Membaca Al-Quran memanglah mudah. Tapi tak semudah menghayati maksudnya. Lagi-lagi kita yang tak reti berbahasa arab ni. Dan tak aku nafikan, benda ni selalu jadi pada aku juga. Nak memahami ayat tu macam kena paksa-paksa. Bacalah ayat tafsir tu banyak mana pun tapi kadang2 tak masuk ke hati. Mungkin sebab aku rasa membaca Al Quran tu lebih pada rutin tapi bukan pada niat untuk penghayatan. Samalah jugak dengan solat. Disebabkan kita dah terbiasa solat, kita lebih cenderung untuk jadikan solat tu sebagai rutin harian tanpa perasaan khusyuk. Kita hafal ayat-ayat dan bacaan-bacaan dalam solat tapi tak pernah faham apa sebenarnya yang kita tuturkan hari-hari dalam solat ni? Bacaan kita mungkin lancar dan laju macam air tapi ...hurmm...kosong.
Tapi, sekali bila kita betul-betul hayati, fahami dan selami maksud di sebalik ayat tu...rasa macam kena tusuk. Maksud yang mendalam, terkesan dalam hati. Dan bila dah terkesan tu, kita akan kaitkan dengan kehidupan kita. Dan masa ni baru kita sedar betapa besarnya kuasa kalam Allah ni dalam menyampaikan sesuatu.
Pernah tak kita terfikir, kenapa kehidupan kita tak sesusah orang lain? Atau, kenapa kita tak ditimpa musibah macam orang lain? Atau, kenapa kehidupan kita tak semudah orang lain? Kenapa kita ditimpa musibah sedangkan orang lain, tidak?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" : (Al-Baqarah :286)
"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...." (Al Baqarah: 185)
"...dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan...." (Al Hajj: 78)
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah..." (An Nisa': 28)
Dengan ayat-ayat ini Allah swt. mengatakan bahawa seseorang dibebani hanyalah sesuai dengan kesanggupannya. Agama Islam adalah agama yang tidak memberati manusia dengan beban yang berat dan sukar. Betapalah Allah itu Maha Adil kan?
Tipulah kalau kita cakap, kita tak pernah rasa susah, tak pernah tak senang duduk, tak pernah stressed, tak pernah rasa terbeban dan tak pernah bermasalah. Tapi, tapi tapi, Allah dah bagitau kita takkan dibebani kalau kita tak mampu. So, meaning that, kita sebenarnya mampu nak hadapi kesusahan ni cuma kadang-kadang kita tak sedar potensi dan kekuatan diri. Buat sesiapa yang merasa susah, ketahuilah bahawasanya kamu sangat tabah sehingga Allah menguji sebegitu sekali...
Berhujah memang mudah. Sebab orang akan argue benda tu tak jadi dekat kita. So, senang lah cakap. Easy said than done. Betullah tu. Siapa kata buat lagi senang daripada bercakap? I did not say that. Sebab aku juga manusia lemah. Macam ayat di atas...."manusia dijadikan bersifat lemah...". Sebab tu perlunya kepada ayat-ayat Al-Quran ni. Supaya boleh dijadikan pedoman dan kekuatan diri. InsyaAllah kalau kita yakin pada ketentuan Allah...everything will fall in to places...
Dan bagi sesiapa yang tak ditimpa kesusahan, diberi pulak kelebihan rezeki dan kemudahan...bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah!
Aku juga perlukan kekuatan di masa susah. Semoga aku tabah menghadapi ujian mendatang...
Dan semoga aku tak lupa untuk terus berdoa...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"." (Al Baqarah : 286)
3 comments:
Gila gothik page kau skrg! eh insaf~ insaf~
Alhamdulillah, jika selalu kita ingatkan Allah, Allah akan ingat kita lebih cepat dari kita.saya suka paragraf 3,
dari maksud hadis, nabi Muhammad S.A.W bersabda, 2 perkara yang Allah akan tulis pada kita iaitu SYUKUR DAN SABAR, satu perkara agama, kita kena banding dgn org yg lebih baik amalannya, dan berusaha utk menyainginya,
dan kedua perkara dunia, kita bandingkan dgn org yang serba kekurangan dari kita, dan puji Allah atas nikmat yg kita dapat.
ustaz ada kata, syukur dan sabar susah ada pada org islam, kecuali yg beriman, lagi satu ikhlas.nak ulas syukur and sabar pjg pulak satgi, haa so tak yah lah ye.tapi benda ni la nak beza mukmin dgn munafik
sekian
wassallam
anon joe
razi - haah..lawa kan?
anon joe - terima kasih atas pandangan dan ilmu yg dikongsikan.. memang betul pon nak bersyukur tu susah...nak melaksanakan tak susah...tapi nk ingat untuk bersyukur tu yg payah...bila dah dapat ape yg kita nak, kta selalu terleka...
Post a Comment