26 December 2010

Perempuan dan Bola

Sebelum apa apa, aku nak buat confession. Aku memang tak minat bola. Selama ni aku tengok sekadar suka-suka. Jadi ilmu tentang bola ni agak la limited and maybe tak updated snagat. Tapi nak kata aku tak amik pot langsung pasal bola, tak jugak. Sebab aku agak rajin mengupdate diri dengan isu2 semasa. Dan aku consider sukan bola sebagai salah satu isu semasa jugak...hehe..boleh tak macam tu? Rajin baca tak bermakna rajin tengok. Kan?

OK. Secara umumnya jarang sangat kita jumpa golongan perempuan yang betul-betul minat tengok bola. Yang ramainya ialah golongan perempuan yang buat-buat minat tengok bola. "Buat-buat minat" di sini bermaksud mereka menonton bola bukanlah untuk tujuan kepuasan sendiri tapi lebih kepada tujuan menarik perhatian golongan lelaki. Kenapa nak tarik minat lelaki? Alaa, adalah reason masing-masing tu kan? Yang ni aku malas nak komen. Bagaimana nak bezakan golongan perempuan yang betul-betul minat tengok bola dengan perempuan yang buat-buat minat ni senang je.


1) Kurang ilmu pengetahuan tentang bola

Golongan ini ada pengetahuan tentang bola yang sangat limited. Pengetahuan mereka hanya tertumpu kepada benda-benda besar dan obvious. Contohnya, mereka cuma kenal watak-watak pemain bola yang selalu disebut2 di media, tak kisah la samada sebab mereka itu pemain yang super kacak atau banyak menjaringkan gol. Watak-watak lain langsung tak dipandang-pandang. 

Contoh - contoh pemain super kacak yang diminati ramai golongan perempuan seperti ini.



Michael Owen. Sekarang ni pemain MU tapi agak kurang menyerlah sebab beliau ni bukanlah pemain regular untuk first team MU sebab dia baru je kot baik dari hamstring injury dia. Mostly game-game semua dia main as sub-player je since dia masuk MU. Tu pasal kureng sket orang duk cakap pasal dia ni kalau nak compare dengan zaman kegemilangan dia main dalam team Liverpool dolu-dolu. Walaubagaimana pun, ye ye beliau masih kacak.



David Beckham. Wow wow sungguh kacak mamat ni. Sekarang ni beliau bermain untuk club Galaxy US dan AC Milan sebagai loan player. Beliau ni pon ada kecederaan gak. Itu pasal beliau tidak dapat join main dalam England team masa World Cup baru-baru ni. End up beliau jadi macam coach je untuk England nye player masa tu. Tapi kekacakan beliau ni sebenarnya agak membunuh sebab beliau lebih tegar digelar celebrity than a football player sampai ada satu time tu Alex Ferguson pernah saman dia kot sebab ada buat hal masa zaman-zaman kegemilangan beliau dengan MU. Tu la..kawin lagi ngan Victoria tu. Huh.  






Aidil Zafuan. Yang ni pulak kite cerita pasal bola kebangsaan ye. Beliau bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dan merupakan pemain skuad kebangsaan. Yang menjadikan beliau ni lebih dikenali ialah of course sebab beliau ni berkawin dengan artis negara jugak. Sape la tak knal Rita Rudaini tu. Nak jadi lagi hot, diorang kawin kat Siam nu ha. Nak hot lagi, beza umur dia ngan Rita tu sangat laa jauh. Nak lagi lagi hot, sekarang ni ade desas desus pergolakan rumahtangga pulak. Nak lagi lagi lagi hot? Pegi masak maggi sekarang. OK. sungguh tak kelakar kan. NEXTTT!!

Next ialah pemain-pemain yang glamour dan disebut-sebut kerana skill dan rekod mereka yg menjaringkan banyak gol.




Mari kita mulakan dengan cerita hot yang berlaku di Malaysia sekarang iaitu AFF Suzuki Cup. Mohd Safee Mohd Sali yang bermain untuk pasukan Selangor FC dan skuad kebangsaan. Nama beliau terus melonjak naik bila beliau telah menjaringkan 2 gol menentang Vietnam baru-baru ni. Plus untuk menambahkan lagi kekuatan beliau, 2 daripada 3 gol telah dijaringkan oleh beliau dalam perlawanan menentang Indonesia malam tadi. Ehem2 nak tau tak? Beliau dari Kajang dan tarikh lahir beliau sama dengan aku...heee

Untuk pemain-pemain international, boleh la aku just namakan a few, aku pon tatau sangat sapa yang menyerlah just sebab banyak jaringkan gol. Tapi yang tengah hot sekarang ni macam Nani, Barbetov, Park Ji Sung, Torres, Nasri, Drogba and sape tah lagi..mane la aku tauuu..

2) Tidak reti berkomentar tapi nak jugak komentar

Selalunya mereka ni akan menjadi terlebih emosi pulak. Bile gol beria sangat excited disusuli dengan pujian-pujian teknik tandukan dan sepakan yang melampau-lampau hyperbolanya. Sebab nak eksyen kata kau tau benda tu patut dirai dengan gembira dan konon-konon nampak la kau macam alert dan pandai sket bab bab bola ni.  Pastu bila ade fault sket je bising tapi macam tak kena tempat. Kekadang tak offside kau cakap offside. Kekadang player kena tepis sket je kau yang emosi lebih kata patut bagi yellow card. Kekadang player kena tackle sket dekat2 kotak penalti kau heboh kata patut bagi penalti instead of free kick je. BLA BLA BLA. Salah betul belakang kire, yang penting.....komentar dengan penuh perasaan dan ade styleee~lah!


3) Semangat terlebih

Semangat terlebih ni boleh merangkumi dari sekecil-kecil perkara seperti mem"post" status2 semangat pasal bola di facebook, menjoin rakan-rakan lelaki lepak tengok bola di kedai-kedai mamak sambil memakai jersey, atau sehingga ke tahap menubuhkan satu group perempuan2 yang akan conquer satu table dan membuat hingar di kedai-kedai mamak untuk get the attention setiap kali ada game. Ade pulak yang kalau setakat family tengok bola kat rumah haram la nak join tengok sekali....tapi bila tengok kat luar je..eh tetibe kau jadi lain pulak semangatnye ye..

4) Taktau sape dalam team sape, tatau sape yang tengah main sekarang

Cuba kalau test diorang tanye player ape main untuk team ape and tanya sape player yang tengah main masa tu. Konfem takleh jawab.

5) Cakap pasal bola menggunakan bahasa yang sangat umum

Mungkin agak sukar la kite nak dengar term-term specific bola macam hattrick, back heel, outswinger ni keluar dari mulut2 mereka. Sebaliknye mereka cuma komen guna words macam kick, tackle, strike, offside, defense, header dan goal! 



Nasihat aku, kalau dah memang tak minat tak payah la nak paksa-paksa diri. Tak payah hipokrit. Tak payah tunjuk cool. Banyak lagi cara lain nak tarik perhatian lelaki. Lelaki-lelaki pon rilekk je kalau si perempuan tak minat bola. Kan lelaki kan? 

  



p/s When you are faking it, it shows....obviously!

4 comments:

miemen said...

terbaeklahhh!!!

Miss Ayda said...

haha aku serius xminat bola. smlm dia ajak aku tgk bola kt bukit jalil. gler ke apa? n smlm jugak ada mbr pompuan time skola ajak lepak kt mamak tgk bola. no no xmau aku

tp xpsl2 smlm jugak aku tgk bola kt umah dgn adik2 aku! tetiba je aku terlebih smgt pdhl xfhm pn knp dorg nk kena tuka org segala bagai tp adik aku trgkn je.

tgk bola kt tv1 sgt happening. penat gelak dgr Hasbullah Awang mengulas smlm hahaha n xpsl2 je aku rasa syok la plak tgk bola ni :p

Zulhimi said...

Aku setuju sangat ngan posting ni.

Yang fake and artificial fans ni tau Khairul Fahmi, Safee ngan Zaquan je. Itu pun sebab diorang good-looking.

Diorang tak tgk ke throughout AFF cup ni berapa banyak clearance, decisive tackles, forward headers and other crucial interventions yang Fadhli, Muslim ngan Sabre Abu buat untuk save Malaysia nye gawang? Diorang tak tgk berapa banyak forward/back run, tackles ngan overlap yang dibuat oleh Kuna? Sakit hati aku tgk comments fans yg fake and artificial ni yang memang sah tak tau apa-apa pasal bola.

Lagi satu yang aku tak puas hati ialah pasal pompuan-pompuan Melayu tak tau malu yang gi attack awek Khairul Fahmi Che Mat tu. Bila dapat tau je Elia tu awek Fahmi diorang terus cakap Elia tu obsess la, psycho la, gila bayang la dan macam-macam lagi. Nampak sangat pompuan-pompuan ni tak tau malu. Nak laki yang hensem, famous dan berjaya tapi sebelum dia famous dan berjaya korang kat ne? Korang tau tak untuk main kat level camtu berapa banyak injuries yang kene dilalui? Muscle terkoyak, ligament terputus, surgeries berapa banyak kali kat lutut ngan ankle........ Kat mana korang bila footballers yang korang tergila-gilakan tu melalui sume ni? Yang korang tau dia femes and handsome pastu korang nak tumpang sekali jadi awek dia. Kejayaan harus dirancang, dilalui ujiannya dan dikongsi bersama, bukannya nak ditumpang je. Menyampah gila aku tgk komen pompuan-pompuan yang dok attack awek Khairul Fahmi tu.....

Sorry Najlaa. Membebel plak kat sini tapi aku mmg tension ngan football fans yang fake and artificial ni. Aku setuju ngan kau. Pls approve aku nye comment becoz what I wrote is just straight forward and direct to the faces of these people.

Narina Joe "Najo" said...

aida - haha betul2...tgk bola for entertainment only tu bole laa...part nk kaji skill2 mende alah sume tu memang tak laa kann..xde keje aku..


zul - haha well said. perempuan2 biasenye memang takkan tengok dari sudut teknik and taktik...tp lebih pada overall view game@ mencari pemain2 yang menonjol je. physical attraction tu yg important sbnarnye...hehe zul, bawak bertenang ye..:)