30 November 2010

Sabah Adventures!


Baru aku perasan. Sepanjang aku berada dekat Sabah ni, aku tak pernah nak cerita ape ape yang berlaku dekat sini kan. Tup tup lusa aku dah nak balik Semenanjung dah. Wow, 3 minggu rasa sekejap sangat rupenye. Nak kata aku busy sangat sampai tak sempat nak tulis entry, itu memang penipu besar. Haram tak busy pon. Eh tapi mungkin busy jugak. Busy jalan-jalan. Busy shopping. Busy tidor. Busy makan. Busy tengok movies. Busy tengok drama series. Aaa macam tu la lebih kurang. Busy la jugak kesimpulannya.

Sepatutnya memang la tujuan utama datang ke Sabah nak buat electives. Tapi hakikatnya electives tu cuma watak sampingan je. Kitorang lebih berusaha menstudy tempat-tempat menarik untuk dilawati, menstudy google map on how to get there, menstudy tempat-tempat jualan murah untuk dapat bargain yang paling terbaik, menstudy tempat-tempat makan yang sedap-sedap dan affordable serta menstudy gambar-gambar yang akhirnya akan diupload ke facebook. Hebat tak kitorang?



Basically macam ni la lebih kurang jadual kitorang in a day.

6.00 - bangun Subuh. Ini pon dah kira macam subuh gajah dah ni. Masa first sampai memang tak biasa. Tapi lama-lama kitorang rasa kitorg jadi lebih productive sebab semua benda buat awal sejam.

6.15-7.00 - Mandi and siap siap nak pegi hospital.

7.15 - Jalan kaki pegi hospital. Dekat je hospital dengan tempat kitorang duduk ni. Naik free shuttle bus pergi QE2.

7.30 - Start ward round

9.30-10.00 - habis ward round then pegi makan kat cafe

10.30 - 12.00 -sape rajin boleh join clinics, endoscopy, @ OT. Tapi secara jujurnya aku malas je selalunya.

2.00 - 7.00 - Biasanya time ni yang kitorang ada macam-macam plan nak keluar. Tak kisah la pegi mana. Nasib baik ada orang2 yg bagi pinjamkan kereta kat kitorang sepanjang kat Sabah ni =) Topup minyak kerete je.

8.00 - 9.00- Dinner

10.00 - 1.00 - Tv/internet

1.30 - tidor time!

Weekend kitorang lagi busy. Sebab time weekend memang wajib ada plan. Pegi travel tempat jauh2 sikit. Yang memerlukan drive jarak jauh. Antara tempat yang kitorang dah pergi:



Manukan/Mamutik/Gaya Island naik speed boat




Karambunai beach~ lawa sangat tempat ni. Boleh masuk list tempat honeymoon pasnih...

Lok Kawi wildlife park

Monsopiad Cultural Village - macam-macam aktiviti cultural buat kat sini. best!

Kinabalu Park - dah drive sampai atas, tapi tak boleh masuk time kitorang sampai..sebab hujan sangat lebat

Fish Spa - Apetah nama tempat ni tapi dekat2 area Kundasang

Porin Hotspring


Pekan Nabalu -  on the way pegi Kinabalu Park



Menumbok - Labuan - Naik speedboat dari Menumbok nak ke Labuan


Tamparuli - Bamboo festival and Jambatan Tamparuli


OKeyy itu saje.

p/s Bulih bah klau kauu! =p

3 comments:

Anonymous said...

Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)

thefourtharif said...

hahahahhahhahahhahha this is so my negeri.... mimang buli bah kalo ko mandak!

Pocket said...

oh oh!!
sabah!!
pocket nak gi jgak march dpan,
kalau sampai ke tempat yg anda posing tu,
akan pocket gi posing jgak:D heh