10 August 2008

Gila BLOG...!!



Salamm...

OK post kali ni aku tulis khas untuk para bloggers tegar yang sedang baca entry ni. Adakah anda termasuk dalam golongan itu..?? Tepuk dada tanya selera. Sebelum ni kita dah biasa dengar macam-macam tagline, contoh: Gila Bola, Gila makan, Gila Bayang, Gila Kentaangg...cuma Gila Blog ni masih baru lagi. Aku tengok pon sekarang ni dah semakin ramai rakyat Malaysia yang berkecimpung dalam arena blogging ni.

Aku ni pulak hanyalah seorang blogger yang masih di tahap hingusan lagi. Pengalaman berblogging masih kurang, sebab aku sentiasa tak konsisten. Namun, ini bukanlah alasan untuk aku tidak mengambil langkah berjaga2 sebelum sesuatu membawa padah. Fenomena 'Blog makan tuan' dah semakin meruncing. Rasanya semua orang pon tak ingin perkara2 macam ni berlaku kat diri korang kan..??


Sebelum apepe, jom kita kongsi sket kenapa kita semangat sangat nak ber'blogging' yek..? Bagi aku ade 5 sebab utama la. Senang cerita 5 sebab ni boleh diringkaskan dengan perkataan ' M-E-D-I-K '
( hehe..nak jugak ade kaitan ngan medic ekk..);


M(minat) - Ada yang berblogging atas dasar hobi and minat. Contoh kalau aku minat masak, aku kongsi resepi. Kalau korang minat muzik, korang kongsi lagu2 projek band/gig korang. Kalau korang suka melukis, korang share lukisan2 korang.

E(emosi) - Aku suka yang ni. Kekadang taktau nak salurkan dekat mana emosi yg terpendam ni. So, sikit sebanyak boleh jugak hilangkan tensen...korang pun ade jugak kan emo2 ni..:) saje nak kongsi2..ape salahnye kann..?

D(diari) - Yang ni dulu masa aku mula2 start blogging aku lebih fokus pada kehidupan aku. Tapi skarang aku 'diverse' sket. Sebab bagi aku, cerita pasal diri sendiri ni tak bagi pengetahuan dekat orang ramai. Aku just terpikir, apa yg orang tu akan dapat after die baca pasal life aku je kan...so why not aku kongsi2 info yg bermanfaat? lagi mantap!

I(ilmu) - Bnyak ilmu yg kita boleh kongsi melalui penulisan blog ni tau. Aku pun tengok contoh kebnyakan graduan2 kos IT/Multimedia ni. Derang banyak sangat bagi tips2 @ tutorial dari basic stuffs sampai yang complicated ngan applications yang aku tak penah dengar pon..! huhu..

K(kenalan) - Yang ni memang haruss lah!..hehe..memperbanyakkan network tiada ruginya. Tak kiralah nak cari geng2 lama/baru, cari jodoh mungkin..? haha...well especially utk gadis2 pemalu...(ehemm..ehemm!)=p


Dekat sini aku nak menulis sikit berdasarkan berita2 yang timbul mengenai bloggers. Sekarang, timbulnya isu bloggers ditahan pihak polis atas sebab penulisan yg disiarkan dalam blog masing-masing. Kalau tuan punya blog faham etika dalam satu2 penulisan, tentunya perkara2 macam ni tak berlaku. (Yekee..??) Sebelum ni cerita/ berita tentang blog tak mendapat tempat pon di mana2 ruang iklan/majalah/TV. Tapi sekarang lain pulak ceritanya. Blog sekarang dah mencapai standard tinggi dan menjadi metodologi utama untuk menyampaikan pelbagai bentuk risalah dr aspek pengiklanan, keusahawanan, hiburan, pendidikan, agama, politik & etc.


Aku rasa secara peribadinya, disebabkan berlaku perubahan fungsi & status BLOG masa kini, secara tidak langsung, liabiliti kita sebagai seorang penulis blog pun jadi semakin kritikal. Bloggers kini perlu lebih hati2 dalam setiap penulisan supaya tak melanggar etika yang ditetapkan. Bila bercakap pasal etika, aku yakin ramai yg tau etika tu wujud, cuma kurang berpengetahuan dalam soal berkaitan etika ni. Adakah korang tau bahawa semua bloggers sebenarnya terikat dengan sekurang-kurangnya 5 akta berkaitan..?!! Meh sini aku terangkan satu2 seringkas yg boleh, supaya kita semua dapat pengajaran & boleh set 'boundary' atas apa yang boleh dipublish & apa yang tak boleh.

AKTA BERKAITAN BLOG:

1) Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) - Ni rasanya kalau aku tak explain pun korang boleh paham kan. Dah terang2 di bawah akta ni melarang apa2 jenis penerbitan yg boleh mengancam negara.

2) Akta Hasutan 1948, Seksyen 2 - Yang ni pulak, di bawahnya melarang segala bentuk penulisan/penerbitan yang berbau hasutan/ kecenderungan menghasut. Sebagai contoh mudah, kes 2 hari lepas di mana seorang blogger aka 'Penarik Beca' ditahan polis atas sebab penulisannya yg berbau hasutan supaya membenci PDRM & ketua polis negara.

3) Akta Fitnah 1975 - Make sure korang tak fitnah orang la yek...bahaya tau. Kenyataan palsu yg mmburukkan reputasi seseorang dengan mendedahkannya kpd kebencian/cemuhan adalah fitnah!

4) Akta Suruhanjaya Komunikasi & Media 1998 - Di bawah akta ni pulak, melarang pemalsuan sebarang maklumat/ rangkaian. So, sebelum nak post/share apa2, make sure sumber yang korang dapat adalah yang benar semata2 & jangan sebarkan maklumat palsu klu nak selamat...!

5) Akta Hakcipta 1987 - Yang ni pun amat mudah untuk difahami semua kan..jangan main copy paste je sebab kemungkinan sesuatu hasil penerbitan tuh dah ade trademark/registered/exclusive values masing2...

Tujuan seseorang menulis blog pun dah macam2. So, dah tentulah kita semua perlu ikut garis panduan yang betul. Ini pon soal nak menghormati pengguna maya yg lain jugak, and of course kalau ianya melibatkan soal negara, lagi susah laaa. Betul kita ada hak untuk mengutarakan pandangan, tapi masalahnya jangan melampau sangat & gunalah pendekatan yg lebih berhikmah lagi berhemah...

So, nasihat aku kat sini ialah fikir dulu sebelum menulis...jangan menyesal di kemudian hari sudahh...Sekadar ingin berkongsi & muhasabah diri....:)

13 comments:

redwine06 said...

mana xgila.buat blog je bley dpt income ribu2.heee..+)

Princess Redbloodsnow said...

hehe..haaa...najla jadik ler salah seorg blogger tegar mcm weols gaks..hehehe

:P

happie blogging yek :)

lutfi said...

alah.. kalau nak blogging.. buat je.

bukan mati pon.

paling2 kurang.. kena tangkap.. itu aje..


[-,-]

better-fun said...

ya.. blogging bagi saya dapat release tension di samping dapat cari kenalan2 baru.

selain itu, boleh berkongsi2 pengalaman dan pandangan.

setakat ni, saya gembira berada di blog-o-sphere.

have a nice day, najla! ;-)

http://aloneinhome.com

syamsuddin said...

wow! entri ni memang kool! banyak info terutamanya pasal akta tu. saya pun taktahu sgt pasal undang2 yang berkaitan dengan blogging ni. terima kasih...

pasal kenapa saya suka blogging? sebab minat, ilmu dan nak tambah kenalan...

cheers,

syam @ http://aeropama.com

Najlaa Raihana said...

naj to fariz - haha..memang gile...

naj to zie - dah ade kecenderungan nk jdik blogger tegar jugak nih zie..! haha...

naj to lutfi - statement berani mati...tahniah keyakinan yg tinggi!! hehe...

naj to alone & aeropama - thanx sudi meng'exchange' link blog korg...:)

~ mizzAmy ~ said...

~ nak ngaku ker tak ekh i nie blogger tegar. hehehehe...

siap ada akta bagai ker skang nie? dulu2 tak dek kan? adeh, kena la berhati-hati kan? kerana typo badan binasa nanti.

btw, thanks for the comment. i'll link urs too. ;) ~

Umar Zakir Abdul Hamid said...

hmm..ok ok..yg pnting ada fakta

paan said...

aku mengaku..hehehe.aku memang gila blog..aku bukan gila bola,atau gila game..aku gila blog.kalo nak tau,kawan-kawan aku panggil aku paan blog.hehehe

Darkz05 said...

hai~ thanks singgah di blogs darkz05. exchanges link ya =)

rakayat biasa said...

assalamualaikum
skrang meamng kene tangkap sebab leh kesan memang lah kene tangkap jer kalu buat tapi hang larat ke kene tahan beratur nak bayar bil pon dah tak tahan hahaahaha

Najlaa Raihana said...

ws...oo 'rakyat biasa' ni reply comment encik Lutfi di atas ke? patut pun...saya baca berulang2 kali baru saya faham. Lain kali sila gunakan tanda koma @ noktah di mana2 yg sesuai yerr...haha...but thx for the comment anyway...=)

Unie_ChiCaNoz said...

blog mkn tuan?die gune mulut ke hape?haha..=)
bgus2 tp jge2 sme tkut ade org yg sbotaj ke..nbe ur self..k?