Nak kenal sama ada seseorang perempuan tu seorang yang simple atau tak? Mudah je. Kita tengok barang-barang apa yang dia selalu bawak dalam handbag dia hari hari. Tapi korang yang lelaki ni janganlah sengal sangat. Aku cakap ni sebagai metafora je. Takdelah bermaksud, cara untuk mengenali seorang gadis itu ialah dengan menyelongkar handbag dia. Gile ke ape. Bayangkan eh kalau ade seorang pakwe yang nak kenal seorang makwe datang approach makwe tu dan terus cakap, " Hi, saya nak berkenalan dengan awak, boleh saya selongkar beg awak..?" Gila kan? Hurm..eh, tapi tetiba aku rasa macam comel la pulak. huhu.
Anyway, aku nak kongsi jugak lah dekat sini barang apa yang aku selalu bawak, so mungkin korang boleh judge aku based on barang2 ni. Aku akan kata aku simple. Tapi, simple itu subjektif kan? Tapi aku memang simple pun. hehe. Mungkin korang pun boleh share ape yang korang selalu usung ke sana ke mari everytime korang keluar jugak...
Ok. First off, aku ni sempoi je sebab aku akan guna the same bag untuk ke kolej dan untuk ke shopping. Untuk ke shopping? Ok, untuk shopping laa.. or jalan-jalan. So, aku akan beli bag yang jenis sesuai untuk dua-dua occasion. Saiz kena besar sket. Dan bag itu mesti plain colour, earthy based ( kaler macam.. ala...brown ke, black ke, white ke). Yang boleh masuk dengan segala jenis baju. Tapi mostly aku amik brown je la. Dan kadang-kadang je aku akan guna handbag yang bersaiz kecik dan bergaya. Bila aku rase nak bergaya lebih sket. Ceh bergaya lebih la sangat. Dan,dan, aku akan keep on using the same bag sampai lah beg tu macam dah nak hancur. Kadang-kadang aku ni pon sengal jugak sebab bag tu sebenarnya bukanlah sesuai untuk bawak barang berat2. Tapi sebab aku tak peduli, aku masukkan jugak buku-buku tebal dan kadang-kadang laptop dalam tu. Mane lah bag tak hancur kan?
Ok jom je lah terjah...
Currently aku tengah setia menggunakan bag ni. Bag ni aku beli 2 bulan lepas kot. Masa sale kat Bonita. Less 70% tu pasal aku tanpa berfikir dua kali terus grab je. Saiz dia agak sederhana, material dia lembut, kaler pon aku suka.
Ok yang ni plak barang-barang WAJIB yang perlu ada dalam bag aku. Kalau tak lengkap barang-barang ni aku rela tak keluar rumah. Seriuss....
1) Student ID-Penting untuk dapatkan student price. Especially untuk tiket wayang.
2) Wallet - Obviously kena bawak wei. No money no life!
3) Kunci rumah, kunci kereta - Takyah ekspelain la kan
4) Tisu - Ni lagi satu barang aku takleh tinggal. Kenaaa jugak adaaa. Penting. Pelbagai kegunaan tisu nih. Lagi2 skarang ni ada orang tu rajin sangat mintak tisu dari aku =p
5) Payung - Aku dah belajar bawak payung since Dublin sebab sana selalu hujan. Sediakan payung sebelum hujan ok.
6) Pen - Ni pun perlu jugak
7) Kalkulator - Yang ni aku baru je start bawak. Aku pon tak paham kenapa tapi selalu je ade dalam bag aku ni.
8) Handphone - Perlu. Walaupun sebenarnya aku tak de lah bergantung sangat dengan hp, tapi untuk menghubungi orang2 tersayang itu satu keperluan =) Dan of course untuk emergency cases.
Seterusnya. Barang-barang yang aku bawak occasionally. Bergantung pada tempat dan masa.
Ipod. Yang ni aku akan bawak bila time yang ada banyak masa lapang atau time yang aku perlu tunggu seseorang dan ketika bersendirian. Contohnya dalam train atau dalam kelas bila lecturer takde. Dan kadang-kadang aku sengaja pasang ipod kat telinga sebab nak elak daripada orang ajak bersembang. Haha. Eh, tak boleh ke?
Secara jujurnya aku jarang bawak alat2 mekap dalam bag. Paling koman pon kalau perlu bawak, aku akan bawak compact powder dengan lipbalm. Dan benda ni aku akan bawak especially bila aku perlu solat. Sebab lepas solat boleh pakai benda alah ni.
Yang ni ada lagi barang2 penjagaan diri yang aku akan bawak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Oil blotter ni sebab nak hilangkan kesan muka berminyak setelah seharian muka aku berpeluh2 dan melekit2. UV lotion aku akan pakai bila masa aku perlu berjemur di tengah panas terik mentari. Dan eye drop untuk contact lenses ni aku bawak bila aku terpaksa spend more time memakai contact lenses dalam sehari untuk elakkan mata terlalu kering.
Gadget2 lain yang aku akan bawak termasuklah pendrive dan digital camera. Pendrive ni aku akan bawak mostly merata2 pun just in case, sebab... alaa benda ni halus je. Tak luak pun ruang dalam bag yang besar ni. Digital camera dah tentunya aku akan bawak everytime pergi travel atau ada event yang menarik!
Lastly. Novels! Tak kisah la apepe bahan bacaan menarik pun. Yang ni aku akan bawak lebih kurang macam alasan aku bawak ipod. Bila mana aku bersendirian, banyak masa terluang. Dan kadang-kadang baca buku pon nak jadikan alasan tanak orang ajak bersembang. Selalunya aku akan bawak novel bila terpaksa spend time yang lama atas kereta. Contohnya... time balik kampung.
OK, rasenye tu je lah aku nak kongsi setakat ni. Hehe what do you think? I'm simple, right? =p
p/s Okeyy... Tali gitar aku baru putus semalam. Sebab tu aku rajin menulis sekarang..~~
6 comments:
kalkulator pon adE? aik? hehe
saya rasa payung dgn kalkulator tak payah bawak dah,sebab payung akan buat berat je,blh kena backpain, tak gitu,lg satu msia ni cuaca panas, kalu hujan pun sempat aje lari ke kete.
kalkulator blh pakai hanpon ape,lain la kalu u nak kira BP patient kene gune kalkalator, susah la nak tekan hanpon, tak gitu
anon joe
atok - haha random je bawak tu. aik? lama tak nampak? kemana menghilang? eheh
anon joe -payung tu perlu...wpun cuaca msia ni panas...tp jangan disangka panas smpai ke petang...tgk kedah, perlis n kelantan...sampai banjir2 tuh ha...payung takde la berat mana pon...kecik je...or bawak laptop..bawak DSLR... lagi high risk untuk dpt shoulder pain ngan neck pain
kalkulator tu terbawak je...kkdg malas nk key in dekat hp, leceh...guna kalkulator senang..tp kalkulator tu gune untuk kire2 hutang2 kawan...hehe..bukan untuk BP, manede org kira BP guna kalkulator, org gune sphygmomanometer ...urm, maybe laaa klu nk gune pon untuk kire pulse pressure....tp..ala....yg ni kire gune otak pun boley...=)
Padan muka tali gitar putus.
Mana henfon kau yg cinonet tu?
amboi dah nak pg sabah ye,ingat lambat lagi sebab br habis xm, ape pun selamat berjaye
cik adik,
kat kedah perlis banjir bukan sebab ujan aaa, saye dok kedah nih, musim banjir pun blh sidai kain tau dak,air turun dari siam, and campur hujan kat hulu, empang kena buka, kawasan sawah landai, tak tertampung dek air, kat town alor star,silap teknik korek,buat rail baru, laluan air tak amik kira, pakai bah la, so sekali lg payung kat msia tetap unnecessary huhu
ps..ingat nak mai hospital bahiyah rupanya sabahan
wassallam
anon joe
OOooooOOO..talio gtar ots br nk update ekk...
ekekekek
Post a Comment