30 June 2011

(ter)Mencarut

Aku ni memang semulajadi payah nak mencarut. Bukan nak bangga sangat lah kan. Dah dididik macam tu. Terima kasih lah kepada papa dan mama aku yang telah mengaplikasikan kaedah piat telinga dan tampar mulut setiap kali anak-anak mereka mengeluarkan kata-kata seperti "bodoh", "kepala hotak kau", "babi" dan lain lain kata nista yang sewaktu dengannya. 

Tapi didik tak didik tak kira dah kalau kau duk dengar perkataan itu diulang2 setiap hari macam sedaaap je anak telinga tu boleh terima. Sampai tak sedar benda tu benda "taboo". Lama lama tak sedar pulak kau terrrguna perkataan tu. Wah macam cool pulak bunyiknye. 
Pulak tu sekarang ni ade yang mencarut soft version. Contohnye "shit" jadi "shoot", "babi" jadi "baber", "damn" jadi "dang". Macam macam lagik ah.

Tapi aku terguna kalau tengah heightened emotion je. Macam kes aku terlampau marah, terlampau terkejut, terlampau sedih dan macam-macam terlampau lagi tapi bukan terlampau yang ehem ehem tu ye. Tak paham? Tak paham takpe, itu makna kau otak suci la tu. 

Aku ni berani sebenarnya, cuma dengan lipas ni aku agak alergik sikit lah. Bukan apa, aku kecik2 dulu ada bad experience dengan lipas ni. Jadi sejak hari itu aku declare lipas adalah musuh utama nombor satu aku. Dadah tu tetap musuh utama negara. Yang paling tak tahan bab kaki dia yang berbulu dan menggerutu kasar2 kesat2 tu bila merayap kat kaki kau....urghhhhh! Boleh sampai tahap nak mencarut tahu tak?

Dan, nak dijadikan cerita..suatu hari...terjodoh lah aku dengan seekor lipas dengan kaki2 yang berbulu menggerutu kasar2 kesat2 itu merayap atas kaki aku. Jadi apa lagi....aku pun start lahh... 



"uuiiishh..babi...babi!...babii!..."








Hurm...Aku tak sedar langsung aku ada dalam surau masa tu. Serius.

5 comments:

Super Nia Hana said...

watashi pun mmg dididik tiada kamus carutan dlm hidup.
so kalo dgr org carut tetiba rs panas smpai ke muka marah!

ehehehe...camne tak sdr dlm surau ?
musti rmai je mata memandang

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

babi ker lipas nie?confuse aku...

Pocket said...

heheheh,
surau tu plak tengah full house,
duduk plak saf depan yg sikit lagi tirai deviding men's and ladies...

pergh!! i wish i was there :D..
heheheheh

Kapten Atok said...

betollah. ramai yg guna soft version skarang termasuklah aku


lipas bukan babi yer

Narina Joe "Najo" said...

SNH - eheh tak sedar sebab benda tu macam spontaneously terkeluar..minda bawah sedar...subconscious mind org putih kata...:)


Razi - senang je..takyah confuse


Pocket - i wish u were not! =p fortunately i am the only one in the surau at that moment..


Kapten - dah jadi tabiat la tu..i tau2 babi tu haram...lipas halal..erm..halal??