak pergi ke sini pun kena redah traffic jam lagi. So, bila sampai-sampai je, kedai banyak yg dah tutup. Kitorg beli je la..mane yang dapat. Mase time nak balik tuh, aku macam teringin sangat nak try makann yang dijual dekat gerai2 kecik tepi jalan tuh. Aku ada nampak satu gerai kecik jual 'ES DODENG'. Hehe...aku pkir2 ni mesti lebih kurang mcam ABC jugak ni kan. Aku pun beli la 2 untuk kami semua merasa. Satu tu harga Rp 5000. After try2 tuh sedap pulak..yang lain pun terus beli untuk diri sendiri..huahua...sedap tau..korang mesti rasa kalau pergi Jakarta. Lagi sedap dr ABC..!
-Pencarian model Es Dodeng...-
-Aku pasti kangenn sama kamu...Es Dodeng!-
Lepas dah penat berjalan sume..kami pun check in la sebuah hotel di Jakarta ni dekat area Cikini. Kami fikir2, malam masih muda so kitorng nak enjoy sket..haha...kitorg yang golongan muda2 ni try la tanya orang hotel tuh kot-kot ade karaoke dekat hotel ni. Dia kata hotel muslim dekat sini takde mende2 camtuh, tapi ada satu pusat karaoke dekat dengan hotel tuh. After dengar tuh terus cancel. Tak jadikla..rehat je la malam tuh kat bilik. Malam tu after tengok 'Are You Smarter Than A 5th Grader' ngan ' Moment of Truth', aku terus lelap nyenyak...
23rd Agustus 2008
Ok, hari terakhir kami di Jakarta. Sedihnyaa..huhu. Hari ni kami menghabiskan masa dengan aktiviti shopping buat kali terakhir. Kali ni tempat shopping dipanggil Mangga Dua. Memang tempat dia besar gempak punyee. Sampai tak larat aku nak jalan lagi dah. Sengal2 badan aku sampai sekarang nih pun tak habis lagi akibat mengangkat barang-barang dan jalan-jalan di gedung yang besar gabak tuh. After selesai sume, kami menuju ke Airport Soekarno Hatta untuk pulang. Macam biasa, flight delay, plane bertolak pukul 8.30malam waktu Jakarta dan kami sampai ke KLIA dalam pukul 11.15pm. Lebih kurang 2 jam perjalanan kami. Akhirnya kami sampai di rumah pukul 12.30 am. Penat tapi sangat best!
Peristiwa highlight aku sepanjang trip di sana :-
1) Satu time tuh aku shopping2 ngan kakak & adik aku, tengah aku tanya2 harga sume....sekali penjual mamat indonesia tuh tanya, "Kamu dari Acheh, ya..?" Aku pun buat muka blur je la, camana die conclude yang aku nih dari Acheh pun aku taktau laa....huhu...
2) Time aku shopping ngan mak ngan kawan mak aku dekat satu kedai ni, mamat Indon ni...( aku rasa die Chinese) tiba2 time dah nak keluar dari kedai after dah beli2 barang sume..die kata kat mak aku & kawan mak aku ni, " Puterinya cantik ya...(sambil tunjuk aku).. boleh berlakon sinetron..". Statement ni mmg takleh blah. Aku pun tak sure samada dia sengaja nak puji sebab nak bagi aku cair beli barang banyak lagi atau komen ikhlas..haha...
3) Time aku abis shopping nak menuju ke bas, bersama2 ngan orang lain, kami lalu kat penjual2 jalanan ni..diorang pun cam biase la kan..pujuk2 suruh beli sume. Sekali bila time aku yang lalu, ade sorang penjual ni panggil2 aku, " Aisyah, Aisyah..mari..beli ini..". Sukahati main belasah je dia panggil aku AISYAH. Hahah..aku senyum2 je la...lawak seyy. Lpas tuh ade sorang penjual sebelah dia pulak tetibe menyampuk.." Itu bukan Aisyah, Itu SITI tuh..." Adoih..Siti pulak dah..Siti mane pun aku taktau la..Siti Nurhaliza mungkin..? haha. Lepas tuh pulak, nak dijadikan cerita...selang beberapa blok dari penjual2 tadi, aku jalan.... tetibe ade sorang mamat Indon dekat ngan aku ni tengah nyanyi lagu Siti pulakk..." Takkan mungkin kita bertahan...hidup dalam bersendirian..panas terik hujan badai...". Macam-macam....
4) Time aku kat Airport, aku stop dekat satu kedai perfume ni sebab aku memang bajet nak cari satu perfume pun. Ade dua orang cewek yang menjual mase tuh. Sorang tuh layan aku beli sume..sorang tu buat keja kat belakang. Lepas tuh time aku dah confirm nak beli satu perfume tuh, pekrja yang tadinya duk belakang tuh datang dekat dengan aku nak tulis resit sume. Lepas tuh, dia tetibe cakap, " Mbak ni cantik..aku pikir kamu tadi tuh Z******* ( seorang pelakon dalam filem Ayat-ayat Cinta). Yang berlakon jadi jahatnya tuh..." Hahahaa...yang ni memang aku taktau nak kata ape lagi dah. Aku pun tanya balik tadi, die sebut nama pelakon mana, tapi aku tak dapat tangkap nama dia, pelik sangat. Aku dah tengok sebenarnya filem tuh tapi pasni aku nak tengok balik...hahahaha...
Huh..begitulah betapa jujur dan peramahnya rakyat Indonesia...!
Lagi satu, aku suka sangat dengar bahasa derang, sebab bahasa derang halus. Bila aku nak membeli pun aku rasa kena berhati-hati dengan percakapan aku supaya tak dengar mcam kasar sangat..hehe..Walau apa pun, aku puas hati dengan trip ni, dan aku simpan cita-cita untuk pergi ke Indonesia lagi. Mungkin lepas ni ke Bali @ Medan pulak...=)
Jom ke Indonesia..!!:)
p/s i love you : more pictures here(my friendster profile)
13 comments:
best! saya pun nk ke bandung tahun depan... yehuuuu
uish sonoknyer...
rugi tak ikut.. hehe..
peristiwa highlight no 2 tu mmg xleh blah.. hehe..
salah satu cara nak wat puterinya itu sebagai isteri la... haha
wahwah...
jalan-jalan
tengok bumi Tuhan
Kalau manusia kenal Tuhannya
Hancur luluh hatinya
bergetar jiwanya.
sangat teringin mau ke sana :(
Kalau mahu datang melawat kat Bandung - Jakarta atau ke Padang - Bukittinggi ( Sumatera Barat ) Sila call :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
J. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - West Sumatera - Indonesia
Telp. +62752 32999 Fax. +62 752 32999
E mail / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile : +62 81363408670
huhu..dh ade org promo travel agency kat sape2 yg nak pergi...silelaa call mereka untuk maklumat lanjut bg sesapa yang berminat yer...=)
slm,
bes la plak aku bace blog ko..lg2 psal wisata ko ke jkrta n bandung.aku pn belum pegi lg..myb Jan ni InsyaAllah..cm bes je ;)
psal yg highlight 1. tu, mas rasa ko dr aceh sbb keputihan ko kot..xpn stail tudung ko kot...gaye2 aceh gitu..haha
overal, sronok gak bce blog ni..aku xreti menulis cm korg2, so bce la kje nye ;p
haha..incik dayat, welcome to my new world..! new ke?? =p
bes gile wey...dalam banyak2 tempat aku travel, tak mungkin aku lupa trip aku ke jakarta n bandung ni...!=)
haha 2 la psal, keep up la dgn bloggin ko ni kalo ko dh minat ke situ..huhu ble gak aku bce2 di mase lapang ;p
bes ei...cmni ni, aku nk g gak, tp bkn dlm mse tdkat la kot..xpe2, kalo aku pegi nnt aku pegi lg lame n pegi tmpt yg lg2 bes..haha lgpn bisa ngomong bahasa indonesia... ;p bisa dpt diskoun nnt masa blanja..haha jgn jeles
haha aku pon x sangka aku agak serius berblogging..dulu2 main2 je...i find it quite interesting and enjoying to do!
haha kalau kat malaysia bile masuk kedai diorang ckap " mari beli, mari beli!" tp kat indonesia derang cakap " belanja, belanja! " alala...comelnye..
anyway, i've once bumped into ur flickr profile. u've got some talents in photography dude! keep up d good work =)
haha indonesian mmg comel kalo tahu org msia dtg,huhu kantoi gile wif our tudung style ;p mesre terlebeh pn ade...sbb 2 aku agak malas nk g beli brg2 pompuan yg mak aku pesan..haha ;p tp org kt area pulau jawa mmg agak lembut sket nk dibanding kt mksr ni ;p huhu g la jogja plak..best2..tp lg bes bandung kot..huhu ;p
anyway, aku br je in photography nie.suke2..cm bes gak r..tp kalo de talent menulis mmg good combination la..huhu ;p
nk pegi medan plak?..me dh pegi medan..mmg best...
Post a Comment