16 April 2011

Hi SEMUA..

gambar lepas interview

Hi semua. Rindu tak kat saya?
phewh...life has been busy so far.
final exam dah makin hampir. sebulan lebih je lagi.
dup dap dup dap makin terasa.
cuak bila fikir banyak gile lagi benda tak study.
tapi org kata kena study smart bukan study hard.
ceh. kalau tak study hard macamane nak jadi smart?
so study la sebanyak mana yang mampu sementara masih ada masa ni.

Baru beberapa hari lepas kitorg dah kena panggil interview dari SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam).
Yelaa kitorg kan bounded by government under MARA ni so kena la undergo interview ni untuk penjawatan awam masa jadi HO. 
Nak kata interview ni interview rasmi bagi aku tak la sangat sebab personally aku rasa interview ni sekadar cukup syarat dan ikut protokol. They are going to hire us soon anyway. SO macamane2 pon..mesti akan lulus nye la interview tu. Ceh, konfiden. Memang konfiden. Sebab after habis interview tu pegawai tu dah siap-siap cakap surat perlantikan akan dihantar tak lama lepas graduation. So, sekarang bergantung pada results je la. 

Hurm..banyak benda la bermain dalam fikiran. Satu lagi hal penempatan hospital. Aku letak Hosp Serdang, Putrajaya and HUKM. Tapi diorang cakap semua hospital area lembah klang dah overloaded. So kemungkinan tercampak ke mana-mana tu agak tinggi la. Tapi takpe...aku tak kisah sangat pon sebenarnya. Asalkan masa HO nnti dapat banyak belajar and timba pengalaman banyak2.

Persoalannya sekarang..aku dah ready ke nak jadi DOKTOR yang berkhidmat untuk masyarakat MALAYSIA ni? 

Doakan yang terbaik untuk aku..

5 comments:

Cik Nathrah said...

gud luck kak ngah! lame tak update belog? heeeee :)

Rashid said...

Moga menjadi seorang Dr yang baik dan sedia berkhidmat ngan sabarnya .. senyum dengan telatah pesakit-pesakit ..


p/s - selalu saya terserempat ngan dr yang kelihatan amat stress .. kasihan saya tengok. hehe

Anonymous said...

Tahniah saya ucapkan siap2, insyaAllah lolos lah exam nanti.kalu hospital idaman dah penuh, minta je spital sultanah bahiyah a.star insyaallah ada kosong nye

anon joe

Super Nia Hana said...

gud luck!
jgn pk ready ke tak ready
pk dapatkan kerja dulu
;)

Narina Joe "Najo" said...

nathrah - tq! hehe bz laa...xde masa nk update sangat..


rashid - biase la tu..hehe


anon joe- amin..insyaAllah2...hehe klu rezeki dpt kt situ saya ok je


SNH - yosh...tq!