*Disarankan supaya anda terlebih dahulu mendownload lagu Ramadhan Tiba-Opick.mp3 (click on song title) untuk mendapat mood membaca entry ini...=)*
Assalamualaikum,
Tak lama je lagi kan, bulan puasa bakal menjelma. Seronoknyaa...Sebut je Ramadhan, terus terlintas Tarawih, Bazar Ramadhan, Buka Puasa, Sahur. Tapi yang utamanya, tentulah ibadah PUASA tu sendiri. Dalam bulan yang mulia ni jugalah kita seharusnya belajar mengawal diri, bukan mengawal perut sahaja. Kita perlu menjaga segala anggota kita daripada perbuatan yang boleh mensia-siakan ibadah puasa, baik dari segi percakapan, perlakuan, pandangan mata dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Sesuai dengan sebuah hadis,
Semoga kita tidak tergolong drpd mereka yg hanya memperoleh lapar dan dahaga semata-mata di bulan mulia ini, sbgmana Rasulullah (s) bersabda:
Tak lama je lagi kan, bulan puasa bakal menjelma. Seronoknyaa...Sebut je Ramadhan, terus terlintas Tarawih, Bazar Ramadhan, Buka Puasa, Sahur. Tapi yang utamanya, tentulah ibadah PUASA tu sendiri. Dalam bulan yang mulia ni jugalah kita seharusnya belajar mengawal diri, bukan mengawal perut sahaja. Kita perlu menjaga segala anggota kita daripada perbuatan yang boleh mensia-siakan ibadah puasa, baik dari segi percakapan, perlakuan, pandangan mata dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Sesuai dengan sebuah hadis,
Abu Hurairah (r) berkata bahawa Rasulullah (s) bersabda: "Puasa bukanlah sekadar untuk meninggalkan makan dan minum, tetapi juga untuk menahan diri daripada berkata yang sia-sia dan perbuatan yang kotor. Maka apabila seseorang mengeji kamu atau menghina kamu, maka katakanlah: Aku berpuasa, aku berpuasa." [Al-Bukhari]
Semoga kita tidak tergolong drpd mereka yg hanya memperoleh lapar dan dahaga semata-mata di bulan mulia ini, sbgmana Rasulullah (s) bersabda:
"Hanya apa yang didapati oleh sesetengah orang daripada puasa mereka adalah lapar dan dahaga semata-mata." [Ibnu Majah, Al-Darimi]
Menjelang Ramadhan, ramai yang ingin memohon maaf. Mungkin dah menjadi tradisi menjelang bulan puasa ni berdasarkan satu hadis mengenai doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan. Sebenarnya banyak yang membahaskan tentang hal ini kerana TIDAK diketahui riwayatnya dengan JELAS. Saya quotekan di sini,
"Doa Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali."
Namun begitu, saya fikir ada baiknya kita nilai kekhilafan diri sendiri terhadap orang lain agar matlamat kita sempena bulan Ramadhan ini tercapai. Iaitu matlamat KEAMPUNAN & KETAQWAAN, insyaAllah...
Justeru itu, saya ingin sekali mengajak rakan-rakan, sama ada yang selama ini saya kenal rapat, baru kenal, yang belum bertemu muka mahupun pembaca senyap di blog saya ini, bukakan hati untuk memaafkan orang lain agar kita sama-sama beroleh rahmat dan barakah di bulan Ramadhan...InsyaAllah....Sama-sama kita doakan....=)
Selamat Beribadah buat kalian, Marhaban Ya Ramadhan...!
Nota kaki : Khususnya buat pelajar di Ireland,"A Documentary Ramadan experienced by the Malaysians in Ireland" di bawah arahan Hj Azmil Mustafa bakal dilangsungkan...( sekadar promosi & hebahan informasi=))
13 comments:
salam ramadhonn~~~
:D
eh.opick fans berattt??
good.good
salam ramadhan juga buat anda...:)
opick fans? tak jugak..i'm universal...hehee...
selamat menyambut ramadhan,girl! =)
yeah..universal. but opick ni sangat jarang didengar dan di lagukan. so kalau diketahui.maka sangat wide pendengaran anda.
salam ramadhan...
Naj to Yonna - Salam Ramadhan kembali...:)
Naj to Lutfi - heh..selalu jugak dengar grup Opick ni, sebab memang selalu download and dengar lagu seberang...
Naj to Menteil - Slm Ramadhan juga buat anda
opick bukan grup donk.
artis solo bukan?
lagu seberang bagus. Art culture derang bagus.
culture tau.bukan industri.
ehe
hye hye!
=)
wah wah~
cuak pulak rase nak masuk bulan Ramadhan ni.
Moga kite same-same dapat keberkatan-Nya.
=)
*Hepi blogging!!*
~ Selamat menyambut Ramadhan Al-Murabarak. Semoga Ramadhan tahun nih akan lebih bermakna dan semoga mendapat keberkatan dari-NYA. ~
dgr opick.dgr ebiet g ade.dgr iwan falls.
owh..bukan grup eyh...hehe...
selamat berpuasa
:D
Post a Comment