21 August 2010

Kempen Kesihatan!

Wow, lamanya aku tak update. Sejak masuk rotation Public Health ni aku rasa macam takde masa nak jenguk blog. Apatah lagi nak update entry baru. Rotation ni jugak yang telah menyebabkan aku balik ke rumah dalam pukul 7 malam sepanjang minggu ni. Tapi paling teruk balik rumah pukul 1 pagi. Tapi aku rasa seronok. Seronok buat kerja. Seronok jadi team leader kepada group members yang semuanya cool-cool dan sempoi2 belaka. Lapar tak lapar tu semua tolak tepi, yang penting kerja kena siap.

Minggu lepas kami ke Kampung Nelayan untuk buat health survey. Untuk part data analysis semua dah settle. Sekarang ni tinggal part nak touch up2, finalizekan everything dan compiling. Sekarang ni pulak kami ada tugasan baru. Buat health promotion campaign untuk budak-budak sekolah rendah. Group masing2 kena pilih satu theme dan sediakan bahan-bahan pameran dan bahan-bahan untuk berkempen hari Selasa ni nanti.

Group kitorang amik topik "Pemakanan Sihat". Kitorang kena sediakan poster selain bahan-bahan pameran lain. Disebabkan group kami takde yang skillful dalam bab-bab grafik designing ni, kitorang bercadang untuk buat poster secara manual. Kerja-kerja seni tangan macam ni memang kegemaran aku.

Jom, tengok aktiviti2 kitorang sepanjang mengusahakan kempen kesihatan ni..

Me : Promoting Orange!

Naz : Promoting Milk!

Rashida : Promoting Tomatoes and Guava

Alwyn : Promoting water!

Safwan : Promoting Carrot!

Chai Zhen : Promoting green veges!

We bought some stuffs from Tesco

Our work began! I took the sketching part

Safwan and Naz took the cutting and pasting job (ceh ceh tetibe ade buku epidemiology kt situ)

Alwyn : The halfway-through cutter =p 

Rashida was working on the food pyramid plus cutting and pasting too!

See how hardworking we were=)

Working on our poster!

Semua pun tengah busy (ke buat2 busy?)

Safwan yang pendengki..cis..

Group picture

Had fun working in the team so far!

Group kitorang the best! yeay!


Poster? Haha. Nanti time health promotion aku tunjuk ok? =) Selamat Berpuasa semua...


3 comments:

Super Nia Hana said...

nak tgkkk result poster ituuuuu!!
cam pelangi!santek wo

Rashid said...

salam

hehe.. gelak je tengok pelbagai iklan spontan tu. macam-macam gaya ada..

Narina Joe "Najo" said...

SNH - hehe sabaq naa

rashid - =) tu pasal..