14 August 2008

Apakah Aku Sudah Dewasa..?

Malam semalam aku tak boleh melelapkan mata...buat kesekian kalinya! Aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak tidur malam. Biasanya aku akan habiskan masa sebelum tidur aku dengan membaca. Aku memang dah beli banyak stok buku-buku ( yang pasti bukan buku medic laaa...;p tak salah tambah ilmu dalam aspek lain kan..? ) untuk aku baca sebab aku takut aku tak ada masa lagi nak baca buku-buku ni bila aku balik Ireland nanti. Tapi semalam aktiviti membaca aku terbantut lepas aku grab album-album gambar dekat sisi katil aku. Tiba-tiba rasa nak mengenang kisah lama pulak. Aku selak setiap helaian album tu dan aku terkenang sendiri waktu aku kecil, zaman sekolah yang dah lama aku tinggalkan berserta gambar-gambar yg quite latest.

Selakan demi selakan...mata aku tiba-tiba stop dekat satu page album ni. Dalam page ni aku ada susun satu-persatu gambar sejak aku kecik sampai aku besar macam sekarang ni. Boleh nampak jelas transisi wajah aku mengikut perubahan masa. Memang nak gelak jugak tengok muka-muka aku yang berubah-ubah. Tak caya cuba tengok & perhatikan sendiri gambar yg aku edit di bawah, EXCLUSIVE dari aku untuk anda semua...hehe. But then, hati aku ada terdetik ..."Sudah dewasa rupanya aku...!"


-(Amaran keras:Jangan gelak!!) Gambar-gambar dari aku umur 8 bulan sampai umur 22 tahun ni-


Tapi...layakkah aku bergelar dewasa? Apa itu dewasa sebenarnya? Apa yang harus ada pada diri aku untuk aku diterima masyarakat sebagai seorang yang dewasa? Secara umum, apabila bercakap tentang dewasa, selalunya kita akan terus kaitkan kedewasaan dengan faktor umur. Umur bagi kategori dewasa dalam komuniti kita kini, biasanya ialah 21 tahun keatas. Kalau ikut syarat umur, aku memang layak..!

Tapi, pernah tak anda dengar satu slogan ni " Menjadi TUA itu pasti, menjadi DEWASA itu pilihan! ". Kalau ikut slogan ni pulak, umur hanya melayakkan kita menjadi seorang yang lebih tua, tapi TIDAK SEMESTINYA menjadi dewasa. Dan ini juga bermakna, TUA dan DEWASA adalah dua perkara berbeza, tapi sering berkait antara satu sama lain. Kedewasaan tidak selalunya seiring dengan percambahan usia. Oleh itu, menjadi dewasa bukan hanya melihat pada faktor umur sahaja. Bahkan, rasanya banyak contoh orang tua yang masih bersikap kebudak-budakan pada zaman ini, walhal kedewasaan merupakan satu label positif bagi orang yang dianggap telah mencapainya dan merupakan ukuran perkembangan keperibadian yang sihat. Sayangnya, masih ramai yang tidak berfikir untuk menjadi dewasa.

Secara peribadi aku merasakan untuk menjadi dewasa harus melepasi 'syarat kelayakannya' yang tersendiri. Namun syarat-syarat ni selalunya relatif menurut setiap orang. Kedewasaan harus dicapai mengikut sudut yang berbeza-beza: Fizikal, Psikologi, Keperibadian & mungkin aku boleh masukkan juga dewasa dari sudut Undang-undang.

Dari segi fizikalnya, menjadi dewasa ialah perkembangan umur, akil baligh & perkembangan fizikal yang maximum tak kiralah dalam faktor ketinggian, suara etc. Dan untuk umur, seperti yang aku sebutkan di atas, puratanya, umur 21 tahun keatas bagi masyarakat kita bolehlah dikategorikan sebagai dewasa.

Menurut aspek psikologi pulak, dewasa maksudnya bijak membuat keputusan, dapat menganalisa yang mana baik dan yang mana buruk sebelum bertindak dan mampu berfikir secara ke hadapan. Selain itu, juga mampu mengendalikan diri serta mempunyai matlamat jelas dalam kehidupan.

Psikologi dan keperibadian ni bagi aku macam saling berkait jugak. Keperibadian ni merupakan 'portrayal' kepada sikap dalaman iaitu psikologi yang aku bagitau tadi. Contoh kalau psikologi kita cenderung ke arah matlamat yang jelas dalam kehidupan, peribadi kita akan tunjukkan yang kita ni seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu untuk memastikan matlamat yang kita ingini tu tercapai.

Dari sudut undang-undang pula, contoh tahap 'legality' dalam negara ni ialah umur yang layak untuk mengundi, untuk bekerja dalam sesuatu bidang, memandu & banyak lagi.

Untuk jadi dewasa, kita harus ada "syarat-syarat" ni. Melabelkan diri sebagai dewasa memang mudah, tapi realitinya agak sukar dicapai. Memang tak mudah kerana kita perlukan ilmu, pengalaman dan transisi yang mendewasakan. Rupa-rupanya proses pendewasaan ini satu proses yang progresif jika kita berterusan belajar menerima kenyataan dan berusaha membuat yang lebih baik dari sekarang. Apa yang penting, menjadi dewasa itu membolehkan kita membuat keputusan dengan bebas berserta dengan tanggungjawab.

Sebenarnya aku tulis post ni berdasarkan penulisan pelbagai artikel yang aku jumpa dan aku ringkaskan menurut pandangan aku sendiri. Sebelum ni aku cuma menganggap.....

"There's only a thin line between adult/non adult and that is, the willingness towards marriage..!!" (Najlaa)

Haha..rupanya menjadi dewasa bukanlah semudah yang aku sangka. Tapi usaha ke arah kedewasaan tu yang penting. Aku yakin kedewasaan boleh dibentuk melalui proses yang lama dan tentu saja kadangkala menyakitkan. Tapi, di dalam ujian inilah kita memilih, akankah kita bersikap dewasa atau tetap bersikap keanak-anakan?

Jadi, rasanya slogan itu tadi boleh diaplikasikan. Tinggal yang mana pilihan kita? Bersediakah anda meneruskan perjuangan menjadi DEWASA..?


24 comments:

lutfi said...

sudah besarkah kita?
sudah hampir dengan matikah kita?


[-,-] jeng jeng jengggggggggg

aeropama dot com said...

wow!anda membesar seperti seekor swan. makin hari makin cun. ni pujian ikhlas tau. ahaks

alone said...

wah.. seronok bila melihat gambar tranformasi tersebut..

hebat.

tua dan dewasa rupanya membawa pengertian yang berbeza. saya baru mengerti tentang itu.

hidup ini rupanya xsemudah yg disangka.

ya. perjuangan menjadi dewasa itu perlu.

suatu hari nanti saya juga ingin bertanya diri saya - "Dewasakah aku?"

Najlaa Raihana said...

naj to lut - jeng jeng jenggg jugee..same2 renungkan...


naj to aeropama - wah..! xleh terima statement ni..haha...gamba atas gamba paspot, gamba bawah gamba posing2 sket. Setau saya, gamba paspot x penah ada yg cun...tu pasal 'bias' sket nihh...haha


naj to alone-yupp2....same2 berusaha ke arah kedewasaan!;)

megat said...

mcm mana agaknya gambo aku hu3. nampak jelas perubahan demi perubahan.

xmindfreakx said...

seperti apa aeropama katakan..cun....owh..satu sahaja yang tidak berubah..cara senyuman anda..

Darkz05 said...

memang nampak dewasa~ memang ketara~ =P

~ mizzAmy ~ said...

~ mak aii.... rajinnya dia cari balik gmbr2 lama. ader jugak perbezaan bila dah tak pakai spect. ;) ~

redwine06 said...

dewasa...
slalunya klu dh kawen tu baru btol dewasa.xkisah la umo brapa.mcm kawan aku umo 19 dah kawen.seblom kawen haprak je..dah kawen nmpak lain..kerja keras utk rezeki anak bini..disiplin..ada beza la.wlupun masih muda, tp sbb dah kawen byk responsibilities..dia jd 'dewasa' dan jgk point2 yg ko utarakan tu aku agree.+)

p/s: yg dok gebang ttg dewasa ni bila lg? ehem2. hahahaha

Asrih Arif said...

2nd picture the best... hahah

menteil said...

huhu.. aku nak wat cam nie xboleh la..
sbb aku bkn suke bergambar..
so gambar masa kecik blh kata xde..

Fatehah said...

haha..alam dewasa nampak mcm mencabar..takotnyerr

Fatehah said...
This comment has been removed by the author.
kaptenjack said...

cun cun cun cun.....asehmen x leh ngorat lak..asehmen:p.......naj,mane spek kamu yg besar tu?ahaha! sori bebeh

redwine06 said...

debat koh vs guan eng xnk ulas ke? isu tanah..songlap 40 juta.

Izyan de' Nerd said...

hahaha naj, serious different. Dr aku first knal ko time perfect score sampai skarang pon mmg muka ko byk berubah. [in a good way] =)

Tho i hv to agree with xmindfreakx, ur smile dr kecik sampai besar sama je.

Umar Zakir Abdul Hamid said...

haha..aku nak gelak gak...

yOnnA said...

manusia berubah kan =)
dulu nampak skema sket..
skang cun =)

Najlaa Raihana said...

haha..mmbuang spek mata memang mmbawa perubahan besarr pd diriku ini...=p

Najlaa Raihana said...
This comment has been removed by the author.
Unie_ChiCaNoz said...

mmg ade nmpk la prbhan mulenye anda skolah..
so now mmg da besar da ank mak nih bile plak nk makn nasik bersuap??
huhu...

Mr Am said...

2 yang terakhir mmg sgt cute..;)

TUN said...

xtrpikir nk susun gmbar mcm ini.sbb gmbar semua sudah ilang...
hehe

eZad said...

Gambar last tu mcm mengoda la..ngeh3 :p